|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
Assalamualaikum...
Sedikit sebanyak mengenai Canang.
Canang pada asalnya adalah 'message board' yang dibina khas untuk kemudahan perhubungan antara ahli-ahli Silat Cekak Hanafi UPM khususnya dan lain-lain cawangan amnya. Telah memulakan operasinya pada hari Selasa, 23hb FEBRUARI 1999 tepat jam 9.00 pagi.
Antara matlamat utamanya ialah untuk mengatasi masalah 'loss contact' diantara ahli-ahli, samada yang masih dalam pengajian ataupun yang telah menamatkan pengajiannya di UPM. Dengan ini setiap ahli akan dapat mengetahui apa yang sedang berlaku kepada Cekak Hanafi UPM biarpun ia menetap jauh dari bumi UPM.
Canang yang bermottokan 'Penghubung Antara Rakan' sejak mula beroperasi hanya menumpang 'hosting' dimana dibenarkan, sehinggalah pada tahun 2006 dimana ianya beroperasi dengan hosting sendiri menggunakan domain www.canang.com
Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira situasi semasa Silat Cekak Hanafi, pada Khamis, 24hb JULAI 2008, satu inisiatif telah diambil agar www.canang.com dibuka untuk ahli diseluruh Malaysia.
Canang versi sebelumnya boleh dilawati disini.
TBC...
Offline





uits...pengusaha nampaknya canang yg lama tu k gak n terima kasih kpd pengusaha kerana telah mengambil inisiatif tuk berkongsi canang.com ni kpd semua ahli.
Offline
Salam untuk semua. Wak Kiyai dah surf banyak laman dan Canang ni pun Wak Kiyai dah surf lama dulu.....
Cumanya nafsu nak menekan keyboard belum ada. Sekain lama bertapa, barulah terbuka hati nak menulis. Kan Wak Kiyai bilang....dulu selalu masuk ruang Cekak Hanafi dan banyak memberi pandangan.....syukur ada respon....
Wak Kiyai mintaklah rakan-rakan seperjuangan buat masa sekarang ni aktifkan dulu Canang ni sementara menunggu laman resmi Pusaka Cekak Hanafi beroperasi dengan lancar.
Walaupun begitu, ini tak bermakna Canang akan dilupakan selepasnya. Sebenarnya Wak pun ada sedikit pengalaman membuat demo di UPM masa bujang teruno dulu dan pada masa itu UPM masih diperingkat infancy stage. Masu tu jangan haraplah UPM nak menang dalam apa juga pertandingan....tapi tu dulu....jangan marah ye....ohh....nanti-nanti....Wak nak ingat sikit....satu masa dulu team bolasepak UPM pernah kena belasah kalau tak silap 8-0....opsss....sorry...lagi sekali......
Wak Kiyai dulunya memang suko menyertai demonstrasi Silat Cekak ni....asal suruh aje Wak Kiyai pergi. Sampai masa ni pun aku masih ketagih nak buat demo....tapi budak-budak aku tak bagi.....nanti aku dominate demo tu....tak bagi chance kat dia orang.....
Kalau kawan lama aku baca ruang ni mesti dia ingat macamana dia dulu first time beraksi depan orangramai.....mengiggil lututnya.....budak UPM lah tu.....tapi aku bukan budak UPM....
Sekarang ni, kawan aku tu dah jadi penyelia....maksudnya aku pun penyelia juga....tapi aku dah pencen.....
Tu le pasal....kalau aku masuk demo.....budak lelaki merajuk....asik aku aje tunjuk macho....nak marah tak boleh...kena lempang nanti.....
Habis tu bila lagi masa nak tunjuk macho...masa demo lah....mana tau kot-kot saham naik....jadi bualan budak-budak perempuan....jadi Wak Kiyai mengalahlah...Wak bagi budak-budak buat demo....
Wak Kiyai terpaksalah jadi penasihat aje.....
So, tahniah Canang kerana telah mengubah strategi dan mungkin tak lama lagi akan ramai rakan-rakan menyertai dan menyemakkan ruang sembang ni.
Aala kulli hal.....maassalamah ya ahi......
Offline





salam juga wak kiyai,dahsyat2,dahsyat munyinyer.semangat yg agak jarang dijumpai masa kini...hahaha
...jadikanlah smangat juang para2 otais smer sebagai satu titik mula semangat juang dan keyakinan buat kita semua....insyaALLAH.
Offline





huh....wak kiyai ni super senior ni...
terima kasih wak kiyai..sudi menyumbang tinta.........
rajin2 lah singgah ye................
Offline
SENARAI TERKINI PENGENDALI CANANG
Administrator - pengusaha
Moderator:
1) Umum - azhanramiz, mded, radenmerah
2) Ibu Pejabat KL - azhanramiz, mazliza
3) Cawangan Selangor - mded
4) Cawangan Negeri Sembilan - mded
5) Cawangan Johor - radenmerah
6) Cawangan Pahang - hasmizi
7) Cawangan Kelantan - mat peace221
8) Cawangan Perlis - ashrafhadi
9) Cawangan Sabah - makcik tong
10) Cawangan Sarawak - AiHa
11) Cawangan Kedah - mohamadfaiz
12) Cawangan Pulau Pinang - mded
13) Cawangan Melaka - Khairul_iv
14) Cawangan Perak - mded & sukarelawan masih dicari
15) Cawangan Terengganu - mded & sukarelawan masih dicari
Offline





huh mded ni all rounder la...........syabas...
Offline





hihihihi....radenmerah tu sbenarnya jadi tukang karut jer baguih bkn pandai nak jadi moderator pn,nyibok xpertla kot macam sticky thread tapi yg ni sticky user.hahahahahahaha 


Offline





radenmerah wrote:
hihihihi....radenmerah tu sbenarnya jadi tukang karut jer baguih bkn pandai nak jadi moderator pn,nyibok xpertla kot macam sticky thread tapi yg ni sticky user.hahahahahahaha
jadi mod kat forum canang ni aman je raden, pasal semuanya ahli2 kita insyallah, jarang la kot ada'panas'2 ni.hehehhe
Offline





panas?????is it hot in here or is it just me.....yahhh....hahahahaha.....takot radenmerah tak dapat handle panji.....terguris...kahkahkah...panji oso ruleeeezzzz
Offline
Keadaan persatuan kita sekarang ini boleh dikatakan berada dalam zaman kebangkitan semula untuk membina satu kekuatan baru setelah melepasi sebuah krisis yang bukan hanya menguji Guru Utama, bahkan juga menguji kesetiaan kesemua yang bergelar pendokong Seni Silat Cekak.
Pada pendapat pengusaha, sebagai pemula untuk mencetuskan kebangkitan tersebut, komunikasi / perkongsian maklumat dikalangan ahli semua haruslah sampai dalam keadaan sepantas yang mungkin.
Sebagai contoh, jika 'kawasan' kita 'sejuk', tetapi 'kawasan' yang lain pula meriah dengan aktiviti dan dikongsikan maklumat tersebut kepada umum, secara tak lansung 'kawasan' kita juga akan wujud seakan semangat untuk bersaing. Dengan ini ianya boleh meransang ke arah memajukan persatuan kita yang berada dalam zaman kebangkitan semula.
Walau bagaimanapun, maklumat2 tersebut haruslah dikenal pasti samada ianya boleh dibaca oleh umum, ataupun untuk maklumat segelintir yang terlibat sahaja.
** Pukulan pertama ombak tsunami memang hebat. Tetapi awas, pukulan ombak yang kedua akan lebih hebat lagi.
TBC...
Offline



MOga kite terus bersatu dlm apa juga dugaan melanda..
Hidup Ym guru Md Radzi 
Offline





pengusaha wrote:
** Pukulan pertama ombak tsunami memang hebat. Tetapi awas, pukulan ombak yang kedua akan lebih hebat lagi.
pukulan kedua..???
Offline


dah lama dah... tak masuk canang nie.. teruskan usaha kita.. UPM kami datang
Offline
Hari ini 23hb FEBRUARI 2009, adalah merupakan Hari Ulang Tahun Ke 10 Canang - Penghubung Antara Rakan.

pengusaha wrote:
Assalamualaikum...
Sedikit sebanyak mengenai Canang.
Canang pada asalnya adalah 'message board' yang dibina khas untuk kemudahan perhubungan antara ahli-ahli Silat Cekak Hanafi UPM khususnya dan lain-lain cawangan amnya. Telah memulakan operasinya pada hari Selasa, 23hb FEBRUARI 1999 tepat jam 9.00 pagi.
Antara matlamat utamanya ialah untuk mengatasi masalah 'loss contact' diantara ahli-ahli, samada yang masih dalam pengajian ataupun yang telah menamatkan pengajiannya di UPM. Dengan ini setiap ahli akan dapat mengetahui apa yang sedang berlaku kepada Cekak Hanafi UPM biarpun ia menetap jauh dari bumi UPM.
Canang yang bermottokan 'Penghubung Antara Rakan' sejak mula beroperasi hanya menumpang 'hosting' dimana dibenarkan, sehinggalah pada tahun 2006 dimana ianya beroperasi dengan hosting sendiri menggunakan domain www.canang.com
Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira situasi semasa Silat Cekak Hanafi, pada Khamis, 24hb JULAI 2008, satu inisiatif telah diambil agar www.canang.com dibuka untuk ahli diseluruh Malaysia.
Canang versi sebelumnya boleh dilawati disini.
TBC...
Offline



Assalamualaikum..
Selamat ulang tahun ke-10 buat Canang, semoga dapat terus menjadi penghubung berinformasi buat semua Ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi...Amin.
..dah besor panjang..rupanya ..canang ni yer...
Offline
SELAMAT UNTUK CANANG.. MOGA LEBIH BESOR N PANJANG.. 
Offline
Penggunaan Emote Icon
Sila jarakkan (minima 1 space) sebelum meletakkan emote icon bagi memastikan icon terpapar dengan sempurna.
Cth:
xyz<jarak>"emote icon"
dan hasilnya
xyz 
JIKA tidak dijarakkan, hasilnya adalah seperti dibawah;
xyz:)
Offline
Facebook Canang
OR
visit http://www.facebook.com/people/Pengusah … 0510428616
OR
Search in Facebook => Pengusaha Canang
Offline
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |