Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-06-18 17:39:38

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Kemas-kini Blog Sepak Minang

Wednesday, June 17, 2009

SERINGLAH BERBINCANG

Pernah dinyatakan bahawa salah satu punca kejatuhan seseorang ketua atau pemimpin itu, ada kaitannya dengan orang kanan yang berada di sampingnya. Peranan orang kanan ini amat besar kerana merekalah orang yang tahu benar akan semua tindak-tanduk pemimpin atau ketua tersebut. Biasanya orang kanan akan bertindak sebagai penasihat utama dan mengatur segala program yang bakal dijalankan oleh pemimpin tersebut. Mereka sentiasa mengetahui kehendak seseorang ketua atau pemimpin ekoran sentiasa bersama.

Saya beranggapan bahawa salah satu punca kemerodoman En Mat daripada jawatan persatuan adalah kerana orang-orang kanannya. Pada saya, mereka gagal menjalankan tugas dalam keadaan apa pun alasan yang mereka beri. Siapakah orang-orang kanan tersebut. Saya tidak berminat untuk membincangkannya dalam artikal ini. Pada saya, mereka tidak bertindak dengan sepatutnya seperti yang diharapkan. Akhirnya jadilah mereka duri dalam daging hingga ’menelan’ ketua mereka sendiri yang sangat menyangjung akan peranan orang-orang kanan tersebut. Pada mereka yang sedang menjadi orang kanan guru, mereka perlu lebih bertanggungjawab.

Memahami kehendak pemimpin atau ketua (dalam konteks ini ialah guru silat) tentunya akan memakan masa. Oleh sebab sentiasa bersama dari pagi mungkin hingga ke malam, faktor ini tidak mendatangkan masalah. Oleh itu semua pemimpin memerlukan orang kanannya yang bersikap jujur. Kejujuran akan menyebabkan pemimpin akan lebih selesa dan berasa yakin dalam apa keadaan sekali pun. Kadang kala orang-orang kanan ini diamanahkan untuk meneruskan kerja-kerja yang diberi oleh ketua atau pemimpin apabila pemimpin itu menghadapi masalah atau terpaksa melakukan kerja-kerja lain yang lebih penting. Maka jadilah orang-orang kanan ini kerap kali bertindak sebagai jurucakap kepada ketuanya. Cakap mereka akan menjadi cakap ketua. Oleh itu semestinya mereka mesti terdiri dari orang yang sangat boleh dipercayai dan memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Atas konsep ini orang-orang kanan perlu berhati-hati dan tidak menyalahgunakan kuasa, kepercayaan dan keyakinan yang diamanahkan oleh ketua mereka. Keupayaan mereka akan mengupayakan kebolehan pemimpin. Ketenangan yang ditunjukkan mereka akan dapat mengawal keadaan atau situasi sulit yang dihadapi oleh seseorang ketua tersebut. Sepatutnya orang-orang kanan ini berkeupayaan untuk mencerap dan menilai setiap situasi dan tindak tanduk ahli-ahli yang boleh mengancam atau menyemarakkan persatuan. Dalam konteks ini, kemahiran membuat keputusan perlu ada dalam kalangan orang-orang kanan ini. Di samping itu mereka perlu sentiasa bersedia menjalankan tugas. Arahan daripada ketua atau pemimpin mereka, perlu dipastikan menjadi kenyataan. Merekalah yang akan menyusun strategi bagi mencapai hasrat tersebut. Secara langsung mereka akan membawa ’beban’ atas tugas yang diamanahkan oleh ketuanya kerana sesuatu misi yang ingin dicapai.

Itu sebabnya dalam mana-mana organisasi kumpulan ’think tank’ adalah sangat mustahak. Mereka akan bertindak sebagai kumpulan perancang yang akan menentukan hala tuju sesebuah organisasi itu sama ada akan tercapai atau sebaliknya. Seorang ketua mustahil dapat berfikir dalam semua aspek tanpa ada penasihatnya. Oleh itu nilai yang tinggi perlu ada pada orang-orang kanan kerana nilai yang dipunyai oleh seseorang individu akan mencorakkan gaya kepimpinannya dan corak kepimpinan itu akan mencerminkan sifat kepimpinan yang diamalkan.

Orang kanan perlu sentiasa menghadapi cabaran bagi merealisasikan kehendak pemimpin atau ketuanya. Cabaran yang dihadapinya adalah sesuatu yang menguji kemampuan dirinya. Jika berlaku sesuatu yang melibatkan diri ketua atau pemimpin, orang kananlah yang sepatutnya mempertahankannya. Maka orang kananlah yang akan menjadi orang yang berada di barisan hadapan untuk menerima kutukan atau pujian daripada ahli atau pengikut sesebuah organisasin itu. Oleh sebab itu seseorang ketua perlu menjaga kebajikan mereka. Kalau tidak berbuat demikian maka orang-orang kanan ini akan kecewa dan akhirnya boleh ke tahap menjatuhkan ketua atau pemimpinnya.

Zaman Ustaz sendiri, Allahyarham ada kumpulan pemikirnya. Namun begitu Ustaz juga merujuk pihak-pihak lain yang difikirkan perlu untuk mendapatkan pendapat atau pandangan.

Saya mempunyai pengalaman sebagai tempat rujukan untuk Ustaz mendapatkan pendapat. Tidak pulak saya besar diri tapi berasa bangga kerana dapat berkongsi pendapat. Terdapat tiga isu besar yang pernah dibincangkan oleh Allahyarham dengan saya.

Pertamanya masa kemasukan kaum wanita dalam SC. Perkara ini telah saya ulas dalam tulisan sebelum ini. Akhirnya saya akur akan kehendak Ustaz. Persatuan SC adalah di bawah terajunya. Pastinya kita perlu tunduk dan cuba merealisasikan akan misi dan visi ketua kita. Walau bagaimanapun pada pegangan saya, janganlah kita ikut sesuatu itu sama ada pendapat atau sebagainya tanpa ada satu kefahaman yang mantap dalam diri kita. Berbahaslah, berbincanglah, bertengkarlah dan buatlah apa saja hingga kita benar-benar memahami apa yang ingin dicapai oleh kepimpinan kita. Namun segala pelakuan kita tersebut biarlah dalam suasana yang beradab sopan. Setelah ada ketetapan hati, jangan mudah diubah.

Keduanya perbincangan mengenai pistol. Ustaz pernah berkeinginan untuk memiliki pistol. Sejauh mana keseriousannya, saya tidak pasti. Yang pastinya Ustaz pernah berbincang bertanyakan pendapat jika beliau sendiri memiliki pistol. Saya tidak pasti sama ada pertanyaan tersebut berupa satu provokasi atau sebagainya. Tambahan pula ketika itu timbul berita di dada akhbar tentang seorang guru silat yang terkenal telah kehilangan pistol dalam jagaannya. Rasanya ketika dia sedang tidur. Berita ini menghangatkan perbincangan dan perbualan dalam kalangan pengamal silat Melayu dalam negara ini.

Saya sangat tidak bersetuju jika Ustaz memiliki pistol atas alasan besar. Tanggapan ideal saya terhadap seorang guru silat menjadikan saya menolak usaha-usahanya untuk memiliki pistol. Mana mungkin seorang guru silat memerlukan pistol. Tambahan pula, berita kehilangan pistol yang keluar dalam akhbar tersebut lebih memalukan seorang guru silat. Apakah penerimaan Ustaz tentang pendapat saya. Yang pastinya sepanjang yang saya ingat, Ustaz tidak pernah memiliki pistol.

Pada satu ketika juga terpampang di dada akhabar, seorang guru silat yang terkenal telah menunjukkan kebolehannya dalam ilmu cendai. Guru silat tersebut boleh memecahkan bata dengan menggunakan kain sahaja. Kalau kain boleh memecahkan bata maka apatah lagi manusia agaknya. Ustaz telah dipelawa untuk memiliki ilmu tersebut dan disuruh datang ke tempat atau rumah guru silat berkenaan pada bila-bila masa. Ustaz pernah singgah ke tempat saya dan kami pernah berbincang. Sekali lagi saya menentang keras akan hasrat tersebut.

Saya berpendapat ketika itu, hubungan sesama guru yang berlainan silat, susah untuk mendapatkan keikhlasan. Tambahan pula sebelum ini terdapatnya saingan SC terhadap persilatannya. Silatnya terkenal di satu masa hingga hampir-hampir diisytiharkan silat mutlak buat negara Malaysia. Kelahiran Cekak telah mengancam sedikit sebanyak kewibawaan silat tersebut. Saya khuatir jika Ustaz mengambil ilmu tersebut, berita itu akan dicanang yang membawa maksud Ustaz pernah menjadi anak muridnya. Maka akan tercabarlah kewibawaan Ustaz sebagai pemimpin SC. Saya yakin logik saya diterima oleh Ustaz. Sepanjang ingatan saya, Ustaz tidak mengambil ilmu tersebut daripada guru silat yang berkenaan.

Itulah antara lain tentang tindakan Ustaz mendapatkan pendapat ahli dalam kalangan muridnya sendiri. Saya hanya menceritakan pengalaman saya memberi pendapat kepada Allahyarham. Mungkin ramai lagi yang mempunyai pengalaman berbincang dengan Ustaz dalam sesuatu perkara.

Posted by Guatamala at 12:44 AM

Offline

 

#2 2009-07-01 02:55:27

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Tuesday, June 30, 2009

TERINGAT

Hari ini ada masa sikit. Saya buka-buka pelbagai laman web tentang SC. Salah satu laman Web tersebut ada membentangkan tajuk tentang nastolgia Rumah Persatuan di Jalan Putera. Banyak gambar orang-orang lama. Saya bedek-bedek gambar yang ada dan agak terkejut apabila terpandang wajah orang lama, berketayap putih dan berjambang putih. Kulitnya hitam hingga para sahabat menambah namanya dengan perkataan black. Seingat saya ketika itu juga ada seorang ahli yang namanya dikaitkan dengan warna iaitu brown.

Teringat kisah-kisah lama bersama si ’black’ (SB) tersebut. Secepat kilat saya teringat dan mengungkit kisah-kisah lama bersamanya. Saya tidak pasti sama ada beliau dalam CH atau masih setia dalam CM. Yang pastinya beliau adalah salah seorang orang kuat dalam CM sejak kita berpisah daripada persatuan tersebut. Adakah beliau masih bergiat cergas dalam CM atau telah mendiamkan diri, tidak saya ketahui.

Seingat saya, perkenalan dengannya bermula sejak di Lorong Haji Sirat lagi. Ketika itu dia masih bujang. Persandingannya pun bermula daripada rumah di lorong tersebut sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan di kawasan Ceras kalau tak salah saya. Saya turut menghadirinya. Dalam majlis perkahwinannya, apa yang menarik perhatian saya ialah kami dipersembahkan dengan satu persembahan silat. Guru silat tersebut adalah saudara rapat pengantin perempuan dan merupakan kenalan saya tapi tak rapat. Umurnya lebih tua daripada saya. Silat itu adalah serpihan daripada perguruan yang hebat dan terkenal ketika itu. Saya tidak pasti bagaimana boleh berpecah. Nama silat baru itupun hebat. Seingat saya guru tersebut adalah orang kanan Guru Silat yang saya pernah menuntut sebelum masuk SC. Walau bagaimanapun dalam karangan ini tak sesuai sangat untuk berbincang dengan lebih mendalam tentang serpihan silat tersebut. Tapi ketika itu pecah belah dalam alam persilatan Melayu memang sudah terkenal.

Ketika kita berpindah pusat di Jalan Putera, sahabat saya tersebut pernah menyewa bangunan banglow di sebelah bangunan banglow SC di Jalan Putera tersebut bersama isterinya. Ketika itu, Ustaz tinggal di rumah persatuan. Banyaklah perkara atau isu-isu yang timbul. (Cukup cerita setakat ini.)

Masih teringat lagi salah sebuah bilik di rumah beliau, telah disewakan pada seseorang. Malangnya orang tersebut tidak mahu membayar sewa. Padahal alat perabutnya banyak sekali. Beliau telah memanggil beberapa orang kawannya termasuk saya untuk bertemu muka dengan orang tersebut. Maka pergilah kami bersemuka dengan penyewa itu. (Cukup setakat itu saja ceritanya.)

Saya pernah bersamanya dalam Jawatankuasa Pusat SC. Fikirannya sealiran dengan saya. Seorang lagi yang berupa ’geng’ dengan kami ialah Pak Wan. Kami bertiga dalam AJK Pusat dan sering bertelagah pendapat dengan kumpulan Tiga Serangkai yang dianggotai oleh tiga orang yang lain iaitu Setiausaha PA, Setiausaha Penerangan PN dan Bendahari PK yang begitu setia sesama mereka. Setiap isu yang timbul, maka akan berbahaslah dua kumpulan itu yang selalunya berbeza pendapat. En J ketika itu juga AJK pusat tapi selalunya membatu diri. Rasanya tak pernahpun bercakap.

Walaupun berbeza pendapat tapi setakat pendapat sahaja. Hubungan sesama kami sangat akrab. Bertengkar dalam mesyuarat tapi tidak terbawa-bawa di luar mesyuarat. Perselisihan pendapat tidak melibatkan perselisihan peribadi. Bertengkar hingga bertegang leher tapi selepas mesyuarat, hubungan begitu erat sekali.

Dalam zaman pemerintahan Pak Ak, kebanyakan AJK tersebut telah naik pangkat dalam persatuan. Pak Wan telah lama tersingkir sejak zaman Ustaz sendiri. Diri saya jauh di negeri lain dan tidak melibatkan diri sebagai AJK Pusat lagi. Maka tinggallah mereka bergiat cergas dalam persatuan. Jawatan Setiausaha telah disandang oleh SB. Berperananlah beliau untuk menggerakkan persatuan. Tapi apakan daya. Kalau dah susah nak ngam dalam pendapat sekian lama, maka kesukaran itu tetap wujud sepanjang masa. Ketika itu geng SB telah beralih muka. Si Maidin dan Roslin telah bersamanya. Ikatan hubungan mereka begitu mantap dek kerana isu yang sama dan berpandangan sama.

Corak pengurusan PA amat berbeza sekali berbanding dengan zaman Ustaz. Ruang untuk menyuarakan perasaan tak puas hati amat terbuka luas. Kadangkala PA sendiri menaruh simpati. Maka lahirlah golongan-golongan tak puas hati dengan kumpulan Tiga Serangkai tersebut dalam AJK Pusat. Kemuncak perasaan ini dapat kita lihat melalui satu foram yang diadakan di USM. Saya menjadi salah seorang peserta foram. Tajuk utama foram lebih menitikberatkan soal Guru dari segi kedudukan dan adab kita berguru. Dalam foram tersebut saya juga menyentuh sedikit sebanyak tentang peranan Setiausaha yang menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan ahli menjadi berleluasa. Dalam foram itu, saya cuba tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya telah membincangkan persolan berdasarkan tafsiran saya hasil pengetahuan dan pengalaman serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Ustaz. Selesai foram, kedua-dua pihak menyinga tengok muka saya. Tapi saya buat nohin sahaja. Siapa suruh jemput saya untuk bercakap.

Setelah semua keadaan reda, lewat malam saya kembali ke asrama, tempat penginapan kami. Rupa-rupanya kawan saya tersebut si SB menunggu saya. Bila bersua muka maka beliau cuba menjelaskan kedudukan sebenar yang dihadapinya sambil mengeluarkan air mata. Banyak benda yang dibincangkan dengan saya. Saya pulak menjadi tempat luahan hatinya atas gejala buruk yang sedang melanda SC. Maka jadilah saya sebagai pendengar yang baik dan setia.

Selepas majlis Foram tersebut dan diikuti dengan mesyuarat tahunan, beliau tetap meneruskan kerjayanya dalam SC. Namun begitu keadaan SC semakin meruncing rupanya. Perselisihan pendapat dengan kumpulan tiga serangkai telah menjadi begitu peribadi. Serang-menyerang menjadi perbualan utama sesama ahli. Akhirnya mahkamah juga diperlukan untuk menyelesaikan angkara yang ada. Maka berpecahlah kita menjadi dua. Sayu dan hiba. Hilang semangat dan sumpah ikrar sesama ahli di zaman Ustaz. Kepentingan diri lebih utama. Biarlah apa yang akan terjadi pada SC asalkan hati berapa puas. Itulah moto kebanyakan ahli ketika itu dan ketika ini agaknya.

Sejak itu hubungan saya dengan beliau telah terputus. Apatah lagi saya memilih CH sebagai laluan seterusnya. Apa yang saya tahu ketika itu, beliau mempunyai pendapatan yang mantap hasil bidang perniagaan yang diceburinya. Semangatnya dalam SC disalurkan melalui persatuan SCM. Itulah singkapan ringkas ingatan saya tentang sahabat saya tersebut. Beliau mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri tapi sangat sensitif. Wajah mukanya cepat bertukar menjadi marah apabila ada sesuatu yang tak kena dalam perbualan sesama ahli.

Rumah Persatuan di Jalan Putera sememangnya membawa banyak kenangan. Banyak perkara yang berlaku di rumah tersebut. Ada masa nanti akan saya ceritakan untuk kenangan generasi baru dan generasi lama. Cuma yang terkilan di hati ialah kita gagal untuk mendapatkan rumah tersebut kekal menjadi milik kita. Kalau tak salah saya, tuan rumahnya yang tidak sebangsa dengan kita pernah menawarkan penjualan rumah tersebut. Tapi harganya begitu tinggi. Tidak terjangkau dek kita untuk membelinya ketika itu.

Tapi hikmahnya tetap ada. Bangunan SC di Jalan Sentul telah tinggal kenangan kerana terlepas daripada tangan kita. Kalau kita telah dapat memiliki rumah di Jalan Putera, pasti rumah itu juga akan terlepas pada mereka. Sudah tentu usaha-usaha untuk mengumpul ahli-ahli yang berkaitan dengan rumah tersebut tidak dapat dijalankan. Pada mereka, pengumpulan ahli-ahli lama tersebut nak buat apa. Tapi pada kita pengumpulan ahli-ahli lama di rumah Jalan Putera amat besar maknanya. Itulah Strategic thinking namanya buat mereka.

Posted by Guatamala at 12:11 AM

Offline

 

#3 2009-07-04 02:11:30

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Friday, July 3, 2009

KENANGAN JALAN PUTERA

Banyak kenangan di Ibu Pejabat Jalan Putera. Di situlah para Jurulatih selalu membuat latihan kamahiran di bawah bimbingan Ustaz Hanafi. Boleh dikatakan setiap minggu pada malam yang tiada kelas, kelas-kelas kemahiran tersebut diadakan. Biasanya malam Jumaat. Saya selalu menjadi patner En Jo dan jarang kali juga dengan Pak Wan.

Dalam satu peristiwa, ketika kami sedang berlatih, datang rakan kami, SB bercakap sesuatu dengan Ustaz. Kami hanya pandang ke arah mereka kerana perhatian Ustaz telah dialihkan daripada memberi tumpuan kepada latihan kami. Dari jauh, Ustaz mengangguk-anggukkan kepala. Ada sesuatu yang dibincangkan. Seketika kemudian sahabat saya SB memohon diri tapi tiba-tiba muncul kembali bersama orang puteh lelaki dengan seorang budak. Kemudian baharu kami tahu yang budak itu adalah anaknya. Orang puteh tersebut difahamkan adalah daripada kedutaan Perancis. Secara sepontan kami disuruh membuat persembahan SC. Kacau sungguh. Bukannya senang membuat persembahan tanpa susunan terlebih dahulu. Tapi apakan daya. Arahan Ustaz mesti dipatuhi.

Maka bermulalah pertunjukan persembahan yang dibuat tanpa pakat. Depan orang puteh pulak tu. Memang sifat kita agaknya suka menunjukkan kebolehan pada bangsa asing. Maka kenalah tunjukkan kehebatan masing-masing. Masa saya menumbuk partner saya, dibuatnya buah Sendeng Atas. Hayunannya betul-betul bawah dagu saya. Mana boleh potong. Pecah bibir saya. Darah yang keluar terpaksa dilap. Tapi banyak yang ditelan. Geramnya hati. Macam terjatuh kewibawaan dan kehandalan diri. Hati melonjak untuk membalas kembali apa yang diterima. Kehebatan yang ternoda harus ditebus kembali. Bisikan iblis agaknya. Tapi sampai giliran, orang lain pulak yang menumbuk saya. Oleh sebab ada keinginan untuk membalas kembali dengan pukulan Buah Sendeng Atas, maka rakan yang menyerang disambut dengan buah yang sama. Tapi entah macam mana, kaki pulak gatal melibas pelipat rakan yang menumbuk. Bukannya buah jatuh Sendeng Atas, tapi pukulan buah sendeng yang menggunakan kaki untuk melibas pelipat. Allah! Lututnya terkeluar pulak. Timbul kesal pada diri. Tapi bisikan hati terus berkata. Jadi juga sepakan kaki.

Berminggu-minggu rasanya rakan tersebut berbalut kaki. Karier silat sebagai Jurulatihnya telah terjejas. Timbul kekesalan di hati. Semuanya berpunca daripada perasaan untuk bermegah diri di depan orang puteh. Ramai rakan yang tercedera akibat persembahan tanpa disusun pada malam tersebut. Apa yang dapat?. Si orang puteh tersebut hanya tersenyum puas dan mengesyorkan anaknya belajar SC. Sesuatu yang amat mustahil ketika itu. Walau bagaimanapun, selesai persembahan, semuanya bersalam-salaman dengan kesakitan merata tempat dibadan. Padan muka dek ingin berlagak. Itulah cakap-cakap dalam hati. Ketika iblis dah cabut lari.

Di Jalan Putera jugalah kami mendapat petua pelajaran menengah secara rasmi yang bersaksikan semua Jurulatih yang ada. Namun ada juga antara kami yang telah mempelajarinya. Tapi pada malam itu Ustaz menerangkan kembali petua menengah secara terperinci. Saya masih ingat peristiwa yang berlaku ketika petua pelajaran tersebut diperturunkan Ustaz kepada kami. Setiap orang perlu melakonkannya kembali. Seorang sahabat yang terkenal lucunya, telah dimarahi Ustaz kerana sepakan kakinya tidak menjadi. Pada hal sebelum ini pelajaran menengah telah diikuti. Cuba bayangkan jika tangan terikat, sepakan tak jadi, maka jawabnya kan parah diri sendiri.

Ustaz menunjukkan aksi marahnya.”Tu la! Dulu suruh buat buah jatuh sungguh-sungguh tapi tak ambil peduli.” Lebih kurang itulah ayat yang perpancul keluar daripada mulut Ustaz yang memarahi rakan saya yang tidak kemas pukulan kakinya. Melalui penerangan kembali Ustaz Hanafi adalah jelas bahawa asas pelajaran menengah berkait rapat pada buah asas dan buah jatuh Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan Gantung. Daripada pelajaran asasnya lagi kena betul. Apatah lagi jatuhnya yang sangat-sangat kena betul. Kalau kedua-dua pelajaran buah tersebut pada asas dan jatuhnya telah tempang maka jangan harap pelajaran menengah boleh dikuasai dengan mudah. Itulah kesimpulan yang saya dapat. Saya berasa puas. Walaupun sampai ke sudah tak pernah merasa sijil menengah. Pelajarannya ada tapi bukti sijilnya tiada.

Saya sering juga melihat penuntut-penuntut SC yang sedang mempelajari SC ketika membuat buat asas dan jatuh pada kedua-dua buah tersebut. Rasanya susah sikit kot untuk menguasai pelajaran menengah kalau ada habuannya nanti. Kadang kala berlainan kelas, berlainan pulak penekanannya. Apa sudah jadi. Tapi saya no komen. Pada mereka yang telah diturun petuanya, cuba tanya diri secara jujur. Yakinkah pelajaran tersebut di hati. Hanya diri sendiri yang boleh menjawab. Maklumlah. Jika tangan diikat maka keselamatan kita menjadi tanggungjawab kaki. Kalau sepakan tak menjadi ketika diri diserang, maka apa akan jadi. Kalau tak cabut lari maka tergantunglah kaki di hospital. Cuba bayangkan kalau cabut lari dengan tangan terikat. Kalah lawak Mat Sentul agaknya.

Di Jalan Puteralah saya terlibat dengan pelarasan buah-buah SC yang dikendalikan oleh Ustaz Hanafi sendiri. Dalam satu peristiwa berlaku pertengkaran tentang pintasan buah Teralak. Potongnya adakah perlu ditekan pelipat dengan menggunakan kaki kanan atau kaki kiri. Satu puak kata sedap kaki kanan dan satu puak lagi sedap kaki kiri. Saya menegaskan kaki kanan. Ketika masing-masing asyik berbahas, saya dipanggil oleh Ustaz ke tepi tanpa orang lain sedari. Ditunjukkan kaedah yang lebih ringkas. Tapi ustaz mengeluarkan kata terhadap saya, ”Tak payah bahas-bahas, ikut saja keputusan mereka” Saya puas. Ada benda lain yang saya dapat.

Yang hebatnya pada masa pelarasan tersebut PA dan PJ juga adalah rakan bersilat membuat buah. Dah jadi guru rupanya mereka ketika ini.

Pada saya majlis pelarasan buah pada hari tersebut merupakan satu-satunya pelarasan yang dikendalikan oleh Ustaz sepenuhnya. Itulah punca kuasa kita menyebarkan pelajaran SC seperti yang sepatutnya dan seperti yang dikehendaki. Kalau ada majlis pelarasan selepas itu maka saya anggap bukannya pelarasan lagi, tapi hanya majlis peneguhan pada pengetahuan yang ada.

Tapi selepas itu di zaman Pak Ak, ada juga majlis yang dikatakan pelarasan buah. Si budak Bai yang empunya anisiatif. Nak selaras apa lagi. Habis rosak seni yang sejati. Nak tunjuk kehebatan diri. Sampai Pak Ak sebagai pemegang amanah guru pun diketepi. Bersungut orang tua itu pada saya di suatu hari. Tapi, berkaitan pelarasan yang dikendalikan oleh Si Bai, saya tak ambil peduli. Pelarasan yang dulu telah mantap telah cuba dimantatkan. Tak akan kuubah dari dulu hingga kini. Apa yang saya dapat dari dulu maka itulah yang diberi. Pada saya inilah Pusaka Hanafi. Orang lain nak cakap apa, apa saya peduli. Dalam artikal terdahulu ada saya nyatakan. Selepas pelarasan buah di zaman Ustaz Hanafi maka sudah tidak ada pelarasan lagi. Kalau adapun pelarasan, prinsip pelarasan tersebut ialah untuk meneguhkan ingatan dan membetulkan kelemahan dalam masa pengajaran dan pembelajaran SC pada penuntut dan jurulatih. Kalau diubah-ubah buahnya maka pusaka apa namanya.

Namun kita jangan salah faham. Ketika ini teraju SC telah dikemudi oleh guru yang lain. Mereka bertanggungjawab dalam bidang persilatan. Menjadi hak mereka pada ilmu yang diamanahkan kepada mereka. Kalau nak diubah atau hendak diperbaiki, itu semua adalah tugas hakiki mereka. Jangan pulak dijadikan satu polimik antara kita. Dalam artikal ini saya hanya menceritakan pengalaman peribadi ketika bersilat di bawah naungan Ustaz Hanafi.

Mungkin banyak lagi cerita yang akan saya ungkapkan buat tatapan generasi baru SC. Tidak boleh dinafikan bahawa segala penceritaan di ruangan ini adalah berdasarkan pandangan saya sendiri. Pada saya itulah kebenaran yang tertanam pada diri. Pada orang lain agak susah untuk saya ambil peduli.

Jumpa lagi.

Posted by Guatamala at 1:11 AM

Offline

 

#4 2009-07-07 09:28:25

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Saturday, July 4, 2009

KURAFAT DALAM SILAT

”Banyak betul kurafat dalam silat kita masa ni.” Kata kawanku ketika membincangkan masa depan gerak dalam SC. Itulah keluhan hatinya. Pastinya cakap-cakap tersebut terkeluar hasil bandingan dengan apa yang dipelajarinya dulu. Tak banyak yang boleh saya komen sebagai melanjutkan percakapannya. Ayat-ayat tersebut merupakan satu falsafah atas kebenaran yang dia sendiri fahami dan jiwai. Biasanya kurafat dihubungan dengan pertentangan atas amalan agama yang diajari oleh agama kita. Dalam konteks ini mungkin kurafat yang dimaksudkannya ialah amalan-amalan fizikal yang ada dalam SC. Pastinya amalan fizikal tersebut telah bertentangan dengan amalan fizikal di zamannya dahulu. Saya cuba memahaminya. Kebenarannya mungkin ada berdasarkan kata kias yang diluahkan. Maka lahirlah idea untuk menulis di ruangan ini.

Dari segi prinsip, kita mungkin tidak boleh membuat teguran sedemikian secara terbuka. Siapalah kita untuk berbuat demikian. Tambahan pula jika orang yang berkata itu tidak dapat mengaitkan dirinya dengan satu punca kuasa yang diberi oleh yang empunya hak dalam bidang persilatan. Lainlah yang bercakap itu merupakan ahli dalam Lembaga Jurulatih atau wakil khas Guru Utama.

Tapi kita tetap tidak boleh menahan seseorang itu daripada bercakap. Pastinya percakapan itu berdasarkan perbandingan atau pegangan yang sedia ada pada diri seseorang. Berdasarkan pegangan tersebut mereka akan membuat perbandingan. Semestinya komen yang diberi adalah menurut pandangan dan tafsirannya sendiri. Tafsiran ini erat kaitannya dengan tinggi atau rendah ilmu pengetahuannya, pengalamannya dan tentunya juga faktor hubungan rapat dengan Guru. Ketiga-tiga faktor utama itu akan memberi impak yang besar atas setiap cakap yang terpancul daripada mulutnya.

Kita tidak boleh menafikan betapa SC itu sendiri mengalami proses pertukaran kepemimpinan dalam melanjutkan perjuangan SC. Kalau didasarkan sejak Guru Utamanya Ustaz Hanafi, selepas Allahyarham, SC dipimpin oleh Pak Ak yang kemudiannya dipimpin oleh anaknya En Mat. Seiring dengan kepimpinan En Mat maka muncul pula Guru Persatuan En Jo. Belum lagi kita membicarakan tentang Guru Wawasan yang sangat suka mengubah-ngubah kesenian SC dek tonjolan diri.

Setiap mereka ada orang kanannya. Kelas semakin berkembang. Guru semakin sebok. Banyak urusan silat yang diberi peluang kepada orang kanan mereka untuk mengendalikan SC. Orang-orang kanan ini ada pelbagai jenis. Ada yang merujuk pada guru dan ada yang sangat pandai-pandai sendiri. Ramailah jurucakap yang lahir dan bercakap berdasarkan tafsiran sendiri. Malah kebolehan menerangkan sesuatu pergerakan silatpun banyak bergantung pada kebolehan dan tafsiran sendiri. Maka bercabanglah tafisran dan pandangan pada setiap pergerakan silat.

Kita ambil contoh pada Buah Pertama. Secara kasarnya kita boleh membuat gambaran pada penuntut SC, tentang penguasaan buah tersebut yang akhirnya jatuh ke tanah setelah dipijak pelipat seiring dengan pukulan dirusuk. Tapi bagaimana aspek penerangan dan kemantapan buah tersebut seperti yang dikehendaki. Saya cuba membuat bandingan berdasarkan pengalaman saya bagaimana buah tersebut saya sampaikan. Tapi sukar juga penerangan tersebut secara tulisan.

Pada saya, tampar A perlu kejutan. Ini hanya boleh terjadi jika lawan menumbuk di bahagian dada kiri kita. Tapi banyak yang tak menjadi apabila penumbuk yang dihulur kalau tak ditepispun akan meyimpang daripada badan. Saya akan tegas dalam soal ini. Tumbukan yang meyerong amat saya benci. Akan saya tinggikan suara. Mungkin ada jurulatih yang tak ambil kisah. Lanjutan daripada kaedah A, tepisan, pukulan dan gerak kaki pada pelipat mesti serentak. Tapi ingatlah prinsip kita. Mana boleh tiga gerak dalam satu ketika. Akan tetapi ’timing’ dalam gerak-gerak tersebut berturutan dalam kiraan saat. Masih lagi nampak serentak. Saat dan ketika adalah ukuran yang begitu pantas sekali dan merupakan konsep yang hanya boleh diterangkan secara praktikal sahaja. Dalam konteks pukulan dan gerak kaki pada pelipatpun akan mendatangkan banyak tafsiran. Pada saya pukulan tangan mesti digenggam. Letak kaki kita di bahagian pelipat mesti rapat di punggung lawan. Tapi ada jurulatih yang lain pengamalan. Ada muridnya yang patah tulang rusuk akibat pukulan di rusuk. Maka jadilah pengajaran Buah Pertamanya sebagai sesuatu yang memfobiakannya. Disuruhnya penuntut membuka tangan. Takut patah lagi tulang rusuk penuntut. Kalau ini terjadi macam dia tak hormati prinsip kehidupan. Bukankah kejadian temannya daripada tulung rusuk lelaki! Agaknya. Itu baru asas, belum lagi jatuh.

Perbuatan menjatuhkan buah tersebut mesti diasaskan pada gerak asas. Timbul lagi perbezaan penekanan. Ada Jurulatih yang pentingkan jatuh. ”Gasaklah engkau pada buah asas. Janji jatuh.” Namun begitu, pada saya, tak akan saya sahkan jatuhan kalau asas tak betul. Malah kalau lutut kaki yang menekan pelipat renggang dari punggung lawan, maka jatuhan itu dikira tak sah. Buat balik. Biar berpuluh kali. Masa jatuh ada pulak jurulatih yang mengajar cara jatuhan. Jatuhan mesti telentang. Tapi ada yang tak peduli. Mana ada orang silat jatuh telentang. Tambahan pula silat Melayu yang asli. Setiap jatuhan yang diajar mesti mengereng. Tapi kita dah biasa telentang. Bukankah telentang itu banyak nikmatnya. Setelah telentangpun banyak songehnya. Ada yang suruh tumbuk, ada yang suruh pijak dan ada yang bediri tegak melihat gerak lawan berikutnya. Semuanya bergantung pada hala tuju yang ada pada benak setiap Jurulatih tersebut. Belum masuk lagi buah potong.

Jelas di sini betapa penekanan Jurulatih pada gerak sesuatu buah itu akan memainkan peranan sama ada buah yang dibuat itu mantap atau sebaliknya. Inilah yang membezakan kualiti seseorang penuntut yang dihasilkan. Itu baru buah pertama. Nampak sangat pengalaman dan pengetahuan silat yang ada pada setiap Jurulatih itu akan memainkan peranan penting.

Zaman saya dulu-dulu terdapat juru-jurulatih yang ada kelebihan tersendiri. Tergambar muka Pak Ak maka tergambar akan kebolehannya menyudahkan tangkapan. Tangkapannya amat kemas. Sukar nak bergerak dan sakitnya tak boleh cakap. Teringatlah pulak rakan Pak Wan, beliau sangat mementingkan pukulan. Pukul mesti pukul. Itu sebabnya kalau nak tetak tangan pada Buah Kidung sebagai contoh, siku kita mesti disendal pada rusuk. Beliau terkenal dengan penekanan tersebut. Tapi lama-lama timbul cerita betapa perlunya siku dirusuk sebab boleh mematahkan tulang rusuk lawan. Pulak dah!

Kalau Pak Jo, hebat dengan penerangannya. Mukadimahnya panjang. Kalau diukur masa dalam sepuluh minit, pastinya tujuh minit diuntukkan teori dan tiga minit membuat buah. Akibatnya ramai yang menguap ketika membuat buah. Beliau mementingkan kekemasan membuat buah. Berbeza pulak dengan Pak Sir. Seorang yang berani dan sentiasa yakin atas setiap gerak yang dibuatnya. Gerak silatnya sentiasa menjadi dan kasarnya boleh tahan juga. Sahabat setianya Pak Am agak berbeza sedikit. Gerak silatnya lembut tapi akalnya panjang. Beliau sering berkreatif dalam gerak-gerak baru SC terutamanya dalam pelajaran umum. Pak Yg banyak ilmunya. Kadang kala para penuntut berasa celaru antara fakta dan bukan fakta. Dan antara benar dan palsu. Masa itu Pak Bai dan Datuk K tak banyak muncul. Nama-nama yang saya sebutkan adalah nama-nama dulu di ibu pejabat. Di peringkat cawangan belum terserlah lagi kelebihan mereka. Tapi sekarang ini banyak yang berbeza. Mungkin ada tokoh-tokoh persilatan lain yang saya tidak bicara. Apatah lagi sekarang ini semakin ramai yang hebat dalam penguasaan SC.

Perbicaraan tentang topik di atas sukar untuk dijelaskan secara tulisan. Namun ketelitian pada setiap gerak dalam SC kadang kala dirasakan perlu diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Begitu juga fakta silat kita kaya dengan adat dan adabnya. Kebanyakannya tidak bertulis dan berlangsung begitu sahaja dari masa ke masa. Elok juga kalau ada pihak-pihak tertentu yang mengambil anisiatif untuk menulisnya sebagai bahan rujukan. Mungkin saranan ini membolehkan kita mengurangkan amalam kurafat dalam gerak Silat Cekak.

Posted by Guatamala at 7:12 PM

Offline

 

#5 2009-07-07 09:38:12

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Friday, July 3, 2009

ANTARA KAEDAH MENYINGKAP RAHSIA CEKAK

Mempelajari SC dengan lebih mendalam sepatutnya menjadi bulat dan tekad di hati setiap penuntut. Saya juga tidak terkecuali. Banyak peristiwa yang menyebabkan saya bersikap demikian. Penerangan Ustaz dan peristiwa bersudi dengan Ustaz benar-benar meyakinkan saya betapa SC adalah hebat.

Orang selalu cakap betapa Guru selalu menyimpan buah atau pelajaran silat. Agaknya dalam SC pun begitu. Ajar sepuluh, dua disimpan. Bila saya fikir-fikirkan, sifat tersebut adalah perlu. Walaupun kita bersilat berdasarkan pergerakan semula jadi tapi penggunaan akal yang pintar dan cerdas adalah perlu. Melalui akal yang berjalan, kita dapat dan akan menimbulkan persoalan. Maka di sinilah berlakunya penerangan lanjut daripada guru berkenaan. Kita yang bertanya dan dijawab pulak soalan yang sama; sama ada secara teori atau praktik maka itulah habuan tambahan pengetahuan kita.

Persoalan mesti ada dalam fikiran kita. Untuk menimbulkan persoalan maka kita memerlukan ilmu dan pengalaman membina soalan. Misalnya, persoalan boleh timbul berdasarkan prinsip kehidupan kita. Benda hidup dan tidak hidup biasanya adalah berpasangan. Dari sini maka kita boleh timbulkan persoalan. Kalau ada tumbuk jantan maka mana pulak tumbuk betinanya. Kalau ada kuntau kiri maka tentu ada yang kanan. Kalau ada kidung kiri maka mana pulak kidung kanannya. Kalau jatuh mesti ada yang berdiri. Kalau ada kuntau jatuh maka mana pulak kuntau berdirinya. Tangan dan kaki mana boleh kita pisah-pisahkan. Kalau ada serang dengan tangan bagaimana pulak rupanya serang dengan kaki.

Itu adalah antara lain persoalan yang membolehkan kita berfikir dan mencari-carikan jawapan. Kalaulah persoalan kita tersebut terjawab maka akan berlakulah penambahan ilmu pada diri kita. Berdasarkan persoalan itu juga akan meningkatkan pengetahuan kita. Jadi, yang dua ilmu yang dikatakan disimpan oleh guru itu terungkap dek usaha dan persoalan yang kita timbulkan.

Silat Cekak hebat. Itulah wirid kita. Tapi kita kena berpijak di bumi nyata. Sakit demam maka kita sahaja yang mengetahuinya. Kalau orang kata kita sihat pada hal kita rasa diri kita demam maka perasaan kita itulah yang sebenarnya benar. Jadi, kebolehan kita bersilat hanya kita sendiri yang boleh mentafsir dan mengetahuinya.

Kita patut berbangga dengan kebolehan silat kita. Maka kita juga mestilah berkebolehan untuk membuktikan dakwaan kita tersebut adalah benar. Selaraskan kehebatan diri dengan pengetahuan yang ada dalam SC. Dengan itu baharulah kita boleh mendabek dada mengatakan silat kita hebat. Silat kita hebat kerana diri kita juga hebat. Sebagai penuntut yang sentiasa inginkan kebolehan diri sentiasa meningkat, periksalah dan nilailah ilmu yang telah ada pada kita. Boleh buat senarai semak tentang falsafah, konsep dan prinsip yang ada dalam setiap pelajaran SC dan semestinya telah dikuasai oleh kita. Tapi panduan daripada mereka yang mahir dalam SC mesti ada. Baharulah kita tahu akan duduk sebenar diri kita dalam penguasaan ilmu SC. Antara lain dalam karangan ini, diberikan beberapa contoh sebagai tinjauan pada diri sama ada kita telah menguasai konsep atau falsafah-falsafah yang berikut.

Kefahaman ”pakai tak pakai dan tak pakai pakai” perlu disingkapkan rahsia dalam falsafah tersebut. Kefahaman dan penguasaan falsafah tersebut menjadikan diri kita dapat mengaplikasikan pelajaran SC dengan hebat. Ketika membuat sesuatu buah yang kita ingin pakai, apabila timbul masalah maka secepat kilat kita berupaya menukar buah dan memakai buah yang tidak terlintas nak pakai. Semuanya berlangsung tanpa dirancang tapi lebih secara gerak semula jadi. Berupayakah kita memahami konsep ini.

Konsep buah ringkas dan hujung elok diperdalami. Hal ini kerana penguasaan konsep buah ringkas atau hujung, banyak membantu kita ketika sesak. Andai membawa kereta, bila sesak tak payah pakai signel. Bukan mudah menjatuhkan pelipat lawan atau bukannya mudah mengilas belakang pada orang yang lebih besar daripada kita. Tapi ingat. Buah-buah yang ada dalam SC dapat digunakan dalam apa bentuk keadaan. Namun penyesuaiannya mesti ada. Buah hujung akan memainkan peranan utama.

Lihat juga serangan kita. Apakah konsep dan falsafah di sebaliknya. Cara serangan juga perlu disingkap rahsianya. Jangan pulak kita memberi tabit hormat kepada musuh sebelum kita menyerang. Tak cantik sungguh. ”Nampak macam pondan Siam.” Antara komen yang diberi oleh kawan-kawan yang berasa rimas dengan tabit hormat. Fahami konsep tumbuk serang sebagai tumbuk gerak. Apakah maksud tumbuk gerak dalam falsafah serangan kita. Saya telah membincangkan dalam penulisan yang lalu. Hal ini akan menjadikan kita yakin dengan serangan yang kita kirim kepada lawan kita. Jangan timbulkan persoalan yang meragukan kita bilamana musuh berundur di belakang. Jangan pulak kita mencari-cari jawapan berdasarkan tumbuk gerak kita. Falsafahnya bukan demikian untuk mereka yang undur ke belakang. Itu sebabnya ramai yang kurang faham hingga mencari-cari jawapan tentang keupayaan tumbuk serang pada mereka yang lari ke belakang. Mereka-rekalah mereka dalam suasana tidak memahami tentang konsep tumbuk gerak yang dinamakan juga tumbuk serang.

Rahsia falsafah tentang tangan di tangan dan kaki di kaki, hendaklah kita fahami betul-betul. Berpijaklah di bumi nyata. Agaknya sepak minang sebagai pengenalan blok ini memberi tanda betapa tak ikut konsep dan prinsip sebenar akan membawa bencana besar pada diri. Sayangilah telur anda. Bukannya mudah dicari ganti. Takut-takut terkejut hingga hilang bisa yang tak terperi.

Kalau sudah sampai ke pelajaran menengah, ramai yang berdiam diri.Tak tahu nak berlatih macam mana. Setengahnya beralasan rahsia sangat. Semua ini akan merugikan diri. Tanyalah diri. Yakinkah diri pada pelajaran tersebut. Janganlah kita bermegah dengan pemilikan pelajaran menengah jika ada keraguan diri. Kalau rasa ragu-ragu, apa tindakan yang patut diambil. Usahakan diri bagi menguasai gerak yang sejati dan sebati. Banyak rahsia dalam SC yang boleh diungkap bagi mempertajamkan diri. Tapi kenalah cari dan usahakan diri. Yakinkan diri dengan pengetahuan yang kukuh dan sebati.

Saya timbulkan persoalan-persoalan di sini buat generasi baru untuk berfikir. SC akan ”menjadi” pada mereka yang sentiasa berfikir. Saya tak boleh jelaskan maksud saya dalam tulisan ini. Mana ada punca kuasa. Rapatlah dengan Guru. Hormatinya sungguh-sungguh. Tunjukkan kesetiaan agar membolehkan istilah kepercayaan terpancul daripada hati guru. Biarlah orang lain nak kata-kata apa tentang kita. Bodekkah, Taksubkah, mengada-ngadakankah atau apa-apa kah yang lain, jangan diambil hati. Tapi yang pentingnya ialah pentingkan diri kita terlebih dahulu. Kita keluar sorang-sorang maka kita matipun sorang-sorang. Dalam menuntut SC, pentingkan diri sendiri untuk menambah ilmu. Tapi jangan lupa pula ajaran SC tentang perkara-perkara yang bersabit dengan kita. Bersabit dengan kelahiran kita ialah kedua ibu bapa dan Guru. Tentunya atas kehendak Tuhan.

Saya sangat yakin, dengan cara kita menimbulkan persoalan dan sentiasa berfikir maka semakin banyak rahsia dalam SC yang tersingkap sebagai habuan pada diri kita. Seperti yang saya katakan, jangan lupa atas syarat mutlaknya. Syaratnya ialah kita mesti mengelakkan perasaan was-was dengan keistimewaan yang ada pada SC. Tetapkan di hati yang SC itu hebat. Peranan istilah istiqamah penting sekali. Istiqamahlah untuk diri bagi membangunkan diri. Kurang enak beristiqamah untuk diri bersabit dengan diri orang lain.

Tugas kita sebagai penuntut yang ingin membangunkan diri dalam SC ialah mencari kehebatan SC itu sendiri. Kehebatan tersebut adalah merupakan keistimewaan kita. Luar daripada kebiasaan yang ada. Kalau biasa maka kuranglah hebatnya. Mana-manapun boleh dapat. Sesuatu yang luar biasa amat sukar dicari. Pencarian tersebut secara langsung akan menjadikan diri kita hebat dan sentiasa hebat. Percayalah.

Posted by Guatamala at 11:07 PM

Offline

 

#6 2009-07-14 02:09:21

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Friday, July 10, 2009

BERTANGGUH JAWAPAN

Telah saya bincangkan kualiti para penuntut SC yang tamat amat bergantung pada Jurulatih yang yang melatihnya. Kekuatan sesorang Jurulatih itu banyak bergantung pada ilmu dan pengalamannya dalam SC. Dikuat pula dengan kesungguhannya melatih maka penuntut yang dihasilkan setelah tamat nanti akan berada dalam satu kategori pesilat yang hebat.

Kehebatan penuntut akan lebih terserlah jika Jurulatih juga memainkan peranan penting bagi melayan semua soalan dan persoalan yang dikemukakan oleh para penuntut ketika bersama dengan mereka. Hal ini meliputi ketika berada dalam kelas atau di luar waktu kelas latihan.

Persoalan yang ada pada kalangan penuntut, jika tidak diselesaikan segera, akan menghantui mereka dan menganggu konsentrasi mereka dalam menguasai pergerakan SC sepenuhnya. Akan tetapi, hal ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hinggakan terdapatnya jurulatih yang akan menangguh daripada memberi jawapan pada persoalan yang dikemuka pada satu masa yang tidak ada kepastian dan ketetapan.

Tapi ramai juga yang lupa akan tanggungjawab memberikan jawapan tersebut. Akibatnya, penuntut yang bertanya akan menunggu jawapan umpama menunggu buah yang tak akan jatuh. Hingga tamat silat, jawapan masih belum diperoleh. Pada kalangan Jurulatih yang agak agressif, Jurulatih tersebut akan memarahi penuntut yang asyik bertanya dengan alasan ikut sahaja dan jawapannya akan diberitahu kemudian.

Sama ada seseorang Jurulatih itu dapat memberikan jawapan secara spontan atau tidak, banyak bergantung pada situasi dan kategori pembawaan sikap dan nilai seseorang itu. Ada penerangan yang agak terhad. Ketika buah asas, mustahil baginya menerangkan tentang pelajaran buah jatuh. Apatah lagi buah potong dan pelajaran-pelajaran seterusnya.

Ada juga Jurulatih yang menangguhkan jawapan atas persoalan bagi membolehkannya merujuk pada orang lain. Jika tanggungjawab ini diabaikan, selalunya jawapan yang sepatutnya diberi kepada penanya akan terlupa dan hal inilah merupakan salah satu faktor penanya akan berasa tertunggu-tunggu dan seterusnya tidak berpuas hati.

Ada juga Jurulatih yang tidak melayan persoalan penuntut. Bukan haknya menjawab. Tapi Jurulatih itu memberi penerangan betapa persoalan tersebut hanya Guru yang layak menjawabnya. Namun begitu ada juga Jurulatih yang mengandaikan serba tahu dan secara spontan memberi jawapan tanpa memikirkan kekeliruan yang mungkin timbul.

Lebih malang lagi apabila terdapatnya Jurulatih yang suka bercerita dan bercakap tentang sesuatu yang di luar daripada gerak SC kepada penuntut. Ini akan memancing soalan dan persoalan daripada penuntut.

Ustaz ada mengatakan kepada saya, ”Macam mana nak tabligh kalau diri tak baligh.” Pada fahaman saya, kalau kita hendak menceritakan suasana atau apa saja tentang sesuatu tempat, sepatutnya kita telah sampai ke tempat itu terlebih dahulu. Pernah Ustaz kiaskan, ” Macam mana nak cerita tentang Singapore kalau diripun tak pernah sampai ke sana.”

Teringat akan saya satu peristiwa penjual ubat di pasar malam. Bagi menarik perhatian ramai, beliau telah mencabut keris daripada sarung dan meletakkan keris dan sarung tersusun secara bersebelahan. Beliau menarik perhatian ramai dengan mengatakan bahawa keris itu akan memasuki sarungnya secara perlahan-lahan melalui pengamalan ilmunya. Apa lagi, ramailah orang yang sanggup menunggu untuk melihat kebenaran kata-katanya.

Kata-kata yang menegaskan kebolehannya yang membolehkan senjata memasuki sarungnya tanpa dibantu. Agaknya minat pendengar yang semuanya lelaki untuk terus menunggu, mungkin kerana ada hubung kait dengan aktiviti harian mereka. Si penjual ubat pula mulalah menceritakan kelebihan ubat yang dibawanya. Sudah tentu, ubat itu ada kaitannya dengan senjata masuk sarung.

Selesai orang ramai membeli, selamba saja dia mengambil keris dan memasukkan keris tersebut dalam sarung berkenaan dan mengemaskan peralatannya. Orang ramai terpinga-pinga. Sampai ke sudah janji yang diberi pada para penonton tidak kesampaian.

Jadi, pelbagai watak Jurulatih yang akan dihadapi oleh para penuntut ketika mengajukan sebarang soalan atau persoalan. Dalam hal ini, saya berpendapat Guru Utama atau Lembaga-Lembaga yang ada, perlu berperanan besar untuk mempastikan ’wakil’ guru sentiasa mempunyai ilmu yang mantap dan maklumat yang kemas kini. Merekalah golongan pelaksana yang akan menentukan kualiti malah kuantiti para penuntut SC. Jangan biarkan mereka berwatak seperti tukang jual ubat di pasar malam.

Semasa zaman Ustaz dulu pun konsep bertangguh memberi jawapan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Penangguhan tersebut adalah pelbagai. Saya akan berkongsi pengalaman menceritakan bentuk-bentuk penagguhan yang saya dan rakan-rakan alami berdasarkan pengalaman kami bersamanya.

Ada satu ketika saya bertanyakan soalan. Ustaz hanya mendiamkan diri beberapa ketika daripada bercakap. Akhirnya Ustaz bercakap tapi tidak begitu lancar. Maka Ustaz telah memberhentikan tajuk perbualan itu dengan mengatakan di lain masa Ustaz akan menjawab. Menurutnya semacam ada sesuatu sekatan di tekaknya bagi membolehkannya memberikan jawapan. Tapi di lain waktu apabila sesuai dengan masa dan situasi, tajuk itu akan ditimbulkannya kembali.

Kerap juga saya menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan gerak-gerak dalam SC. Bukan semuanya Ustaz memberikan jawapan. ”Belajar dulu. Jangan tanya-tanya. Satu masa nanti akan tahu gunanya.” Itulah antara lain jawapannya terhadap soalan saya kalau Ustaz tidak ingin memberikan jawapan. Tetapi apabila sampai masanya baharulah saya faham akan maksud Ustaz.

Persoalan saya ada kaitannya dengan buah Kuntau Kiri, Kuntau Kiri Gantung dan Kuntau Kanan Gantung. Buah-buah itu tidak ada pukulan sama ada pada tangan atau pada kaki. Melainkan pada jatuhnya. Kaedah menghenyak pelipat menjadikan persoalan kepada saya. Rupa-rupanya kaedah tersebut adalah mukaddimah terpenting apabila gerak pukulan pada pelipat menjadi amalan. Amat besar faedahnya ketika pelajaran menengah. Baru saya faham akan jawapan persoalan tersebut setelah menunggu sekian lama.

Namun begitu ada persoalan yang berkaitan dengan buah-buah tersebut yang ditanya dan dijawab secara spontan. Ustaz sendiri yang memberikan soalan dan jawapan. Misalnya, mana letaknya pukulan pada buah kuntau kiri. Ustaz bertanya dan ustaz sendiri yang menjawab secara praktikalnya.

Ada juga soalan yang diberikan tapi jawapannya amat lama. Hal ini selalunya ada kaitan dengan petua-petua. Pernah persoalan tersebut terjawab setelah lima belas tahun berlalu. Kadang kala saya lupa akan soalan yang dikemukakan. Entah bagaimana, terpancul suara daripada Ustaz,” Tentang soalan engkau dulu........”

Dalam satu-satu majlis yang tidak formal, Ustaz juga akan menjawab persoalan berdasarkan situasi. Pernah satu ketika sahabat saya mengemukakan persoalan. Ustaz tidak menjawab secara sepontan. Sebaliknya dia masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan songkak di kepala. Maka baharulah Ustaz menjawab persoalan tersebut.

Dalam SC sendiri kita dilarang menunjukkan pelajaran yang masih belum tiba masanya pada para penuntut. Penuntut yang belajar buah asas, dilarang kepada mereka dipertontonkan buah jatuh. Apatah lagi buah potong. Mustahil sekali buah serang. Kita tidak melayan soalan mereka jika berkaitan dengan pelajaran seterusnya. Keadaan ini adalah merupakan peraturan silat kita yang wajib dipatuhi. Tapi akhirnya persoalan mereka terjawab juga setelah memenuhi syarat ijazah.

Namun begitu masalah yang wujud di kalangan penuntut ialah persoalan yang dikemukakan kepada Jurulatih yang tidak terjawab sepanjang hayat mereka bersama SC. Inilah yang menyebabkan para penuntut berasa tidak puas hati dan sentiasa memendam perasaan. Oleh itu saya berpendapat bahawa para Jurulatih perlu memperkayakan diri dengan ilmu dan jauhi diri daripada berperanan sebagai penjual ubat yang saya ceritakan di atas.

Posted by Guatamala at 6:36 PM

Offline

 

#7 2009-07-20 05:10:06

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Saturday, July 18, 2009

JANTAN

Singgah di kedai makan nasi lemak. Lauknya sotong. Terpandang sotong teringat kata-kata seorang orang lama yang masih bergiat dari masa ke masa dalam SC. “Budak-budak sekarang nampak macam sotong ketika bersilat. Tangan pun dah jadi tangan sotong.” Bukan mereka cerita. Entah mengapa agaknya ramai ahli-ahli lama yang suka bercerita tentang silat dengan saya. Dalam kesebokan, saya tetap menjadi pendengar yang baik. Gasaklah apa yang mereka ingin cakapkan. Sebagai pendengar, tugas saya hanya cuba memahami apa yang diluahkan dan bagus juga untuk saya membuat ulasan dalam tulisan di blog ini.

Orang yang baru sekalipun, cukup tempoh akan masuk dalam golongan lama. Tidak ada satu ukuran masa yang standard bagi menentukan gelaran orang lama. Perasaan sahaja yang memahaminya. Tapi yang paling terajisnya, sudahlah lama tapi tua pulak. Golongan ini sering dilupakan. Orang baru pun semakin lupakan jasa mereka. Dari segi psikologi, mereka juga memerlukan tempat dan perhatian daripada golongan baru. Tambahan pula apabila merasakan diri seorang yang hebat di satu masa yang lalu. Tapi nak buat macam mana. Umpama harimau bergigi palsu. Gahnya tetap ada. Tapi gigitannya kurang bermakna. Kalau di persatuan pusat, golongan ini boleh bermain politik silat. Isu boleh direka. Yang pentingnya nama mereka perlu dikenang dan tetap ada dalam kesebokan persatuan. Hinggakan Guru pun boleh menjadi mangsa.

Tidak boleh dinafikan betapa mereka telah memainkan peranan yang besar bagi melahirkan para pesilat SC yang hebat. Ramai antara hasil pesilat yang dilahirkan menjadi Jurulatih atau memegang tampuk persatuan bagi kesinambungan perjuangan SC seterusnya. Di cawangan-cawangan, ramai antara mereka yang terkeliru akibat pepecahan persatuan. Mereka tidak dapat menerima akan hakikat pepecahan. Pada mereka SC tetap satu. Pendirian mereka inilah yang telah menyulitkan para pesilat generasi baru. Pada generasi baru,geng mana adalah merupakan pasport utama bagi menyambung hubungan. Keadaan yang berlaku mendukacitakan mereka. Kalau ikutkan hukum, apa susahnya. Lahirkan pendirian.

Tapi golongan ini kurang mengikuti perkembangan. Tak terfikir di benak mereka akan keperluan menyebelahi sesiapa. Oleh sebab tak menyebelahi mana-mana pihak maka telah menyebabkan ahli-ahli SC yang berpecah persatuan berasa serba salah atas kehadiran mereka.

Ramai yang terpaksa bermanis mulut akan keperluan kehadiran ahli-ahli lama ini. Jadilah orang-orang lama ini umpama melukut di tepi gantang. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Seperti kata pantun Melayu,” Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang. Mereka dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang.”

Kadang kala mereka sendiri menganggap diri mereka sudah tidak penting kerana kehadiran mereka dalam kelas-kelas SC tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada penguasa kelas-kelas latihan SC tersebut. Semacam keperluan untuk mengenepi atau melupakan mereka. Terpaksalah dibuat acara atau program khas untuk mengalu-alukan kedatangan mereka. Menjaga hati pada pihak yang tersayang. Itulah perkembangan yang berlaku. Kekadang nampak akan lucunya. Entah mana perginya pegangan. Nak kata ke Hadyai, mana mungkin. Kan ke kawasan itu sedang bergolak.

Berbalik pada kata-kata sahabat lama tersebut. Saya cuba memahami maksudnya. Asas dakwaannya berasaskan gerak dalam silat. Pukulan dah jadi lembut. Sama seperti tangan sotong yang lembut. Bila potong sepatutnya kita tegas mengatasi gerak lawan. Tapi bukannya buah potong yang digunakan tapi buah sotong. Sedap betul komennya. Saya kurang menyambut kata-katanya tapi berfikir-fikir betapa dia boleh mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ramai yang bersetuju betapa orang yang bersilat dalam SC nampak macam bukan orang silat. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. SC adalah berdasarkan pergerakan semula jadi. Oleh itu pembawaan seseorang itupun adalah berdasarkan pergerakan semula jadinya. Lainlah pada mereka yang perlu mengeraskan tangan sebagai pelajaran silatnya. Bila tangan dah keras, semasa berjalan, tangan pun terpaksa mengepak. Secara langsung orang boleh tahu tentang diri kita yang belajar silat. Di sinilah letaknya salah satu kelebihan SC. Ketinggian ilmu silatnya sukar diukur daripada mata kepala.

Penumbuk dalam SC pun dikenali sebagai penumbuk jantan. Kalau penumbuknya bergelar penumbuk jantan, secara langsung penumbuk itu lahir daripada manusia yang bersifat jantan. Maka geraknya semestinya gerak jantan. Istilah jantan dalam SC mempunyai konsep yang tersendiri. Konsep jantan ada sifatnya. Bila nak atau naik syeikh, maka semula jadi akan terangsang dan bersifat keras. Dalam keadaan biasa dia lembut dan tunduk sahaja. Dalam kontek silat, ketika biasa dia bersifat lembut.

Tapi ketika bersilat nampak perbezaan sifatnya yang keras dan tegas akibat adanya rangsangan. Sentuhan tangannya tak sama dalam pergaulan biasa dan ketika bersilat. Itulah salah satu kehebatan yang ada pada pengamal SC. Maka jadilah silat yang kita amalkan berkonsep lembut tapi keras, tenang tapi tangkas. Pantang terangsang. Bertukarlah sifatnya. Kalau dulu-dulu dalam silat tari, pengamalnya akan tergedik-gedik apabila mendengar tiupan serunai dan gendang silat. Dirinya terangsang. Tapi jantan mereka tak sama dengan jantan kita.

Tapi kalau gerak bersilat pun lembut sama seperti gerak dalam pergaulan biasa, maka kuranglah menepati konsep jantan dalam SC. Bacalah buku-buku sastera lama. Dalam pergaduhan yang melibatkan cabar mencabar, konsep jantan memainkan peranan. Malah, konsep jantan ini merupakan satu halangan untuk mengatasi pihak lawan dengan cepat dan mudah. Mereka memerlukan ketenangan untuk mengatasi kejantanan lawan.

Saya juga berpengalaman berbincang dengan Ustaz tentang konsep jantan ini. Pernah berlaku betapa pendekar-pendekar dulu yang bertarung mengambil masa yang begitu lama. Pada satu ketika pihak yang dicabar tak berani keluar bertarung kerana jantannya yang tidak ‘penuh’. Bila terasa penuh, lawannya akan dicabar bertarung. Tapi jika lawannya pulak belum penuh jantannya, maka pertarungan tersebut akan ditunda di lain masa. Kalau asyik memeriksa jantan yang ada pada diri masing-masing maka tentunya pertarungan tersebut akan memakan masa yang lama.

Orang-orang lama tentu pernah mendengar ilmu Tangkap Jantan yang pernah dinyatakan oleh Ustaz. Betapa dengan satu sentuhan, parang di tangan boleh gugur ke tanah dan badan musuh akan menggigil ketakutan. Alangkah hebatnya jika kita memiliki ilmu tersebut. Tajuk ini sukar dibincangkan dalam tulisan kerana Ustaz sendiri amat jarang bercakap mengenainya. Tapi jangan pulak kita tersilap sangka. Bukannya tangkap jantan bermaksud tangkap anunya.

Ketika ini, pasukan sukan negara bukan setakat ada jurulatihnya malah ada juga pakar psikologi ketika bersaing dengan pihak lawan. Di samping teknik dan taktik, kekuatan mental amat penting. Gelagat kita boleh melemahkan lawan. Belum bertanding, pasukan lawan menjadi lemah. Agaknya itu juga ada kaitan dengan konsep tangkap jantan. Jangan pulak ada yang membuat cakap lucu, “kalau perempuan nak tangkap jantan macam mana.” Maka jawapan lucunya, gunakan wali jantan. Pasti menang.

Walau bagaimanapun dalam SC, kita tak kisah sangat tentang ilmu jantan tersebut kerana telah wujud petua-petua tertentu. Tindakan kita tentunya bersebab. Jangan diikut hawa nafsu. Teringat kata-kata Ustaz, kalau setakat orang terpijak kaki kita, tak kan pulak menyebabkan kita ajak bergaduh. Tapi kalau diri dan keluarga terancam maka perlulah kita bertindak. Peduli apa ilmu yang ada pada pengancam kita. Untuk mempastikan jantan kita sentiasa ada, banyak langkah yang boleh dilakukan. Jantan mesti dipupuk.

Dalam silat, apabila bersilat maka kita mesti benar-benar bersilat. Bukannya menari. Kalau takut sakit, masuk kelas tarian. Sedap. Dalam silat, sakit perkara biasa. Kadang kala ada yang bermegah atas kebengkakan dan kesakitan yang dialami. Puas rasa di hati. Kalau gerak di luar silat lembut sama seperti gerak dalam silat, itulah agaknya maka sahabat lama tersebut menggelarkannya sebagai gerak sotong.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 12:21 AM

Offline

 

#8 2009-07-21 16:44:33

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, July 20, 2009

JANGKAAN

Menjadi satu keperluan betapa pentingnya sifat berani, yakin diri dan semangat, pada diri para penuntut SC. Ketiga-tiga sifat tersebut adalah antara keperluan asas yang mesti ada bagi menjamin kehebatan kita sebagai pengamal SC. Sifat-sifat ini boleh dipupuk dan perlu dipupuk. Dampingilah mereka yang hebat dalam SC. Bergaul dengan pembuat minyak wangi, pasti akan tersebar keharumannya pada diri kita. Sifat berani dan yakin diri selalu saya bincangkan pada tulisan yang lalu.

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya mengenengahkan semula konsep jantan. Konsep ini bukan perkara baru. Mungkin sekarang ini kurang diperkatakan. Bolehlah kita hubungkan konsep jantan dengan istilah semangat agaknya. Semangat juga selalu dikaitkan dengan istilah mood atau hati - ada atau tak ada mood – ada atau tak ada hati. Maka mood ini berkait-kait dan akan melalutlah sifatnya pada pergerakan silat kita. Maka berkait pula dengan istilah perform atau tak perform dan banyaklah lagi.

Dalam permainan pun, kadang-kadang saya perhatikan juga masalah ini timbul. Misalnya dalam permainan bola sepak. Ada para pemain yang hebat tapi dikeluarkan pada separuh masa pertama. Bukan tak hebat tapi ketika itu pastinya tidak menunjukkan bakat sebenar. Kalau ada bakat yang hebat tapi ketika itu bakat tersebut tidak ‘keluar’, mana perginya bakat itu. Dalam konteks diri, kalau selalu bersemangat tapi tiba-tiba hilang semanagat, maka ke mana hilangnya dan bagaimana kita dapat mencari balik semangat tersebut.

Walau bagaimanapun dalam SC, kita ada pelajaran yang boleh memupuk sifat-sfat berani, yakin dan bersemangat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Untuk kekuatan dalaman yang tak nampak, kita ada petua-petua tertentu. Kaedah mandi, konsep langkah di bumi selamat dan sebagainya adalah antara lain yang dapat membina keberanian, keyakinan dan semangat dalam diri kita. Di lain masa mungkin saya akan membincangkan tajuk ini. Dari segi fizikal, gerak SC yang sedia ada amat memadai dan tersangat mantap bagi menghadapi sebarang ancaman. Jangan diubah-ubah atau dikurangi atau di tokok tambah pada geraknya. Setiap perubahan akan meninggalkan kesan. Kesannya adalah dalam jangka masa panjang.

Dalam tulisan yang lalu, saya membincangkan konsep jantan. Konsep ini juga perlu ada pada kita. Bila diri kita terangsang maka bersemangatlah kita. Bila ada semangat maka penuhlah jantan kita. Berapa round pun tidak mengapa. Diri sentiasa bersemangat dan tidak mahu mengalah. Mungkin kerana ini jugalah kita dapat lihat betapa para penuntut yang bengkak di tangan atau di kaki, yang biru di badan atau anggota tubuh yang lain tetap tidak menjadikan petaka tersebut sebagai sesuatu yang merungsing hati atau menjadikannya sebagai penghalang bagi meneruskan latihan pada kelas berikutnya.

Bersemangat akan melahirkan keberanian. Secara langsung, diri kita akan bertekad. Kalau terpenuh jantan, maka kita akan hanya memikirkan kemenangan dan kejayaan. Halangan yang sebagaimana sekalipun, keyakinan menang, mesti menang. Mungkin kemenangan ini dapat ditafsir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak hairanlah bila kita dengar murid yang ‘bertry’ dengan orang lain, mempunyai keyakinan yang tinggi, ”Kalau tak menang sekalipun, kalah tak mungkin tapi ‘draw’ mungkin.”

Kita banyak mempusakai kisal-kisah perjuangan hebat pendekar-pendekar silam. Kehebatan mereka sering diceritakan secara turun menurun. Mungkin sekarang ini telah terhenti akibat nilai dan sikap yang berubah dalam kalangan masyarakat kita. Betapa diceritakan kepada kita tentang kisah pejuang-pejuang yang sanggup berjuang setelah dibacakan sejarah perjuangan pahlawan Islam terlebih dahulu. Betapa dengan air jampi telah membolehkan semangat yang kental untuk mereka berani berjuang.

Betapa dengan berbekalkan tangkal azimat menjadikan semangat berjuang dalam diri mereka berkobar-kobar. Malah ketika demonstrasi dalam kalangan siswa siswi dulunya, peranan ‘speker’s corner’ amat penting bagi menyuntik semangat kuat sebelum mereka melalak di jalanan. Jelaslah betapa perlunya pendorong dalam menggerakkan semangat juang kita. Faktor pendorong inilah yang saya anggap sebagai daya penggerak.

Dalam perjuangan seharian, ada antara kita yang memerlukan juga daya penggerak bagi memotivasikan diri. Tanpa daya penggerak ini, ramai yang kecundang sebelum mencapai puncak kejayaan. Tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup berjuang hanya setelah dilengkapi diri dengan pelbagai dorongan. Bubuk Jawa, Tongkat Ali, Misai Kucing atau Jarum Mas adalah antara pendorong dan penguat semangat yang utama.

Hal ini mungkin berbeza dalam gerak SC. Bagi pengamalnya, perangsangnya agak berlainan. Banyak faktor yang akan mempengaruhi rangsangan kita. Akan tetapi dalam tulisan ini, ditekankan pada salah satu faktor penting sebagai pembekal rangsangan dalam SC. Pembekal rangsangan itu ialah kepintaran dan keupayaan kita membuat jangkaan atau andaian. Saya juga amat memberati akan konsep ini. Menjangka amat berguna dalam gerak silat kita. Kita perlu berkemahiran untuk menjangka gerak lawan.

Dalam bidang pertahanan, bila lawan kita menumbuk maka kita perlu pandai menjangka di bahagian mana akan datangnya penumbuk tersebut. Sama ada di bahagian badan, muka atau di bahagian penyawa. Secepat kilat kita telah bersedia dengan persiapan untuk menyambut penumbuk tersebut. Maka konsep cecah amat memberi makna kepada pertahanan diri kita. Silap membuat jangkaan maka tersinggahlah penumbuk di dada atau di muka. ‘Tunggu kena baru ambil’ tanpa disertai jangkaan yang tepat maka lebamlah jawabnya bahagian yang terkena.

Menggunakan buah yang sesuai pada lawan, juga ada kaitan dengan jangkaan dan andaian kita. Maklumat yang betul akan membolehkan otak kita menggunakan buah-buah tertentu secara semula jadi. Faktor-faktor besar kecil, gemuk kurus, keras lembik dan sebagainya akan diandaikan oleh pemikiran kita secara terus bagi pergerakan gerak untuk menghadapi lawan. Di sinilah pentingnya pengetahuan yang luas dan pengalaman yang banyak bagi mempastikan andaian dan jangkaan kita itu betul dan tepat. Jangan teragak-agak untuk bertekad ketika melakukan gerak silat.

Ketika menyerang, kita perlu membuat andaian atau jangkaan berasaskan pergerakan di luar daripada andaian atau jangkaan pihak lawan. Andaian dan pemikiran kita tersebut mesti berasaskan pada pemikiran kita yang mantap. Pemikiran itu pula mestilah di luar daripada kebiasaan pemikiran orang lain. Kerana itu agaknya ada konsep yang mengatakan orang masuk melalui pintu, kita pula masuk melalui tingkap. Tapi jalan kemasukan anu, masih tetap satu. Jangan diubah-ubah. Bila kita menyerang dalam keadaan luar dari kebiasaan gerak dan di luar jangkaan pihak lawan, maka mudahlah serangan kita tersebut. Itu sebabnya perangkap gerak yang dipasang oleh lawan kita mudah di atasi.

Dengan berpijak di bumi selamat, ‘dua campur dua pasti akan menjadi empat’. Melalui petua-petua yang ada dalam SC, kadang kala semangat yang ‘lari’ boleh diambil kembali. Semuanya bergantung pada petua dan keberkatan Guru. Tapi ramai yang tidak berguru. Bila sebut guru jangan lupa mandat dan warisan sah. Tapi gunanya tetap ada. Bergurukan Guru Wawasan, pelajarilah petua menghadapi Manchester united atau pasukan bola sepak Selangor. Bergurukan Guru Persatuan ambillah petua mengenepikan orang.

Selain daripada pergerakan silat, janganlah lupa untuk kita membuat jangkaan tentang apa akan jadi pada lima tahun yang akan datang. Mana satu antara ‘guru-guru’ yang ada, boleh bertahan. Terpatahkah dahan pautan kita. Jatuhnya di bumi mana. Bumi Melayu masih lagi selamat. Bumi Afghanistan, lumatlah dikerjakan Taliban.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 7:53 PM

Offline

 

#9 2009-07-26 02:03:43

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 139
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Salam...

Banyak juga topik yang hendak dipanjangkan apabila melayari blog Sepak Minang....
Wak Kiyai tak pandai berbahasa kias hatta menyusun kata-kata yang berseni , almaklumlah latarbelakang pembelajaran di Universiti bukannya sastera. Begitu juga semasa sekolah rendah dan menengah....Bahasa Malaysia ni cukup-cukup makan.

Dah terlanjur pengusaha menyediakan ruang Sepak Minang untuk ditatap, izinkan Wak Kiyai memberi sedikit pandangan dan mungkin juga komen serta  tak lupa juga berkongsi pengalaman pahit manis berdasarkan tulisan Sepak Minang.

Kesedaran Wak Kiyai untuk menulis bermula lebih kurang 10 tahun lepas. Pertengahan 30'an atas dorongan seseorang yang telah mencapai tahap tertinggi dalam penulisan dan telah melalui berbagai pengalaman pahit manis dalam bidang perjuangannya. Apa sedapnya menulis ? Mungkin pada masa dahulu buah fikiran yang ingin kita utarakan ruangannya agak terbatas. Tetapi pada masa kini dengan adanya internet, akses kepada pandangan dan buah fikiran kita boleh diimbas tanpa had pembaca.

Memberanikan diri untuk menulis sebenarnya satu kemahiran yang seharusnya kita gilap disamping kemahiran-kemahiran lain sepanjang perjalanan hidup kita dikala diri masih  bernafas. Berkongsi pengalaman hidup terutamanya pengalaman yang dilalui semasa mengharungi alam persilatan ditambah pula ianya Silat Cekak bagi sekelumit manusia khasnya Wak Kiyai sendiri adalah suatu yang amat bernilai .Mungkin ianya suatu kebetulan ataupun suatu suratan tetapi yang pastinya ilmu yang ditimba amat bermakna dan tak dapat diukur dengan wang ringgit.

Buat permulaan cerita ...Nostalgia Rumah Persatuan Jalan Putera.

Banyak cerita ni....

Rumah ni amatlah strategik. Inilah rumah persatuan yang Wak Kiyai mula-mula kenal. Sebagai pelajar silat yang belum tamat malah baru peringkat asas, Wak Kiyai ikut aje apa yang senior suruh atau ajak. Pantang ada aktiviti hari Sabtu atau Ahad ....layan. Memang mudah nak ke sana sebab daripada Chow Kit dekat sangat. Naik bas mini aje....Kampung Baru.....jauh mana pun....sayang....kita tak dapat memiliki rumah itu....

Setau Wak Kiyai itulah port yang paling sesuai....banyak sebab.....antaranya ialah terdapat padang bola sepak yang berhampiran disana. Jadi apabila kita nak buat persembahan atau demonstrasi secara besar-besaran,padang bola sepak itulah tempat kita berlatih. Pasukan bola sepak Sri Lading pun berlatih di sana.Daripada zaman pelajar sampailah bekerja....itulah tempat yang banyak memberi  kenangan....

Wak Kiyai kenal ramai otai-otai yang kini berselerak diantara 3 kumpulan...temuduga jadi jurulatih....nak tau siapa penemuduga....Datuk M lah....kat sana juga....

Antara individu-individu yang Sepak Minang sebut tu kebanyakannya Wak Kiyai kenal...kecuali PakWan...sebab dia dah tak ada...pada masa tu.....dan banyak juga kisah-kisah yang disebutkan Sepak Minang itulah juga apa yang diceritakan oleh jurulatih serta penyelia Wak Kiyai.....

Otai-otai lama yang Wak Kiyai kenali pada masa tu.....usianya lebih kurang dalam lingkungan pertengahan 30'an....kita pula awal 20'an....jadi pada masa tu panggillah dia orang dengan sebutan nama awalan.... abang....sebagai tanda hormat.

Dia orang ni pulak pegang berbagai jawatan....silih berganti....

Kesempatan Wak Kiyai berada di Rumah Persatuan Jalan Putera melalui 2 zaman Guru Utama....iaitu Ustaz Hanafi dan juga Pak Ak....

Apabila direnung-renung kembali kenangan masa lalu dan  melihat struktur organisasi 3 Cekak sekarang ni... nama dan muka otai-otai yang Wak Kiyai kenal nie....perasaan jadi bercampur baur......apa taknya ......semuanya anak murid Ustaz....

Wak Kiyai akan ceritakan sebahagian daripada perwatakan otai-otai nie.....tapi yang baik dan yang melucukan aje....sikit-sikit cerita sedih adalah....

Pada Wak Kiyai ....walaupun berlainan kapal.....Wak Kiyai tak ada hal dengan mereka...masih hormat dan layan macam biasa....

Tetapi yang pasti....Guru Utama tak sama.....

Salam...

Offline

 

#10 2009-07-28 02:03:23

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Sunday, July 26, 2009

BUDAYA BERTERIMA KASIH

Budaya ini ada kaitan dengan bersyukur. Dalam konteks hubungan manusia, kita akan berterima kasih atas apa yang kita dapati. Hakikatnya kita kena bersyukur pada Tuhan yang memberi nikmat dan rahmat melalui manusia yang dipilih-Nya.

Dalam SC, banyak ilmu silat yang kita peroleh. Ilmu ini yang meliputi aspek pergerakan silat, pegangan dan fahaman, sepatutnya kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Pengamalan atas ilmu yang telah kita peroleh sepatutnya juga melahirkan sifat berterima kasih dalam kalangan pengamal SC. Berterima kasih pada mereka yang telah mencurahkan ilmu tersebut.

Berdasarkan adab dan adat yang ada dalam SC, pada pengamatan saya, konsep berterima kasih yang wujud dalam SC dapat dikesan melalui perbuatan tersirat dan tersurat. Semestinya yang tersurat adalah melalui pertuturan. Menuturkan perkataan terima kasih mungkin jelas dan senang kita tafsirkan. Dengan balasan ’sama-sama’ , dapat kita rasakan kepuasan pada diri sendiri untuk menerangkan pada diri bahawa kita yang memberi dapat diterima dengan senang hati oleh penerimanya.

Cuba kita lihat dalam kelas-kelas latihan. Saya menulis berdasarkan pengalaman dan fahaman saya. Selesai pelajaran pada malam tersebut, amat jarang kita dengar para penuntut memunculkan perkataan daripada mulutnya ucapan terima kasih. Seolah-olah telah menjadi tanggungjawab jurulatih untuk mengajar dek yuran yang dibayar setiap bulan. Tapi kita ada budaya bersalam tangan. Pada tanggapan saya, salam itu rupa-rupanya membawa banyak makna.

Dalam kelas-kelas silat, kebiasaannya, terdapat sekurang-kurangnya empat kali kita bersalam tangan. Salam pertama melambangkan hormat atas pertemuan sulung pada ketika itu. Sambil ucapan mulut, tangan dihulur tanda hormat. Salam pertama membawa ketenangan. Penuntut yang lambat datang, jika terus masuk ke kelas tanpa bersalam dengan Jurulatih, akan dianggap biadap dan pastinya akan menyebabkan ketegangan fikiran pada Jurulatih. Dengan memberi salam seolah-olah sebagai satu bentuk memberi hormat dan memohon maaf atas kelewatan. Jurulatih akan menjadi tenang atas sifat budi bahasa yang ditunjukkan oleh para penuntut.

Salam tangan yang kedua berlaku apabila Jurulatih ingin menurunkan buah atau pelajaran. Salam ini mengingatkan Jurulatih bahawa mereka telah mendapat mandat untuk menurunkan pelajaran daripada Guru Utama. Penuntut yang bersalam pula melambangkan sifat ikhlas untuk menerima pelajaran yang diturunkan. Selesai ’menerima’ pelajaran tersebut, berlaku pula salam tangan yang ketiga. Jurulatih ikhlas menurunkan ilmu manakala si penuntut, berterima kasih atas ilmu yang diturunkan dan atas sifat ikhlas menerimanya. Sungguh cantik budaya adat dan adab yang ada dalam SC.

Selesai kelas silat, para penuntut akan datang kepada Jurulatih sama ada secara berbaris atau seorang demi seorang untuk bersalam sebelum meninggalkan kelas. Perbuatan memberi salam tangan tersebut melambangkan ucapan berterima kasih para penuntut kepada Jurulatih. Amat jarang kita dengar daripada mulut para penuntut perkataan terima kasih sambil menghulurkan tangan. Walau bagaimanapun, menghulurkan tangan tersebut memadai untuk menunjukkan sifat berterima kasih.

Selain daripada bilangan perbuatan memberi salam tangan tersebut, terdapat juga para penuntut yang bersalam apabila Jurulatih yang berkemampuan menerangkan sesuatu ilmu yang baru untuk pengetahuan para penuntut sama ada secara individu atau secara kumpulan. Penuntut yang menerima ilmu pengetahuan tersebut akan bersalam tangan sebagai tanda mengucapkan terima kasih pada Jurulatih tersebut. Pastinya perbuatan ini jarang terjadi kerana salam jenis ini sangat bergantung pada ilmu dan mandat yang ada pada Jurulatih tersebut.

Masa ijazah pun konsep berterima kasih bukanlah sesuatu yang asing pada kita. Salam tangan yang pertama tanda perkenalan. Ketika ijazah, kita bersalam tangan sekali lagi. Akan berlakulah proses penurunan ilmu. Ikhlas guru memberi dan ikhlas murid menerima. Salam tangan berikutnya adalah tanda kita berterima kasih pada guru kita yang memberi tunjuk ajar kepada diri kita sebelum kita beredar daripadanya.

Saya sangat yakin bahawa dalam SC, adat dan adab berterima kasih dalam kalangan penuntut SC adalah satu budaya yang dipupuk sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Pada mereka yang menyedarinya, perbuatan tersebut dapat dilakukan secara sedar. Manakala yang kurang menyedarinya konsep tersebut juga dipupuk pada para penuntut dalam suasana minda separuh sedar.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah kepada kita betapa pentingnya budaya tersebut dikekalkan dan dipandang berat oleh Jurulatih. Hal ini terutamanya dalam kelas-kelas silat ketika proses penurunan ilmu SC berlaku. Jangan abaikan perbuatan memberi salam dengan tangan tersebut. Tekankan pada para penuntut. Yang lupa, ingatkan. Yang tak berapa hendak memberi salam tangan ini, paksakan. Inilah salah satu budaya kita. Jangan dibaikan. Begitulah cantiknya SC.

Cuma ketika saya kenang-kenangkan, kalaulah budaya berterima kasih ini begitu berat dalam SC dan diamalkan dengan sepenuh hati, karenah-karenah buruk dalam SC masih boleh dikawal atau dihindari. Malangnya, mungkin sifat mudah lupa masih menjadi pertualang dan halangan pada kita.

Saya suka merujuk pada diri saya sendiri. Sifat dan sikap saya banyak sakali dipengaruhi oleh SC. Maka saya sangat berterima kasih pada Allahyarham Ustaz Hanafi. Bersabitnya banyak ilmu yang saya dapat. Sama ada ilmu fizikal atau ilmu fahaman. Semangat berterima kasih ini saya zahirkan dengan pengorbanan saya dalam perjuangan SC seterusnya. Ilmu yang ada, saya lanjutkan kepada para penuntut atas mandat yang diberi oleh guru yang ada. Saya tertarik untuk mengulas atas fahaman saya sendiri.

Saya sangat memandang berat soal berterima kasih. Setakat ini saya sangat berpuas hati dan memahami atas apa yang saya pegang ketika ini bagi meneruskan ucapan terima kasih. Saya mengingatkan diri saya, meneruskan perjuangan atas landasan yang bukan hak, pada saya adalah perbuatan zalim dan tidak berterima kasih pada guru yang mendidik saya; Ustaz Hanafi. Kini, mandat yang sah adalah pada En Mat.

Sebelum ini saya berjuang di bawah naungan Pak Ak sehinggalah mandat diserah kepada En Mat. Saya tetap memegang satu sikap bahawa En Mat adalah orang yang berhak untuk menaung atas semua perjuangan seterusnya. Beliau tidak pernah menyerahkan sebarang mandat pada orang lain untuk perjuangan seterusnya. Oleh itu dakwaan wujudnya guru yang baru adalah merupakan satu perbuatan fitnah dan tidak bermoral. Buktikanlah dengan apa alasan sekalipun. Semuanya tawar belaka. Tapi pada mereka yang ikhlas berjuang yang hanya memahaminya.

Politik dalam SC tidak boleh dipengaruhi oleh stail politik negara. Konsep rakyat menyingkir pemimpin adalah merupakan satu konsep biadap apabila kita cuba masukkan fahaman tersebut dalam SC. Murid tidak boleh menyingkir guru. Tapi apakan daya. Adab kita semakin longgar. Murid boleh menyingkir guru, sama seperti apa yang belaku tatkala si anak menyingkir kedua ibu bapanya. Sungguh biadap dan tidak beradab.

Maka wujudlah manusia-manusia yang tidak tahu berterima kasih. Lebih malang lagi apabila wujudnya manusia yang terpaksa menjilat ludah yang telah diludahkan. Paling-paling malang lagi apabila wujudnya munusia yang menjilat ludah yang berada atas tahi yang beranika bau dan rupa. Mereka inilah golongan mat-mat jilat yang rakus umpama jin bertelur.

Tapi kadang-kadang hairan juga. Ramai juga pengikut mereka. Yang pastinya, bukan semua ilmu SC yang boleh menyerap dalam badan kita. Tafsiran kita pelbagai. Tafsiran ini akan menjadi tembok penghalang yang utama. Tafsiran selalunya dipengaruhi oleh kepentingan. Beristiqamahlah banyak mana sekali pun. Akhirnya kepentingan diri akan menentukan segala.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 7:00 PM

Offline

 

#11 2009-08-08 04:31:39

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, August 3, 2009

MANTAPKAN PEGANGAN

Ke manakah hala tuju silat kita. Satu soalan yang mudah tapi susah dijawab. Sebabnya, tafsirannya adalah pelbagai. Sengaja saya timbulkan persoalan ini bagi membuka minda para ahli silat supaya kita sentiasa berada dalam alam sedar ketika bergiat cergas dalam SC. Umpama pergi ke satu-satu tempat. Ada antara kita yang tidak merasai atau menyedari apa-apa yang berlaku atau apa yang ada sepanjang perjalanan. Tiba-tiba telah sampai ke destinasi yang dituju. Alangkah baiknya jika sekiranya kita yang berada dalam perjalanan menuju ke satu-satu destinasi, sentiasa peka akan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dengan itu kita akan lebih menyedarinya dan cakap-cakap dan tingkah laku kita lebih bermakna.

Untuk membincangkan hala tuju persatuan atau SC itu sendiri, bukanlah menjadi tugas utama kita. Biarlah barisan kepimpinan SC yang menentukan hala tuju pesatuan dan hala tuju SC. Pernyataan visi atau misi atau objektif persatuan mungkin boleh dikaitkan dengan hala tuju silat kita. Bagaimana dan ke mana hala tuju itu dibawa, itu menjadi persoalan yang lain dan tidak perlu sangat diambil tanggungjawab. Guru kita lebih bersifat profesional. Beliau tentu bertanggungjawab akan profesionnya.

Tapi pada saya perkara yang lebih penting ialah menentukan hala tuju kita sendiri sepanjang berada dalam SC. Dengan cara ini akan menyebabkan diri kita akan sentiasa menyedari perkembangan yang berlaku di sekeliling kita dengan lebih objektif dan tidak akan berasa diri tertipu atau berasa kecewa sepanjang penglibatan kita dalam SC.

Kalau kita ada hala tuju sendiri maka penglibatan kita dalam SC akan memberi lebih makna. Hala tuju ini berbeza antara satu sama lain. Garis panduan pembentukan hala tuju tersebut adalah bergantung pada acuan diri kita sendiri. Sudah semestinya hala tuju itu perlu bersifat positif hasil pemikiran yang diasaskan oleh guru SC.

Cuma, janganlah sesekali kita memijak kepala orang lain dalam memenuhi hala tuju tersebut. Pentingkan diri kita terlebih dahulu sebelum kita mementingkan diri orang lain seperti yang selalu saya ulaskan dalam tulisan sebelum ini. Perkayakan diri kita dengan ilmu SC dengan sepenuhnya. Konsep sepenuhnya perlu diberi penekanan. Dengan itu mudahlah kita membuat perancangan dan menentukan hala tuju kita dalam SC.

Hala tuju pada diri akan lebih bermakna jika kita ada pegangan yang mantap. Pegangan dan hala tuju itu perlu bersepadu dan prosesnya adalah serentak. Pegangan dan hala tuju ini penting untuk menambahkan keyakinan kita bagi melibatkan diri secara berterusan. Jika tidak, kita akan mudah merajuk dan melakukan perbuatan di luar norma, menyimpang daripada ajaran guru dalam SC.

Lihat saja politik tanah air. Ramai yang melompat parti atau merajuk apabila tenaganya tidak diperlukan lagi. Apabila nama dipotong dalam satu-satu pencalonan maka tindakan yang paling menarik dan tepat bagi mereka ialah melompat ke parti lain sebagai membalas dendam. Membalas dendam adalah juga bertujuan melepaskan geram.

Nampaknya, politik negara pun sudah mula meresap dalam SC. Apabila nama tersingkir dalam satu-satu jawatan atau diketepikan daripada sesuatu tugasan, maka mulalah hati ingin membalas dendam sebagai tanda tidak berpuas hati dan geram. Tidak hairanlah kenapa wujud konspirasi bagi menjatuhkan guru apabila diri mula terasa diketepikan. Melompat ke silat lain adalah satu perbuatan yang mustahil bagi mereka. Maka ramailah manusia SC yang tidak tetap pendirian dan tidak tentu tujuan dek kerana tiada pegangan.

Kita berasa kagum dengan manusia yang ada dalam SC yang terus berjuang walaupun disingkirkan daripada pelbagai jawatan. Golongan ini mempunyai pendirian yang tidak mudah berubah. Hala tujunya jelas. Pegangannya kukuh. Pegangan dan hala tuju yang kukuh ini telah memantapkan pendiriannya untuk terus berjuang bagi memartabatkan perjuangan SC.

Sesungguhnya pendirian ini amat penting dalam usaha kita mencapai tahap kemerdekaan sejati dalam SC. Janganlah kita bersifat pendendam. Jika terkeluar daripada barisan kepimpinan, biarkan saja. Beri peluang kepada orang lain untuk menjalankan sebarang tugas. Teruskan usaha dan berikan tumpuan dalam perjuangan hakiki kita iaitu menyebarkan ilmu SC. Maka jiwa kita akan sentiasa tenang kerana hala tuju kita yang jelas. Hala tuju ini akan menjadi matlamat kita. Salah satu matlamat itu ialah menghasilkan penuntut yang hebat dengan ilmu SC yang hebat. Oleh itu, sesuai dengan hala tuju tersebut maka lengkapkan diri kita dengan pelbagai kemahiran bagi memudahkan proses penurunan ilmu kepada penuntut yang kita latih secara berkesan.

Jiwa yang tenang ketika berada dalam SC akan menambahkan semangat juang dan keyakinan kita pada SC. Sifat saling menghormati sesama ahli akan berlaku dengan lebih berkesan. Guru yang ada sentiasa kita hormati. Pastinya dalam keadaan guru tersebut sebagai pewaris yang sah untuk meneruskan mandat dalam SC.

Saya menulis kali ini ada kaitannya dengan rakan-rakan yang saya temui tapi telah meninggalkan perjuangan SC kerana jauh hati. Banyak faktor yang menjadikan mereka jauh hati. Saya tidak akan menerangkan alasan-alasan mereka tersebut. Memadailah saya berkongsi pengalaman dengan para pembaca dalam ruangan ini. Hal ini dilakukan bagi membuktikan bahawa dalam SC kita perlu sangat ada hala tuju dan pegangan yang mantap. Semua ini akan melahirkan pendirian yang teguh dan tidak mudah lentok ditiup dek angin.

Teringat saya tentang peristiwa ”Pingat” yang terlalu menyayukan hati bersabit pembabitan saya dalam perjuangan SC. Kalau tidak ada pegangan dan pendirian yang kukuh sukar juga bertahan dalam SC. Itulah kesimpulan akhirnya kepada diri saya.

Dalam masa Perayaan Sepuluh Tahun SC, keluar senarai pemenang Pingat Berjasa dan Pingat Setia. Kedua-dua pingat tersebut ada tahap pencapaiannya. Ketika itu mereka yang mendapat Pingat Berjasa adalah terdiri daripada mereka yang berjasa dalam ’mengembangkan’ SC. Yang mendapat Pingat Setia sudah semestinya mereka yang akan terus setia dan berdiri teguh dalam SC. ’Rebus tak empuk, bakar tak hangus.’ Agaknya. Banyak benda dan perkara yang ingin saya nyatakan. Tapi tidak sesuai agaknya dibincangkan dalam ruangan ini.

Walau bagaimanapun ramai yang setia tapi rupa-rupanya bermuka-muka. Ada berkepentingan diri dan mengamal sikap penonjolan diri. Sungguh hebat sekali lakonan mereka tanpa disedari. Itulah hasil manusia yang ada hala tuju tapi kurang ada pegangan haikiki.

Setelah sekian lama berkecimpung dalam SC, dalam satu aktiviti, Perayaan Lima Belas Tahun SC, barulah saya ditawarkan Pingat Berjasa. Malangnya saya tak boleh hadir untuk menerimanya kerana kaki tertusuk buluh. Bengkak dan tak boleh jalan. Setelah selesai perayaan, bertahun-tahun saya mengharapkan pingat yang menjadi hak saya tersebut diberi pada saya. Hampa sahaja. Dihalang oleh puak-puak tertentu. Alasannya, kalau tak datang masa acara pemberian pingat, pingat tak akan diberi. Saya rasa Ustaz pun tak tahu.

Hati saya mula memberontak. Besar sangatkah Pingat tersebut. Bukannya lesen untuk kita terus berjuang. ”Kalau tak nak bagi pada yang hak, akupun tak palor. Tapi cakap bukan main hebat. Dalam SC dikatakan pentingkan hak. Pooraah!. Cakap tak serupa bikin.” Itulah kata-kata semangat untuk diriku sendiri.

Dalam satu perayaan SC yang lain, sekali lagi saya ditawarkan pingat. Kali ini tawarannya ialah Pingat Setia. Bila dapat surat, hati bukannya gembira tapi berasa benci dan meluat. ”Baru sekarang tahu akan setia.” Selama bertahun dalam SC masih lagi dianggap mencurigakan. ”Busuk punya hati.”

Kali ini sengaja saya tak hadir dalam perayaan tersebut. Jawatankuasa menjadi gelisah. Ada seorang hamba Allah yang berpengaruh kuat cuba memujuk saya. Terpancul kata-kata saya,”Kalau you paksa-paksa, saya akan tinggalkan SC.” Kecut perut juga si hamba Allah tersebut, agaknya. Kali ini dia merayu, kalau saya tidak mahu mengambil Pingat Setia, nama saya dalam buku cenderamata tersebut minta dikekalkan. Saya tak kisah. Padan muka. Muka siapa ye! Sampai ke sudah saya tak pernah melihat Pingat Setia.

Tapi yang menariknya hinggalah ke zaman Pak Ak, apabila puak-puak tersebut kehilangan pengaruh dan entah apa mimpinya, barulah pingat berjasa yang menjadi hak saya cuba dikembalikan. Pingat Setia tidak lagi menjadi hak kerana saya telah menolaknya. Tapi yang menariknya pingat berjasa itu tidak disemat oleh Guru Utama, sebaliknya disemat oleh seorang Mufti yang terkenal dalam negara ini yang menjadi tetamu istimewa dalam satu majlis yang diadakan. Sungguh mengharukan dan sungguh mengharubirukan. Hari Ini Dalam Sejarah. Itulah tajuk filem yang berputar dalam pemikiran. Itu semua tak menjadi masalah. Ketika itu pegangan saya kukuh sekali. Hala tuju saya amat jelas. Semua yang berlaku dikira ada hikmahnya. Saya masih terus kekal dalam SC. Kalaulah saya tiada hala tuju dan tiada pegangan maka sudah tentu telah lama saya ucapkan sayunara.

Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menyeru generasi seterusnya supaya mempunyai hala tuju dan pegangan yang jelas. Dalam SC-lah tempat yang paling sesuai untuk melatih diri mengenali erti kemerdekaan. Fikiran kita bebas daripada dipengaruhi oleh sesiapa. Yang penting hala tuju kita jelas dan pegangan kita mantap. Dengan itu akan terpupuklah pendirian yang tetap. Tak payah beristiqamah lagi. ”Aku Adalah Aku.” Itulah kata-kata salah seorang pejuang di zaman lalu. Siapa ye!.

Perjuangan yang ikhlas tidak meminta sebarang pulangan atau pengiktirafan. Biarlah guru kita yang menentukan sebarang pengiktirafan. Itupun kalau beliau ingin mengiktiraf. Yang paling utama ialah ilmu yang ada dalam SC. Tagihlah daripada guru kita dengan adab dan sopan. Itulah perkara yang paling berharga dalam SC.

Kalau setakat pingat atau sebagainya, tengok saja ukuran. Buat replika. Gantung pada dinding buat tatapan dan pujukan diri. Bukan orang tahu. Diri sendiri yang tahu akan dirinya. Biarlah diri yang memujuk diri, kerana kita yang fahami dan tahu akan diri kita sendiri. Hargailah diri kita.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 6:55 PM

Offline

 

#12 2009-08-08 04:33:19

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Wednesday, August 5, 2009

MEMBINA KEYAKINAN

Kalau kita mempunyai hala tuju dan pegangan yang mantap, memudahkan sifat keikhlasan bertapak dalam diri kita. Sama ada ikhlas atau tidak, orang luar tidak boleh mentafsir. Kita yang lebih tahu tentang keikhlasan kita. Dan kita juga tidak perlu menyatakan kepada orang lain bahawa kita bersifat ikhlas. Yang penting ialah kita tidak menipu diri kita tentang sifat ikhlas yang ada dalam diri kita. Sifat ikhlas amat penting terutamanya semasa kita menurunkan ilmu SC dalam kalangan penuntut. Pelajaran yang hendak disampaikan akan lebih ’menjadi’ jika kita bersifat ikhlas. Kalau diri kita bersifat ikhlas maka secara langsung prasangka buruk pada orang lain dapat dikurangkan.

Konsep kita ’mengajar’ silat bukannya umpama lilin yang membakar diri. Lagi lama kita mengajar SC maka sepatutnya lagi hebat dan lagi faham akan pergerakan SC.

Kita juga berkeinginan supaya para pesilat yang kita lahirkan adalah pesilat yang hebat. Tidak timbul soal mereka akan menyaingi kehebatan kita yang sedia ada. Lagi mereka hebat dalam pergerakan SC maka lagi kita suka. Itu akan memberi kepuasan pada diri kita kerana kehebatan mereka adalah juga kehebatan kita. Semuanya hasil usaha pemupukan ilmu yang kita curahkan. Sikap prasangka buruk dan perasaan curiga pada diri para penuntut akan lebih terkawal.

Jika ini terjadi maka secara langsung kita boleh membina keyakinan dalam kalangan pesilat. Banyak cara dapat kita lakukan untuk memupuk sifat berani. Salah satu caranya adalah melalui ujian. Dalam kalangan ahli, perkataan ujian lebih dikenali dengan perkataan test. Dalam tulisan ini, saya ingin menceritakan pengalaman tentang usaha-usaha yang pernah saya lakukan untuk membina keyakinan melalui kaedah ujian.

Prinsip membina atau membuat ujian adalah pelbagai. Kita boleh membina soalan atau gerakan yang tidak membolehkan orang membuatnya atau menjawabnya. Kita juga boleh berasa puas atau tidak puas hati kalau soalan yang diberi tidak boleh dijawab atau dibuat oleh orang lain.

Dalam konteks silat, kalau kita menumbuk, kita boleh memudahkan penuntut kita membuat jatuhan atau asas atau tangkisan. Kalau niat tidak membolehkan penuntut kita membuat tepisan atau jatuhan, juga boleh kita lakukan. Begitu juga dengan prinsip galakan. Kita boleh memotivasikan penuntut kita dengan memudahkan mereka membuat gerakan atau kita juga boleh merendahkan ego atau kebolehan mereka dengan cara menyusahkan gerakan mereka. Semuanya terpulang pada diri kita. Apakah tujuan kita mengadakan ujian atau test tersebut. Tetapi pada saya, bentuk ujian yang dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk membina keyakinan dalam kalangan penuntut yang mempelajari SC di bawah kepemimpinan kita.

Ujian yang saya lakukan adalah dalam pelbagai bentuk dan peringkat. Selesai sahaja pelajaran kaedah, saya sendiri bersama jurulatih yang lain akan menumbuk para penuntut seorang demi seorang untuk melihat ketangkasan mereka mengambil kaedah. Lagi mantap tangkisan berdasarkan kaedah maka lebih laju dan keras penumbuk kita. Jika tersasul, kita akan mulakan kembali penumbuk dalam kadar yang lembut dan perlahan. Jangan beri mereka hilang keyakinan.

Ujian ini juga turut dilakukan setelah selesai buah asas; sebelum pelajaran buah jatuh diperkenalkan. Para pentuntut bukan sahaja perlu mantap mengambil buah, tapi juga perlu mengingati kedudukan buah-buah tersebut dalam senarai pelajaran.

Ujian juga belarutan setelah selesai buah jatuh, sebelum diperkenalkan buah potong. Akhirnya ujian yang penting ialah menguji penguasaan secara keseluruhan semua pelajaran yang telah disampaikan kepada para penuntut.

Pernah pada satu-satu ketika yang tertentu para pengujinya adalah mereka yang berasal daripada cawangan lain. Tidak timbul sebarang masalah sebab tidak ada apa yang hendak dibuktikan oleh para penguji melainkan membuktikan kehebatan para penuntut itu sendiri menguasai pelajaran yang kita sampaikan.

Kadang kala ujian yang dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk menguji diri kita sendiri dalam keadaan yang sebenarnya. Ketika kita menumbuk, penuntut perlu membuat buah jatuh. Dalam pelajaran potong, apabila mereka pula menumbuk maka kita perlu membuat buah jatuh. Ketika mereka membuat jatuhan pada kita, kadang kala terasa betapa peritnya pukulan mereka apabila terlajak. Tapi kita menerima keadaan tersebut yang pastinya bukannya disengajakan. Kadang kala kita juga berasa sukar untuk membuat buah jatuh. Penumbuk mereka semacam sahaja dan pernah juga hinggap di dada. Itu tidak menjadi masalah. Yakinlah, bukan sengaja mereka berbuat demikian. Perasaan curiga tidak perlu ditimbulkan. Tak perlulah memarahi dengan kata-kata penumbuk yang tidak betul atau sebagainya. Hendak dikatakan jatuh maruah kita, juga tidak mungkin kerana bak kata pepatah, ”ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.”

Sesuai dengan konsep diri kita bukannya lilin yang membakar diri, kelemahan kita akan mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati dan lebih berwaspada serta jangan mengambil mudah atas satu-satu gerak. Menguji buah-buah umum dalam SC adalah lebih mencabar. Apa yang saya praktikkan ialah para pesilat perlu ’mengalahkan’ para Jurulatih yang membuat ujian tersebut tanpa tindak balas daripada Jurulatih secara keterlaluan. Saya dapat lihat betapa kaedah ini telah menambahkan keyakinan para penuntut silat yang kita lahirkan. Kalau kita berpegang pada konsep bahawa sekali Cekak menyerang, pasti menang, maka konsep ini perlu dilatih. Gerak silat penuntut kita perlu dihabiskan. Kalau niat pukulan pada gerak mereka, maka habiskan dengan pukulan. Kuat atau perlahan pukulan tersebut pada kita, nasiblah. Kita sebagai Jurulatih kenalah tahan sikit. Yang pentingnya gerak mereka ada penghujungnya. Inilah salah satu daripada keistimewan SC. Mulakan dengan ”A” pasti akan berakhir dengan ”Z”. Tak timbul gerak acah-acah atau gerak yang tiada kesudahannya.

Tapi malangnya dalam ujian siljil sebenarnya, kebebasan ini selalunya dihadkan. Pergerakan calon tidak habis. Ketika menunggu serangan daripada Jurulatih, jika para penuntut terlajak pukulannya maka dianggap cuba memukul atau mencuba Jurulatih dan pelbagai istilah lagi. Perkatan ”hoop-hoop-hoop atau sudah-sudah-sudah atau cukup-cukup-cukup” akan dijerit-jeritkan kepada mereka yang diuji. Begitu juga ketika penuntut disuruh menyerang. Kalau Jurulatih sendiri lemah kerana tidak dapat membuat buah-buah yang tertentu, silap-silap haribulan, para penuntut yang dimarahi dengan pelbagai alasan. Termasuk tumbuk tak betul. Sungguh melucukan kerana setelah berbulan-bulan berlatih silat maka penumbuk penuntut tetap tidak betul.

Maka lahirlah perasaan tak puas hati dalam kalangan mereka yang mengambil ujian. Sekurang-kurangnya tak puas hati kerana pelbagai tuduhan yang melulu dan tak tentu hala. Kepuasan mereka terhalang baik ketika menanti serangan atau ketika melakukan serangan. Motovasi dan keyakinan mereka mungkin meleset. Itu semuanya gara-gara Jurulatih yang tidak mempunyai kemampuan sepenuhnya untuk melakukan ujian.

Teringat saya akan peristiwa menguji pesilat untuk ujian sijil rendah di tempat saya. Setelah selesai ujian, beberapa jam kemudian, kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran bagi membincangkan bengkak di badan, di kaki atau di tangan. Kesemuanya tersenyum puas dan menceritakan bagaimana hal itu terjadi. Tidak timbul soal bermasam muka atau jatuhnya maruah atau sebagainya yang nagatif. Penuntut berpuas hati kerana dapat menunjukkan kehebatan dan pihak penguji berpuas hati kerana para penuntut telah dapat menunjukkan kehebatan hakiki. Kedua-dua pihak menaruh keyakinan dalam konteks yang berlainan.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 4:49 PM

Offline

 

#13 2009-08-08 04:34:38

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Thursday, August 6, 2009

HASRAT GURU

Saya dapat SMS daripada seorang ahli menyuruh saya baca akhbar Utusan Malaysia 5 Julai, muka 24 tentang temuramah akhbar berkenaan dengan Guru Utama. Saya hubungi si pengirim SMS tersebut bertanyakan perkara utama yang dibincang. Beliau menjawab, ”belum baca lagi.” Laaa! Macam mana suruh orang baca kalau diri pun tak baca lagi. Konsep ’cakap serupa bikin’, ’jangan sampaikan sesuatu kalau diri tak sampai’ dan banyak lagi konsep telah wujud dalam SC dan cuba ditanam dalam kalangan ahlinya. Cuma yang pentingnya adakah ahli tersebut boleh berfikir ataupun tidak. Adakah mereka boleh memahaminya atau tidak. Atau adakah mereka umpama daun keladi. Hanya setakat tahap menggatal tapi gagal menyekat air apabila dicurah ke atasnya. Bak kata pepatah Melayu, ’ Ibarat mencurah air di daun keladi.’

Esoknya saya pergi di tempat pembacaan dan sempatlah membaca ruangan berkenaan. Setelah membaca, banyak perkara yang boleh dibincangkan. Sekurang-kurangnya saya boleh tafsirkan empat isu penting yang boleh kita ambil berat daripada ruangan berkenaan.

Pertamanya melalui siaran akhbar berkenaan, En Mat masih diiktiraf sebagai Presiden oleh akhbar berkenaan. Akhbar itu telah memetik kata-kata En Mat sebagai Presiden PSSCUHM. Secara langsung En Mat ialah Presiden sah SC. Hal ini semestinya memberi kelegaan dan kepastian pada ahli-ahli SC. Namun, ruangan tumu bual tersebut boleh juga memberi tamparan yang hebat pada mereka yang mendakwa masih menerajui SC ketika ini selain daripada Guru Utama yang hakiki. Rupa-rupanya dakwaan bahawa mereka masih menguasai SC setelah menyingkir Guru Utama adalah tidak mutlak. Alangkah rugi dan sia-sia atas perbuatan peyingkiran tersebut yang menyebabkan kegemilangan SC sedikit tercemar dan dipandang serong oleh masyarakat. Begitu mudah dan megah membuka aib diri orang semata-mata inginkan hasrat diri tercapai. Tapi tak kesampaian juga.

Nampak sangat ruginya SC dalam proses pengembangannya. Tapi itu kata kita. Puak-puak yang enggan berundur daripada SC mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Pada mereka SC perlu diilmiahkan. Fahaman ini berlarutan sekian lama sejak zaman PA lagi. Apabila wujud pepecahan, kesempatan yang bijak pada anggapan mereka, telah diambil dengan menubuhkan akademik silat. Bernaung di bawah syarikat maka akan memudahkan kerja-kerja berkepentingan. Bijak juga kerja mereka. Kalau persatuan menyingkir mereka, syarikat silat masih ada untuk membelanya. Silat bertaraf akademik dan persatuan bertaraf syarikat. Gurunya tidak ada. Sesuailah dengan prinsip mereka iaitu SC adalah hak masyarakat. Guru yang ada pada mereka berperanan utama sebagai alat perayaan sahaja. Tugas rasminya hanyalah duduk atas sajadah mengijazahkan penuntut yang ada. Soal lain, pegawal eksekutifnya ada. Gelarannya pelbagai. Gelaran General Manager besar juga pangkatnya. Gelaran Ketua Eksekutif lagi mulia daripada guru mereka yang ada. Sungguh hebat glemornya.

Kedua, En Mat menekankan, ”Silat bukan sekadar seni bela diri yang mana melaluinya terdapat pelbagai pengajaran, pembelajaran dan elemen modal insan yang dapat membentuk jati diri setiap penuntutnya.”

Perkara penting yang ditekankan ialah pembentukan modal insan. Modal insan adalah berkaitan dengan manusia. Dalam konteks SC, modal insan boleh dirujuk pada mereka yang sedang berkecimpung dalam SC. Saya telah banyak membincangkan betapa SC telah berusaha membangunkan modal insan yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sebagai penuntut silat. Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya rajin menulis betapa kualiti para penuntut SC perlu dibentuk dan dibaja terutamanya melalui peranan Jurulatih.

Penekanan dalam pembagunan modal insan ini akan membolehkan ahli-ahli SC memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan, menyerap nilai berasaskan adat dan adab dan bersikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan ahli. Peranan Jurulatih amat ketara. Mereka perlu meningkatkan keupayaan dan minat para penuntut untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam SC. Di samping itu mereka perlu membentuk keterampilan dan keperibadian para penuntut. Sekurang-kurangnya dengan cara berpakaian kemas dan pergaulan yang matang antara sesama ahli, dengan Jurulatih atau dengan guru sendiri.

Satu lagi perkara yang penting ialah penilaian atas para penuntut setelah sekurang-kurangnya enam bulan mengikuti kurus SC. Kita perlu memantapkan dan memperbaharui sistem penilaian atas para penuntut kita sama ada di peringkat rendah atau menengah. Mereka yang mendapat sijil adalah sepatutnya terdiri daripada ahli yang boleh bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri. Pingat atau sijil yang kita keluarkan biarlah benar-benar memberi makna pada pemberi dan pada penerima. Kalau berjasa, biarlah benar-benar ikhlas jasanya. Kalau setia biarlah sampai sepanjang hayat kesetiannya. Macam mana nak tahu!. Jawapannya, bukankah dalam SC banyak sangat ilmu mengenainya.

Isu yang ketiga ialah En Mat telah menetapkan dasarnya, “Pada 2015, PSSCUHM akan mengadakan perhimpunan raksaksa yang mana dianggarkan seramai 50,000 pesilat dari seluruh negara akan hadir.”
“Kumpulan sasaran PSSCUHM adalah golongan remaja dan belia dari peringkat umur 13 hingga 40 tahun yang mana merupakan generasi penting bakal menerajui negara pada 2020 kelak.

Kata-kata itu membawa dua makna. Pertama tumpuan kita pada pelajar-pelajar muda di sekolah untuk mempelajari SC adalah benar dan tepat. Kalau umur 13 tahun biasanya pelajar itu sedang berada dalam Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua. Oleh itu pengambilan penuntut sejak Tingkatan Satu lagi perlu diambil kira dan diberi penekanan. Cuma cara pembelajarannya boleh disusun agar bersesuaian dengan tumbuh besar pelajar-pelajar tersebut.

Seiring dengan itu, peranan orang-orang kanan En Mat adalah penting untuk menjadikan harapan Guru pada tahun 2015 menjadi kenyataan. Mereka perlu merangka strategi bagi madsud tersebut. Untuk menghimpunkan 50 ribu penuntut silat memerlukan perancangan dari sekarang. Tentukan strategi pelaksanaan dengan tersusun dan tepat. Seboleh-bolehnya dalam minggu ini, perkara tersebut mula dibincangkan.

Isu yang keempat seperti yang dinyatakannya, “.....di samping menonjolkan kepimpinan dan ketuanan kaum Melayu itu sendiri.”

Kalau Melayu menjadi perkara utama, maka sesuatu yang berkaitan dengan Melayu terutamanya dalam konteks silat, maka perlulah kita beratkan sifat-sifat Melayunya. Orang Melayu kaya dengan adat dan adab. Hinggakan dalam silat Melayu pun adat dan adab menjadi rujukan utama. Oleh itu kita memerlukan sikap mementingkan adat dan adab yang merupakan budaya orang–orang Melayu yang perlu bersepadu dengan sikap dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kepentingan adat dan adab dalam silat Melayu adalah penting dan perlu dipentingkan.

Jadi, bagaimanakan pelajaran adat dan adab ini boleh diberi keutamaan dalam SC. Mungkin para pemimpinnya boleh menyusun strategi bagaimana kita boleh menanam konsep adat dan adab dalam pengetahuan ahli. Hal ini meliputi hubungan guru dengan murid, sesama murid dan sebagainya. Perkara yang lebih penting ialah adat pelantikan guru yang sangat berkait rapat dengan istilah mandat, waris dan sebagainya. Semua konsep ini penting untuk ditanam dalam jiwa para penuntut SC.

Kita perlu mengorak langkah baru. Semua pihak, pelbagai lapisan dalam SC perlu melangkap sederap bagi menyusun peranan untuk terus memajukan SC. Semoga kita tetap berjaya.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 3:51 PM

Offline

 

#14 2009-08-13 17:12:35

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, August 10, 2009

SEBALIK AMALAN MANDI

Kebiasaan silat Melayu, ahlinya akan mandi silat dahulu sebelum turun ke gelanggang. Mandi silat dikatakan satu kaedah pengiktirafan murid oleh gurunya. Ada yang bernasib baik kerana melalui mandi yang pertama ini akan memberi isyarat kepada gurunya untuk menjadikannya anak angkat. Setelah mandi, sebelum memulakan latihan, terdapat pelbagai kaedah membuka gelanggang. Ada yang perlu membaca sesuatu sama ada ayat-ayat tertentu atau jampi mentera dan ada yang menyeru bumi dan langit untuk memohon kebenaran memulakan langkah. Suasana syarat pembelajaran yang sebegitu telah menyebabkan masyarakat kita mempersoalkan adat-adat yang dianggap menyeleweng.

Hal ini menyebabkan sebilangan besar kalangan masyarakat kita berasa takut dan melarang anak-anak mereka belajar silat. Ada yang mendakwa takut gila Isim atau takut berkaitan dengan jin atau hantu jembalang atau amalan-amalan yang menyanggahi agama kita. Ramai juga kalangan masyarakat yang memandang rendah akan ilmu silat, walaupun dikatakan ilmu silat ini adalah hak masyarakat.

Kita dapat rasakan perbezaan dalam upucara penerimaan ahli dalam SC. Mereka yang menuntut SC pada dasarnya diterima sebagai ahli persatuan tapi pada hakikatnya sebagai ahli silat belum tentu. Setelah memahami gerak SC baharulah ‘diiktiraf’ dalam mandi potong sebagai ahli yang boleh menguasai pelajaran SC seterusnya.

Itu sebabnya mereka yang ghaib sebelum masuk pelajaran potong, tidak mendatangkan masalah kepada kita dalam konteks pembelajaran SC. Pelajaran yang dipakai tidak mendatangkan kesan kepada mereka. Pelajaran potong akan dapat memintas segala pelajaran mereka yang ada. Itu sebabnya juga mereka yang berhenti sekerat jalan, kita katakan tidak ada rezeki atau tidak ada habuan.

Mereka yang pernah menuntut silat Melayu, ketika mempelajari SC akan dapat merasai beberapa pelakuan yang di luar daripada kebiasaan silat. Kadang kala semacam tidak puas dek mudahnya mempelajari SC. Hal ini demikian kerana dalam SC, kita menekankan betapa SC menentang unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan agama dan kita menegaskan betapa pelajarannya adalah dalam dunia sedar tanpa ada jampi serapah atau mentera-mentera yang membolehkan kita menjadi handal.

Malah kita juga ditegaskan tiada baca-baca sebagai amalan untuk mendapatkan ilmu dengan cepat. Silat kita berdasarkan pergerakan yang nyata dan berasaskan pergerakan dua tangan dan dua kaki. Tidak ada pelajaran pintas melainkan kena turun kelas untuk mengikuti pengajian silat sepenuhnya. Setelah tamat silat, baharulah kita diberi beberapa petua yang dikira formula atas satu-satu perkara.

Kalau adapun ayat-ayat yang disuruh baca, maka kita disaran supaya menjadikannya sebagai amalan tanpa mengharapkan sesuatu di sebaliknya. Ustaz pernah menegaskan betapa tahap kita umpama hamba yang melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau upahan. Malah tidak boleh atau tidak bermimpi pun untuk mendapatkan upah.

Mereka yang melakukan sesuatu kerana upah, tahapnya adalah kuli. Pada kita, mengamal ayat maknanya memahami tujuan dan pengertian ayat-ayat tersebut dan aplikasikan dalam kehidupan diri. Jangan harapkan sesuatu pulangan seperti yang dinyatakan di atas. “Tahap kita adalah tahap hamba dan bukannya tahap kuli.” Itulah kata-kata Ustaz yang tidak mudah saya lupakan.

Walaupun ada amalan tidur atas kain putih atau mandi bersama kain putih, amalan-amalan tersebut tidak pernah dikuatkuasakan pada ahlinya. Tidak adapun pegawai khas untuk mempastikan penuntutnya mesti melakukan perbuatan tersebut. Pada adatnya, kalau tidak dilakukan perbuatan mandi bersama kain putih pun, maka pelajaran fizikal yang ada tidak mudah luput atau hilang begitu saja bersama angin. Rajin berlatih, ada kesannya. Malas berlatih pun tetap ada kesannya. Bukannya kerana mandi maka hal-hal ingat atau lupa itu boleh terjadi dengan begitu mudah sekali. Malahan saya yakin dan percaya, ramai ahli yang telah tamat tetapi tidak melakukan amalan-amalan tersebut dalam SC.

Alasannya pelbagai. Cuma kita tegaskan kepada mereka yang telah tamat betapa perbuatan mandi silat tersebut perlu dilakukan. Kadang kala kita boleh kaitkan amalan itu dengan aspek keberkatan. Tapi syaratnya guru mesti betul dan bertali dengan guru sebelumnya. Tali ini dilambangkan melalui mandat. Pada mereka yang mempercayai bahawa mandat itu hak masyarakat, maka lagi banyaklah keberkatan mereka daripada pelbagai golongan masyarakat. Termasuk keberkatan daripada golongan masyarakat hindraf.

Tapi bagi diri saya sendiri, perbuatan yang disuruh oleh guru, ada kaitannya dengan konsep kesungguhan. Kalau kita bersungguh banyak yang kita dapat. Kesungguhan juga erat kaitannya dengan menurut arahan daripada guru dalam konteks persilatan. Dari sudut psaikologi, kalau arahan dan suruhan guru dituruti maka mudahlah ditambah ilmu yang ada dalam SC. Tapi kalau mandipun malas dibuat, nampak sangat tidak ada kesungguhannya. Bagaimana pulak guru dapat menambah pelajaran seterusnya.

Untuk mengaitkan sifat ahli yang bertukar atau perubahan sikap dalam kalangan ahli dengan mandi yang ada dalam SC, agak sukar saya ulas. Sepanjang saya berada dalam SC, saya pernah juga mendengar mereka yang dimandi oleh guru ada yang terlibat dengan pelbagai peristiwa pelik. Ada yang pengsan, ada yang tidak sedar diri dan pelbagai lagi peristiwa pelik. Saya sukar mengulasnya kerana saya tidak pernah ada di tempat kejadian semasa kejadian pelik-pelik tersebut berlaku. Setakat dengar cerita sahaja.

Sepanjang saya diwakilkan guru untuk memandikan para penuntut yang tamat silat atau mandi potong, saya tidak pernah menghadapi peristiwa tersebut. Semua penuntut yang saya mandikan, berada dalam keadaan normal. Kadang-kadang berkata-kata juga hati ini. Betulkah cara mandian yang dibuat. Rasanya semua kaedah telah dituruti. Oleh itu sampai sekarang apabila ada ahli yang bertanya tentang power mandi yang berkait pada seseorang, saya sukar berbincang atau mengulas mengenainya. Tak minatpun untuk berbincang.

Satu ketika dahulu terdapat peristiwa yang ada kaitan dengan rakan saya yang sama-sama menuntut SC. Selesai tamat, fikirannya haru biru dan tidak keharuan. Tapi bukanlah berlaku sebaik sahaja mandi tamat. Prosesnya mengambil masa. Pernah kaum kerabatnya ‘menyerang’ Ustaz di rumah persatuan Jalan Putera. Ustaz dikatakan membawa ajaran sesat hingga menyebabkan rakan saya tersebut tak tentu arah. Saya masih ingat lagi bagaimana Ustaz membuktikan bahawa SC bukanlah sejenis silat yang bergantung pada benda-benda ghaib tanpa berpijak di bumi nyata.

Malah Ustaz sendiri menunjukkan baju kot yang banyak dimilikinya bagi membuktikan fikirannya adalah modern bukan seperti yang disangkakan oleh keluarga rakan saya tersebut. Saya difahamkan bahawa kecelaruan fikirannya berlarutan hingga akhirnya terpaksa melepaskan jawatan kerajaan dan meninggal dunia ketika usia muda. Walaupun Ustaz berkali-kali memandikannya tapi sifat dan sikapnya tidak berubah.

Saya tidak begitu berminat membuat komen kerana pengalaman saya yang kurang dalam bidang ini. Tapi setahu saya, mengenangkan rakan saya tersebut mungkin ada faktor-faktor lain yang sangat berkaitan dengan gejala yang berlaku. Ketika Ustaz membuat syarahan atas tajuk mengenai taat pada kedua ibu bapa, sahabat saya menggenang air mata.

Tiba-tiba beliau berdiri dan menuju kepada Ustaz sambil menghulurkan tangan dengan kata-kata, ”Saya banyak bersalah pada kedua ibu bapa saya”. Semua orang tergamam dan saya pun tersentak pada ketika itu. Sejak itulah sifatnya bercelaru. Apakah hal-hal yang berada di sebaliknya. Tapi yang pastinya bukannya kerana mandi tamat tapi tentunya ada hal-hal yang lain. Cukup setakat ini perbincangan saya mengenainya.

Ada ahli yang bertanya kepada saya. Sejauh manakah mandi silat dapat membersihkan amalan karut marut yang ada dalam diri kita. Saya sukar menjawabnya. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu karut tersebut. Mungkin ada kaitan dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan agama kita. Atau amalan-amalan yang bercanggah berkaitan dengan jin. Tapi saya diyakinkan bahawa dengan cara mandi maka ilmu-ilmu yang karut tersebut boleh terhapus.

Difahamkan bahawa dalam masa inilah si pengamal tersebut akan menemui pelbagai dugaan. Jikalau jin yang berkenaan jenis degil maka penuntut silat tersebut akan lama sasaunya dan memerlukan bantuan untuk menyembuhnya. Jika jenis jin haprak, dengan sekali mandi ilmu karut tersebut mudah dikeluarkan.

Dalam hal ini saya tidak mengambil berat untuk dijadikan tajuk perbualan bersama penuntut silat yang saya didik. Biarlah guru yang membincangkannya. Saya lebih menumpukan perhatian pada gerak fizikal dan gerak luaran mereka. Jika ada penuntut yang bergelang atau berantai atau bersubang pada pemulaan kelas maka saya akan pastikan setelah tamat nanti, semua tabiat tersebut akan hilang. Fikiran yang senget, akan cuba dicentrekan. Tak payah tunggu masa mandi tamat maka tabiat tersebut akan hilang. Setakat ini saya berjaya.

Menyentuh soal mandi, sepanjang yang saya tahu dan ingat ada dua hal yang berkaitan dengannya dan masih dalam ingatan saya. Saya berpengalaman dalam kedua-dua perkaitan tersebut.

Pertamanya ketika saya baru berkecimpung dalam SC, ada diberitakan betapa seorang ahli daripada silat lain yang terkenal dengan ilmu megahnya hilang ilmunya itu dek kerana mandi tamat SC. Sebelum ini beliau dikatakan berkebolehan ditanam hidup-hidup tanpa mendatangkan kemudaratan pada diri. Satu lagi kelebihannya ialah dikatakan rambutnya tidak putus dikerat dengan apa jenis senjata tajam termasuk razor blade. Difahamkan jika hendak menggunting rambut, perlu dibuka “kunci” terlebih dahulu bagi membenarkan rambutnya digunting atau dipotong.

Maknanya kekebalannya sangatlah hebat. Saya difahamkan juga, selepas mandi silat, ilmu tersebut hilang begitu saja. Saya sempat bertemu dengan orang tersebut. Dia pun ada menceritakannya tapi tidaklah saya tanya dengan lebih lanjut. Saya juga tidak begitu ambil pusing sangat dan tidak pernah mengwar-warkan kelebihannya pada para penuntut saya. Yang pastinya mana pernah saya kerat rambutnya dan mana pernah saya tanam tubuhnya. Tengok pun tak pernah.

Keduanya saya pernah mendengar syarahan daripada seorang doktor yang dijemput dalam satu majlis Jurulatih untuk membicarakan perkaitan mandi SC dalam konteks sains. Doktor tersebut merupakan ahli SC. Beliau merupakan salah seorang yang sangat dihormati oleh Ustaz. Menurutnya, ketika kita menggosok-gosok kulit di badan atau mana-mana anggota, sebenarnya gosokan kita itu membentuk satu lapisan yang boleh dianggap sebagai pelindung diri.

Lapisan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi lapisan ini boleh menjadi pelindung dengan cara memberi isyarat kepada kita sebelum sesuatu serangan itu sama ada serangan tangan atau kaki atau senjata dapat memudaratkan tubuh badan kita. Serangan-serangan itu akan melalui lapisan yang terbentuk itu terlebih dahulu dan boleh mengarahkan kita supaya kita yakin dan cepat bertindak. Hebat sungguh khasiat mandi kita. Kadang kala membuatkan saya terfikir untuk mengaitkan konsep tersebut dengan gerak mata hati.

Untuk pengetahuan semua, satu ketika beliau pernah dilantik sebagai ahli MMT. Saya masih ingat lagi betapa beliaulah yang membawa satu bungkusan yang dikepit semasa mesyuarat MMT bagi menentukan kedudukan guru. Saya tertanya-tanya akan kandungan bungkusan tersebut. Semasa mesyuarat, beliau mengatakan ada hal mustahak yang menyebabkan perlu berundur lebih awal. Rupa-rupanya, dikeluarkan Al-Quran daripada sampul yang dikepitnya dengan menegaskan bahawa beliau akan mempercayai En Mat jika En Mat sanggup bersumpah atas Al-Quran yang dibawanya.

Setelah En Mat bersumpah, beliau berasa puas hati dan beredar daripada tempat mesyuarat. Tapi entah macam mana boleh berubah pendapat. Apa punya manusia. Buat apa la teruk-teruk bawa Al-Quran. Akhirnya tak pakai pulak. Cakap orang lain yang tak dipakai pada awalnya, akhirnya dipakai pulak. Itu juga mungkin hasil pelajaran SC. Pakai tak pakai dan tak pakai akhirnya pakai.

Dulu saya selalu kaitkannya sebagai penambah ilmu berkaitan dengan mandi. Tapi sekarang saya bayangkan sifat kartun pada dirinya. Tapi kerana tulisan ini, saya kaitkan juga diri beliau dengan ceramahnya mengenai mandi. Para pembaca fikirlah sendiri tentang kebenarannya. Bolehlah tanyakan beliau sekali lagi. Tapi jangan-jangan dah berubah konsepnya. Pakai tak pakai. Tak pakai, pakai. Agaknya.

Saya sangat berpendapat bahawa fikiran yang bercelaru setelah mandi erat kaitannya dengan tabiat kita yang sedia ada. Namun begitu saya tidak menafikan bahawa mandi yang ada dalam SC membawa banyak maknanya. Setakat ini saya kurang minat membincangkan aspek tersebut. Guru lebih memahaminya dan biarlah hak guru untuk membincangkannya.

Apa yang penting pada saya ialah apa yang saya dapat hasil daripada pelajaran mandi dalam SC. Banyak perkara yang saya dapat. Sama ada psikologi atau tidak, kalau saya letih dan kurang bersemangat maka saya akan mandi. Tapi mandi saya berserta niat dan praktikal sesuai dengan konsep mandi silat. Mandi tetap mandi.

Banyak faedah pada diri. Kalau mandi pasti berkait dengan bacaan. Sekurang-kurangnya bacaan Bismillah. Tak akan sampai hati kita membaca ayat-ayat tersebut dalam keadaan kita berbogel. Secara langsung ada kain basahannya menutupi anu kita. Selesai mandi kain basahan tersebut akan diperah sebelum disidai di mana-mana tempat. Sekurang-kurangnya ada juga exercise. Badanpun boleh sihat. Itulah ceritanya sebalik amalan mandi pada tafsiran diri saya.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 3:53 PM

Offline

 

#15 2009-08-13 19:55:12

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 156
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Sentuh pasal mandi ni.. ada satu sedutan dari blog Belagak..

"Sebenarnya Ilmu Malaikat Empat tiada amalan dan bacaan khusus sebagaimana fahaman orang....Ia berkait dengan diri rahsia kita...Diri Terdiri, Terperi, Terjali, Diri Sebenar diri...Ada pengajian yang dalam lagi pocah kepada 7 yakni termasuk Diri Kamil dan Diri Kamil Mukamil...Menguasai pemecahan diri secara batin haruslah melalui beberapa kaedah penyucian diri. Banyak Tarikat mempunyai kaedah penyucian diri melalui kaedah mandi...begitu juga firkah yang lain..."

http://darulsaka.blogspot.com/2009/08/p … f-nun.html

amalan mandi ni amalan penyucian...

Offline

 

#16 2009-08-19 01:52:24

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, August 17, 2009

AHLI SILAT ATAU AHLI PERSATUAN

AHLI SILAT ATAU AHLI PERSATUAN.

Hakikatnya konsep ahli silat dengan ahli persatuan adalah berbeza. Sepanjang saya bersama Ustaz, Allahyarham tidak pernah mengumumkan bilangan ahli SC. Berbeza dengan silat-silat Melayu lain yang megah mengumumkan bilangan ahli yang beratus-ratus ribu. Akhirnya mereka terperangkap dalam mesyuarat PESAKA apabila Ustaz mencadangkan yuran keahlian Pesaka berdasarkan bilangan ahli.

Apabila kita menerima borang dan mengisi butir-butir peribadi, setelah diluluskan oleh satu jawatankuasa dalam mesyuarat maka kita didaftar sebagai ahli persatuan silat tersebut. Sebaliknya untuk menjadi ahli silat maka kita perlu melalui atau menerusi proses adat dan adab yang ditetapkan. Kebanyakan prosesnya tidak bertulis. Ijazah perlu diikuti dan akhirnya kita akan dimandikan dalam acara penamat silat. Tapi ramai yang menyangka bila tamat maka tamatlah kegiatan dan menghaibkan diri. Tak pernah jumpa-jumpa lagi dalam kelas silat.

Kalau ada orang yang bertanyakan kita apakah tujuan kita bersilat maka pada saya jangan lupa skop perbincangan kita tersebut. Adakah isi percakapan kita berdasarkan minat menjadi ahli persatuan atau sebenarnya berminat menjadi ahli silat. Kedua-dua konsep ahli tersebut adalah sangat berbeza.

Jikalau kita mementingkan sebagai ahli persatuan maka kita akan menumpukan perhatian pada peraturan-peraturan yang wujud hasil daripada penubuhan persatuan tersebut. Keputusannya adalah secara demokrasi melalui mesyuarat agung atau mesyuarat perwakilan. Peraturan yang dinyatakan dalam perlembagaan tak boleh diubah melainkan dalam mesyuarat agung dengan kuota-kuota tertentu. Tulisan peraturan tersebut membolehkan ramai ahli membuat tafsiran. Maka timbullah pertengkaran sesama ahli untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Jika kita mementingkan pengenalan sebagai ahli silat maka adat dan adab adalah merupakan sumber rujukan. Kebanyakan adat dan adab ini tidak bertulis tapi telah diterima pakai dan berlangsung dari satu jenerasi ke satu jenerasi yang lain. Adat dan adab ini tidak susah untuk dilaksanakan. Jarang ada perbahasan tentang tafsirannya. Hal ini demikian kerana ketua adat mempunyai kuasa mendatori untuk mentafsir atau melakukan perubahan. Itu sebabnya kerap kali kita lihat guru dalam SC boleh menyesuaikan kehendak-kehendak adat mengikut situasi semasa. Maka adat dan adab tersebut adalah lebih anjal. Berbeza dengan peraturan persatuan yang mengongkong daya fikir kita hingga menjurus ke arah putar belit dengan cara memberi pelbagai alasan untuk mencapai niat di hati.

Sebagai ahli silat kita mementingkan aspek keberkatan guru. Keberkatan adalah sesuatu yang sukar diterangkan melainkan seseorang itu dapat merasainya sahaja. Umpama gula yang manis. Manisannya tidak boleh diterangkan melainkan dirasai sendiri oleh individu tersebut. Keberkatan ada kaitannya dengan kemenjadian. Sesuatu gerak itu tidak akan menjadi melainkan atas kehendak Yang Empunya Gerak.

Di sinilah keberkatan guru memainkan peranan penting. Jika kita menitikberatkan keberkatan guru maka guru yang ada biarlah guru yang sebenar-benar guru. Walaupun ada karektor tentang konsep sebenar guru, tetapi yang penting guru yang terlantik itu mempunyai punca kuasa atas lantikannya. Maknanya pelantikannya adalah sahih dan sah. Kesahihah dan kesahan pelantikan guru tersebut erat kaitannya dengan mandat daripada guru yang terdahulu. Kebiasaannya mandat yang ada erat kaitannya dengan keturunan dan warisan dan bukan umumnya daripada masyarakat.

Dari segi adat dan adab kita menerima hakikat pelantikan secara itu. Oleh itu kalau kita benar-benar ingin menjadi seorang ahli silat, titik beratkan soal ini. Kalau setakat tak kisah sebagai ahli persatuan maka kita tak kisah siapa gurunya. Konsep lantikan berdasarkan suara ramai atau berdasarkan badan khas semuanya terikat dengan persatuan dan tertulis dalam perlembagaan. Tugas sebagai guru menjadi terbuka. Maka samalah tarafnya dengan seni bela diri yang lain hatta ada persamaannya dengan seni bela diri yang diimport dari luar negara.

Pada ahli persatuan, siapapun boleh dilantik bersandarkan suara ramai. Keturunan guru tidak menjadi penting. Di samping itu soal keberkatan tidak lagi menjadi pokok utama. Yang penting bagi mereka ialah kefahaman dan latihan yang bersungguh-sungguh terutama melalui kursus-kursus yang dianjurkan dari masa ke masa. Pelantikan guru hanyalah memenuhi keperluan dan tidak begitu diambil berat. Guru tidak berkuasa bagi menentukan hala tuju silat. Yang pentingnya ialah sokongan ahli secara sulit atau secara angkat tangan. Lama-lama pasti akan muncul politik wang dan hubungan. Pengaruh boleh dijual beli. Kehebatan guru bukan berdasarkan kebolehan silat tetapi berdasarkan hubungan. Oleh itu jika kita mementingkan aspek keberkatan dalam pembelajaran silat maka beratkan pada pelantikan guru yang layak. Layak di sini ialah guru yang telah menerima mandat.

Sebagai ahli silat, kita mempunyai banyak kebebasan untuk berfikir dan bertindak. Semua ini berlaku kerana tidak ada undang-undang atau peraturan-peraturan bertulis. Secara langsung kita mempunyai kebebasan berfikir dan bertindak. Risikonya adalah kurang. Habis kuat, kita akan dimarahi oleh guru atau dinasihati oleh guru yang bertindak sebagai pelindung adat dan adab tersebut. Hal ini agak berbeza jika dibandingkan sebagai ahli persatuan. Kita perlu mematuhi peraturan yang diterima pakai.

Keengganan mematuhi peraturan akan menyebabkan kita boleh dikenakan sesuatu tindakan. Itu sebabnya kita sering mendengar berlakunya pemecatan atau tindakan pergantungan ke atas ahli. Semuanya atas sifat kita sebagai ahli persatuan. Sebagai ahli silat, mana pernah guru memecat keahlian melainkan tidak mengiktirafnya sebagai murid. Tapi keistimewaan murid itu memperoleh ilmu tidak boleh ditarik balik. Ilmu yang ada tetap berada dalam dadanya. Namun begitu jangan lupa akan konsep keberkatan. Itulah keistimewaan yang hakiki yang tidak boleh dijual beli.

Kalau kita menentukan penglibatan kita sebagai ahli silat maka fokas kita terhadap silat adalah lebih jelas. Aktiviti kita dalam SC juga berfokas pada kegiatan silat. Kedudukannya dalam persatuan hanya menjadikan persatuan sebagai alat untuk mengembangkan silat. Hal ini berbeza dengan ahli persatuan yang berfokaskan persatuan. Banyak cabang yang menyebabkan mereka perlu berfikir.

Puncaknya ialah merebut jawatan. Untuk mendapatkan jawatan mereka perlu menyusun pelbagai strategi. Mendapat jawatan bermakna ada kedudukan. Mereka yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh akan menjadikan kedudukan itu sebagai batu loncatan bagi menyebarkan pengaruh. Akibatnya tumpuan kepada silat semakin kurang. Dunia glamour semakin mendapat tempat. Kedudukan juga adalah kuasa. Orang yang berkuasa akan berusaha untuk mempertahankan kuasa. Bila kuasa hilang maka mereka akan berusaha untuk mengembalikannya. Maka tersebarlah politik silat dalam SC. Itulah salah satu punca pecah belah dalam silat.

Saya menulis dalam ruangan ini oleh sebab dalam SC terdapat dua haluan yang berbeza. Satu haluan benar-benar berfokaskan silat dan perjuangannya dan satu haluan lagi menghabiskan masa dengan peraturan-peraturan persatuan dan sanggup melemahkan perjuangan silat itu sendiri. Soal adat dan adab bukanlah menjadi sumber rujukan utama mereka. Sumber rujukan utamanya ialah peraturan yang terkandung dalam perlembagaan. Peraturan ini sanggup digunakan untuk membantutkan sebarang kegiatan silat yang difikirkan tidak sesuai pada pandangan mereka.

Apabila ada ahli yang bertanya pada saya tentang kedudukannya dalam persatuan yang berbeza, maka saya akan beri mereka untuk membuat pilihan sama ada mementingkan kemenjadian sebagai ahli silat atau mementingkan kemenjadian sebagai ahli persatuan. Kalau mementingkan silat maka kita perlu nyatakan tentang keperluan mementingkan asal usul guru yang membawa silat tersebut. Kalau sebaliknya, buatlah apa yang patut.

Sekian dan terima kasih.

Posted by Guatamala at 4:42 PM

Offline

 

#17 2009-08-26 14:34:12

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Wednesday, August 19, 2009

ERTI KEMERDEKAAN

Bukan main bersemangat lagi ahli-ahli SC mengangkat tangan melaungkan perkataan ‘merdeka’. Ada yang mengenggam erat mengangkat tangan dan ada yang membuka tangan sambil melontarkan suara. Pelbagai aksi yang dapat dilihat. Walau bagaimanapun melaungkan perkataan tersebut perlu juga membawa erti kepada kita sama ada kita dapat mempraktikkan erti kemerdekaan yang kita laungkan itu atau pun tidak.

Kemerdekaan juga bermakna kebebasan. Bebas untuk kita mengeluarkan pendapat. Dalam kehidupan harian, kebebasan tersebut bukanlah mudah dipraktikkan terutama pada mereka yang bergantung harap dalam mendapatkan pendapatan bulanan. Kita terikat dengan arahan bertulis daripada ketua jabatan atau jabatan lain yang kita berurusan.

Dalam SC terdapat pantun yang menyebut perkataan kemerdekaan.

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Isi tersuratnya sangat mudah untuk kita bicarakan. Setiap ayat ada maknanya yang tersurat. Kita menyebarkan SC atas kesedaran bahawa silat ini adalah sebaik-baik silat. Walaupun ada penentangan tapi kita tidak berniat untuk bermusuh dengan mereka. Matlamat kita hanya satu iaitu mengenengahkan pusaka bangsa dalam negara kita yang telah merdeka. Pusaka bangsa ini bukannya lahir daripada masyarakat tapi lahir hasil daripada pemikiran Ustaz Hanafi yang menerimanya berdasarkan mandat yang ada daripada individu tertentu.

Tapi bagi isi tersirat, banyak makna boleh kita ungkapkan berdasarkan pantun tersebut. Penyebaran ilmu SC adalah menjadi fokas utama untuk meletakkan seni silat tersebut yang bertaraf kebangsaan di tempat yang sepatutnya. SC perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat Melayu. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat perkembangan SC, harus kita tentang dalam konteks menegakkan kebenaran silat yang hanya ada dalam SC. Kita tidak mencari musuh. Tapi mereka yang menentang perkembangan kita pasti akan muncul sebagai musuh.

Apatah lagi dapat kita perhatikan sekarang ini iaitu bukannya musuh kita timbul dalam kalangan silat lain tetapi daripada kalangan ahli SC sendiri yang telah tergelincir fahaman mereka. Ada individu-individu tertentu yang sanggup ke hulu ke hilir berjumpa dengan pelbagai pihak bagi menggagalkan aktiviti SC dek kerana berlainan faham. Itulah puak yang mementingkan persatuan daripada silat. Merekalah pertualang dan pengkhianat perjuangan SC walaupun diri mereka melaung-laungkan semangat juang SC. Pengikut merekapun samalah kategorinya. Ustaz tidak pernah berpantun dengan memulakan rangkap, ‘Lahirnya persatuan Cekak kerana kesedaran.....’

Apabila kita mengupas isi tersirat, “Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan,” maka banyak tafsiran dapat kita buat. Semuanya bergantung pada kehendak dan disiplin tafsiran kita. Pada saya, SC adalah merupakan medan bagi kita untuk bebas berfikir dan bebas bertindak dalam konteks silat. Perkara utama yang penting ialah hubungan kita dengan guru. Selagi guru merestui fikiran dan tindakan kita, teruslah bertindak tanpa mempedulikan kritikan orang lain. Dalam penulisan yang terdahulu, saya selalu menegaskan keyakinan bahawa SC-lah medan yang sesuai untuk melatih diri kita merasai erti kebebasan untuk berfikir, bertindak dan mengeluarkan pendapat.

Hal ini demikian kerana dalam pekerjaan harian, kita terikat dengan peraturan, perintah am atau perkeliling-perkeliling jabatan. Kebebasan kita untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah terhad. Maka SC adalah medan yang boleh kita praktikkan kebebasan tersebut. Tapi hal ini amat mudah dilakukan jika kita memfokaskan diri kita sebagai ahli silat dan bukannya sebagai ahli persatuan. Amat malang pada mereka yang tidak dapat mempraktikkan erti kemerdekaan dalam keseluruhan hidupnya seharian. Di tempat kerja kena kawal, di rumah kena kawal dan di tempat silatpun kena kawal. Selalunya dikawal dek hubungan rapat dengan kawan. Eloklah pancing ikan.

Ramai antara kita yang bersifat bohong atau menipu diri sendiri dalam perjuangan silat. Perkara yang ada dalam hati tidak sama dengan apa yang dituturkan. Hasilnya dipertunjukkan pada perbuatan atau tingkah laku yang dipraktikkan. Apabila hati dan mulut tidak selaras atau seiring maka jadilah diri sebagai manusia pembohong dalam dunia persilatan. Satu segi kita melaungkan slogan perjuangan SC tapi dalam segi yang lain kita pula menjadi dalang bagi menyekat perkembangannya. Mengecap orang lain sebagai pembohong tapi hakikatnya merekalah pembohong yang paling besar.”Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.”

Walau bagaimanapun, dalam konteks musuh, kita jangan sekali-kali terperangkap dengan tafsiran yang kurang jelas. Jangan mudah cap mengecap. Dalam kebiasaan masyarakat kita sendiri, apabila kita menyuarakan sesuatu pandangan yang bertentangan maka kita juga akan dicap sebagai penentang atau berhaluan kiri dan sesetengahnya dianggap sebagai musuh. Hinggakan ahli-ahli yang lain mula berfikiran serong dan memandang rendah terhadap mereka dek kerana melawan arus fikiran yang bertentangan. Perkataan kiri selalunya dihubungkan dengan mereka yang berbeza pendapat kerana kiri itu sendiri melambangkan sesuatu yang bertentangan dan suka melawan.

Apa saja perbuatan kiri yang kita lakukan biasanya akan dianggap serong oleh orang lain yang memerhati. Lihat saja anggota kiri pada tubuh badan kita. Biasanya apabila seseorang itu makan dengan menggunakan tangan kiri maka dianggap sebagai janggal dan tidak beradab. Namun begitu kerja-kerja kotor dan busuk sentiasa dilakukan oleh tangan kiri dengan penuh keihkhlasan tanpa sebarang rungutan. Namun, sebagai tanda penghargaan, tuan punya badan akan memakaikan tangan kiri dengan cincin, jam dan gelang. Amat janggal jika ada individu yang memakai benda-benda tersebut di sebelah tangan kanan.

Nampak sangat wujudnya penghargaan pada pihak kiri dan wujudnya kerjasama antara pihak kiri dan pihak kanan. Kadang kala peranan golongan kiri ini adalah penting. Kebiasaannya hati mereka ikhlas untuk menyuarakan sesuatu. Tidak ada kepentingan sebaliknya. Tak payah beri pingat setia kerana mereka akan sentiasa setia. Golongan kanan tak tentu lagi keikhlasannya. Dalam konteks silat bukankah prinsip kerjsama antara kiri dan kanan boleh kita jadikan sebagai bahan utama untuk menyemarakkan lagi perkembangan SC. Orang yang jujur menjalankan tugas patut diberi anugerah walaupun mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati. Tapi mereka adalah manusia ikhlas. Merekalah golongan yang sentiasa beristiqamah dan tetap hala tujunya. Mereka juga sanggup menghadapi segala dugaan dan rintangan.

En Mat ada menegaskan betapa pentingnya kita sanggup menghadapi dugaan dalam memperjuangkan SC. Kalau kita menghadapi bermakna kita telah menjangka dugaan yang berlaku tersebut. Oleh itu kita perlu menyusun strategi bagi menghadapi dugaan tersebut. Janganlah kita bersifat emosional. Untuk menghadapi dugaan-dugaan tersebut maka kita mestilah berada di pihak yang benar. Baharulah usaha-usaha kita itu berbaloi. Di manakah kita berada sekarang. Kalau pilihan ini tidak tepat maka bagaimana kita boleh menghadapi dugaan tersebut atas prinsip kebenaran.

Dalam konteks silat, saya yakin telah berada pada pihak yang benar. Saya mula mencaburi SC pun atas sifat mencari kebenaran. Saya sanggup berjumpa Ustaz beradu pendapat semata-mata untuk mendapatkan kebenaran. Saya terus memperjuangkan SC atas matlamat kebenaran. Malah saya sanggup ‘bertry’ bagi mendapat kebenaran. Setelah kebenaran diperoleh maka adalah menjadi tugas saya untuk terus berada dalam kebenaran dan mempertahankan kebenaran yang ada itu. Dalam sambungan seterusnya saya akan bincangkan fahaman kiri yang dilemparkan kepada saya. Tapi saya puas. Sekurang-kurangnya kerana fahaman itulah saya masih berada di pihak yang benar. Orang yang mendakwa dirinya orang kanan, merekalah haprak pertualang silat - SC.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 3:54 PM

Offline

 

#18 2009-08-26 14:36:37

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Friday, August 21, 2009

KENANGAN CAP KIRI

Biasanya sesuatu yang kanan maka kita hubungkan dengan perkara yang baik. Langkah kanan, nafas kanan, ngereng kanan, golongan kanan, orang kanan, tangan kanan, kaki kanan dan pelbagai kanan yang lain. Itu semua adalah satu kebiasaan. Tetapi sesuatu yang luar dari kebiasaan acap kali akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan luar dugaan. Misalnya, apabila menunggu serangan, kebiasaan manusia berdasarkan menunggu serangan kanan. Dalam situasi pergaduhan, bila kita lancarkan serangan tangan kiri, pasti kelam kabut orang yang menunggu serangan tersebut. Luar dari kebiasaan.

Dalam tulisan terdahulu saya telah bincangkan apabila berlainan pendapat yang bertentangan arus maka dengan mudah dicap golongan kiri. Dalam konteks diri saya, walau apapun pandangan orang lain, apa yang saya katakan atau tuliskan adalah berdasarkan isi hati saya. Sama ada orang lain terasa atau sakit hati, bukan dalam sinarai tugas saya. Dalam silat saya cuba maknakan erti kemerdekaan.

Sumber rujukan saya atas sikap, nilai dan gerak dalam SC adalah Ustaz. Tidak boleh dinafikan bahawa pemikiran saya memainkan peranan penting dalam mentafsir apa yang diutarakan oleh Ustaz sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau gerak dalam silat. Pengalaman saya dalam SC tentunya berbeza dengan pengalaman orang lain dan pengalaman saya bersama Ustaz, tentu juga berbeza dengan orang lain. Saya berasa bangga atas pengalaman saya tersebut. Pengalaman ini membentuk sikap dan nilai dalam SC. Saya cuba muhasabah diri. Kenapa mudah dianggap kiri. Tapi akhirnya saya menyimpul bahawa pandangan orang lain, tak perlu saya ambil peduli. Itu pandangan mereka.

Semasa saya masih menuntut, banyak masa saya luangkan bersama Ustaz terutamanya semasa Ustaz tinggal seorang di Lorong Haji Sirat dan di Jalan Putera. Hinggakan saudara saya tidak berpuas hati kerana rumahnya yang saya tumpang seolah-olah menjadi rumah tumpangan sahaja. Beliau pernah mengadu pada ibu saya tentang kerisauannya, takut-takut saya gagal dalam pelajaran. Masakan dia tidak takut. Pagi-pagi pukul lima telah keluar rumah. Selesai kuliah saya akan terus ke rumah Ustaz di Lorong Haji Sirat dan kemudiannya di Jalan Putera. Jam dua atau tiga pagi baru balik ke rumah. Tiap-tiap malam berjalan kaki dari pejabat silat ke penghujung Persiaran Gurney dengan seorang teman setia yang dikenali sebagai Abang Y. Orangnya banyak ilmu dalam SC. Tapi kena bezakan antara butiran intan dan butiran pasir. Kalau beliau tak ada maka kerap juga saya menumpang tidur di rumah Ustaz.

Tahun akhir pengajian saya, saya tinggal di rumah sewa di Kampung Baru dan berdekatan dengan tempat silat. Masa lebih banyak saya tumpukan bersama Ustaz. Semasa di Jalan Putera, kalau Ustaz tidak ke mana-mana kerap kali setiap petang saya akan keluar bersamanya ke mana-mana tempat yang ingin ditujuinya. Termasuk rumah yang kerap dikunjunginya ialah rumah Pak W. Ketika bersyarah atau melakukan gerak silat, maka banyak yang saya dapat. Oleh itu, tak jemu-jemu saya menjadi pengiringnya.

Ketika ingin memepelajari SC, satu daripada syarat lisan yang saya kemukakan pada Ustaz untuk saya membuka kelas silat di pusat pengajian ialah Ustaz sendiri mesti mengajar saya. Ustaz bersetuju. Semasa pembelajaran, jika Ustaz tidak hadir dan buah disampaikan orang lain, saya tetap mengesahkan pengambilan buah tersebut apabila berjumpa dengan Ustaz. Walaupun ada tohmah yang menafikan pengambilan kesemua buah daripada Ustaz, apa saya peduli. Yang pentingnya saya tahu apa yang saya dapat dan saya tahu apa yang saya lakukan melebihi daripada orang lain. Mustahil orang lain lebih tahu tentang diri kita. Saya percaya orang yang bercakap tersebut mana dapat seperti yang saya dapat. Kalau dia dapat pun tak pernah saya ambil peduli.

Berdasarkan pergaulan bersama dengan Ustaz, saya yakin dengan gerak yang saya ada dan fahaman yang saya terima. Fahaman saya ini tidak mudah goyah ditiup oleh sebarang angin. Orang lain kalau nak bercerita, ceritalah. Saya akan menjadi pendengar yang baik. Orang lain nak komen maka komenlah. Saya juga akan menjadi pendengar yang baik. Orang lain hendak pengaruh saya maka pengaruhlah. Saya tetap akan menjadi pendengar yang baik. Banyak juga janji-janji mereka. Tapi dalam hidup kita janganlah mudah mengharapkan sangat orang lain menghargai diri kita. Kitalah yang sepatutnya menghargai diri kita sendiri. Sekurang-kurangnya sebagai kiasan ialah majlis menyambut tarikh kita dilahirkan. Kalau ingin meraikannya jangan harapkan orang lain membuat pulut kuning atau menghadiahi kek pada kita. Harapan selalunya diakhiri dengan kekecewaan jika terlalu mengharap. Lebih baik kita sendiri membeli kek, potong kek itu sendiri dan makan sendiri sambil bersyukur atas nikmat umur yang Tuhan kurniakan. Berdasarkan hubungan rapat dengan Ustaz maka saya tersangat yakin atas tindakan dan pemikiran saya dalam SC. Hati kita tenang dan jiwa kita seimbang.

Kerap kali berlaku Ustaz berada dalam biliknya di Jalan Putera walaupun di luar ramai murid menunggu. Hal ini demikian apabila hatinya tidak senang dengan sesuatu. Walaupun ramai yang menunggu di luar bilik tapi Ustaz tetap tidak keluar. Ketika saya hadir biasanya keseluruhan hari-hari tersebut Ustaz akan keluar daripada biliknya dan baharulah bersembang dengan kami. Ada masanya pula ketika kami bersembang secara kumpulan, Ustaz hanya mempelawa saya seorang sahaja untuk keluar bersamanya ke tempat yang diingininya. Sama ada orang lain sakit hati atau sebagainya, saya tak pernah ambil peduli. Itu haknya untuk berbuat demikian. Untuk diri saya, saya berasa begitu bangga. Tapi tidak pulak saya banggakan diri dengan membandingkan dengan orang lain.

Saya ceritakan itu semua sebab pada saya, saya tahu apa yang saya lakukan dalam SC. Tidak ada apa-apa kepentingan yang saya cuba bentuk atau yang saya kehendaki. Untuk menjadi seperti Ustaz pasti mustahil. Acuannya sudah tentu berbeza dengan acuan penghidupan saya. Tapi seboleh mungkin saya cuba aplikasikan apa yang dinyatakannya sebagai prinsip hidup saya sendiri. Dalam kalangan silat lain, Ustaz juga diangap degil dan dicap dengan pelbagai cap termasuk golongan kiri. Tapi dalam bidang persilatan, Ustaz tidak peduli itu semua. Ustaz tahu akan hala tujunya.

Terdahulu saya pernah menulis tentang usaha-usaha yang dilakukan untuk menyekat kemaraan saya bagi mendapatkan ilmu dalam SC oleh pihak-pihak yang tertentu. Saya pernah merajuk dan menyisihkan diri daripada datang ke kelas silat. Kerap kali pada waktu malam, berbunyi hon kereta Ustaz di depan rumah mengajak saya keluar. Hinggalah pada satu hari di bulan puasa saya dijemput berbuka puasa bersama dengannya. Telah diceritakan juga betapa pesanan Ustaz pada saya. Sebaik-baik kawan tentu ada perasaan dengkinya. Manusia yang pastinya bebas daripada perasaan tersebut ialah kedua ibu bapa dan guru kita. Hormati sungguh-sungguh golongan ini. Maka itulah pegangan saya seterusnya dalam SC setelah saya berpatah balik bergiat cergas dalam memperjuangan SC. Itulah antara pengalaman saya bersama Ustaz. Saja nak cerita. Penerimaannya pada pembaca bukan menjadi milik saya.

Berbekalkan pesanan yang tertentu sebelum saya meninggalkan ibu kota masih menjadi pegangan utama. Kelas di cawangan berjaya dibuka dengan begitu banyak pancaroba dan dugaannya. Dugaan itu termasuklah edaran surat kepada jabatan agama tentang Ustaz yang mengajar ajaran salah. Termasuk juga cabaran ‘bertry’ dengan silat saingan kita ketika itu yang dengki dan takut SC bertapak. Kedua-dua dugaan itu berjaya dihadapi. Banyak lagi dugaan yang menimpa. Rupa-rupanya bukan senang untuk mengasaskan tapak SC di bumi bertuah itu. Duduk tak senang juga. Ustazlah tempat rujukan dan penenang utama pada ketika itu.

Ketika buka kelas di cawangan, sikap saya menjadi penghalang cita-cita sebahgian besar puak di peringkat pusat. Pengaruh saya cuba dipecahkan. Kali ini melalui setiausaha cawangan saya. Tapi mereka gagal sebabnya saya turun padang mengajar silat. Semua ahli tunduk di bawah pengaruh saya. Ketika inilah cap kiri pada diri saya bermaharaja lela. Saya dikatakan cuba menjadi raja. Ada keturunan agaknya.

Saya hanya berurusan dengan Ustaz sahaja. Penentuan tarikh ijazah semuanya diurus dengan guru utama terutama zaman Ustaz dan zaman Pak Ak. Lantikan pengantara antara guru dan murid kurang memberi makna kepada saya.

Jamuan akhir tahun selalu kami tidak pergi. Alasannya dalam surat dikatakan tempat terhad. Kalau sudah terhad eloklah dijemput orang yang dekat. Kami yang jauh eloklah memberi laluan kepada yang dekat. Aktiviti yang berkaitan dengan silat pasti cawangan saya serta. Apabila berkaitan dengan aktiviti persatuan, kami hilang dengan serta merta. Terutamanya perjumpaan koperasi yang sangat kami benci. Maka geram sungguh puak sana. Surat-surat arahan tanpa tandatangan guru utama merangkap presiden atau surat berkenaan tanpa salinan kepada presiden, kami jeling sebelah mata. Geram sungguh hati mereka.

Tapi kerana sikap itulah banyak perubahan yang berlaku terutama dalam hubungan sesama ahli. Biasanya dalam SC dahulu kala, perasaan meraikan kawan amat jarang sekali. Bila datang ahli cawangan, pandai-pandailah mencari tempat buat pelindung diri. Tak tanyapun sama ada sudah makan atau sebagainya. Asyik bertanya dah lama tamat. Saya pun geram juga. Maka pernah ahli pusat yang berkunjung ke cawangan saya, seteguk airpun saya berkira. Hingggalah satu ketika Ustaz pernah memberi arahan kepada pihak pusat untuk meraikan ahli-ahli cawangan yang berkunjung ke sana. Sekurang-kurangnya tanyakan kebajikan mereka.

Zaman dulupun Presiden cawangan haram diambil peduli. Bila saya protes dalam satu majlis dengan cara terus balik selesai ucapan Guru Utama, kelam kabut juga pada mereka. Barulah perubahan berlaku. Presiden Cawangan sampai sekarang diletakkan di barisan depan. Banyak lagilah pengorbanan saya dalam bentuk protes. Baik lisan atau perbuatan. Geramnya mereka tidak terkata.

Walaupun kadang kala saya bertentangan pendapat dengan guru utama dalam beberapa perkara, setelah mendapat kebenaran pasti saya menerimanya. Perselisihan itu tidak dalam gerak silat. Itu adalah hak guru dan kita tidak boleh persoalkan sama sekali.

Penerimaan atas satu-satu perkara setelah bertengkar atau berbahas tidak mudah untuk saya mengubahnya kembali. Saya pernah menceritakan dalam tulisan sebelum ini tentang pertentangan pendapat atas konsep guru utama dan presiden persatuan yang tidak boleh dipisahkan. Hingga timbul keperluan agar guru utama dilantik sebagai presiden seumur hidup. Saya menentangnya hingga timbul kemarahan pada mereka dan dicap lagi dengan pelbagai cap. Bila logik mereka saya terima maka saya terus pertahankan hingga sekarang. Tapi berlainan pulak dengan mereka. Boleh berubah fikiran. Sekarang ini dipisahkan antara guru utama dengan presiden persatuan. Guru merekapun diam sahaja. Kepentingan rupanya.

Dalam zaman En Mat, berterusan generasi baru yang masih tak senang dengan saya. Guru Wawasan peneraju utama. Pak Lan dan Pak Li pengikut setia. Saya dianggap penghalang utama cita-cita mereka. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk menghapuskan pengaruh saya di mata guru utama dan di cawangan juga. Tulisan-tulisan saya diberitakan menjadi cetakan mereka untuk ditunjukkan kepada guru utama. Dibuktikan betapa buruk hatinya saya.

Lama-lama, mereka mula dapat tapak melalui seorang hamba Allah di cawangan saya. Sedikit demi sedikit dokterin mereka dicucuk di buntut hamba Allah tersebut. Saya faham itu semua. Saja-saja saja tebarkan pancing dan jala. Tak lekat apa-apa. Itulah isyarat untuk diri saya berundur saja-saja. Tapi tali masih di tangan saya. Susah juga puak-puak itu nak menghilangkan pengaruh saya. Taringnya masih ada. Sekali mengaum terkejut juga. Usaha-usaha mereka masih terus membara. Nama saya perlu ditiada. Banyak jawatan saya terlucut. Aib juga. Bila terlucut nasib baik tak nampak anunya. Tabik juga saya pada Pak A. Hatinya kerap kali mulia. Dipujuknya saya. Tapi, bila berpecah maka mereka telah bersatu tenaga. Masing-masing ada gunanya. Pada puak yang inginkan ketiadaan saya telah mengambil ruang yang ada. Si Hamba Allah tersebut telah dicekup kental. Buat bernafas nampak semputnya. Baru saya tahu bahawa tali yang saya ada telah lama. Telah luput tarikhnya. Kendurnya sudah tentu. Maka semakin kendur jadinya, semakin jauh pemergiannya. Jauhhh sekali.

Maka hilanglah sejarah cawangan saya yang sering dicap pelbagai jenama. Sekarang sudah jadi biasa sahaja. Ikut apa yang dikata. Tinggalkan sejarah di hari muka. Apa baik dan apa buruknya. Malas nak ambil kira. Saya masih terus melaungkan konsep luar biasa. ‘Perbezaan antara sesuatu yang biasa dengan sesuatu yang luar biasa ialah keluarbiasaannya.’ Keluarbiasaan itu adalah merupakan satu keistimewan. Pastinya keluarbiasaan yang ada di cawangan saya adalah hasil pengalaman saya sekian lama dalam SC. Semestinya bersama Guru Utama.

Banyak pihak tersenyum puas. Cawangan yang dulunya 'liar' telah tunduk menyembah bumi. Penghalangnya dikira cabut pergi. Aduh sakitnya. Mujur ada penenangnya. Manusia tidak sama. Pengalaman tidak sama. Kepentingan tidak sama. Cita-cita tidak sama. Falsafah hidup tidak sama. Ilmu tidak sma. Pastinya pengalaman pun tidak sama. Yang sama hanya anunya. Tapi itupun mungkin berbeza. Hanya Wali jantan penentunya. Tiada endingnya.

Sekian sahaja.

Posted by Guatamala at 1:04 AM

Offline

 

#19 2009-08-26 14:40:12

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Saturday, August 22, 2009

PENGALAMAN LAGI

Menyentuh soal pengalaman tentunya ramai yang mempunyai pengalaman tersendiri bersama Ustaz atau Pak Ak atau En Mat. Lain orang lain pengalamannya. Saya lebih banyak menceritakan pengalaman bersama dengan Ustaz. Daripada zaman tersebutlah saya mengenali SC dan mendapat ilmu secara khusus. Lagipun semuanya mengenengahkan pusaka Hanafi. Elok juga dibanyakkan penceritaan dalam zaman Ustaz Hanafi.

Tentulah pusaka Hanafi ini tidak terhad dalam gerak silat sahaja. Mungkin harta atau benda peninggalan Ustaz banyak yang tiada kerana gian terlelong tapi aspek-aspek lain patut ditonjolkan. Kalau ada geleri tentang Ustaz, alangkah baiknya. Tapi apakan daya. Lelongan lebih utama. Entah siapa punya idea. Saya memang menentangnya.

Mungkin penceritaan tentang pengalaman menimbulkan pelbagai implikasi. Nama pun cerita. Para pembaca pastinya pelbagai. Ada yang seronok membaca, ada yang mengambil iktibar daripada pembacaan dan ada yang meluat seolah-olah orang yang menulis ingin memunculkan diri. Gasaklah. Yang pentingnya saya ingin bercerita. Orang lain yang ada pengalaman, ceritakan pada orang lain. Kongsi pengalaman. Pengamalan itu kita sendiri yang tahu. Patut juga jangan asyik mengutuk atau mengkritik sahaja tanpa memberi apa-apa sumbangan.

Setahu saya hubungan rapat antara murid dengan Ustaz ada pelbagai jenis bergantung pada suasananya. Hubungan rapat dalam era Haji Sirat, dalam era Jalan Putera dan dalam era rumah Ustaz di Keramat tentunya tak sama.

Masa di Lorong Haji Sirat, nampak benar daifnya silat kita. Ahli yang berkeretapun amat kurang. Berjalan kaki ke UITM, ke Universiti Malaya dan kelas-kelas berdekatan untuk mengajar silat adalah perkara biasa. Ustaz tinggal sendirian di rumah itu. Banyak peristiwa berlaku. Banyak pengalaman yang saya ada. Ada antara pengalaman yang nak dicerita di ruangan ini tapi rasa-rasanya tak mungkin kesampaian maksudnya.

Masyarakat sekelilingpun di peringkat awal tidak senang dengan kehadiran kita. Di satu malam kedengaran macam bunyi dentuman. Saya tak boleh tidur. Ustaz mengerti. Itulah mainan dunia katanya. Di Lorong Haji Sirat-lah saya mendapat kebenaran tentang SC.

Di tempat itu juga saya mendapat pengalaman langsung tentang cabaran daripada seni bela diri lain ala siam dari pantai timur. Cabaran itu adalah ekoran daripada perayaan sepuluh tahun SC di Padang Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Persembahan SC ketika itu boleh dikatakan asing pada sesetengah masyarakat silat Melayu. Kita menunjukkan bagaimana SC mematikan gerak-gerak silat lain. Ramai yang geram dan tidak hairanlah apabila timbul cabaran daripada mereka yang benar-benar rasa tercabar. Selesai perayaan tersebut, saya bergegas ke rumah persatuan di Lorong Haji Sirat. Maklumlah seperti dikata, masa saya banyak di sana. Saya tak pasti tentang orang lain yang ada di situ. Yang pastinya ketika itu Ustaz memang ada dan Pak Wan juga. Bunyi dering telefon dan telefon diangkat oleh Pak Wan. Nampak Pak Wan berkata tegas. Kemudian ditekupnya telefon itu dengan tangan dan bersuara pada Ustaz yang ada di situ. Katanya, “Panggilan daripada Mat Apolo minta try.”
Ustaz tenang sahaja dan bersuara. Seingat saya, antara kata-kata Allahyarham, “Boleh!. Dapatkan permit dan kita buat di stadium. Syaratnya timbang mesti sama berat. Kalah menang berdasarkan patah, pengsan atau mati.” Begitu tegas suara yakin daripada Ustaz. Pak Wan pun tegas menyahut cabarannya. Tapi selepas itu tak dengar apa-apa berita pun.

Walaupun pertunjukan kita seolah-olah menafikan kehebatan silat lain, itu tidak bermakna kita bebas untuk merendah-rendahkan silat Melayu umumnya. Ada ikrarnya pada kita. Jangan mencaci silat Melayu yang lain. Pernah pada satu ketika saya mengulas tentang silat saya yang ada sebelum belajar SC. Saya canangkan kelemahannya. Orang lain suka. Ustaz senyum sahaja. Setelah selesai, orang mula tak ada, Ustaz memanggil saya. Katanya antara lain,”Kamu kenali silat, bukankah daripada silat itu. Kenapa kamu caci akan silat yang mula memberi ruang dan memperkenalkan kamu dengan silat Melayu.” Itulah antara lain kata-katanya. Saya terkedu. Kata-katanya saya tetap jadikan pengajaran yang tidak mudah untuk dilupakan.

Hubungan sesama ahli di Lorong itu amat rapat. Tambahan pula umur masih muda-muda. Kadang-kadang cara melawakpun tak tentu hala, walaupun ketika kami sedang dilatih Ustaz. Mainan ‘pas kentut’ pun ada. Yang lucu dan berani, apabila tiada orang yang nak dipaskan, perlahan-perlahan rapat dengan ustaz dan membuat sentuhan seolah-olah telah dipaskan kepadanya. Orang lain tersenyum saja. Saya tak tahu sama ada Ustaz perasan atau tidak. Tapi itulah salah satu mainan yang ada menunjukkan betapa akrabnya hubungan sesama kami. Tak ada riak akan jadi penderhaka. Banyak lagi pengalaman yang ada. Takut terpanjang tulisan ini pula.

Apabila berpindah ke Jalan Putera, standard kita terangkat sedikit. Tapi di peringkat awal, kekuatan persatuan tak banyak yang ada. Kerap kali juga mengajar silat di kelas UPM dan ITM Shah Alam hanya bermotor sahaja. Bila hujan lebat, apa nak di kata. Basah kuyup jawabnya. Teringat kisah saya di satu malam bersama-sama saudara Megat dan Pak Wan. Dalam perjalanan balik dengan motor, kami basah kuyup. Tak tahan dengan hujan yang lebat maka terpaksa berhenti di sebuah kedai. Restoran pulak tu. Terpandang makanan yang ada dalam kedai tersebut, lapar tiba-tiba datang. Duit sendiri tak berapa ada. Tapi malam itu kami ada memungut yuran daripada pelajar. Bertekadlah kami gunakan sikit daripada duit itu buat melegakan tekak dan perut yang keroncong. Bila sampai ke pejabat, kami berjumpa Ustaz. Perlahan-perlahan memberi penjelasan. Takut-takut pun ada. Tapi Ustaz tak ambil peduli dan tak ambil hati. Allahyarham tersenyum sahaja. Lega.

Di tempat itu, Ustaz tinggal dalam sebuah bilik. Banyak kenangan di situ. Mungkin di lain masa boleh cerita. Satu hal yang saya tak boleh lupa, di situlah Ustaz selalu bermain dengan cucunya. Kurus budaknya. Pandai bermesra seperti bapanya. Semua pihak menyenanginya seperti mana Ustaz menyenanginya. Bila Ustaz dah tak ada, ramai pulak yang tak senang dengannya. Itulah maianan dunia namanya.

Banyak kenangan di Jalan Putera. Sesetengahnya ada saya ceritakan dalam tulisan terdahulu. Ada masa saya akan ceritakan lagi tentang gelagat-gelagat ahli di situ.

Ketika Ustaz berpindah ke rumahnya sendiri, kebetulan ketika itu saya telah tamat pengajian di Kuala Lumpur dan balik ke kampung. Hubungan dengan Ustaz mulai renggang di peringkat pusat. Tapi ada ketika-ketika tertentu, Ustaz kerap singgah ke tempat saya. Cawangan silat belum dibuka. Pernah juga Ustaz berjumpa saya di tempat kerja. Apabila cawangan telah dibuka, kunjungan Ustaz lebih teratur dan hubungan Ustaz dengan ahli cawangan semakin mesra.

Bagaimana kita boleh mengukur hubungan rapat ahli-ahli lama dengan Ustaz. Saya rasa hanya masing-masing yang tahu. Kalau ada yang menceritakan hubungannya dengan Ustaz, itu tidak semestinya beliau lebih rapat daripada yang lain. Saya sendiripun tidak pernah membanding atau mengukur bentuk hubungan tersebut dengan orang lain. Saya hanya bercerita atas apa yang saya alami. Tapi sepanjang pemerhatian saya, Ustaz memang menghormati sangat beberapa individu tertentu di Bukit Mertajam yang mungkin sama angkatan dengannya. Tiga nama serangkai di sana sentiasa diutamakan. Merekapun pernah menjawat jawatan AJK Pusat. Hubungan rapat antara ahli dengan Ustaz pastinya berbeza ketika Ustaz berada di Lorong Haji Sirat, Jalan Putera dan di rumahnya Keramat.

Semasa zaman saya, ada yang menjadi rapat dengan Ustaz kerana tugas memandu kereta Ustaz ke merata tempat. Mungkin banyak juga perkara yang mereka tahu. Selain itu, ada yang Ustaz berhubung dengan mereka secara rasmi atas jawatan yang mereka pikul. Ustaz juga menghormati mereka atas anisiatif untuk mengembangkan SC. Mereka pun tak banyak karenahnya. Mungkin di akhir-akhir zaman Ustaz nampak sedikit besar kepalanya. Tapi ramai juga yang rapat dengan Ustaz kerana menumpang dengar cerita-cerita Ustaz sahaja.

Ustaz juga amat menghormati kalangan ahli yang ada bergelar doktor dan lawyer. Sampai sekarang mereka ada dalam MMT nampaknya. Dalam banyak majlis, mereka diletakkan di tempat kehormat. Tapi entah bagaimana kadang-kadang saya pun tak sangka. Penghormatan yang diterima dari Ustaz dulunya, macam buat-buat tak hairan. Kalau Ustaz dah tiada maka sepatutnya penghormatan itu perlu diberi pada keluarga. Lain pulak yang jadinya. Itulah bezanya antara ahli silat dengan ahli persatuan, agaknya. Ahli silat akan mementingkan adat dan adab manakala ahli persatuan akan menjadikan perlembagaan dan peraturan persatuan sebagai kitab dan rujukannya. Al-Quran pun boleh dialatkan. Buat pengesahan sementara. Apa punya pangsa.

Orang-orang yang melakukan pepecahan dalam SC adalah mereka yang pernah bersama dengan Ustaz. Sama-sama bersusah payah untuk menyebarkan SC di serata negara. Satu ketika dulu, hubungan sesama mereka sangat akrab. Ada antara mereka yang dibawa masuk mengenali SC adalah juga kerana desakan atau nasihat sesama mereka.

Apabila Ustaz telah tiada, pepecahan mula ketara. Tentu banyak alasan dan sebabnya. Ke manakah hala tuju mereka. Pada saya itu semua bergantung pada pengalaman yang ada bersama Ustaz. Sekurang-kurangnya untuk menghormati kawan, janganlah dihukum perbezaan pendapat tersebut. Pengalamannya berbeza. Pemikiranpun berbeza dan akhirnya kepentingannya pun turut berbeza. Ada yang Ustaz war-warkan kebolehan diri mereka dalam silat, akhirnya perasan sebagai pengganti Ustaz. Cuba berlagak menjadi Ustaz. Tapi akhirnya terpecat sebab lagaknya nampak sangat. Tapi ada yang berlagak diam-diam hanya melayan bisikan hati. Lagak itu akhirnya tiba. Tapi sayangnya ngaumannya tidak sekuat mana. Taringnya tumpul. Dah diikat tali rupanya.

Generasi baru yang berlagak sebagai pembela seperti Pak-Pak yang ada, pada saya hanyalah mengada-ngada. Tambahan lagi mereka yang tidak biasa bersua muka dengan Ustaz. Nak berlagak umpama pembela SC, nampak sangat hapraknya.

Apapun, segala-galanya menjadi kenangan sejarah. Dunia terus berputar. Apa yang berlaku tidak perlu ditoleh lagi. Buatlah apa yang patut. Tapi sejarah akan berulang kembali. Kalau tak sedar diri, apa yang dialami oleh orang yang terdahulu, pasti akan berulang kembali pada diri sendiri. Itu sebabnya selalu kita tekankan betapa pentingnya belajar daripada sejarah.

Sekian.

Posted by Guatamala at 6:51 PM

Offline

 

#20 2009-08-26 14:42:54

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, August 24, 2009

LAGI KISAH LALU

Saya selalu menggunakan istilah ahli silat dan ahli persatuan. Ini bukanlah perkara baru. Zaman Ustaz lagi perbezaan antara dua konsep istilah tersebut amat ketara. Tapi ramai ahli yang pandang sambil lewa. Saya ingin membawa satu contoh peristiwa. Selepas Pak W disingkirkan daripada persatuan sebagai Naib Presiden, beliau boleh terus berhubung dengan Ustaz. Hubungan sebagai ahli persatuan mungkin putus tetapi hubungannya sebagai ahli silat tetap tidak putus. Hubungan berdasarkan murid dan guru terus berjalan. Kerap kali beliau ke rumah Ustaz dan membincangkan sesuatu. Hubungannya dengan Ustaz dan Mak Teh tidak pernah putus. Malah semasa Ustaz berangkat ke Mekah, Pak W pun ikut sama. Daripada segi persatuan, beliau telah disingkirkan tapi dari segi hubungan silat, beliau masih diterima oleh Ustaz. Semua orang mengetahui hubungan tersebut.

Mungkin keadaan ini agak berbeza dengan zaman sekarang. Berlainan persatuan maka dianggap telah terputus segala-galanya. Pandanganpun menjadi sebelah mata. Padahal mereka semua adalah seguru di zaman Ustaz. Kecualilah guru ijazah sekarang ini yang pelbagai. Berlainan guru maka berlainanlah sikap dan pembawaanya. Kalau tidak lagi boleh sehaluan maka ada alasan kukuhnya.

Tersentuh kisah Pak W maka saya ingin mengkisahkannya pengalaman saya bersamanya. Sahabat saya tersebut adalah bekas askar dan menceburi SC lebih dahulu daripada saya. Ada syarikat latihan memandu. Peranannya tidak jelas hinggalah apabila beliau dilantik sebagai Naib Presiden, nampak kewibawaannya. Semasa di Lorong Haji Sirat, beliau adalah merupakan salah seorang yang selalu dikutuk kerana ‘sleng’ cakap Kelantannya. Pernah pada satu ketika dalam kelas silat, beliau naik sheikh kerana tak tahan akibat kutukan kawan. Beliau mengamuk dan menyerang orang hingga tak ketahuan. Tapi masing-masing cekap kaedah. Mudah benar amukan beliau dimatikan. Akhirnya sesama kami bermaaf-maafan.

Dalam AJK pusat, fikirannya selalu sehaluan dengan saya. Termasuk juga Brother J Black. Kami selalu bertentang pendapat dengan kumpulan satu lagi. Tapi seperti yang dikata, bertengkar dalam mesyuarat, hubungan tetap setia. Kami boleh pisah dan asingkan antara hubungan peribadi, hubungan persatuan dan hubungan persilatan. Suasana harmonis sentiasa ada.

Kadang-kadang sifat berani sahabat saya itu menyebabkan saya berasa takut berjalan dengannya. Apatah lagi makan bersama di gerai makan. Pantang orang lain merenung mukanya. Kerap kali akan disoal apa tujuan. Pernah satu ketika dia memotong sebuah motosikal. Penunggangnya membunyikan hon. Apa lagi, keretanya memintas motor tersebut dan terus keluar dari kereta meluru ke arah penunggang motosikal. Dicekaknya baju orang itu. Saya yang berada di sebelahnya berasa cemas dan kasihan pulak.

Kerana barannya juga menyebabkan beliau tersingkir daripada persatuan. Tidak baik saya menceritakan secara terperinci dalam ruangan ini. Yang pastinya, kelas-kelas yang dilawatinya amat digeruni oleh penuntut berkenaan. Saya satu kumpulan dengannya mengajar silat. Ketika mengajar, silap langkah maka para penuntut itu akan menerima padah. Ramai yang terkena penampar Pak W.

Tapi beliau rajin mengajar silat. Ada juga para jurulatih yang kaki ponteng ketika itu. Kami akan selalu cover. Hubungan sesama kami sangat mesra. Pernah berjalan kaki berkilometer bersama untuk mencari kedai motor bagi menampal tayar motor yang bocor.

Semasa kunjungannya di cawangan saya setelah saya membuka kelas, beliau pernah menguji kebolehan penuntut saya. Terdengar berita beliau membuat komen. Menurutnya manakan boleh terjadi anak buah yang saya didik begitu lemah sekali. Dakwaannya mencabar kewibawaan saya. Bukannya mudah untuk saya memberi atas apa yang saya dapat. Cakap-cakapnya menyebabkan saya menukar strategi. Penuntut silat yang saya didik perlu hebat sekali. Terbukti dalam ujian sijil rendah, mereka yang menguji membawa banyak buah tangan. Tapi ketika itu tidak ada perasaan syak wasangka dan rendah diri. Lagi hebat mereka yang diuji maka bermakna hebatlah pelajaran yang kita beri.

Gerak silat sahabat saya itu sangat mementingkan pukulan. Kalau diserang, biarlah apa jenis buah yang diambil. Kebiasaannya akan diikuti dengan ‘jab’ atau sepakan kaki kiri. Ramai yang terdiam setelah diserangnya. Begitu juga semasa mengambil buah jatuhan. Pukulan sangat diutamakan. Kira nak bagi patah. Buah-buah yang menyengkak siku pada rusuk menjadi popularitinya.

Setelah Ustaz meninggal dunia, perasaannya nak menjadi guru pasti ada. Yang pastinya pada pengamatan saya, beliau tidak mengiktiraf pelantikan Pak Ak. Terbitlah konsep sarung dan senjata atau kulit dan isi. Ketika itu konsep-konsep tersebut amat berleluasa. Semuanya untuk membuktikan bahawa kewibawaan Pak Ak tidak ke mana.

Satu malam di Jalan Putera, ketika saya berada di sana, saya dipanggil oleh seorang kenalan lama. Dengan keretanya saya dibawa ke satu tempat. Sampai di sana telah ada Pak D Panjang dan seorang yang taksub padanya yang bergelar dengan gelaran pangkal nama, sheikh. Saya kena tunggu sebentar. Kemudiannya muncul seorang yang nampak alim, berjubah sambil memegang tasbih. Itulah Pak W. Dalam perbualan kami, diceritakan tentang kekurangan yang ada pada guru utama ketika itu. Konsep kulit dan isi adalah mainan katanya. Ada strategi rupanya untuk mendapatkan jawatan guru. Saya hanya dengar sahaja. Cukup tempoh saya balik semula ke Jalan Putera. Peristiwa itu tak ramai yang saya cerita. Pak Ak kemudiannya tahu juga.

Tapi gerakan bawah tanah sahabat saya itu tidak cukup bahaya. Pengaruhnya tidak kuat langsung. Ancamannya umpama belalang di tengah padang. Bila-bila masa boleh diserkap. Pak Ak lebih curiga pada seorang lagi yang tak banyak bercakap. Juga ada ura-ura untuk berebut jawatan. Kerisauannya ada diceritakan pada saya. Banyak tindak tanduk penyengap itu yang amat mencurigakan. Tapi akhirnya dapat juga akan dia. Namun banyak yang tak tentu hala. Silat nak bawa ke mana. Ramai pulak si buta celik yang mengikutnya. Itulah akibatnya kalau tak erti bahasa. Tidak tahu asal usul semua. Kerana sesuatu kepentingan, jadi pak turut lebih rela. Apa jenis manusia cekak agaknya. Mana peraturan yang dipakai.

Sejauh mana ilmu yang ada pada Pak W tersebut. Sebenarnya pada masa-masa lalu, kita sukar mengukur berapa banyak ilmu yang kita dapat. Cuma yang pastinya siapa yang rapat dengan Ustaz pasti ada kelebihannya. Masing-masing pula cuba menyorok atas apa yang dia dapat. Tapi sahabat saya itu suka bercerita. Maka banyak yang saya tahu akan kebolehannya. Mana yang saya tak ada saya ‘jolok’ terus dari Ustaz. Kata mereka durian akan luruh dengan sendirinya. Mana boleh dijolok-jolok. Tapi itu durian kampung. Jolokan saya banyak yang luruh. Saya takut mengulas panjang dalam tulisan ini. Menulis tak sama dengan bercerita lisan. Takut salah tanggap.

Kini, sejarah kehebatannya dalam SC telah tenggelam. Ramai yang membuat kecaman atas masalah peribadinya. Macam-macam cerita mengenainya yang saya dengar. Semuanya memburuk-burukkan sifatnya. Entah apa yang mereka dapat. Tapi saya tetap tak ambil peduli. Beliau adalah seguru dengan saya. Masalah peribadinya adalah masalah peribadinya. Dia nak buat apa, dia nak makan apa, dia hendak ke mana, itu semua haknya bersuara dan bergerak. Tapi saya kenalnya melalui SC. Saya tetap menyangjunginya sebagai seorang sahabat. Sekurang-kurangnya sebagai rakan yang sama-sama bertungkus lumus menyebarkan SC di pemulaan gerakan kita. Kalaulah benar sifat peribadinya sedemikian rupa, apakah tergamak kita menghukumnya. Mencaci pula. Inilah budaya kita. Hinggakan guru sendiri juga menerima habanya. Siapalah kita untuk membuat demikian.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 1:08 AM

Offline

 

#21 2009-08-27 03:11:24

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 139
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Salam....

Bila baca blok Sepak Minang ni.....memang banyak mengimbas kembali kenangan kat Jalan Putera dulu....Tapi bukan kat Lorong Haji Sirat....

Ada banyak kisah lucu dan berbagai lagi dan kalau nak cerita semua tak habis.....tambah pulak layan abang Yang....kadang-kadang kena simpan juga bukan apa....cerita zaman jahiliyah.....arwah Ustaz pun geleng kepala.....tapi tu lah hakikatnya .....

Lorong Haji Sirat pada awalnya memang ramai orang lama yang banyak memberi dorongan dalam berbagai bentuk pertolongan demi menjayakan silat ini.....maka hasilnya.....anak orang-orang lama ni.....sebahagiannya masuk Universiti .....

Teringat satu kisah salah seorang anak orang lama ni menyoal Ustaz dalam satu seisi ceramah persilatan ..... soalan dia langsung tak relevan dengan silat.....namanya mula dari J....apabila memperkenalkan diri....

Ustaz ntah macam tau-tau aje....dan dia tak terus menjawab soalan itu.....tetapi menyoal kawan Wak Kiyai ni..." Hang anak siapa...? " Kawan Wak Kiyai terus menjawab  ...." Anak Pak H.... !!! ".  Lalu Ustaz mengeleng-gelengkan kepala....sambil tersenyum.....

Pak H....ni memang banyak jasa masa zaman Lorong Haji Sirat tu...dan kini anaknya pula muncul...

Maknanya awal tahun 80'an telah ada generasi kedua atau mungkin generasi ketiga yang telah menyokong SC ini....

Kini dah berapa generasi agaknya...

Tapi yang lucunya masa seisi tu....soalan pelik-pelik yang disoal kepada Ustaz...ntah jahiliyah sangat ke kita ni.....ataupun sebab status Ustaz maka anak murid soal luar dari tajuk silat....

1. Hukum tengok blue filem...
2. Budak perempuan tanya...kenapa perempuan tak boleh kahwin 4...
3. Budak perempuan tanya lagi ....Kalau lelaki kat syurga ada 40 bidadari ....yang perempuan macamana pulak....
4. Kenapa burung helang apabila menyambar makanan dari udara , kukunya mesti mencengkam....

Kan ke nyaya dibuatnya Ustaz....

Kami akan lagi rapat kepada Ustaz apabila menziarahi rumahnya di Keramat kerana tak ramai yang hadir lalu bolehlah banyak soal dan bertanya....

Yang wanita pulak biasanya akan layan Mak Teh masak air serta hidangan lainnya....dan masa minum....kami sembang ramai-ramai .....

Masa tu En. Mat akan duduk lebih kurang sama dengan kita orang......diam aje....sesekali menyampuk.....ada pulak member-member lain datang.....hantar lapuran tu dan ni.....kat Ustaz.....

Nak jadi cerita...masuk waktu asar.....Ustaz minta diri....

Hilang aje pandangan Ustaz sampai ke atas......ada pulak "mamat" ni....takeover the position of Ustaz.....slow and steady je dia duduk kerusi Ustaz.....tengok atas dulu ......line clear.....dia pun berkata dengan pelahan-lahan kat kita orang.....

"Aaaaaa......sekarang ni aku Ustaz....apa nak tanya....tanyalah ....." macam lagak Ustaz......

Biasalah kita sembang pasal kelas dan sebagainya.....sambil syok-syok sembang terdengar pulak suara dari dapur....suara Mak Teh....

" M..!!!  ..... hang buat apa tu....hang sembang apa kat depa....hang belagak jadi Ustaz pulak kaaa......? "


" Alamak ....mak aku tau...". kata  "mamat" ni. Dia pun jawab " Tak ada apa mak oiii....sembang biasa jaa..."

So....rakan-rakan cuba-cubalah teka.....walaupun tau tapi buat-buatlah tak tau....siapakah "si mamat" yang Wak Kiyai ceritakan ni....

Jawapannya.....


Salam....

Offline

 

#22 2009-08-29 04:57:31

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Wednesday, August 26, 2009

PENULISAN SEJARAH

Walaupun ada yang tidak senang dengan apa yang saya tulis, tetapi bak kata pepatah, “Tidak terkajang batu sepulau.” Saya menganggap penulisan ini merupakan satu sumbangan kepada jenerasi baru. Saya yakin satu masa akan datang ramai ahli dalam SC yang inginkan sejarah tentang SC walaupun berlainan guru. Sekurang-kurangnya saya telah memberi sumbangan. Banyak pengalaman dan pengorbanan saya dalam SC. Tak payah orang cakap, hanya saya sendiri tahu akannya.

Cuma tulisan saya berdasarkan kaedah IT. Tak banyak masa untuk membuat rujukan. IT bermakna ikut terlintas. Fikiran saya sering memanggil kenangan silam. Tergambar-gambar peristiwa lalu dalam fikiran. Mungkin itulah satu sifat orang yang telah lama berada di dunia. Apa yang saya gambarkan dalam fikiran elok juga dituliskan. Mungkin boleh jadi bahan sejarah. Bukan sekarang tapi berpuluh tahun akan datang. Setakat bersumberkan bahan lisan tanpa ada tulisan sudah tentu tidak memadai. Mudah lupa tanpa ada rujukan tetap.

SC dihubungkan dengan Ustaz Hanafi. Maka elok juga sejarah pemulaan perkembangan SC di zaman Ustaz Hanafi dikenang kembali. Sudah tentulah penulisan itu berdasarkan pengalaman penulis. Pengalaman bermakna apa yang dialami dan bukannya apa yang didengari. Saya suka menulis atas apa yang saya alami. Pengalaman ini berbeza-beza antara seorang murid dengan murid Ustaz yang lain. Banyak pengalaman yang terlalu peribadi. Itu sebabnya dalam konteks pengalaman, kita perlu bertukar-tukar pengalaman. Jangan mengulas panjang pengalaman orang lain. Tangisan dan kesedihan orang yang mengalami tak sama dengan tangisan dan kesedihan orang yang bersimpati.

Orang selalu juga persoalkan pegangan saya tentang kelainan guru yang ada dalam SC. Buat apa susah-susah mempersoalkan diri orang lain. Pada mereka yang mengenali saya atau berdasarkan tulisan saya, mereka boleh membuat kesimpulan sendiri. Saya kira, adalah jelas betapa saya pernah bersama-sama Ustaz dan rakan-rakan yang lain untuk membangunkan SC. Kadang kala saya rasakan banyak masa hidup saya telah saya korbankan untuk SC. Dan banyak masa muda saya sebagai pelajar, dihabiskan bersama-sama dengan Ustaz sebelum kaum keluarga Ustaz berhijrah ke Kuala Lumpur. Teman wanita pun lupa dicari. Bila saya berkahwin, ramai ahli terkejut dan keluar berita dalam “ Berita Cekak”. Terkejut semua. Sempat pulak mencari pasangan. Ada masa rupanya.

Saya berasa begitu bangga pada diri saya kerana tidak pernah mengubah sikap dan prinsip hidup dalam SC yang telah dipupuk oleh Ustaz. Mungkin tidak ada kepentingan yang saya hendak atau tidak ada kedudukan yang saya perlukan. Ramai rakan-rakan seperjuangan saya yang kecundang dalam mempertahankan prinsip silatnya. Rakan-rakan awal yang bersama-sama membangunkan SC di peringkat awal tapi masih bergiat dalam SC, masih ramai walaupun ketika ini berada dalam landasan yang berlainan. Lama atau baru dalam SC bukanlah juga menjadi ukuran kesetiaan kita terhadap perjuangan SC. Banyak cara mentafsir ahli lama atau baru. Lain orang maka lain pulak tafsirannya. Pada saya, ahli lama dirujuk pada mereka yang bergiat hebat sejak zaman Lorong Haji Sirat lagi. Tapi tak bolehlah dinafikan betapa yang baru akan menjadi lama dan yang lama akan menjadi bangka. Tak kisahlah akan tafsirannya.

Nama-nama Pak A, Pak N, Pak Kamarul, Pak Ak, Pak Jo dan Pak Jo Black, Pak K dan beberapa orang yang lain, tidak boleh saya lupakan. Guru Wawasan dikira lapis baru. Bila balik dari PP baru nampak perubahan dirinya. Lebih bersifat menguasai. Pak Lan dan Pak Li yang beria-ria sangat mempertahankan persatuan adalah merupakan lapis yang lagi baru. Pak Sop pun dikira baru dalam pergerakan kita tapi nampak lama. Pengetahuan agamanya menjadikan dia disanjung tinggi. Si bomoh dan loyar buruk kita dulu pun lapis baru. Mana ada pengalaman susah membangunkan SC. Kerana gelaran jawatan yang ada, mereka diberi penghormatan. Tapi akhirnya menganggap diri sebagai ahli persatuan. Terikat dengan peraturan dan undang-undang. Sebelah sana, Si Maidin memang ahli lama tapi ketika itu hanya berperanan membuat kopi dan membasuh pinggan mangkuk. Si Roslin memang lama tapi telah mengilangkan diri seketika. Di akhir-akhir zaman Ustaz baru muncul kembali. Pak Y memang cukup lama. Pengalamannya banyak sejak SC berhijrah ke Kuala Lumpur. Peristiwa Ustaz terperangkap dengan “JAH” dan “MAT” empat puluh satu tanyalah dia. Cuma ingatkan konsep pasir dan permata. Saya tahu akan peristiwa tersebut tapi tak bersama dengan Ustaz bagi menghadapinya. Itu sebab saya tak berminat untuk mengulas.

Oleh itu fitnah ke atas En Mat bukanlah perkara baru dalam perjuangan SC. Itu sebabnya juga orang lama-lama tetap tenang apabila En Mat terkena. Tapi macam mana pulak ada orang-orang lama yang menentang En Mat dan sanggup menyingkirkannya kerana kes yang sama. Saya tak nak menjawabnya. Tengok saja perkembangan yang telah berlaku. Apa kepentingan yang ada. Apa kepentingan yang telah mereka terpenuhi. Hinggakan Al-Quran sanggup dialatkan. Ada yang suruh sumpah dua kali. Tapi akhirnya berubah hati. Para pembaca boleh buat kesimpulan sendiri. Malas nak komen di ruangan ini. Pengikut yang berada dalam lapisan baru jangan diambil kira. Ramai yang anu. Dah anggap diri pejuang SC yang sejati. Diturunkan dari langit agaknya.

Pepecahan sesama kita dari dulu lagi ada kaitan dengan nama-nama besar yang saya nyatakan di atas. Masing-masing ada prinsip dan pegangannya. Di zaman Ustaz mereka ini bersatu hati tapi ketiadaan Ustaz menampakkan belang sebenar setiap diri.

Kadang-kadang saya cuba memahami kenapakah mereka ini boleh berpecah dan berubah hati. Banyak faktor yang boleh kita bincangkan. Tapi saya rasa manusia tetap inginkan penghargaan. Penghargaan merupakan satu motivasi. Tidak boleh kita nafikan betapa ramai ahli SC yang betul-betul menumpukan perhatian pada SC melebihi tumpuan pada kaum keluarganya. Pengorbanan mereka begitu banyak sekali. Tak kan dengan begitu mudah mereka diketepikan begitu sahaja. Seolah-olah pengorbanan mereka selama ini tidak langsung dihargai dan tidak langsung berfaedah pada mereka yang berkuasa. Setakat pingat mana boleh memadai.

Dalam alam persilatan, lagi lama kita berada dalam alam persilatan maka lagi hebat pengalaman dan ilmu pengetahuan kita. Pastinya orang akan lebih menghormati kita. Sebarang masalah yang wujud dalam gerak silat amat mudah diselesaikan. Syaratnya mesti turun ke padang – kelas silat. Tapi dalam persatuan, lagi lama kita memegang satu-satu jawatan maka berkemungkinan besar lagi lama orang membenci dan meluat akan kita. Pengaruh semakin kurang. Timbul saingan daripada generasi muda. Pemikiran mereka semakin mantap dan kecerdasan menjalankan tugas umpama penyapu baru. Daripada segi prinsipnya, orang ini patut berundur diri. Undurlah daripada memegang jawatan dalam persatuan kalau begitu lama.

Sebaliknya, barisan kepemimpinan SC bertindaklah dan bentuklah jawatan-jawatan besar dalam alam persilatan untuk mereka jika mereka berundur daripada persatuan silat. Dalam SC kita ada Lembaga Pelajaran dan Tatatertib dan Majlis Mesyuarat Tertinggi. Tapi dua lembaga itu mungkin tidak memadai bagi menampung bilangan mereka. Fikirkanlah apa lagi lembaga-lembaga yang boleh kita bentuk. Lembaga Adat ke, Lembaga Pendekar ke atau sebarang jenis lembaga lagi. Sekurang-kurangnya, mereka yang telah banyak berjasa dalam SC sejak zaman Ustaz lagi, diberi penghormatan dalam satu-satu jawatan persilatan dan masih ada kesinambungan aktiviti mereka dalam persilatan. Siapa saja guru yang terlantik, perlu menghargai jasa-jasa mereka. Libatkan mereka dalam semua aktiviti SC. Kalau kewangan mencukupi, sediakan elaun sara diri atau sekurang-kurangnya elaun perjalanan dan elaun makan setiap kali mereka terlibat dalam mesyuarat. Saja-saja sebagai penghargaan. Berapa duit sangat.

Ramai ahli sering nak tahu akan sikap saya. Yang tahupun kadang kala berasa curiga. Hinggakan tak berani menghubungi saya. Saya tidak pedulikan itu semua. Saya tidak ‘cari makan’ atau cari pengaruh melalui SC. Tindak tanduk saya adalah berdasarkan apa yang saya terima dan saya faham daripada Ustaz.

Pada satu ketika bersama dengannya, Ustaz berbicara kepada saya tentang jenis anak murid yang disenanginya. Intisarinya, bukan setakat Ustaz saja disanjung mulia tapi jangan lupa akan keluarganya. Ada satu lagi pesanannya kepada saya iaitu supaya sentiasa menghormati sahabat karib kenalan ayah kita. Saya aplikasikan konsep itu dalam kehidupan silat saya. Mana-mana anak muridnya yang Ustaz ‘muliakan’ maka saya tetap menghormati mereka walaupun Ustaz telah tiada. Teguran-teguran Ustaz terhadap mereka tidak boleh menjadi fakta supaya saya turut membenci mereka. Ustaz pernah komen pada saya tentang perasaan tidak senangnya terhadap beberapa individu tertentu dalam SC. Itu komennya dalam konteks pendidikan antara Guru dan Murid. Kenapa kita pulak membuat kesimpulan dan andaian.Guru lebih mengetahui apa yang dilakukannya. Samalah dengan apa yang dikomennya tentang diri saya pada orang lain. Bila orang itu memberitahunya kepada saya maka saya anggap itu merupakan satu nasihat guru kepada saya. Saya cuba memperbaikinya.

Banyak cara Ustaz membuat teguran sebagai bentuk pendidikan. Lebih baik cara itu daripada Ustaz membuat teguran secara langsung. Cuba tanya pada mereka yang pernah mengalaminya. Lagi hiba dibuatnya. Ramai yang terkejut beruk. Dan ramai juga yang cabut. Tapi tak kurang juga yang kaki cucuk.

Oleh itu nama-nama Pak Ak, Pak A, Pak N, Pak W, Pak J dan pelbagai nama lagi yang sama-sama menaikkan SC, tetap saya hormati. Mereka seguru dengan saya dan sama-sama menaikkan SC. Tiada masalah peribadi dengan saya. Semasa zaman Ustaz, mereka ini tidak bermasalah. Masalah hanya timbul selepas Ustaz meninggal dunia. Mereka telah membuat keputusan sendiri berdasarkan pandangan mereka yang ada. Tentu ada alasan kukuh berdasarkan ajaran yang mereka terima daripada Ustaz. Begitu juga dengan saya. Saya juga ada pandangan saya sendiri berdasarkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Ustaz. Fahaman kami semuanya seperdu. Tapi Tafsiran kami mungkin berbeza. Oleh itu mereka juga kena menghormati pendirian saya. Tapi lapis-lapis baru ramai pulak yang mengada-ngada. Apa nak buat. Pembela Sc rupanya. C besar jadi c kecil.

Sekian saja setakat ini.

Posted by Guatamala at 3:07 AM

Offline

 

#23 2009-08-29 04:59:07

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Thursday, August 27, 2009

SILAT OLAHRAGA

Pernah saya bincangkan konsep seni dengan konsep sukan. Kita berbangga atas dakwaan bahawa silat kita sebenar-benarnya silat yang berseni. Berbeza sangat dengan kebanyakan silat yang terkenal ketika itu yang bertaraf sukan. Ukuran ini meliputi kaedah mengambil buah dan bentuk-bentuk buah pukulan dan kuncian. Saya tidak akan membincangkan konsep tersebut secara terperinci dalam ruangan ini. Kalau berminat maka rujuklah tulisan saya yang terdahulu.

Apabila tertubuhnya PESAKA sebagai badan penyatu silat seluruh negara, silat Olahraga diperkenalkan. Semua silat boleh ditandingkan dalam satu disiplin yang khusus. SC yang merupakan salah satu silat yang menjadi keahlian PESAKA telah terpaksa melibatkan diri dalam kegiatan silat tersebut. Ustaz telah merestuinya. Beberapa tenaga pengajar SC telah diberi kursus pada tahap pemulaan. Oleh sebab organisasi SC lebih kukuh dan tersusun, maka tanggungjawab merealisasikan hasrat Pesaka telah diberatkan kepada kita. Kita mempunyai ramai cerdik pandai dan pemikir yang berkebolehan untuk menjalankan apa saja aktiviti berdasarkan silat.

Sejarah penglibatan saya dalam Silat Olahraga (SO) bermula pada awal tahun 1984 apabila saya dihantar berkursus oleh Jabatan Kebudayaan Negeri di negeri Johor. Jurulatihnya adalah daripada Indonesia. Seingat saya hampir dua minggu saya berada di sana. Pelajaran yang saya terima, kemudiannya saya kembangkan dalam negeri saya. Di bawah Majlis Mesyuarat Negeri, saya sendiri menganjurkan kursus-kursus bagi melahirkan Wasit, Juri dan Seketariat pertandingan. Oleh sebab dalam negeri sendiri SC merupakan organisasi yang kukuh maka tanggungjawab melaksanakan hasrat jabatan tersebut juga diserahkan kepada SC. Begitu tinggi pengharapan yang diberi kepada kami.

Puncak kejohanan SO peringkat kebangsaan yang sunggu hebat ialah pada tahun 1984 juga. Semua negeri menyertainya. Sudah semestinya daripada negeri saya, SC-lah peneraju utama. Kelas yang tidak diwakili oleh SC kerana tiada ahli yang seberat demikian rupa. Di peringkat pusat, SC, Gayung, Lincah dan Gayung Fatani menjadi pesaing utama.

Saya dilantik sebagai ketua Pertandingan dalam satu gelanggang. Saingan hebat SC ialah Lincah. Tambahan pula kita ada kenangan sejarah dengan mereka.Terdapat beberapa peristiwa yang mengundang kenangan pada saya pada tahun pertandingan SO tersebut.

Kedudukan saya sebagai ahli SC tidak diketahui oleh penganjur SO. Mereka menganggap saya daripada pesilat negeri. Ketika majlis timbang dan undian, saya menjadi salah seorang pegawai tekniknya. Semasa undian, silat-silat yang terpaksa bertemu dengan SC akan mengeluh sendirian terutama daripada persilatan Gayung, Gayung Fatani dan Lincah. Saya hanya tersenyum puas. Rupa-rupanya SC sangat digeruni. Mereka tahu akan penangan silat yang bersifat ringkas. Tapi senyuman dalam hati. Takut dikatakan berat sebelah.

Sepanjang pertandingan sudah semestinya SC menjadi fokas utama. Wasit dan Juri daripada persilatan lain ramai yang anti dengan kita. Banyak keputusan yang tidak menyelebelahi pihak kita walaupun ketara sangat kelebihan kita. Pada satu ketika Ustaz sudah memakai jaket sahaja. Sanggup menghadapi kemungkinan yang ada. Tapi syukur, kita masih lagi banyak bersabar.

Saya juga terlibat dalam satu keputusan yang kontroversi. Gelanggang yang saya awasi sedang berlangsung pertandingan antara pesilat SC dengan Lincah. Ketika itu gelanggang bersebelahan sedang berlangsung pertandingan antara ahli cawangan saya yang mewakili negeri dengan pesilat daripada Gayung Fatani. Banyak sangat markah pesilat saya yang dipotong kerana melanggar peraturan. Teruk pesilat dari Gayung Fatani dibelasah oleh penuntut saya yang sememangnya terkenal sifat beraninya. Sayangnya beliau tidak ikut peraturan SO. Ketika fikiran saya tertarik pada gelanggang yang lain, gelanggang sendiri menerima padahnya. Ketika pengisytiharan pemenang, saya mengisytiharkan sudut yang salah sebagai pemenang. Sudut itu adalah pesilat Lincah. Bila diketahui kesilapan, secara sepontan saya ubah keputusan setelah menyatakan kesilapan. Sudut yang satu lagi diisytiharkan menang. Apa lagi. Geram sungguh puak-puak Lincah. Apabila mereka tahu yang saya juga adalah ahli SC maka kemarahan mereka semakin ketara. Saya dikatakan cuba mengaibkan mereka. Guru mereka OD memberi salam kepada saya.

Ketika itu sikitpun hati tak terasa apa. Ustaz pun ada. Selesai pertandingan ada kalangan mereka cuba mengikuti saya dengan kereta. Geng kami daripada SC cawangan negeripun ramai. Di Kuala Lumpur, kami bermalam di Jalan Putera. Tak berani pulak kereta mereka mengekori kami apabila ternampak rumah persatuan.

Esoknya majlis bersambung. Hati sungguh yakin. Azimatnya telah ada dalam poket saya. Hasil petua daripada Ustaz. Serbuk rempah azimatnya. Boleh diguna secara tiupkan rempah tersebut pada muka mereka. Kemudian bertindaklah dengan sepatutnya. Petua yang simple tapi menyakinkan saya. Akhirnya petua tersebut menjadi sesuatu yang melucukan dalam kenangan hidup saya.

Dalam pertandingan SO, sebelum berentap dalam gelanggang setiap pesilat perlu menunjukkan tarian. SC tidak ada tarian tapi dimestikan menunjukkan gerak tari. Oleh itu petua gerak tarian diberi oleh Ustaz berdasarkan gerak kaedah yang empat dan diakhiri dengan doa. Petua ini bukan perkara baru bagi saya. Ustaz pernah tunjukkan tapi dalam konteks yang berlainan. Dalam zaman Pak Ak, gerak itu dikenali sebagai Gerak Hanafi. Siapa yang beri nama saya tak pasti. Saya tidak ada di sana. Tapi saya berkeyakinan bahawa gerak itu telah diubah suai oleh Maidin. Ketika mengakhiri gerak dengan kaedah doa, sambil duduk tangan tangan dan kiri digoyang-goyangkan ke depan dan ke belakang. Pada saya nampak pelik sangat. Macam meraba bahagian belakang tapi pakai dua tangan.

Seingat saya tahun 1984 adalah merupakan pengakhir tahun penglibatan SC dalam pertandingan SO di peringkat pusat. Di peringkat negeri saya, SC terus mengambil bahagian. Arahan menarik diri tak pernah saya terima.

Walau bagaimanapun penglibatan kita dalam SO telah melahirkan Gerak Hanafi. Dalam setiap persembahan kita, Gerak tersebut cuba dimasukkan. Tapi gerak itu tidak popular di tempat saya. Pertamanya asal usulnya bersabit SO dan keduanya dipopularkan oleh Maidin dengan gerak pelik doanya. Saya mengharamkan gerak tersebut di kalangan penuntut saya dengan alasan itu bukannya Gerak Hanafi tapi Gerak Maidin.

Terkenang akan peranan saya sebagai Setiausaha Majlis Silat Negeri. Kedudukan ini telah menjadikan SC cawangan saya semakin terkenal. Terkenal kerana pengurusan organisasi kami yang kukuh. Semua akitiviti berbentuk kursus atau pertandingan atau sebagainya, ahli-ahli SC yang memainkan peranan. Kami bersatu hati di bawah satu kepimpinan. Walaupun banyak tok guru silat sebagai ahlinya tapi pengetahuan mengerakkan organisasi amat kurang dan tiada keupayaan.

Apabila Majlis Mesyuarat Negeri makin mantap ramai tokoh-tokoh silat yang amat berminat. Ketika itu penolong saya adalah daripada silat yang lain. Saya latihnya dengan sepenuh hati. Malangnya ada usahanya untuk menjatuhkan saya. Apabila saya ketahuinya maka dengan rela hati saya mengundur diri. Malangnya selepas pengunduran saya Majlis Silat Negeri telah menjadi tak tentu hala. Namapun berubah kepada Pesaka Negeri. Itulah akibatnya jika bekerja atas kepentingan tertentu.

Beberapa tahun kemudian datang satu rombongan berjumpa saya. Ingin memujuk supaya saya menyertainya semula. Maka kata saya, “Kalau saya meludah tak akan saya jilat balik.” Kecewa mereka. Hingga sekarang jadilah organisasi itu yang tidak berjiwa. Dah jadi tak tentu hala. Semuanya kerana kepentingan diri. Hilang keikhlasan bekerja.

Tapi ada yang kata menjilat air yang diludah sungguh enak sekali. Kata-kata bestari daripada golongan satu lagi. Mereka yang mencubanya.

Sekian dulu setakat ini.

Posted by Guatamala at 1:03 AM

Offline

 

#24 2009-08-30 05:07:18

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 139
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Salam.....

Wak Kiyai tak berpeluang menyertai Silat Olahraga kerana seingat-ingat Wak Kiyai .....Silat Cekak hanya menyertai Silat Olahraga ni hanya 2 tahun sahaja.  Tetapi hanya berpeluang melihat video pertandingan itu pada tahun 86 semasa melawat rumah penyelia Wak.

Dengar cerita Silat Cekak tarik diri kerana Silat Olahraga ni tidak menyebelahi kita dalam konteks pemberian markah. Walaupun begitu jika dilihat dari sudut pertarungan memanglah peratusan markah sepatutnya menyebelahi Silat Cekak. Dah memang lumrah, pertandingan ini mudah membawa kepada kontrovesi hatta diperingkat Olimpik pun masih banyak pertikaian yang ditimbulkan.

Naik tergelak pun ada jika melihat video pertandingan Silat Olahraga ni apabila  wakil Silat Cekak melawan wakil silat lain. Brother Lan....aku tak boleh lupa....Datuk M...dan abang Fauzi....yang lain Wak tak berapa ingat....maklumlah sambil tengok video sambil makan dan berbual....

Walaupun begitu Wak Kiyai pernah menjadi tenaga urusetia pada peringkat negeri tahun 1987. Waktu tu Silat Cekak hanya menyumbangkan tenaga kerja sahaja maklumlah bernaung dibawah PESAKA.

Dan pada tahun 1987 jugalah telah diadakan Silat Olahraga Sedunia yang bertempat  di Stadium Negara. Minat punya pasal....hari-hari Wak pergi dari pagi hinggalah larut malam. Silat Cekak ada membuat pertunjukan disamping silat-silat yang lain pada hari akhir pertandingan.

Wak teringat abang Yang menjadi juri bagi kategori pertempuran bersenjata berkumpulan. Biasalah abang Yang....lepas pertandingan lepak dengan kita orang dan bersembang.....

Dia cerita pasal pasukan dari Indonesia....."Dah namanya senjata.....senjatalah....parang ke...pedang ke...keris ke....ini payung.... pening aku dibuatnya..." kata abang Yang. " Abis tu ....macamana nak bagi markah"  tanya Wak ...." Disqualified lah....tak tau baca undang-undang ke.... "  Sambil berjalan balik ke tempat wasit dan juri dengan mengeleng-gelengkan kepalanya....

Dah memang betul pun...pasukan lain pakai senjata yang biasa disebut senjata untuk bertempur....alih-alih pasukan Indonesia pakai payung...nak tergelak pun ada....confuse pun ada....

Dalam pada itu ada juga cerita yang tak bagus....kot-kot dah gian nak bertanding ke....ataupun nak tunjuk smart....Wak Kiyai pun tak tau la....betul ke tidak ....Wak Kiyai kurang pasti.....tapi cerita ni heboh la kat rumah Jalan Putera....masa tu Wak Kiyai pun ada.....

Ada pulak member kita yang beri tau petua gerak pada salah seorang pesilat Malaysia yang masuk bertanding peringkat akhir...memang Wak dah perhati perserta ni dari awal lagi....lain macam gerak langkahnya...."Aii...lain macam aje..ada apa-apa ke dia ni ?"....." Kalau betul le....macamana boleh bocor rahsia ni kat orang lain"...kata Wak dalam hati.....

Rupa-rupanya bukan Wak Kiyai seorang aje yang perasan.....geng-geng lain juga serupa....bila aje cerita ni timbul....masing-masinglah buat pengakuan akan terasa dan terhidunya kejanggalan pada pesilat itu.....

Sebab keadaan pada hari pertandingan dari peringkat awal hingga akhir akan tertumpu pada pesilat Malaysia walaupun bukan ahli Silat Cekak yang bertanding.....maklumlah 1 Malaysia le katakan.....

Jadi antara ribuan mata yang melihat.....termasuklah ahli-ahli Silat Cekak .....daripada gerak yang ditunjukkan.....macam biaso den lihat dan praktis....

Dan nak jadi cerita pulak....pesilat itu bukan sahaja menang emas malahan dapat gelaran persilat terbaik kejohanan....

Lama juga cerita ni kecoh kat rumah persatuan .....dan tau orang yang menyampaikan maklumat gerak ni.....lama-lama ramailah ahli pandang sebelah mata kat dia....tak berapa lama lepas tu.....lenyaplah sigerangan ni kat rumah persatuan dan sejauh mata Wak Kiyai memandang....dia tak ujud lagi di senario Silat Cekak.....

So moral of the story....petua gerak bukan mudah nak dapat......yang senang-senang bagi kat bukan ahli tu kenapa.....???

Salam.....

Offline

 

#25 2009-09-02 02:07:25

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 174
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: Kemas-kini Blog Sepak Minang

Monday, August 31, 2009

BAJAI ILMU YANG ADA

Setiap perbuatan itu bergantung pada niat dan kesempatan. Ada niat dan ada kesempatan maka jadilah apa yang dihajati. Ada niat tapi kesempatan tidak ada, perbuatan tersebut tidak akan berlaku. Begitu juga sebaliknya. Jika ada kesempatan tapi tidak ada niat maka perbuatan itu juga tidak akan berlaku.

Dalam konteks penulisan mahupun lisan, di samping niat dan kesempatan, terdapat satu faktor lagi iaitu idea atau apa yang ingin ditulis atau diucapkan. Idea ini tidak boleh dipaksa-paksa. Idea perlu datang dengan sendirinya. Makamnya sama dengan konsep ilham.

Bila ilham datang, penulisan atau pertuturan akan turut lancar tanpa boleh ditahan-tahan. Itu sebabnya kadang kala saya rajin menulis dan ada kalanya penulisan saya amat berkala. Semuanya bergantung pada idea atau ilham yang tidak boleh dipaksa-paksa kedatangannya.

Dalam zaman Ustaz, ada juga pertanyaan anak muridnya tidak dapat dilayan secara spontan pada satu-satu ketika. Kadang kala Ustaz hendak bercakap tapi semacam ada satu halangan pada dirinya. Hal yang demikian telah membantutkan kelancarannya daripada bercakap. Jawapan kepada persoalan tersebut akan ditangguhkan kepada satu masa yang lain.

Jika sememangnya Ustaz berniat untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang sesuai dan ilhamnya datang, maka pertuturannya akan berjalan lancar. Semua jawapan kepada persoalan akan dijawab secara spontan. Kaedah memberi jawapan adalah pelbagai. Jika persoalan tersebut berat maka Ustaz akan mengenakan songkok sebelum berlisan bagi menjawabnya.

Ketika usia saya sebegini maka banyak perkara yang saya baru mengerti akan sifat dan tingkah laku Ustaz tempoh masa yang lalu. Tapi kesempatan saya untuk berlisan agak terhad sangat ketika ini. Mereka yang ingin bertanya pun telah banyak yang pandai dan telah menguasai hingga tak kisah untuk menghilangkan diri. Takut terpengaruh atau dipengaruhi. Harga diri.

Dalam zaman Ustaz, ada juga anak muridnya yang menghilangkan diri. Banyak faktor yang menjadikan mereka sedemikian. Ada juga antara mereka yang berasa seolah-olah pelajaran yang ada, cukup buat diri dan tidak perlu ditambah lagi. Dengan ilmu yang ada mereka yakin boleh meneruskan perjuangan dalam konteks kepentingan diri sendiri.

Pada kebanyakan ahli ketika itu, menghilangkan diri tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada ahli silat yang lain. Apatah lagi kepada guru. Kita menganggap habuan mereka telah terhenti. Kita lebih banyak bersimpati. Dalam konteks silat, mereka itu tak akan dapat pergi sejauh mana. Ilmu yang ada telah dihilangkan puncanya dan akhirnya ilmu itu akan layu begitu saja. Hal ini demikian bukan kerana ilmu itu ditarik oleh guru.

Ilmu bukannya tali yang boleh ditarik-tarik. Tapi layu kerana tidak dijurusi selalu. Mereka lupa tentang faktor menyuburi dan membajai ilmu. Orang yang boleh membajanya adalah orang yang menjadi punca ilmu itu diperoleh. Orang itulah juga yang sentiasa menjiwai ilmu tersebut. Jika dibiarkan berterusan, akan jadilah mereka yang menjauhi orang yang menjadi punca ilmu itu umpama manusia yang bodoh sombong sepanjang masa dan sepanjang hayatnya.

Itu sebabnya kita selalu disarankan supaya mempunyai konteks antara guru dan murid. Konteks ini akan mencetuskan ‘spark’ atau percikan yang boleh menyemarakkan ilmu yang sedia ada. Kalau bersilat, bertambah hebat silatnya. Dari sudut kefahaman, maka lagi mantap kefahamannya.

Oleh itu dapat kita katakan bahawa membajai ilmu yang ada samalah konsepnya dengan menyuburkan, menyemarakkan dan memantapkan ilmu tersebut. Jika ilmu yang ada tidak disuburkan dari masa ke masa, maka ilmu yang ada semakin malap dan tumpul. Ilham yang utama pasti tak kunjung tiba.

Kalau senjata keris umpamanya, keris itu perlu disepuh bagi menghalangnya berkarat. Alat menyepuhnya adalah pelbagai. Biasanya air kelapa dan batang pisang sebagai pilihan utama. Kata tok guru, pada manusia, hati yang berkarat boleh dicuci dengan cara banyak bersedekah dan berpuasa.

Bagaimana pula dengan ilmu yang ada. Ilmu ini akan terus berkembang dan terus mantap apabila dibajai seterusnya oleh orang yang menjadi punca kepada ilmu tersebut. Dalam konteks silat, maka ilmu itu akan terus berkesan sama ada pada gerak fizikalnya atau pada fahaman falsafah, konsep dan prinsip silat itu sendiri jika terus mendampingi orang yang menjadi punca ilmu itu diperoleh.

Itu sebabnya hubungan yang erat antara guru dan murid tidak boleh diputuskan begitu saja. Walaupun kita menyangka bahawa hubungan ini boleh dilanjutkan dengan guru yang lain, tetapi hakikatnya tetap tidak sama. Keserasiannya adalah berbeza. Maka kemasinannya juga turut berbeza.

Ada yang mendakwa bahawa apabila kita menjauhkan diri daripada guru maka ilmu yang ada pada kita akan ditarik oleh guru tersebut. Kita tak akan mempunyai apa-apa lagi. Itulah pandangan kebanyakan orang yang tidak menggunakan pemikiran yang sihat. Mereka ini terpengaruh dengan sifat amarah.

Kenyataan mereka semata-mata bagi menakutkan ahli yang lain. Ilmu bukannya benda yang boleh diberi dan diambil dengan sewenang-wenangnya. Tetapi banyak faktor psikologi yang menyebabkan ilmu ini terus malap pada mereka yang telah menjauhi punca ilmu dimiliki. Paling malang apabila ilmu tersebut umpama pokok yang sangat layu. Hidup segan mati tak mahu.

Daripada satu segi, apabila kita membenci guru atau menjauhi punca ilmu itu maka semestinya ilmu tersebut hilang keberkatannya. Hal ini demikian kerana apabila kita membenci guru tersebut secara langsung maka kita juga akan membenci sesuatu yang berkaitan dengannya.

Ilmu yang diberi oleh guru berkenaan akan ditinggalkan tanpa dipraktikkan secara berterusan. Semakin lama, semakin terhakis ilmu tersebut dalam pemikirannya. Akhirnya ilmu itu akan hilang langsung daripada penguasaannya. Maka bukanlah ilmu itu ditarik balik tapi ilmu itu sendiri yang telah hilang dan terhakis secara perlahan-lahan.

Daripada segi yang lain, ilmu yang dimiliki perlu dibajai dan disuburkan. Persoalan tetap akan timbul dari masa ke masa berkaitan dengan sebarang ilmu yang kita miliki. Jika ego menguasai perasaan maka persoalan tersebut akan cuba dihuraikan atas tahap yang ada.

Tapi ini pasti tidak akan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Ilmu yang ada tidak akan berkembang dan berada dalam tahap yang sama. Lama-kelamaan ilmu itu juga akan menjadi layu dan tidak berkesan. Akibatnya ilmu itu juga akan terkarat perlahan-lahan.

Ada juga antara mereka yang menolak terus akan ilmu yang telah diberi oleh bekas gurunya. Dia akan mencari guru yang baru. Ilmu baru yang diperolehnya akan menggantikan ilmu yang asal dari masa ke masa.

Secara langsung maka ilmu asalnya akan lenyap begitu sahaja tanpa perlu ditarik-tarik oleh mantan gurunya. Itu sebabnya kita selalu disarankan supaya sentiasa mendampingi guru kita. Ilmu ini perlu disubur dan dibajai. Konsep guru adalah luas.

Sebarang ilmu yang kita peroleh dari mereka maka itulah guru kita. Jangan pencilkan mereka. Kelak akan menyebabkan punca ilmu daripada mereka akan malap sikit demi sikit. Ketajamannya akan semakin tumpul, kesegarannya akan semakin layu dan kemasinannya akan semakin tawar.

Kepada generasi baru kumpulan sana, berhati-hatilah dengan penguasaan ilmu SC yang ada. Ingat kembali akan punca ilmu itu diperoleh. Konsep berterima kasih juga patut ada. Hatta Jurulatih yang menjadi punca ilmu itu diperoleh, juga patut diambil kira. Itu juga ingatan yang selalu diberi oleh Ustaz kepada saya.

Ilmu yang ada perlu sentiasa disuburi dan dibajai supaya ilmu tersebut terus bersemarak dan mantap. Kita takut dengan situasi yang ada sekarang. Ramai antara kita yang lebih mementingkan penglibatan dan tumpuan dalam persatuan hingga lupa akan penguasaan diri dalam silat.

Oleh sebab pentingkan persatuan, kita lebih banyak tertawa dek jawatan yang ada. Ilmu SC yang ada telah lupa dijurus dengan air dan dibajai dengan pelbagai jenis vitamin, protein dan sebagainya. Jadilah mereka sebagai manusia bodoh sombong dan berperasan hebat dalam SC. Hakikatnya mereka akan kehilangan ilham dan kelancaran lisan berilmukan SC. Kalau adapun nampak sangat kelatnya.

Sekian setakat ini.

Posted by Guatamala at 4:32 PM

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads