|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
Artikel2 berkaitan silat cekak
http://panjikirai.multiply.com/journal
Terima kasih kpada tuan Panji Agong yang mengizinkan artikel beliau diletakkan di sini..
silat & konsep
seringkali dalam bersilat dan bersahabat baik dengan pesilat2 dari aliran lain aku ditanya dengan konsep2 silat..macamana silat engkau? ada itu? ada ini? apa yang termampu, aku jawabkan..yang tahu..yang tak tahu aku cakap tak tahu dan aku ceritakan apa yang aku tahu..seringkali juga aku ditanya dengan konsep silap dan silau..tak tahu jawab aku..aku tak pernah dengar dalam silat cekak..aku pun tak berapa faham sebab sahabat aku sebelum ini tak pernah pula menghuraikan konsep itu pada aku..tapi aku pernah juga mendengar konsep ini diungkap oleh bapa sahabat baik aku..pakcik Y..seorang guru KUNTAU JAWA..
dalam silat cekak, konsep yang ada adalah seperti berdiri lurus (berdiri solat), cecah-ambil (cecah2 bara), makan gerak dalam gerak, pakai tak pakai-tak pakai pakai, elak kena tangkis pasti makan, cekak menyerang cekap menangkap..itu sahaja yang biasa aku dengar..konsep (falsafah) beserta teknik2 yang diajar..ada juga yang berbunyi..yang mana terlihat dan terdengar-maka sampailah ia..tapi itu ilmu parang lading..aku setakat tahu sebut aja..
silat itu sendiri dalam silat cekak tidak didefinisikan berkaitan dengan silap dan silau..silat dalam cekak silat seringkali dikaitkan dengan solat..pendiriannya dan kaedahnya..diilhamkan sahaja..tiadalah menyamai atau jauh sekali setaraf..kebiasannya ilmu beladiri diilhamkan oleh pergerakan binatang seperti gajah, harimau, helang, monyet, musang dsb tetapi dalam silat cekak diilhamkan pula oleh pergerakan solat..suatu yang sangat unik..menunjukkan keakraban perhubungan antara melayu dengan islam..melayu (silat) - islam (solat)..kalau silat itu gunanya mempertahankan diri secara fizikal..solat pula mempertahankan diri secara rohani yakni mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..perbuatan keji dan mungkar adalah perosak kepada rohani..
justeru apakah pula maksud silat mengikut fahaman cekak? silat adalah ilmu pergerakan..pergerakan kaki, tangan dan anggota badan untuk mempertahankan diri dari serangan lawan..yang berasal dari rumpun melayu..kerna itu, walaupun ada tarian yang mirip juga kepada pergerakan silat, ia bukanlah silat kerna fokusnya tidak sama..ilmu yang tiada bergerak seperti mencampakkan musuh dari jauh, kebal dsb bukanlah ilmu silat..tetapi dii'ncorporate'kan ke dalam silat..sepertimana juga halnya dengan ilmu perubatan (urutan dsb) yang sering di gandingkan bersama dengan ilmu silat..ilmu yang bukan bernama silat, tetapi juga ilmu beladiri melayu seperti kuntau, pukulan dsb juga adalah dikatagorikan sebagai ilmu silat..(rujuk buku biru cekak hanafi; tapi telah aku tulis ikut ayat sendiri)
mengapa dikatakan silat itu ilmu gerak? apa pula rasionalnya..mudah sahaja..lihat peringkat tertinggi dalam silat..bukankah salah satu nama ilmu tertinggi dalam silat adalah IBU GAYONG? yang dikenali juga sebagai IBU GERAK..belajar ilmu pergerakan..barulah penamatnya menguasai segala pergerakan yakni ibu gerak..kalau tiada bergerak..bagaimana pula hendak menguasai ibu gerak? ini juga sering ditekankan dalam pantun silat cekak
Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggotanya
Hendaklah jujur pada jiwanya
Apa pula ibu gerak? itu aku tidak tahu kerna bukan level aku untuk membicarakan ilmu yang setinggi itu..yang aku tahu cuma pada nama..analisis konsep mudah sahaja..tapi yang pasti, jika ingin menguasai ibu gerak..perlulah mendapat gerak yang hak..maka perlu kenal pada YANG EMPUNYA GERAK..hanya yang jujur jiwanya sahaja mampu mendapat gerak yang hak dari yang empunya gerak..itulah penekanan oleh silat cekak..mengapa pula jujur? bukan amanah? ahh mudah sahaja..jujur adalah asas..jujur itu siddiq...siddiq, amanah, fatonah, tabligh..kalau tiada siddiq (jujur) mana mungkin jadi amanah..kalau tiada amanah mana mungkin seseorang itu mampu menguasai fatonah (bijaksana) dan seterusnya tabligh (menyampaikan)..jujur itu adalah perdu kepada kesemuanya..
macamana pula mereka yang tidak jujur, tapi ingin menguasai gerak yang hak?..kurniaan empunya gerak? sekali2 tidak akan dapat..justeru muncullah ilmu2 luar yang disadurkan kedalam silat untuk mencari kehebatan..seperti ilmu sihir dsb..kebal, pasak bumi, ghaib dsb yang bersifat sihir..yang benar juga ada, tapi itu kurniaan Allah dan tidak boleh dipelajari..tidak seperti sihir yang boleh (dapat) dipelajari..justeru jadilah persilatan sebagai medan mengajar ilmu sesat..bahkan ilmu yang sesat adalah lebih banyak dari yang benar..ini tidaklah menghairankan..kerna dalam agama juga yang sesat itu lebih ramai dari yang benar..yang benar cuma satu golongan..yang sesat pula tujuh puluh dua (72)..itu yang beragama islam..yang tidak beragama islam dan tiada langsung beragama belum dikira..
justeru kerna itu juga ada orang2 tua yang tiada mahu membenarkan anaknya belajar silat..kerna takut tersesat..wajarkah? kalau kita takut sesat beragama, tak perlu belajar agama? begitu? kalau kita takut tercekik semasa makan, tak perlu makan? begitu? kalau kita takut kemalangan, tak perlu belajar memandu? begitu? betulkah tindakan itu? fikirlah sendiri..belajarlah..mengajilah..sambil2 itu jangan pula lupa menilai..kita diberikan akal yang sihat dan waras..ada pula 'guide' yaitu Al-Quran dan sunnah..jadi mengapa takut? dan mengapa pula ada yang ikut membuta tuli? mungkin kerna Quran itu tiada kita baca dan sunnah itu tiada kita amal..Quran hanya diceruk dinding..dipenuhi habuk2 dan debu..mungkin..
silat & kerahsiaan
apakah rahsia? rahsia adalah suatu benda yang sulit..yang diketahui oleh segelintir orang sahaja..jika diketahui umum maka ia bukanlah rahsia..menjaga rahsia dapat dikaitkan dengan sifat AMANAH..barang orang yang memecahkan rahsia pula adalah KHIANAT sifatnya..rahsia ada bermacam..ada rahsia negara..Akta Rahsia Rasmi misalnya..rahsia rumahtangga..rahsia itu dan rahsia ini..hatta jalan ketuhanan pun ada rahsianya..kata Syeikh Abdul Kadir Jailani, membuka rahsia ketuhahan itu (pada yang tiada layak/ pada umum) hukumnya kufur..
membuka rahsia juga boleh membawa kepada permusuhan..ambil kisah anjing dengan kucing..semasa bersama2 menaiki bahtera nabi nuh, pengikut2 hatta binatang2 dilarang sama sekali bersetubuh bagi mengelak mereka beranak pinak..tetapi, anjing telah bersetubuh dengan pasangannya dan perbuatan itu pula terlihat oleh kucing..kucing pula meberitahu semua orang (membuka rahsia, aib) sehinggalah sampai ke pengetahuan Nabi Nuh..walaubagaimanapun, nabi nuh tiadalah murka kepada anjing walaupun telah membuat salah..sebaliknya baginda murka kepada kucing kerna menjaja keaiban orang..tuhan juga murka..kerna itu kucing diaibkan oleh Allah..setiap kali ingin bersetubuh, kucing akan membuat bunyi bising hingga diketahui semua orang..hingga ke hari ini..kalau tak silap aku, ini juga titik tolak permusuhan anjing dengan kucing hingga dijadikan pepatah oleh orang tua2..bagai anjing dengan kucing..
apa yang aku ingin ceritakan kali ini adalah berkaitan dengan kerahsiaan dalam silat cekak..dalam silat cekak terdapat satu peringkat yang dinamakan peringkat rahsia iaitu peringkat potong dan ke atas (sampai tamat)..itu secara umumnya..secara terperincinya, setiap peringkat adalah rahsia..misalnya buah asas adalah rahsia kepada yang belum belajar..buah jatuh adalah rahsia kepada pelajar asas dan seterusnya..terkadang buah yang tiada dianggap kita sebagai rahsia, dianggap pula oleh orang lain sebagai rahsia mereka..yang kita anggap rahsia ada pula yang tidak rahsia bagi orang lain..
pernah terjadi semasa menyertai satu deligasi ke indonesia bersama beberapa silat lain..silat cekak telah ditegur oleh seorang guru muda sebuah persilatan disana..disuruh tegur oleh gurunya kerna mempertontonkan buah rahsia..pukulan segerak..pukulan segerak yang diketahui umum oleh pesilat cekak rupanya rahsia bagi mereka..katanya 'jangan sekali2 bapak pertontonkan yang ini, ini rahsia kita'..jawab pihak silat cekak..bagi kami ini biasa..(kalau tak dipertontonkan yang ini apa yang hendak kami pertontonkan)..kami ada lagi yang lagi rahsia..ya kah pak? balasnya..diikutnya delegasi silat cekak sampai ketempat penginapan kerna ingin mengetahui yang 'lagi rahsia'..semasa persembahan itu juga terjadi suatu yang tidak diingini..diserang..ya diserang dengan parang oleh pesilat disana setelah kaki dikunci dengan PASAK BUMI..sudahlah tidak dapat bergerak, diserang pula..ada deligasi pesilat yang kecundang..ditetak..tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, deligasi pesilat cekak selamat..
dalam silat cekak, kerahsiannya merangkumi buah2 silat seperti buah potong (untuk counter buah sendiri), buah serang, 6-6 (untuk counter buah potong) , aplikasi buah2 tersebut pada buah umum dan juga petua2 silat..petua silat hanya dibenarkan ambil dengan guru sahaja atas sebab2 tertentu..petua yang diberi adalah untuk amalan diri..bukan untuk diajar pada orang lain..ilmu yang diajar untuk diamalkan dengan ilmu yang diajar untuk diamal dan boleh pula diajar pada orang lain adalah berbeza..tiada sama sifatnya..petua diberi guru mengikut kemampuan murid..ini penilaian guru pada murid..
tetapi dalam silat cekak juga mempelajari silat itu sendiri adalah kerahsiaan sebenarnya..kerna silat cekak mengajar penuntutnya gerak yang semulajadi, yakni gerak yang fitrah..oleh itu, pada keadaan biasa jarang sekali dapat dilihat atau diteka bahawa seseorang itu mempelajari silat cekak (pada kacamata orang biasa)..pernah terjadi semasa membuat persembahan..seorang sahabat bersalam dengan seorang pegawai 'in charge'..tiba2 pegawai tersebut menyindir..belajar silat apa tangan lembut..tapi sahabat tu buat2 tak tau aje..pernah juga diceritakan, orang2 lama sangsi yang ustaz hanafi itu guru silat kerna tangannya tersangat lembut..aku juga pernah mengalaminya..pernah ketika aku mengajak sahabat belajar silat..kata dia..engkau belajar silat? engkau? tak rupa pesilat pun..aku sengih aje..aku jawab elok la engkau tak tahu, senang aku nak pukul kau nanti hehehheh berseloroh..
Offline
wah...bangga ngan panjikirai...
mmg benar, kebanyakan member kita org tak caye pun dierg nih blaja silat...
berkenaan rahsia, seringkali awan diingatkan ia merupakan amanah..
Offline


terima kasih tuan pengirim cerita. carilah lagi utk percambahan minda kita semua. nak kongsi secara langsung, kita semua terbatas jarak dan masa.
Offline





dibaca.........difikirkan,,,dan insaf kembali......
Offline
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |