|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
salam semua...
saya ada sedikit pertanyaan la..
sepanjang saya masuk silat selama 6 tahun..inilah pertama kali saya dengar berita tentang nie..yang hairannya..dalam minggu nie ajer saya dengar 2x dari orang yang berbeza..
orang pertama : ada sorang member kawan saya nie(perempuan) menelefon dia(lelaki)..dia citerlah dia kena ganggu dengan "benda" masa hari pertama nak tidur dengan kain putih ( budak asas ) kat kawan saya nie...lepas tu...budak pempuan nie mengadu kat seorang ustaz..dan kata ustaz tersebut, silat ni ada lepaskan SAKA..!!
orang kedua : secara kebetulan saya YM dengan student USM, dia pun pernah belajar silat, tapi tak ingat apa namanya..pastu, katanya silat tersebut melibatkan batin.dia sakit..lepas pergi berubat ingat nak masuk silat cekak hanafi..tapi katanya, orang tua2 pesan JANGAN..sebab takut silat nie ada lepaskan SAKA !!
Huhu...korang semua pernah dengar ke tentang nie?
ada tak orang lama2 yang sudi berkongsi? at least saya ada point untuk menjawab tafsiran mereka...
Offline


tak tahu pulak aku ngan isu SAKA ni. Tapi pengalaman aku belajar silat ni, kita diterapkan dgn FAHAMAN TAUHID iaitu meletakkan ALLAH sbg punca kuasa atas segala kejadian dan tidak bergantung hati pada kpd mana2 makhluk KECUALI ALLAH.
Tak pulak aku alami kejadian seperti cerita kawan kau tu Din.Apa2 hal pun, cubalah bercerita dgn GU utk memuaskan hati dan mendapat penjelasan.Sesetengah USTAZ ni, main tembak je.......
Offline
Konfermation dari orang yg bole melihat / pakar bab ni mengatakan silat ni takde melibatkan pelepasan saka tak seperti sesetengah seni beladiri lain yg melepaskan "harimau" kepada penuntut.
ada kemungkinan 'saka' yg dikatakan tu memang dah ada bersama mangsa tetapi 'tak setuju' bila penuntut ambik keputusan utk belajar silat. maka dia pun bertindak.
untuk kes2 nak buang saka dan sebagainya sila emailkan cerita mangsa kepada darulsaka@gmail.com. Alamat blog http://darulsaka.blogspot.com
masalah dengan perawat2 sekarang ni ialah diorang ada yang tak begitu mendalam pengetahuan pasal benda ghaib dan pukul rata apa2 saja kes pelik2 dikatakan akibat saka. tak semestinya saka. dan saka pun ada banyak ciri2 khas.
kalau jumpa ustaz2 yg semua kes dibantainya rukyah maka pastilah ustaz tu ilmunya cetek. tak semua kes boleh selesai dengan hanya satu cara rawatan. untuk maklumat lanjut sila tanya pakar.
Offline


"lepaskan saka" tuh membawa maksud
silat ini bagi saka kat penuntut ??
ATAU
SAKA dalam badan penuntut terlepas keluar??
Offline
mohamadfaiz wrote:
"lepaskan saka" tuh membawa maksud
silat ini bagi saka kat penuntut ??
ATAU
SAKA dalam badan penuntut terlepas keluar??
diletakkan sesuatu pada penuntut.
nak kata saka pun tak juga. istilah saka ni merujuk kpd satu entiti yang datang turun secara passing dari sorang ke sorang yg lain disebabkan orang terdahulu ada perjanjian (secara sengaja atau tak sengaja) dgn makhluk halus ni.
yg diletakkan 'harimau' tu bersebab dengan amalan mandi (mandi bunga kalau tak silap) dan bacaan tertentu semasa penuntut lepasi peringkat tertentu.
harimau ni bukan jenis saka tapi jenis pendamping luaran. tak la bahaya sgt pun.
tentang ustaz2 yg disebut di atas tu.. meskipun diorang mungkin cetek ilmu.. tapi ilmu depa yg cetek tu bole jadi lagi banyak dari aku le..
ilmu Allah tak bertepi..
Offline
Salam....
Untuk din3187, sila dapatkan email Wak Kiyai daripada Pengusha sebab message box awak tak boleh masuk pasal dah penuh. So, terjawab kenapa message dah 3 hari tak dapat.
1. OK .....kita cerita pasal SAKA.....Wak Kiyai bagi jawapan baik punya.....engko kalau jumpa kat Ustaz tu yang kata silat ini lepaskan SAKA....engko bagi pihak Wak Kiyai ( kira Wak Kiyai bagi ijazah la...guna internet ) , boleh lepaskan PELEMPANG kat dia. Agak-agak dah berdamar muka dia, bagitau Wak Kiyai baru kita explain. ( X-treme punya jawapan ) Lepas tu Wak Kiyai bagi ayat al Quran kat dia suruh dia amal jika nak jumpa makhluk ghaib ni. Suruh dia tengok sendiri berapa banyak SAKA ada kat kita.
2. Wak Kiyai melalui banyak pengalaman pasal SAKA nie. Tapi tak payah la nak cerita. Amalan yang Ustaz beri bukanlah nak memasukkan unsur-unsur yang tak baik seperti menjadikan SAKA sebagai sahabat kita tetapi sebaliknya iaitu membuangnya.
3. Orang tua-tua pesan JANGAN.....masuk silat ( dakwaan secara umum ) kerana melalui apa yang telah mereka lihat selama ini ada yang belajar silat jadi mereng....naik syeikh dan sebagainya....dan kita tak salahkan dia .....sebab tu yang dia saksikan...
4. Itulah sebabnya Silat Cekak dirumus dan diteliti oleh Ustaz supaya dengan secara halusnya menidakkan silat-silat sebegini ( tak betul ) dengan memberi pilihan belajar silat yang dibawanya.
5. Apa yang terjadi oleh sesiapa pun semasa hendak belajar Silat Cekak ini samada tidur atas kain putih dan seterusnya sehinggalah tamat memang tidak dapat dinafikan biasa berlaku perkara-perkara sebegini rupa.
6. Tuduhan sebegini tanpa usul periksa telah dijelaskan oleh GU. Wak Kiyai didalam kolum-kolum sebelum ini ada menceritakan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh anak buah Wak Kiyai tetapi tidaklah segalanya dijelaskan dengan terperinci cuma menyebut ada masaalah sahaja. Dan masaalah itu kita refer kat GU.
7. Bukan Wak Kiyai sahaja melalui pengalaman tentang perkara-perkara seperti ini tetapi juga rakan tenaga pengajar yang lain. Kita hanya boleh bercerita alah kadar sahaja tak mahu nak disebarkan secara meluas disebabkan itu adalah aib seseorang yang perlu kita jaga. Ini disebabkan " makhluk-makhluk " yang berdamping dengan rakan kita yang belajar Silat Cekak ini adalah bukan atas kerelaan mereka. Faktor keturunan yang dia sendiri tak tahu dia mewarisinya.
8. Kebiasaannya seseorang yang empunya diri menuntut ilmu-ilmu yang agak mistik ini mereka tidak akan mahu belajar Silat Cekak kerana "kawan karibnya" itu tidak senang dengan kumpulan kita. Sekiranya dia masih juga ingin belajar mungkin kerana atas beberapa alasan yang elok seperti ingin menyisihkan amalan kurang baik ini lalu menjauhkan " rakan karibnya" buat selama-lamanya. Ini adalah pilihan selain berjumpa dengan orang yang memang mempunyai kemahiran tentangnya.
9. Kita tidak mahu claim mempunyai kemahiran tentang menyisihkan makhluk-makhluk ini tetapi cukup sekadar memberi bantuan kepada penuntut Silat Cekak kerana tanggungjawab kita hanya pada penuntut kita sahaja. Selebihnya adalah atas budi bicara GU dan itu adalah hak dia.
10. Sekali-sekala jika terdesak barulah boleh kita apply mungkin pada kaum keluarga atau sahabat handai itu pun yang patut-patut sahaja.
11. Atas sebab-sebab tertentu Wak Kiyai pernah lakukan kepada kaum keluarga berkaitan hal SAKA ini dan dengan izinNYA, SAKA ini disisihkan buat selama-lamanya. Itulah kelebihan mengamalkan Silat Cekak.
12 Ustaz tidak mengalakkan anak muridnya jadi bomoh. Jalan perjuangan kita adalah silat. Jadi bomoh susah, nanti tengah malam nak buat projek baik tak boleh pasal ada orang datang kat rumah atau telefon kita minta tolong , pasal perkara-perkara beginilah seperti contoh kena histeria , terpekik terlolong tak tentu pasal dan sebagainya.
13. Akhir kalam, atas izinNYA semoga dapat kita selesaikan masaalah SAKA ini dengan berusha belajar Silat Cekak sehingga tamat. Itu sahaja yang dapat Wak Kiyai dapat sampaikan.
Salam.....
Offline
Salam...
Saka?
Dalam Cekak... TIADA!
Kalau rajin... masa majlis ijazah... dgr apa En Mat ucap.
Kat situ ada jawapannya.
Penjelasan yang terang, TQVM kpd Wak Kiyai.
Offline


Salam
Alhamdulillah... dapat juga pengetahuan sedikit... Terima kasih dengan perkongsian saudara semua..
Saya pun masa tidur dulu pun saya rasa ada sesuatu yang aneh mengacau saya pada malam pertama tidur atas kain putih.. malam setrusnya Alhamdulillah dah xda dah..
Offline
Hmm...cantekk...penjelasan yg baguzz....Nk tau lbh lanjut. "Stay la dlm persatuan"... Trlalu bnyak bende yg kiter x tau n kier boleh blajar dlm silat kiter ni...GU pn ada....x pasti rujuklah dia.... GU boleh share kalau mende tu beliau tau...kalau x, beliau akan bgtau yg beliau x tau.. Itulah GU kiter...
Aku sendiri pn ada ada gk pngalaman skets pasal air mandi silat nih.. tp nnti2 la kalau nk share pn.... yg penting, apa yg di amanahkan, kiter cuba amalkan...wlupn skets....
Dan btul, dlm mjlis pngijazahan, biasanya GU akan britahu detail pasal sume lbh2 lg maksud ayat2 mandi silat...
Kesimpulan...."Stay lah dlm persatuan, ye......" Ni la ayat yg Abg Saiful asyik bgtau dr 1st time aku blajar kt UPM dolu2....hehehehe.....
Offline
salam
Drp pada maklum balas org awam (bukan ahli)
mereka tidak kata bahawa SC ini tidak bagus
tetapi mereka mengatakan bahawa SC ini
mengamalkan kebatinan , mungkin ini atas
kejahilan mereka sendiri atau dakyah saingan.
tq
Offline

ini bunyi membimbangkan!anyway, terima kasih bagi jawatan itu!
Last edited by madamclaudia01 (2011-08-23 16:42:50)
Offline
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |