Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-01-20 15:32:45

srijatimas
Member
RankingRanking
Registered: 2009-01-06
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

SEJARAH NAGARA KEDAH

Assalamualikum..
kepada anda.. ketahuilah bahawasanya kita telah .... http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


Produk Sri Jatimas: http://srijatimas.blogspot.com/
Rawatan Bekam: http://bekamsrijatimas.blogspot.com/
Produk Penjagaan Kenderaan i-CHARGE: http://i-charge.myfzbiz.com/default.asp?x=izuan
Peluang Terbuka kepada anda, hanya KLIK DI SINI http://www.dapatwang.com/?id=srijatimas

Offline

 

#2 2009-01-21 00:15:28

siranep
Member
RankingRankingRankingRanking
Japan
From: Yokohama City
Registered: 2008-11-26
Posts: 112
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Website  Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Agak tekojot baca coz salah satu kota yg disebut dlm bloq tu tempat main masa kecik2 dulu...n pernah jumpa tengkorak xtau sapa punya, rasanya tu la kot tengkorak geng2 cina yg kna makan dek raja bersiong tu kot...n sejarah istana tu masih konfius..Org setempat pangil istana raja bersiong, tp dlm sejarah kedah tulih istana bukit pinang-istana tempat tunku tajuddin lepak...Padahal istana tu btol2 duk kat kaki bukit tinggi bukan bukit pinang. n istana tu xdak sapa peduli.. patot2 kerajan kedah jaga n pelihara kawasan tu. agak setuju ngan penulis blog tu yg mangatakan sejarah dlm buku teks skang cerita yg tergantung.

Offline

 

#3 2009-01-21 10:40:30

srijatimas
Member
RankingRanking
Registered: 2009-01-06
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

kerajaan negeri kedah sekarang perlu ambik tindakan yg serius dalam menjaga warisan sejaran kedah.. sama2 kita hebahkan blog ini kepada kawan2 kita di kedah.. dan klu dapat kepada kakitangan  kerajaan di kedah.. sama2 kita beri sokongan...
memperbetulkan kembali peristiwa sejarah kedah...

<Marilah kita semua balik kepada Amanat Rasulullah SAW:-

“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein - serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali -kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

“ Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi’ bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

“ …Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku.” (hadith Al-Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA) >


Produk Sri Jatimas: http://srijatimas.blogspot.com/
Rawatan Bekam: http://bekamsrijatimas.blogspot.com/
Produk Penjagaan Kenderaan i-CHARGE: http://i-charge.myfzbiz.com/default.asp?x=izuan
Peluang Terbuka kepada anda, hanya KLIK DI SINI http://www.dapatwang.com/?id=srijatimas

Offline

 

#4 2009-01-21 12:38:28

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

srijatimas wrote:

<Marilah kita semua balik kepada Amanat Rasulullah SAW:-

“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein - serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali -kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

“ Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi’ bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

“ …Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku.” (hadith Al-Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA) >

TERIMA KASIH srijatimas,peringatan yg amat berguna.sedar tak sedar salah satu amanat yg sering diingatkan melalui latihan setiap minggu.wAllahu'alam..smiley-wink


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#5 2009-01-21 16:44:28

siranep
Member
RankingRankingRankingRanking
Japan
From: Yokohama City
Registered: 2008-11-26
Posts: 112
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Website  Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Arini g keje dengan kepala pening2 lalat lpas baca bloq berkenaan.. smiley-ohmysmiley-ph34rsmiley-angel

Offline

 

#6 2009-02-17 18:07:59

srijatimas
Member
RankingRanking
Registered: 2009-01-06
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

awat pening nya....


Produk Sri Jatimas: http://srijatimas.blogspot.com/
Rawatan Bekam: http://bekamsrijatimas.blogspot.com/
Produk Penjagaan Kenderaan i-CHARGE: http://i-charge.myfzbiz.com/default.asp?x=izuan
Peluang Terbuka kepada anda, hanya KLIK DI SINI http://www.dapatwang.com/?id=srijatimas

Offline

 

#7 2009-02-17 18:18:56

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

uiks.. makin ramai berminat dengan Negara Kedah (dalam english Quedah) ni..
meh la join perbincangan pasal topik ni di kelas latihan Serdang.. setiap Selasa n Jumaat malam...smiley-smile

Offline

 

#8 2009-02-17 18:57:01

Undertaker
Member
RankingRanking
Malaysia
From: Kedah
Registered: 2009-01-21
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

mded wrote:

uiks.. makin ramai berminat dengan Negara Kedah (dalam english Quedah) ni..
meh la join perbincangan pasal topik ni di kelas latihan Serdang.. setiap Selasa n Jumaat malam...smiley-smile

Ataupun di Pusat Latihan Alor Setar, No 129, Jalan Fajar Off Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Kelas diadakan pada Selasa malam Rabu dan Khamis malam Jumaat jam 9:30 hingga 11:30 malam.

Selepas kelas berakhir boleh lanjutkan perbincangan ilmiah di Restoran Yasmeen ataupun Pokok Ceri yang berhampiran.


Baik... Baik ada makna tu...

Offline

 

#9 2009-02-18 00:38:51

mohamadfaiz
Moderator
RankingRanking
Registered: 2009-01-29
Posts: 17
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Undertaker wrote:

mded wrote:

uiks.. makin ramai berminat dengan Negara Kedah (dalam english Quedah) ni..
meh la join perbincangan pasal topik ni di kelas latihan Serdang.. setiap Selasa n Jumaat malam...smiley-smile

Ataupun di Pusat Latihan Alor Setar, No 129, Jalan Fajar Off Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Kelas diadakan pada Selasa malam Rabu dan Khamis malam Jumaat jam 9:30 hingga 11:30 malam.

Selepas kelas berakhir boleh lanjutkan perbincangan ilmiah di Restoran Yasmeen ataupun Pokok Ceri yang berhampiran.

tuan nak belanja ka, saya boleh aja smiley-clapping

Offline

 

#10 2009-02-18 11:02:02

siranep
Member
RankingRankingRankingRanking
Japan
From: Yokohama City
Registered: 2008-11-26
Posts: 112
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Website  Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

srijatimas wrote:

awat pening nya....

lain benor sejarah yg di ketahui umum berbanding dngan sejarh yg diceritakan blog berkenaan. Tp yg bestnya dia tunjuk bukti2 yg menyakinkan n agak kukuh...

Offline

 

#11 2009-02-18 14:05:41

Undertaker
Member
RankingRanking
Malaysia
From: Kedah
Registered: 2009-01-21
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

mohamadfaiz wrote:

tuan nak belanja ka, saya boleh aja smiley-clapping

Tuan moderator le yang belanja, saya belum dapat marketing fee lagi. Masih berusaha dapatkan kontrak.


Baik... Baik ada makna tu...

Offline

 

#12 2009-02-23 21:07:22

mohamadfaiz
Moderator
RankingRanking
Registered: 2009-01-29
Posts: 17
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Semoga cepat dapat marketing fee. Amin smiley-smile

Offline

 

#13 2009-02-24 16:37:09

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Sambungan Kisah Sejarah Siam Islam Ayuthia... (kemudiannya seolah dihilangkan dari sejarah)

http://1.bp.blogspot.com/_ZuDWHxo62Bw/SZy-HVWBDFI/AAAAAAAAAxg/JUkUtmvJGNM/s400/siam-ayuthia1.jpg

Gambar suasana dalam istana Ayuthia seperti lakaran oleh seorang pegembara dari Perancis. Pakaian itu jubah macam Arab/Parsi, 'headgear' berbentuk kon. Walaubagaimanapun tetap tersisip keris di pinggang
(sila lihat entri Berkeris jua Raja Siam?).
Cara hormat Raja itu serupa sebagaimana yang kita bangsa Melayu amalkan hari ini. Jikalau Thai, seperti yang kita sedia maklum mereka akan sujud menyeret terus atas lantai menyembah raja.

Gaya mereka, 'panglima' bertiga ini nampak tangkas, cekap dan fokus.

foto dan teks: sumbangan Salmi Baharom
-------------------------------------------------------------------------------------------------

* Jika kita amati, jubah ini juga seakan-akan jubah Maharaja China (refer SNK) dan pakaian askar china Manchu (seperti gambar sisipan dikiri blog) dan bertambah nyata jika di buangkan kon itu.

Perlu juga diingatkan yang binaan2 yang ada dizaman Ayuthia itu di bina oleh Siam bukan Thai, dan memang 'fesyen' kon berbucu tajam tu memang asalnya SIAM yang punya bukan Thai yang punya.

*Sami-sami buddha Thai tidak mengenakan pakaian seperti diatas, dan setelah diselak balik bahan rujukan, ada beberapa jenis 'headgear' yang dikenakan dimajlis istana Ayuthia, termasuklah topi diatas. Ia tidak ada kena mengena dengan bentuk kuil buddha Thailand.

------------------------------------------------------

Sambung bacaan anda di SINI...

Offline

 

#14 2009-02-28 10:36:21

pengusaha
Administrator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Selangor
Registered: 2008-07-24
Posts: 175
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Website  Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Dpetik drpd blog Empayar Benua Islam Kedah, posted on Friday, February 27, 2009

SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAHKIR

SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAHKIR
DINASTI AYUTIA KE- 33 TAHUN 1767 MASIHI
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
SYARIF YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA SIAM ISLAM KEDAH


“Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa siam kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar dakwah agama islam" dan ekataat bermaksud, "beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitamrat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah, suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh.


“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan bapanya itu adalah raja siam islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana ibunya Puteri Raja China Hang Li Poh asalnya adalah dari Dinasti Yuan yang berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu menjadi Raja Siam Toung Oo di Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana Mandalay. Istana Mandalay ini telah dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar Maha Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.

http://3.bp.blogspot.com/_ETU1w_wiZBY/Sae45KJ9tSI/AAAAAAAABcQ/QtKuSfUKuko/s400/shwenandaw01.jpg

Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.


http://1.bp.blogspot.com/_ETU1w_wiZBY/SaezFoyBfbI/AAAAAAAABcI/1C10S9M_NJQ/s400/siam_1686_l.jpg

Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai Tun Saaban memerentah di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris adalah adinda Khalifatullah Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan thailand hari ini jangan mimpi mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.


Selepas serangan keatas Mandalay, baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43 dan Hikayat Patani dimana baginda disebut sebagai Raja Bakar @ Raja Nambang.


Pada tahun 1767 pula, Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam di Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia Ke-31, Maulana Sultan Muhiyuddin mansor Syah.


Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama sebenarnya iaitu Raja Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawi pada tahun 1668 Masihi. Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17.


Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Woran Wangsa 1548 Masihi Sultan Yaakob Jalil Syah yang dikenali juga sebagai Raja Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung Kapal Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah menetap di Kota Naga, Raja Jalil Putera menjawat jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor Setar telah pun lama wujud.


Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun 1754 dari Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua adalah Kota Kuala Kedah dan yang ketiga adalah Kota Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.


Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih wujud lagi di Na Khun Sitammarat (asalnya tammaraja)berdekatan Segenting Kra, Thailand.


Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @ Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis pula anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat Shuib Syah. Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat Manja Abu Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya. Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di dalam Negara Burma (Myanmar).


Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.


Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti diatas. Pada muka surat 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah).


Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang kelima.


Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun 1778 Masihi. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.

Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan tentera islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam bahasa siam yang bermaksud “tanah perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.


Pada tahun 1782 Masihi pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitamrat telah membina Kota Meang Kuang @ Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah. Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah inggeris bermula pada tahun 1788 Masihi dan Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan banduan dari England iaitu juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.

http://1.bp.blogspot.com/_ETU1w_wiZBY/Sad4HtY1ahI/AAAAAAAABb4/PjBSamMFVf0/s400/Antique_Map_Tallis_Asia_HR.jpg

Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 diatas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak mengusai Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra kebawah masih berada dibawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). Peta diatas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana satelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam islam. Kenapa pengkhianat kepada raja maha besar diakui dan dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?(click untuk besarkan)


http://1.bp.blogspot.com/_ETU1w_wiZBY/Sad4mV8ahUI/AAAAAAAABcA/UYXSd6EAGog/s400/Asia+1851.jpg

Peta tahun 1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam islam di Champa dan hanya berkuasa disana sahaja, tidak diselatan Siam. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka dan menukar namanya kepada Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya (click untuk besarkan).


Pada tahun 1819 pula, pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.


Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.


Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua Siam Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.


Pada tahun 1821, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar “tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang.

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada penjajah Inggeris Francis Light pada tahun 1786 Masihi. Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah.


Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah seperti makam Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, makam Permaisuri Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai (makamnya digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).


Ketiga adalah makam Sultan Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun Saaban yang bergelar Iskandar Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelar Hang Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).


Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan Iskandar Koya Fai yang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) iaitu Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.


Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja Mindanao Sultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin yang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.


Selain itu ialah makam Laksamana Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan makam isterinya Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.


Terdapat juga lain- lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin Megat Tamtunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedah yang berada di Tanjung Inggeris langgar juga dan makam Sultan Idris Jammu Patani dan Puteri Majapahit yang berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam Kota Setar Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siamla Mukim Tajar.


Pada tahun 1821 ini lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam Songkhla Baginda mendapat bantuan tentera china Manchu memandangkan baginda adalah menantu Maharaja itu. Kemudiannya angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.

Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Disana sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris, Ahmad Tajuddin Halim Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat sejarah islam sebenarnya.


Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalah Syed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri Perlis, Nai Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja Kubang Pasu, Nai Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku Ibrahim Tunku Meh dilantik menjadi Raja di Kuala Muda, Nai Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. Kemudiannya Nai Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.

Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama 4 tahun sahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Raja Siam Songkhla ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan memerentah sehingga tahun 1862 dan dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada tahun yang sama.


Pada tahun 1875, penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian Pangkor 1874 yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen. Selepas itu pada tahun 1876 Masihi, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.


Mayat baginda telah dibawa didalam dulang besar dalam keadaan berkecai dipijak gajah oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang beragama islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China dan tentera Manchu islam ini adalah orang-orangnya yang dihantar oleh Maharaja Cina Manchu. Keturunan mereka hari ini masih ada di Kedah, dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan akan tetapi mereka berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan.


Ahli sejarah Inggeris Colonel James Low diminta menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah Raja Perempuan Thai, Mak enche Manjalara dinegeri Kedah selama lima dari tahun 1876 sehingga 1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid dan dilantik menjadi Sultan Kedah.

Tentera-tentera thai telah ditempatkan diseluruh negeri kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh penjajah Innggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh Raja Thai dengan sebab itu mereka dipanggil orang siam. Situasi yang sama berlaku di Patani dimana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan tentera siam (pada hal thai) kerana mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita di Malaysia.

Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881) adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah disekitar Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksaan orang-orang kedah dahulu pula antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Pulau Langkawi. Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini.


Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau Tiga Sungai Merbuk daerah Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.

Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam dari sejarah bangsa Melayu hari ini, hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita merdeka lagi.

Kami tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami dari golongan yang melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah, walaupun kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang Islam. Mereka megenepikan Maharaja Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan mereka yang engkar terdahulu. Betul mereka saje lah.

Sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan empayar Islamnya, sejarahnya telah dicaturkan oleh penjajah, pada hal di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan.

Offline

 

#15 2009-03-02 11:04:34

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Lagi copy paste power dari: http://forum.atasbawah.com/viewthread.p … amp;page=2

Siapa Kata sejarah tu merepek.Yg kata merepek tu lah sebenaqnya benak. Hang nak tau tak the tribe memang hadir di nusantara mencari 'Promising Land', depa bawak sekali At-tabut As-Shekinnah bersama-sama dlm perjalanan tu.Al-Asbaath(The 2 tribe keturunan anak-anak nabi Yaakob yang 12) mengembara dengan Nabi Musa serta nabi Harun A.S keluar dari bumi Firauan yakni Mesir.Mereka lari dari Firaun Menrere II atau Pepi II pada 2200 SM.Perjalanan mereka melalui 'Jalan Sutera' @Silk Road @ Old king highway lalu masuk ke banjaran gunung Himalaya.Sebelum tu depa tempuh banjaran karakoram di negeri Parsi merempuh bandar Agade di IRAQ.Di gunung Himalaya ini lah sesetengah pihak kata ianya gunung Melayu @Malaya.Di sana depa tinggal beberapa sign (tengok bendera negeri tibet ada tanda 12 tribe) pastu pulak di monasteri tok sami tibet ada mohor gambar singa ala cap mohor raja Parsi.Ok tu asal sesetengah pndpt mengatakan bangsa Nepal tu adalah Naphtali (Al-Asbaath). Ok dari Himalaya sana 12Puak bani Israel turun lagi ke Kanaan@Kina @Cina tetapi depa tak berani masuk Kina@Cina fasal bangsa dia ganas sangat pastu (ingat tak bila Allah Taala perintah 12puak Israel masuk ada satu wilayah ni depa tak mau pasal gentar dgn kekuatan bangsa itu tadi.Lalu Allah Taala laknat 12puak Israel merana dan melarat tanpa tuju selama 40 tahun.Tu pasal ada isitlah kota larangan @ forbiddden city @kawasan larangan wujud lama sebelum Shih Huang Ti lagi.Shih Huang Ti ni dikatakan Islam dengan pangkal 'Shih' itu sebenaqnya bermaksud 'Shikh @sheikh' (rujuk blog sejarah negara Kedah).Pastu lg dlm blog sejarah negara Kedah ada kata dlm sulalatus Salatin ka tak silap ada sebut keturunan Raja2 Melayu ada pertalian dengan Maharaja Cina sampai Maharaja Cina hantaq perutusan nak erat silaturahim yg mempunyai moyang yang sama yakni jalur keturunan Nabi SulaimanA.S anak kepda Nabi Daud cicit kepada Nabi Yaakob A.S anak kepada Nabi Ishak iaitu putera Ke-dua Nabi Ibrahim a.s dengan Siti Sarah.Darah keturunan ini lah menerusi 12tribe atau Al-Asbaath mengembara cari promising land dengan nabi musa a.s dan nabi haron a.s. Di Cina tu tadi 12tribe masuk Daerah Yunnan berdekatan Xiamen atau Xian,ianya satu wilayah yg juga terletak makam Shih Huang Ti.Dari Xiamen atau Xian ini dikatakan puak 12 Israel keturunan dari Al-Asbaath mengembara sampai Asia Tenggara lalu membentuk penempatan atau kerajaan 12puak israel di Kambujudesa ,pada hari ini terletak dlam wilayah Kambodia.Disinilah bermulanya era pemerintahan salah satu keturunan al-Asbaath yakni keturunan anak nabi Yaakob a.s yg kedua Shimon@Simeon lalu disebut berkurun-kurun lamanya mengikut pelat tempatan menjadi Siam.Bangsa Melayu keturunan Siam adalah pembuka kerajaan Funan (Lord of the mountain) mountain mana tu? dah tentu Himalaya yg awal moyang al-asbaath merangkak lari dari Firaun Pepi II.Siam juga diberi penghormatan oleh Iskandar Zulkarnaian yg datang ke nusantara mencari Uyun Hayah dengan mengelar puak Siam adalah Summu Ul-Amir = bangsa berderjat tinggi beraja mulia.Siapa raja mulia tu ? sama ada nabi sulaiman a.s yang membina haikalnya di Kambujuddah @kambodia pada hari ini di atas tapak Angkor Wat dimana lokasi ni sejajar dengan Baitul Maqdis.Pasal gelaran Summu Ul Ammir hangpa kena rujuk statement dlm blog sejarah nagara Kedah,K.Seterusnya Kerajaan Funan(funan istilah bahasa Cina 'Lord of the mountain), ini pun rekod Funan didapati dlm kerajaan Cina.Kerajaan Lord of the Mountain dlm bahasa Melayu aku tak tahu nak tau carik sendiri,
Ok bila kerajaan dinasti Han (Lama stelah Shih Huang ti mati) melebarkan empayarnya maka puak2 Cina selatan desperate lalu redah Indo-China.Puak2 China Selatan yang dimaksudkan ini puak cina Thai,Viet,Mon-Khmer,Laos(darah monggol),,mmm lagi apa yek argh hangpa rujuk link forum ni http://www.asiafinest.com/forum/index.p … opic=4314. bila mana puak Cina desperado ni tertekan masuk Selatan maka kerajaan Funan diserang berkali2 so Funan pun lemah jatuh lalu dinasti keturunan Raja Funan lari jauh ke Selatan bina kerajaan Sailendra maksud dlm Sanskrit pun 'King of the Mountain' so nak kekalkan memori keturunan ni turun dari mountain Himalaya ok.Ini teori dari George Coedes France Historian,k .That why bila raja mon-khmer nak bina kerajaan Angkor Khmer,Jayavarman7ka kalau tak silap pi Sailendra nak mintak pertabalan dari keturunan lord of the mountain nak dpt title devaraja.Tilte keturunan dinasti Melayu Funan ada persamaan dengan tilte keturunan dinasti Sailendra,Sriwijaya dan Sanjaya.Ini di sokong oleh George Coedes ttp dibantah sarjana lain.Seolah2 ada puak lain yg curi legasi keturunan dinasti Funan dengan menciplak title raja2 Funan.Salah satu penciplak itu ialah dinasti Angkor kalau x silap saya.Maka keturunan raja2 melayu Siguntang memang dari darah raja Lord of the Mountain @Funan bilamana parameswara berdarah raja dinasti Sailendra @King of the Mountain.Even puak thai pun cuba curi title Siam menerusi kesepakatan dgn Inggeris menerusi perang musuh bisik 1872 kalau tak silap(ni hangpa masuk lah blog sejarah negara kedah lagi) .

Bukti artifak ialah Angkor wat, cuba hangpa kaji angkor ni banyak sign tentang sejarah di atas cuba baca link blog ni http://www.godkings.com/mainpage.html
Ni mamat mat Salleh ni Freelance terpulang la hangpa nak kata merepek ka, gila ka tapi kaji lah dulu dlm pelbagai rujukan dan compare it!!!

Fuiyoh letih beb nak cerita sejarah melayu ni, ni belum lagi citer link dengan Lemuria Atlantis pastu keturunanan nabi Nuh yang memakmurkan tanah bekas Atlantis /Lemuria ni ,ada lagi last sekali link dengan ahlul bait ,maka bercantumlah  dua keturunan nabi Ibrahim a.s yakni keturunanan nabi ishak menerusi Al-asbaath serta keturunan Ismail menerusi Ahlul Bait.Wow berwarna-warni nya Sejarah Melayu ni.Nampak tak jejak-jejak cantuman ni Keturunan Nabi Ibrahim a.s,keturunan nabi Sulaiman a.s anak nabi Daud dan keturunan Nabi Muhammad a.s menerusi ahlul-baitnya (rujuk hadis dari riwayat Saad Bin Waqas).
Satu lagi korang kena faham Keturunan Lemuria/Atlantis ada pelbagai ras mengikut warna kulit @varna kasta ni masih diamalkan dlm agama hindu peninggalan tamadun atlantis.Brahmin(pendeta) =putih,Kesatria(Royal,pemerintah)=merah,Vaisya(peniaga,petukang)=Kuning/Cina, Sudra(khadam,pembantu)=Hitam.
Ok back tu cantuman dua keturunan ini akan munculny yang dicari-cari baik lawan dan kawan.Pk2 lah yerr.

Offline

 

#16 2009-06-16 11:01:37

srijatimas
Member
RankingRanking
Registered: 2009-01-06
Posts: 22
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

terbaru di sejarah nagara kedah... jom singgah...
baru depa tau sapa siam sebenarnya..... hakikat sejarah kini bangkit dari ditenggelamkan....

kampung saya di kubur panjang, pendang kedah.....
ikut blog nie nama kubur panjang dapat dari peristiwa pengkebumian pejuang2 Islam yang terkorban semasa perang Fisabilillah di Tanah Merah....

saya ada duk tanya tok saya pasai benda nie... die tak bercerita sangat... puas tanya...
apa yang tok saya jawap... "tak mau berdendam balik"


Produk Sri Jatimas: http://srijatimas.blogspot.com/
Rawatan Bekam: http://bekamsrijatimas.blogspot.com/
Produk Penjagaan Kenderaan i-CHARGE: http://i-charge.myfzbiz.com/default.asp?x=izuan
Peluang Terbuka kepada anda, hanya KLIK DI SINI http://www.dapatwang.com/?id=srijatimas

Offline

 

#17 2010-02-28 19:10:00

udontno
Member
Ranking
Registered: 2010-02-25
Posts: 10
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEJARAH NAGARA KEDAH

Hebat sejarah kedah !

Kita di Melaka buat silap besau. Selepas tewas di tangan Al Fongso de Al bukaq para pendekar dan orang pandai Melaka asik perasap keris dan percaya sangat dengan keris mereka....

sepatutnya kita buang keris dalam sungai atau lebok buat meriam & senapang !!!

Kita pi sembang melaka.   

Kita sembang agama. La ni kita kena berdakwah secara terbuka kpd kawan Christian kita.

Penat bersilat kita asah senjata & bangun di pentas siber dengan pengetahuan dakwah.

Ingat Jika kita tak pergi dakwah mereka , mereka akan datang dakwah kita....Jangan sampai jadi SEPANYOL.   Sekarang azan pun tak ada di sana.

Bantu kita di Melaka  ....Klick link ini !


http://www.canang.com/v2/l2218-apa-yang … html#p2218

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads