Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2008-11-17 10:37:50

katekate
Member
RankingRankingRanking
Registered: 2008-11-08
Posts: 75
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

lawak jenaka

Boss
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih gi....



 

 

Kawan Atuk 'Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?' Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: 'Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???' (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: 'Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.'

Atuk: 'Tak sama apanyerr???'

Cucu: 'Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?'

 

 

 

Pak Pandir Ke Kebun
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

'Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!' pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.

Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya 'Kenapa Bang?'

Pak Pandir pun menjawab 'Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.

 


Interview
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; 'Argghhh! Orang macam ni pun ada!'.

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, 'Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!'.

Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab...
'I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that? WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you.

Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

 


Presiden Vs Menteri
Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden. Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden marah benar kepadanya.

'Kemana kamu pergi?' hardik Presiden, 'Sudah 2 jam saya menunggu.'
'Saya mengaku salah,' kata Menteri. 'Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam.'

Presiden menumbuk meja dengan marahnya. 'Tolol...!' teriaknya. 'Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?'

'Betul , tuan Presiden.'

'Tolol dan begong !!' teriak Presiden lagi lebih keras. 'Mengapa kamu tidak duduk saja??'


Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

 

Gua Ajaib
NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....

' Pak, itu amenda pak?'
Bapak di jawab,' Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh....'

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

'NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!

 

Datang Bulan
Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika ditugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah.

Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya ' Datang Bulan. '

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.

Ali pun menjawab dengan selamba.' Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri.

 

Salah Tafsir
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

'Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.'

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

'Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??'

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...


Terbalik Cinta
Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Dara: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:: "Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku...



Sesudah 5 tahun nikah..."

Sila baca dari bawah ke atas.

 

 

Bush Dan Powell
Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender 'Bukankah itu Bush dan Powell?'.

Bartender menjawab 'Iya, itu memang mereka.'

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
'Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?'

Bush menjawab
'Kami sedang merancang perang dunia ke-3.'

Jawab lelaki
'Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?'

Bush menjawab
'Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal'

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
'Penjual Basikal?'

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata
'Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?'

 

Berita Buruk
Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakitien: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini......

 

Balik Lewat
CERITA NI TENTANG ISTERI YANG TAK PUAS HATI DAN CEMBURU SUAMINYA JIKA BALIK KERJA LEWAT. PADA SUATU HARI....

ISTERI: abang kalau balik kerja jangan menyempang ke lain pulak!!
SUAMI: ye le........ (dengan nada bengang)...
ISTERI: Selalu abang balik mesti lewat 9 malam baru sampai.... jam la apa la macam macam alasan.
SUAMI: ye...le (seperti biasa tahan leteran isteri)

Satu hari si suami ada kerja lebih masa... dia dah risau apa alasan nak diberi kali ni... maka masa balik tadi dia lepak kat taman bunga nak pikir apa alasan dia... tak sedar dah sampai pukul 1 pagi. lagi bertambah risau la dia.... sebab tak pernak balik begitu lewat. dia pun bergegas balik ke rumah... setibanya dirumah isterinya dah tunggu depan pintu...

SUAMI : Hai... Yang... (dengan gementar....)
ISTERI: Ini lah kali pertama saya tengok abang balik awal....
SUAMI: Kenapa..? (dengan penuh kehairanan)
ISTERI: 1 pagi abang sampai........ pagi pagi lagi abang dah balik... selalu abang balik malam..
SUAMI: (dengan penuh semangat menjawab) Abang tadi tak menyempang ke mana-mana masa sampai simpang rumah tadi abang terus saja, teringat pesan awak.....
ISTERI: Selalu lah balik awal macam ni.....
SUAMI: ye lah abang akan balik awal mulai hari ini....

MAKA BEBASLAH SUAMI TADI DARI MASALAH LETIRAN ISTERI, SEJAK HARI TU SUAMI NYA AWAL-AWAL DAH BALIK KADANG-KADANG 2 PAGI KADANG-KADANG 3 PAGI


Coklat
Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.

Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,

'Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit'

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

'Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!'

Si budak berkata,'Datuk saya ada nasihat juga.'

'Dia pun kata jangan makan makanan ringan?'

'Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN'


Cita-Cita
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, 'Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya'.

'Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?', tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, 'Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel'.
'Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?'.

Seman berdiri dan berkata, 'Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...'.

 

Balik Awal
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : 'Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi..'

Adli : 'oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang...'

Ibu : 'Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?'

Adli : 'Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?'


Arnab
Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya... 'Berhenti kamu anjing @%$&#@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!'

Tom mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya. Tom berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa...

Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya... Tom bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab 'Suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya... kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya... orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!...


Bom
Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan... lalu mereka memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis..

'Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai?' tanya Sudin

'Itu senang aje' jawab Asan..

'Kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul..

 

 

Apam Balik
Kisah sebuah keluarga yang paling periang dan mempunyai ramai anak....

Ayah : Nanti kalau ayang blk kerja tolong belikan kuih apam balik yer.....
Isteri : Tapi ayang balik lambat sikit......
Ayah : Tak apa. Lambat pon tak ape.... Abang hari ni blk awal sikit
Isteri : Kalau lambat tunggu ayang balik ok

Maka pergilah suami isteri tersebut bekerja..............
Pendekkan cerita...Petang tu balik lah si ayah ke rumah dengan disambut teriakan anak-anak mereka kerana mendapati ayahnya dah pulang...

Anak-anak : Yeh...!! Yeh...!! Ayah Balikkk Yeh...!! Yeh...!! Ayah balikkkk Yeh...!! Yeh...!! Ayah balikkkk Yeh...!! Yeh...!! Ayah Balikkk....

Maka selang 30 minit baliklah si ibu sambil membunyikan hon kereta....Keluarlah si ayah dan anak-anak... Tapi tibe-tibe anak-anak kehairanan melihat hal ayahnya

Ayah : Yeh....!! Yeh...!! Apam balik..!!! Yeh....!! Yeh...!! Apam balik..!!! Yeh....!! Yeh...!! Apam balik..!!! Yeh....!! Yeh...!! Apam balik..!!!

Isteri : Abang nak apam kan, ayang ade apam, jom masuk dalam.


Paling Bersih
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : 'Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?'

Lelaki : 'Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.'

Pemilik : 'Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?'

Lelaki : 'Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun.'

 

Akta 15
Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk
ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'


Terkangkang
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A : Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry
Pelajar B :  Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata 'Apa kata kita tanya je orang tua tu?' Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. .


1 Out Of 10
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : 'Anda harus dibedah!'

Pesakit : 'Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?'

Doktor : 'Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini.'

Pesakit : 'Apa???!!!'

Doktor : 'Anda jangan takut.'

Pesakit : 'Kenapa?'

Doktor : 'Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati


Bil Telefon
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Orang Gaji : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya


Pelupa
Sepasang atuk dan nenek yang akhirČ ini menjadi pelupa dalam segala hal akhirnya pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat...
Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat sahaja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan untuk menulis apa sahaja untuk membantu mereka mengingat segala perkara...
Suatu malam kedua atuk dan nenek tersebut sedang menonton TV. TibaČ si atuk berdiri...

Nenek : 'Mahu ke mana?'
Atuk : 'Oh! Aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air'
Nenek : 'Kalau begitu tolong bawakan aku AISKRIM VANILLA...'
Atuk : 'OK...'
Nenek : 'Eh tunggu...sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa'
Atuk : 'Ah tidak perlu...Aku ingat, Aiskrim Vanilla kan?'
Nenek : 'Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya'
Atuk : 'Beres...!!!!'
Nenek : 'Ah sebaiknya tulis semua pesananku, nanti abang akan lupa semuanya'
Atuk : 'Jangan bimbang...Aku masih ingat...Aiskrim vanilla...strawberry dan krimnya bukan'

20 minit kemudian si atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut)'Aku dah kata, abang akan lupa pesananku...Sepatutnya ditulis dulu.
Atuk : 'Iya ke? Salah ke? Apa yang kamu pesan tadi?'
Nenek : 'ROTI BAKAR ISI JEM STRAWBERRY'
Atuk : 'Ohhhhh....'

 

SURAT ORANG DULUČ NAK BREAK UP....
Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Anonymous


Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

 

 

Burung Hilang
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki
segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu
menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain.......

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya".
Sekali lagi dicuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....
Hampeh nye burung...Woakakaka...

 

 

Cerite Raja Lawak....

 

Jenaka 1

shiima: Knp ko ckp mnm susu sego leh bwk maut??

Su : Sbb smlm ms aku tgh mnm, lmbu tu terajang aku. Seb baik x mampos!!

 

Jenaka 2

Zuera : Apesal abg marah kat tokei kedai 2 hengget tu td????

Vr4 : Maunye abg x mrh...Sbb dia tipu. Abg beli 3 barang dia mntak 6 hengget.. Name je

kedai 2 hengget!!!!!!!!!!

 

Jenaka 3

Lebai : Mlm td aku nmpk antu time nak g mncing...

Argon : Uiksss!!!Pastu ko terkejut x??

Lebai : X de mknenye...hntu tu yg terkejut tengok aku, adela...

Argon : Mn ko tau lak??

Lebai : Aku tau la... aku tengok muke antu tu pucat semcm je..

smiley-eeksmiley-eeksmiley-eek


luaran tak mencerminkan dalaman......

Offline

 

#2 2009-06-18 14:44:02

awanB
Member
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Sarawak
Registered: 2008-08-29
Posts: 134
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Website  Expertise

Re: lawak jenaka

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.


KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".


DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.


awanB@CK
bila bulan hilang dari pandangan...
members.tripod.co.uk/mohdzaide/tawasul.doc

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads