Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-10-08 01:45:11

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Berat nak cerita .....tapi apa boleh buat .....mulut tempayan boleh ditutup....mulut laser...melaser aje lah....

Inikan pula ruang internet....gatal aje tangan .....nak menekan keyboard....

Jika dahulu Wak Kiyai ada menulis tentang Master Jo menjadi Guru Utama....la ni lagi hebat....

Wak Kiyai terpaksa berterus terang......Wak dapat banyak alamat ( khasyaf kot )sejak sebulan dua ni....tambah-tambah pula masa bulan puasa dahulu....

Apa orang kata....jika darah daging dah naik sebati dengan Silat Cekak ni....apa benda penting yang akan berlaku ........akan selalu Wak Kiyai difikirkan.....

Dan kadang-kadang ia akan terlintas tanpa diduga....ia akan timbul dibenak fikiran kita....begitulah sayangnya Wak Kiyai dengan Silat Cekak nie...

Walaupun Pak Ak bukan Guru Utama Wak Kiyai lagi.....tetapi ia tetap Wak kenang sebagai bekas Guru...

Wak Kiyai tak la rapat sangat dengan dia ....tapi biasalah juga....maklumlah dahulunya Pak Ak Guru dan hamba pacal yang hina ini bernaung dibawahnya pada ketika itu...patutlah kita melayannya seada dan selayaknya...

Masa muda-muda dahulu sebelum berkahwin....WaK Kiyai memang gemar raon-raon dan berjalan merata tempat....maka adalah suatu ketika dulu Wak Kiyai berkesempatan berkunjung ke rumah Pak Ak di Bukit Mertajam...dengan seorang geng silat...

Kalau tak silap tahun 1988...rumah Pak Ak dalam proses penambahbaikan...dan ditapak rumahnya jugalah ada tapak latihan silat....

Kadang-kadang sesekali jalan kat BM tu ....lalu juga jalan depan nak masuk rumah dia tapi tak lah singgah....

So apabila kita melawat rumah Guru...dia layanlah kita .....masih terkenang lagi dalam ingatan....

Makanya sejak kebelakangan ni ....Wak Kiyai mendapat alamat yang kurang menyenangkan...pasal Pak Ak...kerana dia dan Mak Tam....sedang terlantar sakit sekarang.....taklah reti nak digambarkan akan keadaannya kerana Wak Kiyai bukanlah seorang doktor.....tetapi suka mengambil istilah kedoktoran.....kritikal tetapi stabil....mungkin...maknanya ....tenat yang stabil....

Ini disahkan pula apabila Wak Kiyai balik berhari raya tempohari....

Dan memang sedia maklum....Pak Ak sakit agak lama juga....

Selepas Wak Kiyai buat posting kat laman ni baru sebentar tadi....Wak Kiyai gatal tangan klik laman Web PSSCM....dan membaca tentang satu makluman tentang akan diadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa  PSSCM pada akhir bulan ini....

Wah....kita buat Mesyuarat Agung Luarbiasa dia pun buat juga.....

Tapi kali ni ada pelik sikit.....usulnya....

1. Mengistiharkan Datuk MAIDEEN sebagai Guru Utama baru....tanpa bahas !!!!
2. Datuk MAIDEEN juga akan memangku jawatan Presiden sehingga ke Mesyuarat Agung akan datang....pun tanpa bahas....

The moment I read the first anouncement....tangan kiri dengan secara otomatik membuat kaedah A menampar dahi Wak Kiyai...sambil terkeluar suara berbahasa Inggertis broken " Allah....what is the ngapen "....

Maka telahan Wak Kiyai dan ramai rakan-rakan sebelum ini menjadi kenyataan....

Selepas Oktober 2009...maka terlembarlah satu sejarah baru dalam PSSCM.....mendapat Guru Utama dan Pemangku Presiden baru.....Datuk Maideen namanya....

Tu....lah pasal....kalau hati dah sebati dengan Silat Cekak ni.....ada aje benda nak dibuat....Seminggu dua ni.....ntah tanpa disuruh .....gatal tangan buat coretan dan statistik atas kertas.....berapa ramaikah anak murid YM Tuan Guru Utama ( ? yang mana satu ).....selepas tahun 2009 sehingga tahun 2015....

Wak Kiyai tak mahu nak memanjangkan tajuk ni.....kerana nanti akan jadi kontrovesi....

Walau bagaimanapun.....telah disahkan....kapal TITANIC sedang belayar sekarang ini....

LU PIKIRLAH SENDIRI   .......


Sekian....Salam....

Offline

 

#2 2009-10-09 11:55:06

azzmy_k
New member
Ranking
Malaysia
From: KL
Registered: 2009-09-03
Posts: 5
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam,

Di ucapkan Selamat Melayari Bahtera baru bagi PSSCM semua. smiley-smile

Offline

 

#3 2009-10-13 13:25:54

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

tentangan dari ahli cekak malaysia pun bole tahan hebat..

http://rijalul-ghaib.blogspot.com/
http://www.geocities.com/din_dso066/Sur … aideen.pdf

Offline

 

#4 2009-10-13 22:13:55

dende
New member
Ranking
Registered: 2009-10-13
Posts: 6
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

assalamualaikum kpd semua saudara cekak

utk pengetahuan semua, perkara ini merupakan satu perkara yang membimbangkan ahli psscm..

melalui kata2 yang diterima, ada ahli jwtnkuasa pusat sendiri yang cube menolak kepimpinan Pak Ak...

apakah yang dah jadi pada org2 melayu skrg

knpe pada k****g 2 dorg nak bernaung???

Offline

 

#5 2009-10-14 15:46:42

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

dende wrote:

assalamualaikum kpd semua saudara cekak

utk pengetahuan semua, perkara ini merupakan satu perkara yang membimbangkan ahli psscm..

melalui kata2 yang diterima, ada ahli jwtnkuasa pusat sendiri yang cube menolak kepimpinan Pak Ak...

apakah yang dah jadi pada org2 melayu skrg

knpe pada k****g 2 dorg nak bernaung???

waalaikumsalam...

kami menyeru dan mengalu2kan ahli psscm untuk bergabung dengan kepimpinan dari ahli keluarga almarhum ustaz hanafi sendiri..

Offline

 

#6 2009-10-15 01:34:12

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Rakan-rakan yang bernaung dibawah nama Silat Cekak.....yang mana masih mengingati serta mengiktiraf arwah Ustaz Hanafi sebagai Pemimpin Agung....

Hati mana yang tak kecewa dan hati mana yang tak luruh....bila kita melihat perpecahan yang berlaku didalam puak atau golongan yang bernaung dibawah satu payung pada masa dahulu telahpun berpecah hingga menjadi berbagai puak sekarang ini....

Sebagai anak muda suatu masa dahulu keadaan yang berlaku hanya dapat dilihat dan ditafsir mengikut faham masing-masing...dan seterusnya jika sayang kepada Silat Cekak ini.....ingin menyumbang bakti.....kita terpaksa membuat pilihan.....kemanakah arah yang hendak dituju.....ke timur atau ke barat.....

Kepada sesiapa yang rasa tidak mahu meneruskan perjuangan atas sebab-sebab yang tersendiri.....sesiapa pun tidak menyuruh dan menghalang.....anda mempunyai hak membuat pilihan....bebas ......!!!!

Perpecahan kali pertama memberi erti dan maksud yang tersendiri.....begitu juga untuk kali yang keduanya.....

Masa yang berlalu bukan hanya pergi begitu saja.....pengalaman dan ilmu akan mengajar erti hidup....kematangan berfikir membawa maksud anda lebih bertanggungjawab....

Tetapi...atas segala usha dan ikhtiar....segala nilai yang dipupuk....adakah ia akan hanya menuruti  takdir Illahi......

Seperti juga belajar silat....Suatu Suratan ataupun Suatu Kebetulan....adakah keadaan sekarang ini....membawa maksud, erti dan makna  yang sama juga....dan sekadar menyatakan suatu jawapan mudah tanpa berfikir panjang....ia adalah Qada dan Qadar ....

Tidak semudah itu....tetapi terpaksa akur bersama arus keadaan .....membawa harapan yang amat tinggi.....suatu masa dan suatu ketika....KITA AKAN BERSATU KEMBALI......

Wak Kiyai kadang-kadang, syekali-syekalo....nak juga mengeluarkan kata-kata estetika...gian beb...

Sebagaimana kata-kata dahulu...begitulah juga sekarang....Wak Kiyai masih hormat Pak Ak sebagai bekas Guru.....

Hari ini nak cerita sedikit pasal satu hal.....

Biasanya selepas aje kelas latihan....Wak Kiyai dan anak buah akan pergi ke port tempat untuk mengisi perut....biasalah .....lapar dan dahaga.....

Sambil tu...cerita silat dan juga cerita mengarut.....ada juga yang cerita masaalah....pendek kata....melepaskan tension dan ingin melapangkan fikiran....rehat serta rehlah....

Terkadang-kadang.....anak-anak murid Pak Ak....pun berlatih pada hari yang sama...dan buat juga perkara yang serupa....

Tetapi port dia orang dan port kita orang....tak sama....

Cumanya....syekali-syekalo....nak juga ubah selera......terpegi kat port dia orang.....

Mana-mana yang perasan....akan menyapa..." Bang-bang...budak Cekak Malaysia...."

Wak pun menjawab " Ok lo...kat mana ? "

Dah tau lokasi meja dia orang....kita pun sambung sembang.....kira-kira lepas sembang aje....bayar kat kaunter....

Wak Kiyai pun suruh anak buah pegi kat meja dia orang....dan salam....macam biasa....dan begitulah jika terjadi keadaan yang sama pada masa-masa seterusnya....

Puak-puak dia orang pulak....tak taulah nak komen....mungkin dia orang perasan akan kehadiran kita....tapi time apabila dia orang balik awal.....tak pernah pulak nak datang kat meja kita dan bersalam.....kalau tak perasan ok lah....tapi kalau perasan.....tak salam juga .....dia orang ada penyakit hati kot.....atau pun bersifat inferior complex....rendah diri....so...no komen.

Begitulah juga....anak buah Wak Kiyai yang dah habis belajar kat U tu....apabila terserempak anak murid Pak Ak kat tempat lain....tetap akan bersalam juga....

Yang bestnya....apabila kita bersalam dengan orang yang tak mengenali kita....orang tu akan bertanya....maka anak buah Wak Kiyai pun jawab.....dari Cekak Hanafi.....

Nak kata apa dia orang.....cuma lepas salam tu....dia orang mengangguk dan tunduk aje lah...apa lagi ...lepas tu anak buah Wak Kiyai pun belah....janji awak yang dahulukan sua tangan kat dia orang....

Kita tak rugi....alah apa sangat pun....salam aje kan.....( !!! / ??? )

Rupa-rupanya salam tu membawa banyak maksud serta pengharapan.....salah satunya.....( dalam hati aje... )

" Andai kata kau ingin kembali....jumpalah Guru ku.....dan kami terima sekadar adanya....."

Sekian....Salam.....

Offline

 

#7 2009-10-16 00:46:36

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

betul tu wak kiyai... apa ruginya dgn bersalam dgn diorang..

kita pun masing2 tentu pernah terserempak dengan kesempatan 'makan di kedai yg sama tapi meja lain2'.. malam semalam di MFI pun sama je..

tapi pada pemikiran majoriti mungkin tak pernah terlintas nak pegi besalam dgn diorang.. alasan paling kuat sebab tak kenal langsung sesapa pun kat meja sana..
padahal mungkin dalam hati kita mmg ada terasa nak pegi bersalam dgn niat mudah mudahan mereka terbuka utk menjumpai guru yg sebenar..memandangkan lapisan muda yg belajar selepas krisis mmg tak didedahkan dan tak tahu apa2 pun pasal krisis dan pendirian second opinion dari pihak kita.. dan juga sejurus selepas itu terdetik pula dalam hati kita rasa ego ' apsal pulak kita nak start dulu..'
last2 takde sebarang perubahan.. dia dia kita kita..lantak pi..

so persoalannya di sini.. apakah pro dan kontranya kalau kita ikut cara wak kiyai iaitu gi bersalam dgn diorang?

anybody want to share?

Offline

 

#8 2009-10-16 02:38:14

dende
New member
Ranking
Registered: 2009-10-13
Posts: 6
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

cm nie je la sng
kite sama2 persatuan seni silat cekak xperlu la nak masam2 muke
bg aku kite pnah ade sorg pemimpin walopon kite berpecah
yang penting matlamat kite nak perjuangkan bgsa agama n negara kite
rambut sama hitam (walopon ramai yg berkaler) tp ati sape tau

so ego sbnr dlm diri msg2
nak salam ker
xnak salam ker
2 ego sndr
yang pntg pd yang ble pk scare positif
bnda lpas,lpas la
xperlu nak bermasam muka sesama melayu

dats all guys
kte pk positif je la
msg2 pon da besa

Offline

 

#9 2009-10-17 00:32:54

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Hari nie niat Wak Kiyai nak cerita pasal lain.....tapi melihatkan ada respon daripada rakan-rakan maka Wak Kiyai nak ulas sikit.....

Ini melalui pengalaman.....

Masa mula-mula angin krisis PSSCM  iaitu awal 90'an, Wak Kiyai tak berapa perasan sangat. Maklumlah pada masa tu Wak Kiyai masih muda lagi. Angin dan semangat silat masih membara dan Wak Kiyai tak ambil kisah pasal persatuan nie. Apa yang ada dalam benak Wak Kiyai ialah aku ingin berbakti dan mengembangkan silat ini supaya orangramai boleh masuk belajar. Jadi, apa-apa aktiviti yang Wak Kiyai sertai bersangkutan silat Wak Kiyai kira itu sumbangan kecil kitalah.

Kalau kita lihat dari segi teori pengurusan, kita ni dikira peringkat buruh dan juruteknik kelas bawah aje. Apa orang atas suruh buat, kita ikut aje. Andaian Wak Kiyai pada masa itu adalah "bukan kerja aku, itu orang atas punya cerita." Biasalah peringkat pengurusan atasan, masing-masing ada teori dan pendekatan tersendiri.

Semakin hari, angin krisis dan perbalahan itu semakin terbuka bukan hanya dengar dari cerita belakang tabir saja. Cerita belakang tabir ni banyak, tapi Wak Kiyai buat tak berapa ambil kisah sangat. Mesyuarat koperasi, perjumpaan hari tenaga pengajar, mesyuarat agung cawangan dan ada satu dua projek besar yang Wak Kiyai lalui semuanya sudah menjadi pertentangan terbuka.

Sampai pada suatu hari, Pak Ak ada berjumpa dengan Wak Kiyai dan rakan-rakan untuk menyampaikan amanat dan sepatah dua kata yang Wak Kiyai hanya mampu memikir sejenak apakah kebenaran kata-kata itu. Timbul banyak persoalan tetapi ia tidak dipanjangkan cerita kerana kontrovesi akan rasionalnya kenyataan itu.

Di rumah persatuan walaupun satu bumbung tetapi belum tahu ada kata sepakat dalam semua hal tambahan pula ia suatu kenyataan yang bersifat kontrovesi rasionalnya itu. Untuk mengelakan ribut dalam rumah persatuan biarlah topik-topik itu diceritakan oleh sekelompok kecil saja dan tidak dibincangkan secara terbuka dan beramai-ramai.

Pada masa itu, Wak Kiyai dan majoriti rakan-rakan mengambil sifat berkecuali dalam semua hal tetapi semangat esprit de corps sangat tinggi. Itulah sebabnya sifat berkecuali amat penting sehingga sesuatu hal itu betul-betul berlaku maka barulah dibincangkan dengan panjang lebar. Walaupun begitu, ada segelintir yang memang condong pada Pak Ak disebabkan atas hal-hal yang tertentu.

Apabila terjadi peralihan kuasa Guru, Wak Kiyai dan rakan-rakan terutama majoritinya yang menjadi Jurulatih maka kita akan berjumpa dan berbincang secara panjang lebar akan hal itu. Ia terbuka tak kira pendirian mana yang anda pilih.

Pada masa itu tak kiralah anda seorang Penyelia atau pangkat yang paling bawah sekali iaitu Pembantu Jurulatih Percubaan, anda ada hak nak berkata dan bersuara.
Apabila sesuatu ketetapan telah disuarakan, masing-masing mengambil haluan tersendiri. Tetapi persoalan akan timbul, puak manakah pula yang akan mengendalikan kelas.

Dari segi suara ramai maka puak Wak Kiyai yang menang. Tetapi dari segi perlembagaan belum tentu. Wak Kiyai dan rakan-rakan belum tentu boleh menguasai semua kelas disebabkan kita mengajar pada beberapa  tempat yang berlainan entiti. IPT tertakluk pada akta Universiti dan ia tidak ada kesan mengikut perlembagaan persatuan.

Di IPT puak Wak Kiyai menang kerana kita berhujah dengan penasihat undang-undang Universiti bahawa pengiktirafan kita berdasarkan Guru dan bukan Presiden. Sekiranya dikacau atas sebab nama persatuan, kita akan bergerak atas nama persatuan atau kelab yang diberi nama baru tetapi nafasnya tetap juga Silat Cekak.

Di kelas luar pula, puak Wak Kiyai terpaksa akur kerana landasan perlembagaan persekutuan yang diberi kepada ROS akan mengikat perlembagaan persatuan seterusnya memberi kesan pentadbiran serta aktiviti kelas persilatan.Dan dari struktur pentadbiran dan jurulatih pula, puak kami tidak berapa kuat dek kerana jarum hasutan rupa-rupanya dah jauh menjalar dan meresap kedalam, yang mana majoritinya adalah hasil usha keras rakan-rakan dan Wak Kiyai sendiri. Tapi apa boleh buat, Wak Kiyai dan rakan adalah puak hingusan disana dan tak berapa faham tentang politik ni.

Wak Kiyai dan rakan-rakan akur akan keadaan.....kau punya satu......aku punya satu....tetapi majoriti keseluruhan satu kawasan dan satu Malaysia .....En Mat masih mengatasi.....cuma masih lagi bernaung atas nama PSSCM.

Itu sebabnya pada ruangan terdahulu Wak Kiyai ada katakan....Hati mana yang tak kecewa dan hati mana yang tak luruh....

Wak Kiyai dan rakan-rakan kerap diganggu ......tambah-tambah pulak Wak Kiyai memang kaki panas baran....tetapi sebenarnya bukan panas baran....kita menzahirkan sifat keberanian yang ada asas kebenarannya. Anak buah Wak Kiyai pun majoriti serupa juga...

Apabila kerap kena ganggu.....ada dua keadaan yang harus kita lalui....kepala naik angin....dan....macamana nak mengawal keadaan kelas supaya tidak bergolak....maknanya mententeramkan keadaan...

Ikut hati.....nahas kau dibuatnya....tetapi jangan ikut rasa hati.....utamakan anak buah yang masih baru hendak belajar......kena sabar.

Tetapi ini akan menimbulkan konflik didalam benak fikiran kita....keadaan ini juga terjadi pada krisis yang kedua dan sedang berjalan sekarang ini ..... ia belum reda lagi....

Maka pada masa  itu....tahun 1993.....suasana dan keadaan macam rojak.....

Semangat esprit de corps terpaksa kita dahulukan....tangani dengan sebaik mungkin....walaupun banyak kemusnahan telah berlaku....masa tu Wak Kiyai belum jadi Penyelia lagi. So, ada pro dan kontra hasil daripada tindakan dan pendekatan yang kita lakukan...

Lanjutan daripada itu.....setelah menjadi Penyelia....dan telah melalui berbagai kelas...samada kelas Universiti, sekolah maupun orang awam....pengalaman mengajar kita....akur dengan keadaan.....walaupun hati memprotes......

Wak Kiyai mengajar anak buah dengan kesabaran tetapi kena licik dalam menghadapi suasana disekeliling.....dan pada krisis kedua ini juga.....pagar yang dibina tidak mudah runtuh....

Masa berlalu....ada puak tengelam.....ada puak timbul.....ada puak tengelam timbul....

Mata mungkin tak melihat.....tetapi telinga mendengar....pada perjumpaan terdahulu...Guru ada menyatakan tentang  ISYARAT....

Jadi...macamana kita hendak mengaplikasi apa yang dikatakan ISYARAT itu....yang tahu baca isyarat saja boleh mengelak daripada terkena Tsunami...sebagai contoh...

Sebenarnya isyarat mengenai PSSCM ni telah lama didengar....tapi suaranya masih sayup-sayup kedengaran....seolah-olah kita berada didalam mimpi ataupun suara itu kedengaran semasa kita baru bangun tidur yang nenyak lantas sayup-sayup.....bunyi dan katanya seperti ini......" Pak Ak....Pak Ak macamana sekarang " kita bertanya.... Lantas dia menjawab derngan suara yang lemah dan tidak bermaya.... "Pak Ak kurang sihat la nie.....Mat mana....Pak Ak nak jumpa dia....Mat mana...? "

Lantas kita pun termenung.....eeehhhhhh.....apahal ni....betul ke aku ni.......

Suara yang mendayu itu sebenarnya perlahan-lahan mendekati kita.....memberi ISYARAT daripada seseorang untuk seseorang.....

Empunya " DIRI dan DIRI " telah maklum.....mungkin keadaan dan waktu menjadi penghalang......

Kita.....Kita.....KITA......harus bersabar......1993.....2009......

Menjawab persoalan mded.....masa 1993 dahulu....setiap tindakan ada pro dan kontra.....Memberi salam dan menghulur tangan suatu perbuatan yang baik.....16 tahun berlalu.....mungkin hasilnya akan kita lihat tak lama lagi......walaupun begitu....ia tetap ada pro dan kontra....selagi mana ada dalam benak fikiran kita, selagi mana kita bergerak atas nama kumpulan  dan selagi mana ada tercatat didalam kamus dewan bahasa dan pustaka....dan juga kamus-kamus yang sewaktu dengannya...

Yang pentingnya......fikirkan yang positif......ushakan sesuatu dan lakukan yang terbaik dengan apa cara sekalipun mengambil kira phrasa ini yang diulang kembali.....

" Pak Ak kurang sihat la nie....Mat mana....Pak Ak nak jumpa dia ......Mat mana...? "

Empunya " DIRI dan DIRI " telah maklum.....mungkin keadaan dan waktu menjadi penghalang......

Sekian ...Salam...

Nota : Imam Ghazali ada menyatakan .....lebih kurang macama ginilah...dalam membuat sesuatu keputusan itu....kita mestilah berfikir dengan sehalus-halusnya secara menegak dan melintang.....apabila ada  keputusan terbaik dicapai .....kita laksanakan...... akhir kalam .......ana la aa'rif ya ahi.....hal antum aidon ?

Offline

 

#10 2009-10-17 02:42:26

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

melihat dalam ketegangan psscm skrg ni terutama dari komen2 di blog http://tokmoh27.blogspot.com/
http://akalyangwaras.blogspot.com/
http://rijalul-ghaib.blogspot.com/

seolah2 sejarah berputar.. kalau dulu diorang melihat cik mat sebagai 'gelojoh'.. skrg datuk maideen pula dilihat begitu jugak.. bezanya dengan cik mat ada surat hitam putih dan rakaman tape tapi dgn maiden hanya ada 4-6 org saksi dengan keterangan yg tak jelas..

kalau dulu pak ak kata dah serah kpd cik mat.. tapi diorang tak nak ikut..
sekarang pak ak kata dah serah pada maideen.. boleh pulak nk ikut...

setakat hari ni casualties yg dialami oleh psscm disebabkan tindakan datuk maideen nak buat egm utk mengumumkan dia sbg guru adalah agak besar.. cawangan negeri perak telah dibubar dan suasana jadi kelam kabut..

mungkin hanya statement dari pak ak yg boleh menyelesaikan perkara ini..
mungkin isyarat empunya 'diri dan diri' mengikut wak kiyai akan berlaku dalam masa terdekat...

Offline

 

#11 2009-10-20 02:16:45

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

SEKULARISM DAN KAITAN DENGAN SILAT CEKAK

Salam.....

Kajian Sains Sosial ni banyak pecahannya....iaitu sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi dan psikologi.....itu baru pecahan ilmu biasa tak masuk ilmu agama lagi......yang secara kasarnya Islam, Iman dan Ikhsan.....

Elemen-elemen ini jika dikaji secara mendalam akan dapat memberi sedikit gambaran tentang Silat Cekak ......dulu, kini dan selamanya.....

Sekiranya Wak Kiyai katakan bahawa Silat Cekak yang dibawa dan diterajui oleh si anu.... dan si anu.... adalah mengikut faham sekular......sudah semestinya Wak Kiyai akan dimaki hamun dengan berbagai bunyian yang amat merdu mengikut alunan muzik masing-masing..... tapi hakikat itu patutlah diterima....akan keujudan faham sekularisme....dalam persilatan ini.....

Mungkin juga jika diteliti dengan lebih mendalam, ia juga akan ditafsirkan sebagai sekular didalam sekular.....( fuuuuhhhhhh.....sakit kepala mikirkan.....)

Sila buat kajian dari sejarah Silat Cekak itu sendiri sejak dari dulu....sampai hari ini......dan fahamkan elemen-elemen yang terkandung didalamnya....andaikan elemen fizikal silat tidak termasuk didalamnya tetapi ritual diambilkira..( aduuuhhhh lagi poning kopalo den.....)

Wak Kiyai meneliti blog-blog yang mded bagi dan tambah satu lagi.....7warriors.....

Sebahagian daripada isi perbahasan itu telahpun dikenalpasti oleh Wak Kiyai.....sejak timbulnya krisis dalam SCH yang lalu.....( ilmu, pengalaman dan kematangan mengajar kita )....tetapi ada pula yang Wak Kiyai tak ketahui.....maklumlah bukan rumah kita......

Sekiranya rakan-rakan melayari catatan-catatan Wak Kiyai dalam blog ini ( semua tajuk ), ada sedikit sebanyak panggilan serta istilah yang diberi berkaitan seseorang ataupun keadaan yang diceritakan....semuanya bercampur rojak....dan tidak sistematik......tetapi jika dipecah-pecahkan.....dan dikaji dengan teliti...jadilah ia sesuatu yang bersifat ilmuan....tak gitu.....dan itulah juga yang dihasratkan oleh Ustaz....untuk tatapan,kajian dan renungan untuk masa akan datang......so jadilah kata-kata..... dulu, kini dan selamanya dalam konteks Silat Cekak.....

Wak Kiyai tak belajar secara formal apa logi-logi ni.....tetapi ilmu, kaedah , pendekatan serta cara perbandingan bolehlah sikit-sikit.....yang pasti seksologi....tak payah nak ajar......maklumlah ada " wali jantan dan betina ".....

Daripada hamburan kata-kata penulis diblog yang Wak Kiyai layari dapatlah dikutip, dikumpul, difahami, ditafsir, dibuat perbandingan , dirumus serta dibuat kesimpulan.....faham sekularism .....telah bertapak pada generasi Silat Cekak  masa kini.....dipihak mana dan mana-mana.....jangan pikir banyak......

Malaysia mengamalkan Konsep Raja Berpelembagaan .....apa faham anda tentang Konsep Khalifah Islam .....

Lu....Lu.....Lu......Pikirlah sendiri........!!!!!!

Salam....

Offline

 

#12 2009-10-23 18:59:46

srijatimas
Member
RankingRanking
Registered: 2009-01-06
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

menarik gak nie...


Produk Sri Jatimas: http://srijatimas.blogspot.com/
Rawatan Bekam: http://bekamsrijatimas.blogspot.com/
Produk Penjagaan Kenderaan i-CHARGE: http://i-charge.myfzbiz.com/default.asp?x=izuan
Peluang Terbuka kepada anda, hanya KLIK DI SINI http://www.dapatwang.com/?id=srijatimas

Offline

 

#13 2009-10-27 13:36:30

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 175
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Offline

 

#14 2009-10-28 02:06:06

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Terima kaseh kepada Pengusaha kerana telah memberi maklumat tentang  tambahan informasi daripada blog terbaharu.

Tulisan daripada  blogger Aku Penganti Hidup Kembali dengan tajuk Harapan , Pesan, dan Peringatan amat teratur dari segi struktur membina kata-kata dan hujjah. Wak Kiyai meneliti setiap rangkaikata yang diutarakan.

Wak Kiyai tertarik dengan sebutan " Bodoh " seperti tulisan KAMI itu yang terasa seperti dirinya diperbudak-budakkan apabila disindir oleh kerana mengamalkan dictum atau pantang larang dalam Silat Cekak ini. Jika benar keterangan yang diberi itu, Wak Kiyai tak taulah apa nak cakap.

Tempohari Wak Kiyai ada membuat ulasan pada ruangan Sepak Minang yang juga mengambil keterangan daripada pihak yang sehaluan dengan KAMI ini. Pada ruangan itu ada menceritakan bagaimana Ayam Penunjuk tidak lagi diamalkan semasa majlis ijazah tamat.

Banyak istilah-istilah yang Wak Kiyai gunakan bersesuaian dengan ilmu yang dipelajari serta kefahaman yang diambil hasil pembelajaran serta penelitian sepanjang menjadi pengamal Silat Cekak ini. Wak Kiyai sejak kebelakangan ini kerap membelek-belek nota kuliah yang diberikan oleh Profesor serta pensyarah dengan tujuan mengingati serta ingin menajamkan lagi kefahaman dalam bidang agama dan juga kaitannya dengan perjuangan Silat Cekak ini. Maklumlah dah hampir 7 tahun meninggalkan kuliah agama ini banyak istilah dan fakta yang terlupa perlu diasah semula tetapi bukanlah ia dilupai.

Wak Kiyai nak ambil sikit pandangan daripada nota syarah Profesor dalam bab Ijtihad. Istilah Ijtihad itu boleh disifatkan sebagai penelitian atau penyelidikan tentang hukum. Orang yang membuat ijtihad adalah dipanggil Mujtahid.

Rakan-rakan apa kaitan pula dengan silat ini ? Sememangnya Ustaz didalam menstruktur Silat Cekak ini telah membuat banyak penelitian serta penyelidikan sebelum membuat sesuatu ketetapan. Maka hasil daripada ketetapan itu dinamakan Ijtihad Silat. Ia bukan hanya berbentuk teori tetapi dipraktikkan. Wak Kiyai tidak bermaksud mahu menceritakan keseluruhan bab Ijtihad ini kerana ia memerlukan lebih seratus muka surat untuk diterangkan maka tak praktikal untuk diceritakan didalam ruangan ini.

Seperti juga Parang Lading dan Wali Jantan maka Ayam Penunjuk juga adalah hasil daripada Ijtihad Ustaz Hanafi. Jalan cerita seterusnya ialah berbentuk suatu soalan adakah Ustaz sengaja mengada-adakan semua perkara ini hanya untuk suka-suka sahaja ?

Rakan-rakan berilah jawapan. Ustaz sepertimana Wak Kiyai terangkan dahulu, Wak Kiyai bermasaalah dan "berbohong sunat" pun dia tahu apakan lagi perkara seperti ini. Dengan memperlecehkan ataupun meninggalkan amalan yang Ustaz praktikkan sejak dulu lagi, suatu jawapan yang amat-amat kukuh perlu diberi.

Ini memberi gambaran bahawa individu yang dimaksudkan itu sebenarnya tidak mendalami Ilmu Usul yang bermaksud  Hakikat disebalik perbuatan itu. ( Ayam Penunjuk ). Natijah daripada kekurangan atau pun tiada langsung ilmu tentang itu, jalan mudah kerana tak tahu nak menjawab atau tak ada idea nak kelentong maka ambil sahaja jalan pintas. "Perbuatan ini adalah bidaah dan khurafat ".

Habis cerita, tak perlulah nak " kurangkan tidur " dan meletakkan kedua-dua belah  tangan memandang siling rumah atau atap menunggu turunnya Ilmu Laduni untuk jawapan kepada soalan yang bodoh ini, alah Ayam Penunjuk aje pun.

Terlalu banyak istilah dan faham agama yang Ustaz terap serta amalkan secara halus dan teliti didalam Silat Cekak ini. Tak perlulah diceritakan semuanya takut nanti jadi penyakit.

Wak Kiyai tak mahu nak komen panjang tentang tulisan blogger Aku Mati Hidup Kembali ini. Takut kena penyakit sawan. Sawan tekan keyboard tak tahu nak berhenti.

Salam....

Offline

 

#15 2009-10-28 09:49:05

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

bab ayam penunjuk yg ditiadakan dari cekak malaysia pun agak misteri..
ada kaitannya dengan pakcik kecik.. dan ada info terbaru yang pakcik kecik ni baru2 ni dalam lima enam bulan lepas ada datang jumpa makteh. dari segi gayanya beliau dah tak setuju lagi dengan cekak malaysia..

Offline

 

#16 2009-10-28 23:37:14

lapan_enam
New member
Ranking
Registered: 2009-10-27
Posts: 1
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Orang2 pentadbiran pusat semuanya adalah bekas CH yang tak sempat nak convert...,
Sekarang nih dia nak ulangi kembali peristiwa '93....,
Amrudin gagal menjatuhkan guru psscm masa tu tahun 93...., kali ni Roslin ali omar ..., salah satu agendanya menerima dan melantik saithu maideen menjadi guru(keling masuk islam) silat cekak malaysia, tanpa bahas dan undi...,(jahatnya)..,yang peliknya ahli2 perwakilan ikut je..macam dah kena jampi.
Wahai pejuang2 tak kira CH atau PSSCM...., celiklah..., sian ape dah jadi kat Mat Radi.., ni pulak tempiasnya nak kena PSSCM.....
Bukan guru silat yang membawa silat yang PSSCM perjuangkan...,tapi sebenarnya, guru yang membawa agama,isi,ilmu hakikat.....,itulah yang pejuang2 cekak malaysia perjuangkan.Andai kata ianya diceraikan -maka kosonglah silat itu,sia2 usaha almarhum ustaz hanafi..., pak ak dah kata dah "saya maafkan mat radhi, tapi saya tak maafkan amrudin". Jika benih ilmu yang di satukan dgn silat oleh almarhum ustaz ini terpisah maka rosaklah.., kucar -kacir akan terjadi....
PSSCM tak nak komen pasal guru CH, sebab mereka nak silat dan bagus dalam pengurusan persatuan(mereka pilih guru pakai EGM),tapi tak dalam PSSCM...,

Kepada semua ahli2 baru dan lama...,Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini(31oct09) adalah satu agenda/operasi/skandal/konspirasi untuk menjatuhkan Tuan Haji Ishak b. Itam yang masih hidup.
Saya menyeru supaya jangan bersubahat dengan pengkhianat-pengkhianat yang hendak/akan menjatuhkan Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak b. Itam.
Memang anda semua mungkin tak percaya /tidak akan percaya.., bahawa pihak pengurusan pusat(nama2 yg telah disiarkan) akan menganiaya Pak Ak... tapi percayalah mereka akan menjatuhkan guru kita-Ustaz Ishak bin Itam.

Offline

 

#17 2009-10-29 00:12:33

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam kepada lapan_enam,

sebenarnya kita di sini pun memang mengikuti blog2 berkenaan apa yang berlaku dalam PSSCM dan kita juga menunggu kesudahan daripada EGM shah alam nanti..

adalah penting untuk ahli silat cekak terutama pengamal silat cekak untuk menyedari bahawa institusi guru adalah lebih utama daripada persatuan walaupun keduanya saling memerlukan.

Offline

 

#18 2009-10-29 02:19:15

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Terasa sedih kadang-kadang menyelubungi perasaan. Itulah naluri manusia. Wak Kiyai tak boleh nak gambarkan bagaimana keperitan Mak Teh semasa mengharungi zaman-zaman kepayahan Ustaz memperjuangkan Silat Cekak ini. Hanya yang boleh Wak Kiyai kaitkan ialah pengalaman mengharungi hidup semasa zaman kecil bersama ibu dan melihat serta merasai keadaan kehidupan sehinggalah meningkat dewasa.

Kadang-kadang apabila menghadiri majlis, selalunya orang akan bercerita tentang Ustaz serta menayangkan gambar-gambarnya sebagai kenangan disertai dengan bunyian lagu yang mendayu. Wak Kiyai akan terus menjeling kewajah Mak Teh melihat reaksi raut wajahnya. Dengan sapu tangan atau tisu diletakkan kepipinya sedikit-sedikit diusap maka dengan sendiri memberi maksud Mak Teh kerinduan mengenang kekasihnya yang telah pergi.

Tapi bukan Mak Teh sahaja, Wak Kiyai pun sayhdu juga terkenang Guru yang banyak memberi tunjuk ajar serta panduan dalam hidup ini. Tak ketinggalan juga ribuan anak muridnya yang suatu masa dahulu berharap agar Ustaz hidup lebih lama lagi. Semuanya telah berlalu.

Berbagai krisis telah dilalui, yang anehnya Mak Teh juga tempat mengadu. Bukan setakat Pak Cik Kecik malahan ramai lagi datang mengadu hal. Itu terpulanglah dengan tujuan dan maksud dan niat masing-masing.

Wak Kiyai biasa juga sembang dengan Pak Cik Kecik. Sementara tunggu majlis tamat, kita pun tarik dia kekedai makan dan sembang. Masa Wak Kiyai tamat dahulu, Pak Cik Kecik lah yang menyediakan ayam penunjuk. Jika tak silap, pada awal tahun 90' dia berhijrah ke utara. Masa tu dengar cerita Ghazali UUM ( sekarang ni ) rapat dengan dia.( Ghazali masih berkerja dengan bank jika tak silap pada waktu itu dan baru berpindah ke utara )

Banyak juga cerita-cerita menarik melalui pengalaman yang dia sendiri lalui pasal silat ini. Sesekali melihat pertunjukan silat teringat kisah dia. Macam tak percaya badan kecik boleh lipat Tomoi  5 orang. Tak taulah itu yang dia cerita.

Semasa krisis 1993, Wak Kiyai dah tak jumpa dia lagi sehinggalah kini. Macamana rupanya  dia sekarang ? Apa yang diadukannya kepada Mak Teh ?

Pada Hari Raya yang lepas Wak Kiyai berbincang panjang dengan anak buah berkaitan krisis PSSCM ni. Mencari jalan penyelesaian sekadar yang termampu oleh fikiran masing-masing. Maklumlah, Wak Kiyai sebenarnya tak pernah dipecat dari PSSCM kerana Wak Kiyai adalah ahli seumur hidup. Secara teknikalnya masih lagi ahli PSSCM cuma tak boleh pergi EGM kerana nama tak tersenarai. Boleh tengok dari jauh sahaja.

Baru sebentar tadi Wak Kiyai meneliti surat-menyurat daripada PSSCM. Lebih 16 tahun yang lalu Wak Kiyai telah digugurkan daripada senarai jurulatih. Pusingan pertama 33 orang digugurkan termasuklah Encik Mad Radhi dan Wak Kiyai adalah termasuk dalam senarai pusingan kedua mereka-mereka yang digugurkan. Makna kata Wak Kiyai tak pernah dipecat dari PSSCM hanya digugurkan sebagai Jurulatih sahaja.

Kesedaran Wak Kiyai akan apa sebenarnya yang terjadi dan berlaku pada PSSCM krisis tahun 1993 hanya terjawab pada tahun 2007 apabila krisis PSSCUH menjadi hangat. Cuma Wak Kiyai tak mahulah nak menghuraikan secara terperinci dan hanya segelintir sahaja anak buah yang mengetahui.

Ada banyak lagi cerita yang Wak Kiyai tak boleh nak ulas oleh kerana  kita terpaksa mengawal keadaan  dan menjaga hati ramai pihak. Diakhir perbincangan pada Hari Raya tempohari, Wak Kiyai dan anak buah berharap agar ketentuan yang meyakinkan dapat kita perolehi supaya Silat Cekak akan bertapak dengan lagi teguh dan mantap. Walaupun anak buah tidak pernah merasai zaman berada diPSSCM hanya cerita daripada Wak Kiyai sahaja, watak-watak yang ditonjol dan diceritakan dapat memberi sedikit pedoman bagi mereka dan melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.

Buat Pak Cik Kecik dan geng-geng diPSSCM yang tidak sehaluan dengan Kapten kapal itu, Ta'ala Huna....Ya Ahi....

Pharsa ini diulangi lagi.....

" Pak Ak kurang sihat la nie....Mat mana....Pak Ak nak jumpa dia.....Mat mana...? "

Bagi pihak En. Mat Radhi.....Wak Kiyai tolong jawabkan.....

" Pak Ak...En.Mat ada...dia tau keadaan Pak Ak la nie....dia ingin  nak jumpa .....tapi....serba salah.....nantilah....jika masa mengizinkan....dia akan jumpa ".

Rakan-rakan buatlah andaian sendiri.....sangka baik dapat baik....

Ikhlas dan salam......

Offline

 

#19 2009-10-29 15:39:39

mat peace221
Moderator
RankingRankingRanking
Registered: 2008-09-10
Posts: 72
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

lapan_enam wrote:

Orang2 pentadbiran pusat semuanya adalah bekas CH yang tak sempat nak convert...,
Sekarang nih dia nak ulangi kembali peristiwa '93....,
Amrudin gagal menjatuhkan guru psscm masa tu tahun 93...., kali ni Roslin ali omar ..., salah satu agendanya menerima dan melantik saithu maideen menjadi guru(keling masuk islam) silat cekak malaysia, tanpa bahas dan undi...,(jahatnya)..,yang peliknya ahli2 perwakilan ikut je..macam dah kena jampi.
Wahai pejuang2 tak kira CH atau PSSCM...., celiklah..., sian ape dah jadi kat Mat Radi.., ni pulak tempiasnya nak kena PSSCM.....
Bukan guru silat yang membawa silat yang PSSCM perjuangkan...,tapi sebenarnya, guru yang membawa agama,isi,ilmu hakikat.....,itulah yang pejuang2 cekak malaysia perjuangkan.Andai kata ianya diceraikan -maka kosonglah silat itu,sia2 usaha almarhum ustaz hanafi..., pak ak dah kata dah "saya maafkan mat radhi, tapi saya tak maafkan amrudin". Jika benih ilmu yang di satukan dgn silat oleh almarhum ustaz ini terpisah maka rosaklah.., kucar -kacir akan terjadi....
PSSCM tak nak komen pasal guru CH, sebab mereka nak silat dan bagus dalam pengurusan persatuan(mereka pilih guru pakai EGM),tapi tak dalam PSSCM...,

Kepada semua ahli2 baru dan lama...,Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini(31oct09) adalah satu agenda/operasi/skandal/konspirasi untuk menjatuhkan Tuan Haji Ishak b. Itam yang masih hidup.
Saya menyeru supaya jangan bersubahat dengan pengkhianat-pengkhianat yang hendak/akan menjatuhkan Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak b. Itam.
Memang anda semua mungkin tak percaya /tidak akan percaya.., bahawa pihak pengurusan pusat(nama2 yg telah disiarkan) akan menganiaya Pak Ak... tapi percayalah mereka akan menjatuhkan guru kita-Ustaz Ishak bin Itam.

blog canang .com ni...hanya terima dan di pimpin oleh YM tuan guru md radzi bin hj hanafi sahaja.pasal psscm biar dia cm sendiri yg uruskan.

Offline

 

#20 2009-11-08 23:52:56

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Nampaknya sudah agak lama juga Wak Kiyai tak menekan keyboard untuk blog Canang ini. Bukan bermaksud tak ada idea nak menulis tetapi sedang sibuk melayan kolum ' Lelaki Yang Tidak Kelihatan'.

Tak larat nak layan semua. Satu hari layan satu kolum cukup. Yang pentingnya dapat maklumat . Maklumat risikan ini banyak gunanya. Bukan semua maklumat boleh diterima. Ia perlu ditapis mengikut maksud tujuan utama ianya diperlukan. Eaawah...macam polis dan askar pulak aku. Wak Kiyai seronok baca cerita-cerita fiksyen JeeBon serta cerita-cerita perjuangan didalam angkatan tentera. Macamanakah taktik serta strategi yang digunakan untuk menghadapai ancaman musuh. Kat You Tube banyak. Kadang-kadang pada hari minggu duduk depan komputer mengadap benda ni aje. Bukan apa, sekadar menimba ilmu.

Daripada pengamatan Wak Kiyai sejak krisis CH dan juga sehinggalah hari ini krisis CM pula, ada perkara yang Wak Kiyai tak berapa nak setuju. Sebelum krisis nampak dari luar macam OK aje. Tapi apabila krisis bermula, tu diaaa.....tak reti-reti nak Tutup Aurat.

Macam-macam blog tumbuh, seperti cendawan lepas hujan. Hebat !!!! Sungguh hebat !!! Inilah zaman internet. Cuma Wak Kiyai aje tak buat blog pasal takut kalau-kalau nanti kering idea , terkedu pulak blok aku.

Tetapi cuba kita lihat, apa dah jadi dengan blog-blog ini sekarang ? Zaman perang CH dulu tak tau nak kata.  Daripada sekecil peluru sampai bom atom semua digunakan dengan maksimumnya. Tidak terkecuali juga zaman perang CM sekarang ini. Bilakah akan akhirnya perang ini ( CM ), Wak Kiyai sebagai perisik belum boleh membuat andaian konkrit. CH pun gitu juga.

Pada tulisan Wak Kiyai terdahulu,  ( terlupa pulak dalam kolum apa ) ada menceritakan tentang pembinaan Imej dan Karakter. Masih ingat lagi, artikel itu ditulis sebelum krisis CM ini meletup dengan hebatnya. Makna kata ( eeewah ), Wak Kiyai dah bagi Isyarat . Sekarang ni, habis lampu isyarat dilanggarnya.

Kepada semua pihak, jika nak tembak tu patut-patut la. Sekarang ini, pengamal Silat Cekak terbahagi kepada 4 puak yang agak besar. Tetapi ada juga puak-puak  kecil yang tidak kita ketahui. ( Ghaib atau Syahid )

Dalam menghadapi krisis, kita seharusnya menangani dengan sebaik mungkin. Tetapi krisis Penganti Guru Utama adalah yang Paling Utama.

Nak Fikir Tak Mau Fikir, Tak Mau Fikir Nak Fikir......

Letih....

Salam...

Offline

 

#21 2009-11-09 02:36:25

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

nampaknya hari ni dalam website resmi CM dah ada kenyataan bertulis Datuk Maideen n Roslin.. majoriti ahli PSSCM dah menerima guru baru.. tapi golongan penentang nampak kuat juga (kuat dari segi emosi)

Kita tengoklah apa event seterusnya...

Offline

 

#22 2010-01-30 23:22:47

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Sudah lama Wak Kiyai mencari keterangan dan kenyataan rasmi daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Akhirnya tersiar juga di laman web PSSCM.

Biodata Guru Utama ( Baru ) PSSCM iaitu Datuk Maideen kita. Selaras dengan itu gambarnya juga bertukar iaitu daripada berbaju Melayu warna hitam berselendang kepada baju Melayu warna kuning.

Secara perbandingan dari sudut ilmu pemasaran memang tidak dinafikan Datuk mempunyai penonjolan yang lebih sedikit daripada Guru-Guru Utama Silat Cekak yang lain. Sebab mereka nie nampak biasa aje. Kadang-kadang anak murid pun tak berapa kenal. Maklumlah jumpa pun sekali sekala aje itupun masa ijazah asas, potong dan tamat.

Jika aktif maka agak kerap jugalah jumpa tetapi jika tidak aktif maka 3 kali itulah aje jumpa. Jangankan muka, kadang-kadang nama Guru pun lupa. Biasalah.

Datuk Maideen special sikit. Mempunyai personaliti yang berbeza. Bukan dibuat-buat tetapi semulajadi. Asli dan tulen. Anak murid mudah mengenalinya. Apa orang kata 'Love at first sight'.

Sekali pandang dah kenal. Sekali imbas dah boleh mengingati raut wajah serta susuk tubuhnya. Suaranya pun mudah di implant dalam benak ruang imaginatif khayalan tahap kedua deria dalaman kita. Pendek kata mudah, mudah segala-galanya.

Bersesuaianlah dengan pantun , Silat Cekak amatlah mudah .....Bagi mereka yang mendapat hidayah....tapi disini tak perlu hidayah.....jika raut wajah, susuk tubuh serta suaranya dengan cepat dapat diselami....maka hakikat mengenalinya pun dah kira mendapat hidayah.....

Orang-orang tasauf selalu mengingatkan ....jika kita boleh membayangkan wajah muka Guru kita yang Mursyid maka ilmu senang masuk dan menyerap kat kita....

Itulah kelebihan Datuk Maideen.....mungkin orang akan melihat sekali pandang aje muka Ustaz, Pak Ak, Md Radzi atau Abang Joe....tapi tiba pat Datuk Maideen aje....pandangan itu akan terhenti seketika.....Datuk Maideen menarik parhatian....dalam masa yang sama menarik pemikiran sesiapa saja yang memandang gambar-gambar Guru Utama Silat Cekak....

Syabas Datuk Maideen.....anda lain dari yang lain....PSSCM bangga mempunyai Guru Utama sepertinya.....nampak gentleman ditambah pula dengan baju kuning mengelit tu.....bergaya dan ada kelas you.....

Salam.....

Offline

 

#23 2010-02-11 02:17:58

dende
New member
Ranking
Registered: 2009-10-13
Posts: 6
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

even ak ahli psscm sekalipon, ak tetap xbangga dengan ade nyer guru baru..
tngu je lah ape gneg 86 nak wat t

Offline

 

#24 2010-02-11 09:22:45

sambal
New member
Ranking
Registered: 2010-01-19
Posts: 4
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

dende wrote:

even ak ahli psscm sekalipon, ak tetap xbangga dengan ade nyer guru baru..
tngu je lah ape gneg 86 nak wat t

enche' dende..

apa khabar Pak Ak skrg? knp langsung tiada pic terkini Pak Ak di mana-mana web yg sokong Pak Ak??

Offline

 

#25 2010-02-11 11:18:48

dende
New member
Ranking
Registered: 2009-10-13
Posts: 6
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

salam..
pak ak ok...
alhamdulillah..tp biase la da makin uzur..
cuma yang ak sedikit terkilan rumah die kat bkt mertajam dgr cite ade dipasang mic oleh org2 pentadbiran pusat...
xtau sbb ape...
yang mengepalai penentangan trhdap persatuan skrg ialah pak lang taufik, anak agkat ustaz hanafi dgn abg salleh..
sume nyer ade kat rijalul ghaib
psscm pon da xmcm dulu dah
kaum wanita buah boleh trus dapat tnpa diprturunkan oleh jurulatih dengan alasan tiada jurulatih wanita masa ak pergi melawat kelas lthn poli kuantan...
aku blaja dulu xda smpai mcm 2 skali...
da makin pelik sejak psscm duduk bawah maideen khatarisa...

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads