|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2009 … hijau.html
Jumaat, Jun 12, 2009
"Siam Perut Hijau??"
Sewaktu kecil aku sering mendengar ungkapan ' siam perut hijau'. Dulu aku agak 'blur' akan maksud ungkapan tu. Dalam otak aku terbayangkan si 'siam' yang berperut hijau macam toyol..
Ungkapan tu sangat popular di kampungku, bagi merujuk tentang sikap 'orang siam' (yang bukan Islam la)yang tidak berhati perut atau mempunyai 'hati yang kering'. Masa aku sekolah menengah pun guru sejarah ku pernah menyebut ungkapan ini bagi mengambarkan betapa sikap 'orang siam' yang mementingkan diri dan tidak mempedulikan negara jirannya.
Contoh yang guru aku bagi ialah negara 'siam' tidak pernah dijajah kerana sikap mereka yang membiarkan penjajah menggunakan kemudahan di negaranya untuk menjajah negara jiran. Mereka memberi izin penjajah melalui negara mereka dan bekerjasama dengan penjajah tersebut.
Kini aku rasa hal tersebut terbukti dengan kejadian pembunuhan di masjid pada hari Isnin lepas. Memang ada orang yang tidak berhati perut dan bersikap pengecut membunuh saudara seagama kita yang sedang bersolat..10 orang terbunuh apabila ditembak bertubi-tubi semasa imam membacakan surah Al Fatihah di rakaat kedua..Walaupun jasad telah menyembah ke bumi, mereka terus ditembak oleh penyerang di kepala dan badan. Semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan para syuhadah dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT..amin. Di bawah ni sedutan artikel yang aku ambil dari Berita Harian online hari ni..
Menceritakan kejadian itu, Seman berkata seramai 24 orang penduduk kampung dan jemaah tabligh dari Kampung Merbok sedang menunaikan solat apabila beberapa lelaki bersenjata automatik dan bertopeng menyerbu masjid dan melepaskan tembakan bertubi-tubi.
"Mula-mula mereka tembak imam...saya dan jemaah lain semua rebah dan menjerit Allahuakhbar. Saya sempat merangkak masuk bilik sebelah kanan, dua kawan yang turut sama merangkak terkena tembakan," katanya. Hanya Seman dan seorang lagi jemaah tidak terkena tembakan manakala adik ketua kampung itu berusia 33 tahun turut terbunuh. Seman berkata, beliau hanya berani bangun selepas penduduk kampung datang kira-kira lima minit selepas kejadian itu, termasuk anak-anak imam, Wan Dollah yang rumah mereka terletak di hadapan masjid. "Mangsa berumur di antara 23 dan 67 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai kesan tembakan bertubi-tubi, termasuk di kepala," katanya.
Lihatlah kekejaman yang dilakukan.
Darah memenuhi ruang masjid
Jenazah disemadikan beramai-ramai.
Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan Al Fatihah kepada mereka semua..Al Fatihah..
Sumber : http://www.bharian.com.my/
Dicatat oleh shaniza di 9:03:00 PM
Offline
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |