|
www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>
Info Terkini: |
Keep track of this website or your favorite blogs! Download here
Pages: 1





![]()
Maal Hijrah yg lbh bermakna ^_^
KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1Muharram.
KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.
KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama nabi dan rasul.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum wbt.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..
KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..
tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?
‘yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yangkekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpaldengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yangmengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupunperempuan, sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab’.(surah al-mu’min)
“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat….”
“wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMu …namun tak pula aku sanggupkeNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas dariMu …” ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami . kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
~ Salam MAAL HIJRAH.. 1 Muharram 1430H. moga2 thn hijrah yg baru ini mnjadi lbh bermakna buat diri kita di samping lbh berusaha keras utk perbaiki diri.. dakwah fardi harus diperkasakan..smoga iman kita smakin mntap.. Allahua'lam ~
cdt to: perhiasansyurga.blogspot.com
Offline
1 Muharram detikpermulaan,,
perkiraan tahun Islam Hijrah,,
perpindahan Nabi dan umat Islam,,
dari Kota Mekah ke Kota Madinah,,,
Salam Maal Hijrah 1430H kepada sekalian umat Islam amnye dan kepada ahli persatuan kita khasnye,,,,,,


Offline
Salam Maal Hijrah buat semua warga Silat Cekak Hanafi.
Semoga penghijrahan kali ini menjadi pusaka warisan bangsa. InsyaALLAH.
Last edited by SF2721 (2008-12-28 18:42:58)
"Pusaka Warisan Penggerak Wawasan"
<------- "usoho ondo neh joyo mulio"

Offline





hijrah........hijrahlah hati
kerana mungkin itu yg kurang difikir buat diri
sering berlaku kata yg amat indah diselit janji
dari itu marilah kita satukan tekad agar dirahmati Illahi.....
hihi.....salam maal hijrah wat kengkawan smer?
Last edited by radenmerah (2008-12-30 08:05:55)
Offline
Pages: 1
|
|
|
Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah
merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak
di seluruh Malaysia, yang kini
bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi. |