Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2008-11-11 17:47:37

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.



Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7.. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris ,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan
menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
....wALLAHUalam


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#2 2008-11-11 17:49:58

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR


--------------------------------------------------------------------------------

1*Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta  mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2*Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3*Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4*Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5*Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6*Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7*Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8*Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9*Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10*Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11*Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12*Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13*Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14*Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15*Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.
...


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#3 2008-11-11 18:02:32

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP2 KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN;BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP2 KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN....[AYT 5&6 AL-INSYIRAAH]...

sabar....dan segalanya insyaALLAH...smiley-smile


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#4 2008-11-12 18:29:54

panji ireng
Member
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-11-09
Posts: 148
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

peringatan yg amat berguna.........


Jadilah Benih Yang Bernas
Seribu Tahun Dijemur Panas
Digetus Digetas Binatang Buas
Tetap Tumbuh Mencetus Tunas

Offline

 

#5 2008-11-14 11:52:27

katekate
Member
RankingRankingRanking
Registered: 2008-11-08
Posts: 75
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

tarakucha,,,,,,tarakuchacha,,,,,,
smiley-eeksmiley-eek


luaran tak mencerminkan dalaman......

Offline

 

#6 2008-11-14 17:26:42

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

panji ireng wrote:

peringatan yg amat berguna.........

sabar2....aden paham.....jika bukan tangga kejayaan pasti takkan ada dugaan yang mendatang...insyaALLAH...tak caye tanya 'degawan'...hahahahaha


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#7 2008-11-21 18:07:08

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

RENUNGAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum   

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga
ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia
telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami
telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10
pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan
kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai
bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada
terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta
kemewahan dunia.

Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#8 2008-11-27 08:25:42

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. ......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali .....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#9 2009-01-05 20:15:21

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan
mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaAllah: jika ingin můelakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6.innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillAllah : bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#10 2009-01-05 20:44:10

panji ireng
Member
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-11-09
Posts: 148
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

terasa amat kecil diri ini....................


Jadilah Benih Yang Bernas
Seribu Tahun Dijemur Panas
Digetus Digetas Binatang Buas
Tetap Tumbuh Mencetus Tunas

Offline

 

#11 2009-01-05 20:52:49

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

panji ireng wrote:

terasa amat kecil diri ini....................

hihihi....tapi besooo hatinya tu panji...smiley-smile


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#12 2009-01-14 13:33:24

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

Syirik Khafi

Banyak di dalam hidup ini orang Islam syirik khafi,
Tetapi mereka tidak sedar diri,
Kerana terlalu tersembunyi,
Melainkan orang-orang itu ilmunya seni sekali,
Di antara syirik khafi itu yang kebanyakan orang tidak sedar pada dirinya,
Di antaranya:
Orang bertawakal kepada dirinya,
Orang bertawakal kepada ilmunya,
Orang bertawakal kepada hartanya,
Orang bertawakal kepada kebolehannya,
Orang bertawakal kepada kerajaan atau orang kaya yang membantunya,
Orang bertawakal dengan usaha sendiri,
Orang yang bertawakal dengan jawatannya,
Seolah-olah bersandarkan nasib hidupnya kepada perkara tadi,
Maka syirik khafi lah dia,
Kalau begitu banyak orang Islam terperangkap dengan syirik khafi,
Kerana syirik khafi itu tersembunyi,
Orang yang mata hatinya celik sekali,
Yang dapat mengesan syirik khafi,
Tetapi bagi orang yang menggunakan akal,
Selalu terperangkap dengan syirik khafi,
Sebab akal itu selalu bersandar dengan sebab,
Sebablah yang memperdaya dirinya,
Hingga dia terjebak dengan syirik khafi.

wAllahu'alam....


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#13 2009-01-17 12:41:13

katekate
Member
RankingRankingRanking
Registered: 2008-11-08
Posts: 75
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

muhasabah diri,,,,,,,smiley-eeksmiley-eek


luaran tak mencerminkan dalaman......

Offline

 

#14 2009-01-21 12:59:57

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.
Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi.
Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.



Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA....insyaALLAH.

......"empat" lagi.............wAllahu'alam


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#15 2009-01-23 23:36:13

SF2721
Member
RankingRanking
Italy
Registered: 2008-08-15
Posts: 44
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: SEKADAR KONGSIAN BERSAMA @ COPY PASTE

Utk semua.......


1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI.
Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa.. kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. ^_^

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . smiley-smile

A Friend...

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)-plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and....
(Z)aps you back to reality...



@ GooD FRIEND iS
LikE a CompuTeR,
I 'ENTeR' uR liFe,
'SaVE' u iN mY heaRt,
'SCaN & FORMat' uR pRobLems,
'CopY & PastE' uR kinDneSS &
NEvEr 'DeLeTe' U from mY meMorY...


A Friend Is...


A friend is someone we lean on,
When we are feeling weak.


A friend is someone who helps us,
Find what it is we are seeking.


A friend is someone who looks out for you,
In all they say and do.

A friend is someone you don't have to tell,
For they already knew.


A friend is someone who would,
Go that extra mile.


A friend is someone who shows us,
A heart that does truly smile.


A friend is someone who'll stand by you,
And help you through your day.


A friend is someone who'll show you,
There is always a way.

A friend is someone who'll dry your tears,
When you feel you have to cry.


A friend is someone who'll pull you through,
When the tide feels ever so high.


A friend is someone who'll be there,
Until the very end

A friend is someone who'll show us,
How that broken heart they'll mend.


A friend is someone who gives us,
Understanding, Joy and Grace.


A friend is someone who makes this world,
Truly wonderful


smiley-smile smiley-laugh smiley-hug smiley-bounce

Last edited by SF2721 (2009-01-23 23:40:00)


smiley-ph34r "Pusaka Warisan Penggerak Wawasan" smiley-ph34r <------- "usoho ondo neh joyo mulio" smiley-laugh smiley-bounce

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads