Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#26 2010-02-17 09:50:49

sambal
New member
Ranking
Registered: 2010-01-19
Posts: 4
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

dende wrote:

salam..
pak ak ok...
alhamdulillah..tp biase la da makin uzur..
cuma yang ak sedikit terkilan rumah die kat bkt mertajam dgr cite ade dipasang mic oleh org2 pentadbiran pusat...
xtau sbb ape...
yang mengepalai penentangan trhdap persatuan skrg ialah pak lang taufik, anak agkat ustaz hanafi dgn abg salleh..
sume nyer ade kat rijalul ghaib
psscm pon da xmcm dulu dah
kaum wanita buah boleh trus dapat tnpa diprturunkan oleh jurulatih dengan alasan tiada jurulatih wanita masa ak pergi melawat kelas lthn poli kuantan...
aku blaja dulu xda smpai mcm 2 skali...
da makin pelik sejak psscm duduk bawah maideen khatarisa...

hmmm....persoalannya skrg...knp langsung tiada sebarang gambar terkini Pak Ak di mana-mana web yg sokong setia pada Pak Ak?

bukannya apa dende...Malaysia ni mmg tak besar mana, tapi takla semua berpeluang utk ziarah Pak Ak tu...

walau berlainan haluan, namun mau juga tau mcm mana keadaan & wajah terkini saudara seUgama kita..

boleh dende bantu?

Offline

 

#27 2010-02-21 14:11:35

dende
New member
Ranking
Registered: 2009-10-13
Posts: 6
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

xtau nak cakap la sambal
nk pergi sane pon xberpeluang

Offline

 

#28 2010-02-21 19:38:54

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Suasana Terkini



Salam.....

Wak Kiyai sebenarnya telah sekian lama mengikuti perkembangan Datuk Maideen. Sesiapa orang lama yang aktif dalam Silat Cekak (Umum ) akan mengetahui  cerita-cerita Silat Cekak Malaysia dari semasa kesemasa dalam erti kata percakapan bisik dan risik. Ini termasuklah juga pergerakan yang di terajui (?) oleh Guru Utama Marwi.

Perkembangan segala blog yang berkaitan dengan SC juga  dipantau. Segala macam pandangan diambil kira. Apabila bertemu rakan-rakan lama silat maka tak terlepaslah menceritakan hal-hal yang berlaku dan termasuklah juga khabar-khabar angin. Sebagai ahli silat yang telah melalui zaman-zaman terang dan gelap , Wak Kiyai tak mudah melatah malahan  pendirian peribadi adalah hak mutlak setiap individu.

Pemantauan dan pemerhatian telah pun bermula sejak akhir zaman 80'an lagi. Zaman-zaman yang berlalu terutama perayaan 21 tahun Silat Cekak dan seterusnya, dirasakan masih segar walaupun telah lebih 20 tahun berlalu. Maklumlah masa itu anda masih muda remaja. Mengisi masa lapang dalam bersilat adalah suatu rehlah dan aktiviti yang menyeronokkan. Bukan tak ada hiburan lain tetapi anda telah terlekat pada Silat Cekak ini.

Apabila terjadi kes pertukaran Guru Utama pada tahun 1993, Wak Kiyai terima dengan redha dan hati terbuka. Mudah sahaja menerimanya . Bukan kerana taksub pada individu tertentu ataupun berpegang kepada teori-teori pelik istilah Keguruan dalam Silat Cekak tetapi ini adalah kerelaan hati.

Tidak ada sedikit pun sebelumnya perasaan tidak puas hati kepada Pak Ak ataupun berpihak kepada yang  satu lagi secara ekstrim. Segala keadaan diambilkira baik dari perspektif persilatan mahupun persatuan. Berpihak kepada Md Radzi bukan bermakna Wak Kiyai menyokong persatuan serta pentadbirannya. Dan ini juga tidak bermakna Wak Kiyai menolak Pak Ak .

Pada suatu masa hanya ada suatu sahaja pemimpin Silat Cekak dari segi institusi Keguruan. Sekiranya ada 4 ( Guru Utama ) pada masa ini tetapi tetap hanya 1 sahaja yang memimpin. Ini terpulanglah kepada individu masing-masing siapa yang hendak dilantik atau dipilih menjadi pemimpinnya.

Fahaman yang mengatakan selagi ada hayatnya maka Guru Utama itu tidak boleh diganti akan mengundang masaalah juga. Tidak menjelaskan siapa bakal penganti  pun masaalah. Akhirnya semua jadi kecoh.

Kekuatan sememangnya terletak kepada kedua belah pihak. Ketua serta pendokongnya. Maka jika begitu tak salah dikatakan ada 4 Guru Utama dalam satu masa disebabkan kesemua mereka ada kekuatan masing-masing.

Tetapi dalam membuat penilaian cuba kita fikir sejenak. Kebelakangan ini, Wak Kiyai dapati ramai pendokong Silat Cekak pimpinan Pak Ak telah berhijrah ke kem lain. Bukan sekarang sahaja tetapi telah lama berlaku. Cuma tidak mahu diheboh-hebohkan sahaja. Pimpinan Marwi pula belum diketahui lagi disebabkan keadaan krisis belum berapa reda.

Bagi sahabat-sahabat yang  sejak sekian  lama dahulu sehingga kini masih lagi mendokong Pak Ak , Wak Kiyai nasihatkan pandai-pandailah membuat pertimbangan dalam hal dan situasi sekarang ini. Bagi rakan-rakan yang dianggap adik serta mungkin juga anak , Wak Kiyai tidak mahu persalahkan. Mereka tak tahu cerita. Keadaan ini seperti juga adalah sama denagan apa yang berlaku dengan silat yang dipimpin oleh keluarga Long suatu masa dahulu.

Wak Kiyai tak mahulah dianggap penyokong tegar En. Mad Radzi cuma anggaplah sebagai 'buat pada masa ini masih lagi berada dipihaknya'. Walaupun timbul krisis kepimpinan sehinggakan timbul satu lagi Guru Utama iaitu saudara Marwi, tetapi sokongan belum beralih.

Sebahagian sahabat lama diseluruh Malaysia yang selama ini mendokong Pak Ak ada menghubungi kita. Maklumlah sahabat lama dan tak pernah bermusuh pula. Cuma perbezaan dari segi sokongan Guru Utama sahaja yang berbeza. Mungkin ada betulnya pepatah Melayu, 'Carik-carik bulu ayam akhirnya bertemu juga' ataupun 'Air dicincang tak akan putus'. Bagi Wak Kiyai pulak, ' Anak Cina makan pengat, sendiri mau ingat'. Ingat maknanya berfikirlah dengan sebaik mungkin.

Ada betulnya juga sebahagian teori-teori yang diutarakan didalam blog-blog yang berkaitan Silat Cekak. Tak kiralah dimana mereka berpihak. Wak Kiyai berfikiran terbuka. Yang pentingnya kita janganlah terlalu taksub akan semua hal terutamanya yang berkaitan Keguruan. Serta janganlah juga terlalu taksub dan ekstrim dalam hal pentadbitan serta ruangkuasa persatuan ditakuti nanti makan diri sendiri.

Salam.

Offline

 

#29 2010-02-22 20:50:30

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Guru Utama adalah Guru Utama. Sesiapa saja yang anda rasa patut digelar Guru Utama maka itu adalah hak anda. Samada anda menerima maklumat yang secukupnya atau tidak itu juga adalah rezeki anda juga. Samada anda bertemu atau mengenali Guru Utama anda secara Suatu Kebetulan atau Suatu Suratan itu juga adalah nasib anda.

Semua kumpulan yang menyokong kepimpinan masing-masing mempunyai sebab serta fakta tersendiri untuk menyokong pendirian mereka. Semua mereka akan seboleh-bolehnya atau sepatut-patutnya menyatakan pendirian merekalah yang betul-betul .....BETUL atau BENAR .Tidak ada yang setepat-tepat fakta melainkan mereka sahajalah yang betul-betul TULEN dan patut serta wajib dikuti.

Indoktrinasi pemikiran terdapat dimana-mana sahaja bukan sahaja di Silat Cekak ini malahan merata-rata dengan asas pemikiran serta aliran masing-masing. Rakan-rakan buatlah kajian  global secara formal maupun informal. Pilih saja topik yang anda suka dan kajilah. Walau bagaimanapun bukan semua yang mahu menghabiskan masa membuat kajian semua ini kerana ianya meletihkan serta tak happening dan ceria. Didalam majoriti pemikiran anak muda hanyalah ' Yang penting kita happy' itu saja.

Wak Kiyai suatu masa dahulu pun begitu juga. Maklumlah zaman muda ....Kita mesti happy....happy beb.....ntah ape tu takrifan happy pun Wak Kiyai tak tau....
Pergi ujian Sijil Rendah....habis ujian kita happy.....pergi buat pertunjukan .....habis pertunjukan kita happy.....pendek kata semuanya happy. Sepanjang masa ...happy aje.

Begitulah keadaannya ......semua persatuan akan seboleh-bolehnya ingin membuatkan ahlinya happy. Dalam happy.....sedikit jarum akan disuntik.....mengindoktrinasi pemikiran kita.....menyelit sedikit demi sedikit falsafah serta hala tuju . Istilah pendidikan 'mentaakul', ntah apa Wak Kiyai pun tak tau. Jarum yang disuntik mestilah diulang-ulang tayangnya supaya pendengar betul-betul faham apa yang hendak disampaikan. Samada falsafah itu ada kebenaran faktanya ataupun dicampur aduk dengan retorik kehendak penyampainya agak sukar dipisahkan. Sebabnya......antara ikhlas dan bertujuan ......makna dan makksud...diolah dengan begitu cantik serta cukup  manis supaya pendengar teruja lantas terpikat akan kata-katanya itu. Apatah lagi, sipendengar kebanyakkannya adalah diperingkat usia muda remaja. Rapuh tetapi tak reput.

4 pengikut Guru Utama mempunyai pendirian masing-masing. Tetapi yang menariknya, yang rapuh dan yang reput sama saja. Ustaz Hanafi tidak dilupakan. Sianu dan sianu boleh disisihkan tetapi tidak Ustaz. Ustaz Hanafi wajib ada dalam catatan. Yang lain.....boleh dipertimbangkan.....

Selepas Ustaz adalah Pak Ak.....Wak Kiyai tidak menafikan. Tetapi selepas itu......Md Radzi, Marwi, Maideen....3M....atau mungkinkah akan datang akan muncul anak melayu kelahiran Kedah mengantikan Pak Ak.....suatu persoalan...?
Mungkinkah nama Guru Utama itu juga akan bermula pada huruf M.....

Tetapi yang pasti.....dia mestilah seorang lelaki......mengikut teori Domino Inggeris begitulah..... the person must be a man.....HIM....

Hanafi.....H
Ishak......I
Md Radzi, Marwi, Maideen.....M
Atau.....si M Guru Utama yang baru ?

All together.....it must be HIM.....


Sorry....lawak aje....

Salam.....

Offline

 

#30 2010-02-23 12:08:16

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Tidak berapa lama dahulu semasa berjumpa rakan-rakan dalam satu majlis formal Silat Cekak Hanafi kami ada mengajukan persoalan ini. Persoalan yang mirip-mirip menjadi kenyataan buat pada masa itu. Samada persoalan itu dikira serius ataupun lawak semasa, tidak dapat dibuat penilaian secara terperinci. Cuma ianya sekadar menguji minda pesilat-pesilat yang telah lemah kepala lutut ini.

Ianya bermula dengan khabar-khabar angin. Tidak diketahui pula mulut celupar siapakah yang gatal memulakan langkah perkhabaran itu. Ingatkan dah berada dilain kem maka cerita dikem yang lama dah tak mau ambil tau. Rupa-rupanya masih juga nak jaga tepi kain orang.

Ye ....lah. Nak buat macamana, dulu-dulu masa zaman dulu.....awak semua ni berada didalam kem yang sama. Zaman happy happy masa muda remaja....tak banyak pun sikit-sikit saat manis dan pahit ada terkenang juga . Tapi setakat terkenang aje kira okeylah juga. Tapi macamana pulak boleh terkeluar cerita ni ? Sumber mana pulak diperolehi ? Sumber yang boleh dipercayai atau pun sebaliknya ?

Membina suatu teori tanpa asas yang kukuh akan membawa banyak maksud. Bagi pesilat yang lemah kepala lutut nie....cerita ini adalah dianggap hiburan semasa tetapi kadangkala ia juga boleh dianggap serius jika difikirkan secara mendalam. Bagi pesilat yang masih rapuh.....cerita begini akan banyak menimbulkan  keraguan dan membuatkan mereka tertanya-tanya serta mungkin juga terpingga-pingga.

Maka cairlah tahi telinga jurulatih serta penyelia mendengarkan bertalu-talunya soalan serta pecah kepala memikirkan apakah jawapan yang akan diberi demi memuaskan nafsu kehausan ilmu persilatan anak muda yang rapuh ini. Teori-teori mulut celupar nie jika tak kena gayanya akan menimbulkan fitnah dan jika tidak pun menambahkan dosa kering aje. Tapi nak buat macamana mulut manusia, bukan mulut tempayan.

Perbuatan mulut celupar nie.....akhirnya sampai juga ke telinga Guru Utama En. Mad Radzi. Maka tersibar luaslah khabar-khabar angin ini mengakibatkan kesannya seperti serangan bom kimia yang amat merbahaya. Jolok punya jolok....Guru Utama pun panas punggung juga. Tambahan pula krisis yang satu lagi tu belum selesai lagi.

Wak Kiyai biasa aje.....anak buah tanya .....aku corner tempat lain.....ataupun aku bohong sunat.....dah tak tahan sangat......aku jolok Guru Utama ...bagi punggung dia panas lagi.....

Buat pengetahuan adik-adik serta anak-anak yang masih rapuh.......

Teori Datuk Haji Maideen menjadi Guru Utama .......dah lama terpahat didalam benak fikiran kita.....hanya tunggu masa sahaja menjadi kenyataan.....sejak dulu lagi.....duluuuuuuu lagi......putik bunga dah nampak dah......

Akhirnya teori mulut celupar tu ternyata benar.......maka tiadalah fitnah ataupun dosa kering.....ia sememangnya menjadi kenyataan. Kesan dan akibat yang akan terjadi telahpun diambilkira. Kita sebenarnya tak mahu nak jaga tepi kain orang tetapi kita terpaksa memikirkan apa yang perlu dibuat sekiranya  seseorang meminta payung untuk berteduh dek kerana kepanasan terik matahari ataupun basah kuyup ditimpa hujan. Bau bacang pulak tu.....!!!!!!!

Sekian.

Salam.....

Offline

 

#31 2010-03-02 23:20:19

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Rakan-rakan sekelian. Baru sebentar tadi Wak Kiyai melihat klip video resmi daripada PSSCM mengenai penyerahan mandat Guru Utama.

Peerhhhh.....real beb.

Dengan alunan muzik yang lemah syahdu memperdengarkan suasana disekeliling, seolah-olah suatu kesedihan yang dialami akibat peninggalan seorang tokoh pejuang yang disayangi buat selama-lamanya.

MANDAT diserahkan kepada seorang tokoh terbilang, seorang pejuang yang luhur dan setia memikul tanggungjawab yang diwarisi dari zaman kezaman dengan penuh erat dan tawwaduk akurnya.

Walaupun agak ringkas, tetapi penuh dengan tertib beradat dan beradab. Suasana damai disekeliling seolah-olah merelakan akan hakikat peralihan MANDAT itu.

Persalinan yang diberi adalah simbol yang nyata PAKAIAN itu telahpun dimiliki oleh seorang insan dengan pengharapan MANDAT serta pesanan yang dituturkan dapat dilaksanakan  dengan seikhlas mungkin serta penuh tanggungjawab.

MANDAT dan pesanan pun  diterima dengan jawapan tutur kata yang teratur serta penuh berhemah. Begitulah lagaknya Panglima MELAYU mengukir adat dan adab.

Dan akhirnya pohonan restu diberi, lantas jari jemari  itu mengenggam erat tangan ayahanda tercinta lalu mengucup  tanda hormat yang tidak terhingga. NUR HIKMAH pun terpancar dimukanya .....seorang Khalifah diakhir zaman.....pejuang MELAYU.....yang gigih dan berhati waja......IKHLAS lah  juga hendaknya.

Demikianlah ceritera suatu peralihan MANDAT kali yang  ke DUA.....yang mana batil dan yang mana nyata......


Sekian.....Salam.

Offline

 

#32 2010-03-20 18:35:49

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam......

Rakan-rakan. Untuk menjaga dan mengendalikan sebuah syarikat yang mencapai taraf ISO bukannya mudah. Macam-macam perkara perlu dibuat. Kadang-kadang operasi syarikat OK dan kadang-kadang KO.

Masaalah pekerja memanglah merumitkan terutamanya bahagian operasi luaran. Pemandu van dan pekerja ramai yang cuti . Mau tak mau, minggu ini bos kena ikut van pasal anak buah tak cukup. Kena buat survey pulak tu untuk memenuhi syarat ISO dan servis pelanggan.

'Bos hari ini ikut kita ke....? ' tanya anak buah. Wak Kiyai jawab ' Yeah......'

Sekali-sekali kena turun padang ikut depa.....nak tau masaalah yang dihadapi oleh pekerja dan juga masaalah pelanggan. Nak tau destinasinya dimana....? Sebagai bos , suka akulah nak pilih mana tempat yang aku nak pergi.

Alamak......hari itu division yang Wak Kiyai pilih ada 3 team yang buat field work. 2 team ni haru, buat kerja mula 10 pagi sampai larut malam atau subuh dijangka habis.  Alamak....punah aku. So, team yang paling awal dijangka habis ialah team yang ke 3....pukul 4 mesti ada kat opis.....turunkan bos lepas tu sambung kerja didestinasi yang terdekat. Yang ni OK kot......tak fikir panjang lagi.

Ke KL kita......tengah jalan baru tanya driver......destinasi pertama kat mana.....

Anah buah pun jawab...Wisma Yakin PKNS....Masjid India bos !!!!! Wak Kiyai pun celah.....Yooolah....

Maka  terlintaslah dibenak fikiran.....Datuk Maideen dokeak situ....

Wak Kiyai tanya anak buah lagi.....berapa tempat kena servis kat situ.....Anak buah jawab.....semua......

Sebenarnya Wak Kiyai dah lama tak pergi Wisma Yakin nie.....maklumlah malas nak raon-raon....

Tiba aje destinasi.....terus ambil senarai tempat yang perlu diselenggara....mula dari atas sampai ke bawah.....anak buah pun buat kerja.....

Bos perati aje....satu tingat ke satu tingkat.....maklumlah ....aku bos.....

Maka tibalah ke satu tingkat tu.....nama MAROZ kelihatan.....fulamak.....satu level dia sewa semua beb.....maka Wak Kiyai pun suruh anak buah masuk dan buat kerja.....

Engko buat kerja semua.....aku tunggu bawah......perintah Wak Kiyai......

Wak Kiyai pun lepak kat level bawah.....tempat gerai jual baju Melayu....sambil-sambil tu tanya Mak Cik dan Kakak...yang kerja .....apa cerita .....'Dia dah dapat Datuk...' kata Mak Cik tu.....

Wah.....kat bawah pun dah bertambah kedai MAROZ tu.....sampai ke tepi....restoran pun dah tak ade.....

Hujung sana pulak.....kedai Ali Omar pun dah bertambah canggih......terpampanglah baju batik Silat Cekak Malaysia....

BULAN TERANG !.....dalam benak hati berkata.......

Dapat Datuk......kedai bertambah besar dan mestilah maju.....ditambah satu lagi.....Guru Utama ......dan akan datang......Presiden PSSCM.....

Fuuuuh.....ada kelas dan gaya you......

Habis kerja aje.....Wak Kiyai dan anak buah pun ke destinasi yang lain......

Wisma Yakin....mengimbas kenangan lalu.....Datuk Maideen , si S....dan aku.....

Sekian ......salam.....

Offline

 

#33 2011-04-28 03:42:36

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam....

Saja nak tanya kabo..... Guru Utama @ Presiden PSSCM sekarang macamana.... ada baik ka...smiley-smile

Dah berapa ribu anak murid Datuk M ijazahkan... mesti ramai nie.... wahhhh... bergaya lah Datuk M..... ewahh..ewahh...smiley-clapping

Datuk M.... kat satu lagi kem pun ada yang bergelar Datuk juga.... Presiden tapi bukan Guru Utama.... Datuk N namanya...smiley-laugh


Nampaknya dua-dua kem nie ada gaya laaaa.... dah ada yang bergelar Datuk....

Cuma... nak tanya sikit.... dapat gelaran Datuk nie.... disebabkan usha gigih memperjuangkan silat kea... atau dari landasan lain...smiley-boredlook

Salam....

Offline

 

#34 2011-05-29 17:30:48

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Petang-petang nie Wak Kiyai nak mengusik sikit Datuk Maideen....

Dikalangan Guru Utama Silat Cekak sekarang nie... nampaknya Datuk Maideen adalah orang yang paling berjaya.... tahniah Datuk....

Paling berjaya yang saya maksudkan bukanlah dari segi perkembangan Silat Cekak tu... tetapi dari segi 'individual wealth'....

Saya percaya kekayaan Datuk Maideen dari segi pendapatan selain daripada imbuhan yang diterima dari silat nie lebih besar berkali-kali ganda.... apalah sangat yang diperolehi dari silat nie... betul tak Datuk.....

Mungkin dengan kekayaan yang ada, Datuk dapat mengunakan manfaat sepenuhnya dalam segala segi.... alangkah beruntungnya .....

Berbanding datuk-datuk yang lain.... seperti datuk Md Nasir, Datuk Rauhi.... depa nie apalah sangat.... Datuk yeelek poocik....

Dalam konteks ini.... dengan meneliti perkembangan Silat Cekak pimpinan Datuk.... saya dengan rasa rendah hati ingin membawa satu usul.....

Usul saya mudah aje.... tak ingin ke Silat Cekak pimpinan Datuk berkembang dengan lebih pesat lagi......lebih berjaya dan agresif..... maka saya cadangkan Datuk tubuhkan la.... syarikat Silat Cekak Malaysia Sdn. Bhd.... dan seterusnya menubuhkan akademi ...... fuhhhh...cayalah Datuk....

Alah Datuk kan orang korporat.... mesti tau selok belok mengenai perkara ini.... bila lagi masa Datuk nak menandingi pesaing-pesaing lain yang berpayung di bawah nama Silat Cekak.....

Perghhhh.... grand lah jika Datuk buat strategi begini.... baru lah namanya Guru Utama yang mutlak.... mutlak tu maksudnya berjaya dalam silat dan juga perniagaan.....

Bukan apa Datuk.... Rosman dah buat kenyataan.... ahli Silat Cekak Malaysia berjumlah 230,000 orang... hebat tu....

Oleh itu... untuk menghebatkan lagi Silat Cekak pimpinan Datuk nie.... Datuk janganlah ketinggalan.... jika tak nanti Datuk malu.... sebab kawan-kawan sepermainan dalam silat masa dulu-dulu .... sudah pun ada akademi silat dan atas pimpinan dia.... syarikat Sdn. Bhd telah pun ditubuhkan bagi tujuan pergembangan silat.....nampak lagi korporat dan bergaya....

Datuk tak boleh kalah.... mesti kaut semua.... barulah orang pandang.... anak murid lagi lah pulak... bangga gitu....tengok Guru Utama aku....berjaya dalam semua segi.....eeewaahhhh.....

Barulah dapat dinobatkan The Ultimate Grandmaster of Silat Cekak sepanjang zaman....

Ada gaya , ada rupa dan ada segala-galanya.... perghhhh.... Datuk Maideen la .....  siapa lagi.... smiley-clapping smiley-first smiley-tongue

Salam..... smiley-eek

Offline

 

#35 2011-06-28 13:14:20

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam kepada rakan-rakan yang dekat  dan juga yang jauh-jauh.... smiley-unsure

Hari ini Wak Kiyai barulah sempat melayari laman-laman web yang berkaitan  Silat Cekak....

Dah lama tak melayari.... rasa rindu sangat.... rindu sangat-sangat kat Datuk Maideen kita....

Mesyuarat Agung Perwakilan 39 PSSCM telah pun dilangsungkan rupanya.... alahai kenapalah Wak Kiyai tak pergi.....

Selalunya.... selalunya la.... pasal mesyuarat agung, Wak Kiyai mesti pergi.... sejak dari zaman student lagi... walaupun masa tu baru kelas asas....Wak Kiyai dah pun menghadirinya....

Siapa orang-orang kat mesyuarat tu .... Wak Kiyai pon tak kenal.... yang kenal hanya senior-senior kita yang menghurung kita kehulu dan kehilir.....

Apa status Wak Kiyai pon Wak Kiyai tak tau.... ahli terus ke.... ahli cawangan ke.... habuk.... janji dewan kat Keramat tu penuh.....

Eh...eh... apasal lak MAP 39 nie Wak Kiyai tak hadir ..... kan saya ahli seumur hidup..... kan saya ahli cawangan.....

Oooooo.... saya baru teringat.... ini PSSCM la.... Wak Kiyai dah lama tinggalkan aktiviti kat sini.... sejak 1993 lagi..... smiley-tongue

Keahlian ahli seumur hidup Wak Kiyai dalam PSSCM hanya tinggal kenangan saja laaa.... kenangan bersama rakan-rakan yang jauh-jauh tu..... smiley-sad


Rakan lagi ke..... smiley-eek

Sambung.... takut tak leh post kalau panjang-panjang sangat tulis..... smiley-angry

Offline

 

#36 2011-06-28 13:52:41

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Okey... kita sambung lagi ekkkkk... smiley-clapping

Wak Kiyai kalau tak menyakat Datuk Maideen memang tak sah.... yea la kan.... dia yang interview Wak Kiyai masa nak jadi juru letih djaman-djaman dulu kok..... masa ku engak kenal si ireng tu....

Kompuis Wak.... ikie Jowo, Bugis or Banjar ...kok aneh temmen.... kata dalam hati aje ...... sebab rupa Datuk Maideen lain dari yang lain..... ntah... tang mana ....

Aduiiii.... kita cite pasal MAP 39 nie.....

Masa lihat gambar, Wak Kiyai tak kenal pemuda hensem pakai baju batik biru sebelah Datuk kita tu.... apabila baca... baru tau.... rupanya Sham Ghani..... bekas student UTM dulu....

Dah lain muka enko la Sham... ye lah... dah bertambah gemuk.... dah berumo la katakan.....

Wa.... Olin pon dah naik pangkat..... Naib Presiden 1 dah sekarang.... mantop la enko Olin.... abang ipor dengan adik ipor.... berganding bahu.... syabas.... smiley-hug

Tapi yang paling menarik perhatian Wak Kiyai ialah..... dalam semua gambo-gambo masa MAP 39 itew..... ialahhhhhh......

Hero@Presiden@Guru Utama.....

Siapa lagi..... YM Datuk  Haji Maideen kita laaaa.... smiley-first smiley-clapping

Wak Kiyai tertarik dengan pakaian dia tu.... bertengkolok kuning.... berselendang biru...eaaaa... betul kea..... dan berpakaian kot...... yang ..... emmmmmm.... lain dari yang lain.... sampai tak terkata Wak Kiyai lah..... speechless....ditambah pula dengan benda alah tempel-tempel tu..... smiley-blush ape ke benda ekkk....

oooooo...benda alah tempel-tempel tu darjah kebesaran laaaaaa.... smiley-ohmy

Waw.... segak dan bergaya.... memang ada cutting ..... yea lah kan... tokey buat pakaian.... smiley-tongue

Lepas tu lak.... kerusi mesyuarat yang dia duduk tu.... perghhh...lain dari yang lain..... warna kuning semuanya...... smiley-ohmy

I tell you beb..... eventhough I'm speechless.... but .... I have to say..... I must say.... that.....

Datuk Maideen.... is the One and Only.... again.... ulang sekali lagi.... is the One and Only..... Oneeeee and Onlyyyyyy......

......sambung lah sendiri.... smiley-bounce 

.....ikut sedap rasa dan perasaan anda memikirkannya.... smiley-huh


Ps... Datuk Maideen......macam hero pelakon Bollywood laaa..... smiley-wub

Offline

 

#37 2011-08-06 01:01:31

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 134
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya

Salam.....

Wak Kiyai selalu menjengok blog CEKAK PENDUSTA kelolaan Pak Lang.....

Visit Counter sehingga ke saat ini ialah sebanyak 424,564 iaitu sejak ia mula lancarkan..... kira ok lah juga blog ini walaupun tak banyak cerita sejak kebelakangan .....

Wak Kiyai sifatkan Pak Lang serta rakan-rakan blog yang berseiringan nie sebagai kumpulan serpihan PSSCM.....

Harap Pak Lang janganlah marah yea..... kerana Wak Kiyai pangil kumpulan Pak Lang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sebagai SERPIHAN.....

Tetapi walaupun dinamakan kumpulan serpihan PSSCM.... Wak Kiyai agak-agak ramai juga pengikutnya.....

Kumpulan serpihan PSSCM nie juga banyak puak masing-masing.... ntah berapa puak Wak kiyai kurang pasti..... yang pasti.... semua nie tak menyokong Datuk Maideen sebagai Guru Utama....

Mereka masih menyokong Pak Ak .... selagi hayat dikandung badan agaknya.....

Jika kita baca blog-blog yang berkaitan.... rasa lucu dibuatnya.... tak tergamak Wak Kiyai nak tuliskan tajuk serta isi kandungannya  itu.....

Cukup lah sekadar.... aku paham dan enkau pun paham juga..... smiley-clapping

Salam.....

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads