|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
Assalamualaikum...
Minta kerjasama Pakcik2 @ Abang2 yang berkesempatan bertemu / belajar Silat Cekak di zaman Ustaz Hanafi & En Md Radzi, untuk berkongsi cerita / pengalaman anda ketika bersama mereka.
Terima kasih.
Nota: Tajuk thread ini telah ditukar dari PENGALAMAN BERSAMA USTAZ HANAFI kepada PENGALAMAN BERSAMA USTAZ HANAFI & EN MD RADZI atas cadangan shaznor
Offline
Assalamu alaikum...... semoga Canang ini akan sentiasa meriah dengan cadangan dan pandangan bernas dari rakan-rakan semua. Tahniah kepada pihak Pengusaha dan pengunjung setia dan tetap laman ini kerana menjadikannya satu wadah berinteraksi dan berkongsi pengalaman secara bijaksana dan harmoni.
Cadangan Pengusaha untuk Sesi ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi. Cuma satu pandangan dari saya, apakata jika kita menceritakan tentang pengalaman bersama GU sekarang iaitu Hj Mad Radzi Bin Hj Hanafi dahulu kemudian diselitkan dengan kisah-kisah semasa zaman Almarhum Ustaz Hanafi.
Masa ini kita perlu lebih mengetahui siapakah GU kita sekarang ini kerana maklumat-maklumat ini semuanya belum dibukukan ataupun didokumenkan lagi. Sedangkan segala maklumat tentang Almarhum Ustaz telah pun dibukukan. Kita bukan apa, bimbang-bimbang satu hari nanti....... kita tidak mengenali siapakah yang mendidik kita dan membawa kita kenal akan alam silat ini.
Bak kata pepatah, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Betul ke pepatah ini! Hentam sajalah. Yang pentingnya, kita mesti kenal .... ye tak?
Harap dapat diberikan pandangan oleh rakan-rakan seperjuangan sekelian, terimakasih.
Wassalam.
Offline
shaznor wrote:
Cadangan Pengusaha untuk Sesi ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi. Cuma satu pandangan dari saya, apakata jika kita menceritakan tentang pengalaman bersama GU sekarang iaitu Hj Mad Radzi Bin Hj Hanafi dahulu kemudian diselitkan dengan kisah-kisah semasa zaman Almarhum Ustaz Hanafi.
Menarik cadangan shaznor tu... tak pe... biar saya mulakan...
Cerita ni terjadi pada suatu petang masa majlis pengijazahan di salah sebuah IPT. Kebiasaannya di IPT tersebut, apabila kempen pengambilan ahli baru, semua ahli secara lansung atau tidak menyumbangkan tenaga untuk tujuan tersebut. Itulah yg menariknya dalam SCH ni.
Nak dijadikan cerita pada petang tersebut, sedang majlis pengijazahan berlansung, datang la seorang dari ahli kita si A, yg baru habis kelas, untuk membantu menyediakan hidangan...
Dipendekkan cerita, selepas selesai menyediakan hidangan tu, si A ni duduk la bersembang-sembang dengan kawan-kawan. Dalam pada bersembang tu, tiba pula seorang ahli yang lain, si B lengkap beruniform untuk mengadakan persembahan silat.
Untuk makluman si A ni adalah senior si B, lebih kurang 3-4 tahun.
Disebabkan lama tak bersua dengan si A ni, maka si B pun tegur la si A, lebih kurang cam ni;
"Hai A, apa khabar? Rindu lak... Kalau lapang2, jom la join kitaorang demo."
Si A pula mejawab, lebih kurang mcm ni;
"Sihat... Ala, kita ni dah tua, bagi la chance orang2 baru pulak buat demo, kitaorang dah puas dah dulu."
Kebetulan pada masa si A menjawab, YM En. Md. Radzi ada dibelakang si A tanpa disedari si A. En. Md. Radzi masa tu baru je habis ijazah, tersenyum-senyum je dia sementara membetulkan kerusi untuk duduk...
Setelah dia duduk tu, selepas hampir setengah minit dia tersenyum-senyum pada si A, dia pun buka mulut...
En. Md Radzi kata lebih kurang macam ni;
"Nabi dulu pun umur 50 lebih baru pergi perang yang pertama"
Pergh!!!
Ending dia => This is never ending story. He he he
MORAL OF THE STORY => Lu fikir la sendiri!
Offline

wa'alaikumsalam buat sdr shaznor....cadangan yg bernas tu sdr....raden setuju tapi mika smer masih memalu nak bercerita di sinilah bro...atau mgkin blum ada kesempatan.....
tapi tak kiralah pengalaman bersama sesiapa sama ada bersama almarhum ustadz Hanafi mahupun putranya GU Hj Mad Radzi bin Hj Hanafi,kami mengalu-alukan dengan gumbiranya 
ttg pembukuan juga adalah cadangan yg amat baik tapi tu kita serahkan pada yg xpert ttg tesis2 ni sbb raden simpan pandai tapi tok mengarang wALLAHualam...
biarlah ia dibukukan mahupun tidak ia menjadi tanggungjawab kita bersama tuk memastikan generasi akan datang terus mengenali silat ini dan siapakah penggeraknya dan pewaris sebenarnya...
yang dikejar tak dapat,
yg dikendung berciciran,
itu semua adalah isyarat,
agar yg berhak tak disingkirkan,
apa yg ada adalah silat,
menjadi landasan satu hamparan,
membawa kepada gerak yg berkat,
kedua fizikal dan kerohanian....wALLAHualam 
Last edited by radenmerah (2008-11-04 00:58:12)
Offline

Cerita ni terjadi pada suatu petang masa majlis pengijazahan di salah sebuah IPT. Kebiasaannya di IPT tersebut, apabila kempen pengambilan ahli baru, semua ahli secara lansung atau tidak menyumbangkan tenaga untuk tujuan tersebut. Itulah yg menariknya dalam SCH ni.
Nak dijadikan cerita pada petang tersebut, sedang majlis pengijazahan berlansung, datang la seorang dari ahli kita si A, yg baru habis kelas, untuk membantu menyediakan hidangan...
Dipendekkan cerita, selepas selesai menyediakan hidangan tu, si A ni duduk la bersembang-sembang dengan kawan-kawan. Dalam pada bersembang tu, tiba pula seorang ahli yang lain, si B lengkap beruniform untuk mengadakan persembahan silat.
Untuk makluman si A ni adalah senior si B, lebih kurang 3-4 tahun.
Disebabkan lama tak bersua dengan si A ni, maka si B pun tegur la si A, lebih kurang cam ni;
"Hai A, apa khabar? Rindu lak... Kalau lapang2, jom la join kitaorang demo."
Si A pula mejawab, lebih kurang mcm ni;
"Sihat... Ala, kita ni dah tua, bagi la chance orang2 baru pulak buat demo, kitaorang dah puas dah dulu."
Kebetulan pada masa si A menjawab, YM En. Md. Radzi ada dibelakang si A tanpa disedari si A. En. Md. Radzi masa tu baru je habis ijazah, tersenyum-senyum je dia sementara membetulkan kerusi untuk duduk...
Setelah dia duduk tu, selepas hampir setengah minit dia tersenyum-senyum pada si A, dia pun buka mulut...
En. Md Radzi kata lebih kurang macam ni;
"Nabi dulu pun umur 50 lebih baru pergi perang yang pertama"
Pergh!!!
Ending dia => This is never ending story. He he he
MORAL OF THE STORY => Lu fikir la sendiri!
HAHAHA....kelakar tapi mendalam tuh....adoiiiiiiiiyaiii....
Offline
Surf punya surf terjumpa Rakaman Demo Oleh Ustaz Hanafi. Tapi rakaman ni kualiti gambar dia tak berapa cantik sangat.
Saksikan Persembahan Oleh 2 Guru Utama Silat Cekak;
Demo Almarhum Ustaz Hanafi 1
Demo Almarhum Ustaz Hanafi 2
Rakaman Demo Oleh En. Md Radzi Hanafi;
Demo YM En Md Radzi Hanafi
Offline
Wak Kiyai banyak surf macam-macam blog dan web yang berkenaan silat terutamanya Cekak sebab Wak Kiyai ahli seumur hidup kat semua Persatuan Silat Cekak yang bersangkutan Ustaz Hanafi.
Dulu Wak Kiyai ada banyak tulis kat halaman Cekak Hanafi sebelum kena spam ......lepas tu dahla kena spam.....ada krisis pulak.....and then.....web tu sejuk.
Maka Wak Kiyai pun sejuk la........
Anyhow, kita juga jangan tinggalkan Pak Ak sebab dia pun bekas Guru Utama dan Wak Kiyai pun pernah bernaung dibawahnya selama lebih kurang 7 tahun.
Tapi takpalah, Wak Kiyai dah lalu 3 zaman cuma tak tambah 1 lagi zaman iaitu zaman Jo Marwi aje....
Ok lah.....satu cerita tentang Ustaz Hanafi masa Wak Kiyai ijazah pertama dahulu.....
Kami ijazah pertama taklah ramai, lebih kurang 80 orang. Jadi sambil menunggu giliran nak ijazah, kami sembanglah dengan kawan-kawan baru. Lepas aje ijazah, kawan-kawan lain punya giliran pulak ijazah dan termasuklah partner Wak Kiyai.
Lepas aje partner Wak Kiyai ijazah, dia pun terus duduk sebelah. Keadaan mukanya ceria pun ada terkejut pun ada.
Dia kata. " Ustaz taulah aku pernah belajar silat dulu . Lepas salam aje, dia terus tanya aku.....Berapa lama dah belajar ? "
Jadi pada masa tu pun kami dah terpingga-pingga, macamana Ustaz boleh tau ah.....serba sedikit tentang latarbelakang kita......
Itu nak panggil pengalaman apa....?
Offline

salam wak kiyai dari wakmerah...kabare?hahahaha.....lama tunggu wak kiyai punya posting sbb macam rasa wak kiyai ni dikalangan otais2.....apa yg wak kiyai katakan smernyer betul tu.stuju jugalah raden membacanya...beza antara kita adalah peredaran zaman betul tak wak?Dan sekarang radenmerah dizaman Tn Hj Mad Radzi bin Hj Hanafi.beliau merupakan seorang waris iaitu putra kpd almarhum ustadz Hanafi.simple but sumbody make it complicated for themself...wALLAHualam....wak ceritalah lagi wak pengalaman wak kiyai zaman dulu2....tak kiralah dari segi apa pn.kami setia menunggu...
Dia kata. " Ustaz taulah aku pernah belajar silat dulu . Lepas salam aje, dia terus tanya aku.....Berapa lama dah belajar ? "
Jadi pada masa tu pun kami dah terpingga-pingga, macamana Ustaz boleh tau ah.....serba sedikit tentang latarbelakang kita......
Itu nak panggil pengalaman apa....?
itu namanya pengalaman yang menyeronokkan wak....hihihihi....
bila seronok tambahan tertanya2 plak, menambah lagi minat kita....raden dengar da seronok apalagi yg mengalami...WOW....terima kasih wak kiyai..
Offline
Ni ada satu lagi cerita pengalaman bersama En Md Radzi. Pun berlaku waktu majlis ijazah gak..
Biasanya dalam satu majlis pengijazahan, disebelah Guru Utama (GU) adalah tukang panggil nama. Tukang panggil nama tu lebih dikenali dengan nama co-pilot.
Nak dijadikan cerita, selesailah sudah satu majlis pengijazahan asas untuk hampir 50 ahli baru. Sebelum GU bangun meninggalkan majlis, dia minta co-pilot tu tanya dalam majlis untuk memastikan semua yang hadir telah ijazah.
Co-pilot tu dengan yakin jawab, semua dah.
GU suruh tanya sekali lagi. Co-pilot tu jawab lagi, semua dah.
Sekali lagi GU suruh tanya sekali lagi. Co-pilot tu jawab lagi, semua dah.
Lepas tu GU bangun la meninggalkan tempat ijazah tu menuju ke tempat hidangan.
Dalam pada GU dalam perjalanan, co-pilot tu kejar GU, beritahu GU ada 2 orang belum ijazah.
Kat situ gak GU bertempik, lebih kurang camni;
"Aku suruh check, hang jawab dah. Suruh check sekali lagi hang lansung tak tanya diaorang, terus jawab dah. 3X aku suruh tanya. Tu 2 orang yg tinggal tu sapa nak ijazah, hang pi la ijazah. Nak lawan cakap guru, tak menang hangpa punya. Aku ni bukan la kasyaf sangat, tapi yang tak ijazah 2 orang tu budak pompuan, sorang pakai baju kurung kuning & sorang lagi pakai baju kurung warna ... (... tak berapa ingat samada merah atau biru). Hang pi check tengok"
Co-pilot tu pegi check, memang betul 2 orang budak pompuan tu pakai baju warna yang macam GU sebut...
Dah lama lepas GU sejuk, baru la ijazahkan budak 2 orang yang tertinggal tadi tu...
Member2 lain yang semuanya lari masa GU tengah marah tu, baru berani nak dekat bila GU dah sejuk, termasuklah aku. Ha ha ha

MORAL OF THE STORY => NAK TUNJUK YAKIN PUN BIARLAH PASTI DAHULU 
Offline

subhanALLAH,ALLAHUakbar....hihihi....jadikan pengajaran bersama.
Offline

hahha
menarik sungguh cerita2 hangpa..
lagi lagi lagi.......18X
hehehhehe
Offline

salam sdr panji,takkan nak dok baca aje?posting2la pengalaman sdr pula.kalo raden mmg takda cerita..hahahahaha 
Offline

radenmerah wrote:
salam sdr panji,takkan nak dok baca aje?posting2la pengalaman sdr pula.kalo raden mmg takda cerita..hahahahaha
pengalaman....hurm
wak raden mulakan dulu................
pasal saya pon xde apa nak cerita ni..
next story plz......
Offline

kalo nak cita betol kenalah tanya yg otai2,kalo nak cita ala2 cita tamil bleh r.hihihi
Last edited by radenmerah (2008-11-11 01:53:57)
Offline
Tambah satu lagi cerita pasal majlis ijazah gak...
Nak dijadikan cerita, kebetulan masa seorang hamba Allah tu sedang berhadapan dengan Guru Utama (En Md Radzi) untuk majlis pengijazahan ahli baru/asas, aku termenyibuk nak ambil barang kat sebelah diaorang.
Masa tu GU mengucap, lepas tu minta budak tu ikut dia mengucap... Tapi budak tu macam tak boleh/susah nak mengucap. Banyak kali gak (tak ingat exact berapa kali) GU ulang mengucap tu, tapi budak still macam susah nak ngucap gak.
Lepas habis majlis, terdengar GU cakap kat penyelia tempat budak tu akan belajar. Antara point yang penting GU kata lebih kurang cam ni (kalau tak silap aku dengar la);
"..................... budak tu ada masalah dengan mak dia tu"
Cuma aku tak sempat nak check balik dengan penyelia tu.
Kalau aku tersilap cerita, minta penyelia tu betulkan balik kat sini. Tapi apa yg aku dengar lebih kurang cam tu la...
Apa2 pun, pengajaran yang paling penting dalam kisah ni adalah "JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN GURU, MAK, BAPAK".
Offline

ya betul bro amirhh....hati mau bersih.....haaaaa...
Offline

lama dah x jumpa dgn encik md radzi...........
Offline

nie cerita masa ijazah jugak...
masa tue saya jadi pemanggil nama masa ijazah kat rumah persatuan alor star
ada la mamat baru asas nie...dier blajar silat lain sebelum cekak nie..
masa nak salam che mat tanya ada belajar silat lain ka...mamat nie senyap
pas tiga kali che mat tanay n mamat nie senyap che mat sergah sket...dier pun angguk...
peluh mamat tue...dier terkejut cmna che mat bleh tahu....
*selalu dngar org cerita jadi real baru tau
Offline
erm.. sy pun ada la jg sikit kenangan dgn GU dulu..
masa tu diploma lps habis majlis ijazah semua pn hantar la GU sampai kt dpn kereta dia
mmg kebiasaannya GU akan berborak dulu dgn kami b4 masuk keta,
mula2 dia just borak2 dgn student lelaki je,
lps tu tiba2 dia dtg kt saya,
mcm biasa la mukadimahnya dia tanya asal mana, nama siapa semua tu,
lps tu dia ckp " maaf la tak sempat nk berborak lama dgn pelajar perempuan, mana la tau ada masalah ke, apa ke nk tanya.. insya allah nanti ada kesempatan cerita la"
sy masa tu mmg dh bergenang dh air mata coz sememangnya masa tu tgh ada masalah yg berat sgt.. bila GU ckp mcm tu pn dh rasa lega je..
p/s: dialog dgn GU yg mmg tak akan lupa sampai bila2 
"Pusaka Warisan Penggerak Wawasan"
<------- "usoho ondo neh joyo mulio"

Offline
Salam,
Kesian la hai SF2721......emmmmm muchuuk....muchuuk....
Sorry la, Wak Kiyai gurau aje......
Sebenarnya ada banyak cerita pasal topik ni. Cuma kena simpan .
Tapi biasalah asam garam berguru, begitulah....
Wak Kiyai anak buah ramai......baik lanang ataupun wedhok ....kadang-kadang pelik-pelik benda yang ditanya , tak cerita masaalah - masaalah dia orang lagi.....waduuh.....poning den dibueknyo.....
Pat boleh goreng kita goreng.....tunjuk macho konon.....tak tau kita lagi banyak masaalah....
Tapi kadang-kadang anak buah suka cerita masaalah kat kita.....apabila tanya nak ceritakan kat Guru ke tak....dia jawab tak payahlah.....habis engko cerita kat aku ni buat ape.....naik bingit telinga .....( tapi dalam hati aje , kena tunjuk macho .....) Wak Kiyai cuba selesaikan apa yang terdaya aje.....
Setengah pula memang nak jumpa Guru.....kita aturkan masa yang sesuai......tapi sebelum tu goreng dulu.....tau-tau betul kena pulak apa yang ada dalam hati dia orang.....padahal kita tembak aje.....( bertambah macho lah aku )....
So....itulah lumrahnya.....cuma nak nasihat sikit kat hampa.....sekiranya ada masaalah jangan malu jumpa Penyelia dan minta dia sampaikan hasrat hati tu.....nanti taulah apa Penyelia nak buat......sebab Penyelia adalah orang yang paling hampir dengan Guru Utama dalam persilatan...
Wak Kiyai dah lalu pengalaman ni.....masa zaman Ustaz dan juga En. Md....
Kadang-kadang bukan anak buah .....tapi Penyelia sendiri yang nak jumpa.....ingat apa.....kita pun manusiakan.....!!!
Tapi jangan tanya yang mengarut-mengarut dah la.....
Salam.....
Offline

pengalaman dgn GU...hurm....
bila lepak2 masing2 sembang..."bila GU nak datang, bila ada majlis..."
bila Abg Mad dah ada, masing2 sonyap....segan, nak nyuruk hehehehe
Offline
wak kiyai wrote:

wak kiyai, sy pnya penyelia pn dh tau dh problemnya dulu, dia pn mmg nk bawak prkara ni kt GU tp b4 tu dia tanya sy dulu blh ke tak dia nk cerita pd GU, sy pn ckp kt dia nanti bila dh ready biar sy yg cerita sendiri.. sudahnya sampai skrg x 'ready2'..
hihihi
p/s: bkn apa, cuma ada sesetengah p'kara kita patut cerita, tp ada jgk sesetenganya lebih baik ALLAH sj yg tau...
"Pusaka Warisan Penggerak Wawasan"
<------- "usoho ondo neh joyo mulio"

Offline
panji ireng wrote:
pengalaman dgn GU...hurm....
bila lepak2 masing2 sembang..."bila GU nak datang, bila ada majlis..."
bila Abg Mad dah ada, masing2 sonyap....segan, nak nyuruk hehehehe
haah, panji ireng, rasanya masing2 mmg mcm tu kot, b4 jumpa GU, siap buat line ayat lg nk mcm2, tp bila GU dh kt dpn mata, terkelu lidah, berterabur ayat yg disusun tu..hehe
"Pusaka Warisan Penggerak Wawasan"
<------- "usoho ondo neh joyo mulio"

Offline

salam wak kiyai dan smer,raden pamitan ye,
ibarat cahaya menerangi indah,
lautan dipandang tenteramkan jiwa,
mungkin inilah dinamakan hikmah,
hilang gundah masa bersua....
tinggal pula empunya diri,
andai sudah bersedia dihati,
benar yakin dan mempercayai,
usah disimpan,ikhlaskan diri....
Offline

Tn Guru Md Radzi hebat org nye..
Offline
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |