Canang - Penghubung Antara Rakan
Peluang Buat Part Time Lumayan RM80 Sehari Secara Online in Umum : Sembang Malaysia
Message: TERBARU....!!!JOM GEGARKAN 1M...Jika Anda Bijak... Pasti Akan Melihat Peluang Ini,Kemudiannya,,,,,Keputusan Di Tangan Anda....PROGRAM TERBARU 100% HANYA DARI RUMAH SAHAJA.Log Posisi Jika Ingin Jadi Yang Terawal.RM80 Terus Ke Bank Anda Tanpa Perlu Melalui AdminSerta Bonus Unilevel mencecah RM211,040Sila Klik Untuk Daftar : http://www.bigmoneybest4u.com/?id=BIGMONEY2U TQ
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam , Dah agak lama juga Wak Kiyai tak pergi rumah persatuan.... tapi malam semalam menjejakkan  kaki disana.... Menghadiri majlis sempena Guru Utama akan menunaikan fardu haji tak lama lagi.... biasalah.... sempat juga berborak dengan rakan-rakan lama.... bersembang fasal isu-isu semasa....Syukur kerana kita telahpun dapat mengembangkan sayap kesatu tempat yang agak strategik di Lembah Kelang ini.... harap-harap ia akan dapat bertahan lama ..Tempat ini Wak Kiyai anggap sebagai nostalgia kerana disanalah juga pada suatu ketika dahulu iaitu 30 tahun lepas Wak Kiyai melanjutkan pendidikan menengah selama hampir 2 tahun setengah..... Memang sudah lama Wak Kiyai mengimpikan agar tempat ini dapat kita bertapak ..... dan akhirnya ia terlaksana juga.... Bilangan yang diijazahkan pun amat memberangsangkan .... terima kaseh diucapkan kepada senior Wak Kiyai kerana telah berjaya mengushakan sehingga ianya terlaksana.....Kami juga sedang merangcang  untuk membuka lagi kelas latihan.... harap-harap ini juga akan terlaksana dalam masa terdekat.......Nampaknya perkembangan silat kita ini semakin hari semakin rancak.... harap-harap momentum ini dapat diteruskan ke seluruh Malaysia....  harap-harap begitulah.....Ini disebabkan sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh kita bertapak serta mengembangkan sayap diserata Malaysia ini....Bilakah agaknya kita boleh mencecah kemasukan ahli baru sehingga mencecah 10,000 orang setahun.... Harap-harap Guru Utama serta rakan-rakan yang lain akan berdoa di hadapan Kaabah nanti sebagai salah satu usha kita dalam mencapai hasrat perjuangan silat kita ini.....salam....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Wak Kiyai hanya mengenali Silat Cekak pada pertengahan tahun 80'an.... pada masa itu apalah sangat yang Wak kiyai tau pasal pengurusan persatuan ini.... yang Wak Kiyai tau ialah mengikut sahaja apa aktiviti yang dijalankan.Mungkin Wak Kiyai bernasib baik kerana mempelajari Silat Cekak di kawasan Lembah Kelang ini kerana banyak aktiviti yang kami boleh sertai..... keadaan ini mungkin berbeza sekiranya kita berada jauh daripada ibu pejabat persatuan... Sejak dari peringkat asas lagi Wak Kiyai sudah mula aktif.... kerjanya asyik ikut.. ikut..dan ikut... hantam sajalah labu.... suka hatilah .... asal ada aktiviti kami follow..... terlalu banyak yang hendak disebut.....Moralnya... Wak Kiyai dan rakan-rakan lekat dengan Silat Cekak ialah kerana kami sering mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan Maknanya.... pihak pengurusan telahpun ada perancangan yang teratur dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti  samada yang berbentuk persilatan dan juga lainnya.... Inilah yang dikatakan sinergi... mesti terus bergerak... bergerak.... dan aktif sentiasa.... ahli-ahli mesti sentiasa bergerak aktif melakukan aktiviti supaya ia tidak menjadi sejuk, kaku dan tidak bermaya.... dan sekiranya ini terjadi.... memang sukar untuk dijanakan enjin itu.... bateri pun dah kong.... semua benda berkarat dan perlu banyak yang diperbaiki .....Sinergi itu mestilah dipelbagaikan.... tetapi matlamat serta objektif utama tidak akan lari..... kepelbagaian itu maksudnya aktiviti ahli tidak hanya tertumpu kepada aktiviti persilatan sahaja.... sukan dan riadah serta ritual agama juga harus diberi perhatian.... dan tidak ketinggalan bidang ekonomi serta tahap pengetahuan dari aspek pengurusan dan akademik....Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar sinergi sentiasa panas sepanjang masa .... ini amat penting....Apa kaitannya dengan visi, misi, matlamat serta objektif pergerakan Silat Cekak ini.....Senang sahaja.... mugkin perkara-perkara yang dijanjikan dalam mencapai matlamat seperti yang disebutkan nampak agak gah.... tetapi jika tidak sesuai adunannya.... atau tidak menepati citarasa dan mungkin juga telah ketinggalan zaman.... maka semua yang diimpikan tidak akan tercapai.... Disiini uniknya Silat Cekak kerana berjaya meujudkan senergi yang berterusan agar ahli-ahli sentiasa aktif dengan aktiviti yang pelbagai.... secara dasarnya begitulah....Itulah yang terjadi pada zaman Wak Kiyai yang pada masa dahulu bergerak aktif di Lembah Kelang ini.... Sekian dan salam.... bersambung...
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: KATEGORI MANUSIA ..... ADA 4 GOLONGAN1.  Tau dan sedar.... golongan ini patut dicontohi dan diikiti.... dia FAHAM..... :first:2.  Tau tetapi tak sedar yang dia tau.... golongan ini memerlukan seseorang untuk mengejut dan menyedarkannya.... dia TAK FAHAM..... :sleep:3. Tak tau dan menyedarinya yang dia tak tahu.... golongan ini jahil dan  sedar akan kejahilannya....golongan ini harus dipimpin dan dipandu.... bersedia untuk diFAHAMKAN.... :clapping:4. Tak tahu dan tak mengakui akan kejahilannya.... golongan yang jahil .... dia tak tahu dan tidak mengetahui kejahilannya... maka golongan ini hendaklah ditinggalkan dan tidak patut digauli kerana ia akan membazirkan masa dan tenaga.... golongan HAMPEH.... haaa..... :ban:
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam semua,Dalam alam persilatan Melayu di Malaysia sekarang ini ada berapa banyak perguruan yang ujud.....  beratus-ratus agaknya... Jika dicampur dengan seni beladiri dari luar negeri pula.... maka pasaran ini lagi bertambah banyak .... you just name it.... Dari aspek pemasaran.... produk atau perkhidmatan yang hendak diketengahkan kepada masyarakat umum dalam kategori ilmu mempertahankan diri yang juga tergolong dalam sub kategori  sukan / olahraga ini memanglah banyak.....Setiap persatuan itu mesti mempunyai visi, misi, objektif serta matlamat yang hendak dicapai... sesuai dengan produk atau perhidmatan yang ditawarkan.... perkara ini mestilah jelas supaya organisasi itu tidak hilang hala tuju yang menjadi objektif utama ia ditubuhkan....Para pengerak yang berada diperingkat atasan akan mengubal perlembagaan persatuan ini sesuai dengan kehendak yang diingini.... Strategi memasarkan produk mestilah juga bersesuain, jika tidak ia tidak akan dikenali dan kurang mendapat sambutan.....Maknanya strategi pengurusan serta pemasaran mestilah mantap dan boleh diguna pakai untuk jangka masa pendek , sederhana dan juga panjang.... Sudah berapa lama Silat Cekak berkembang, bagaimanakah sejarah permulaannya , dimanakah ia mula-mula bertapak dan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.... untuk menjadi seorang pengerak yang berkualiti... semua ini perlu kita ketahui....Tambah pulak sekarang ini produk Silat Cekak yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi telah ada 3 jenama yang berbeza.... Secara perbandingan..... antara produk Silat Cekak berbanding silat-silat tempatan yang lain.... dari segi strategi pengurusan serta pemasaran ..... memang menampakkan perbezaan.....Ini disebabkan kerana boleh dikatakan majoriti yang berada diperingkat atasan didalam persatuan Silat Cekak masing-masing adalah didalam satu cetak dan acuan yang sama pada masa dahulu.... Maka tidak hairanlah jika kita lihat sebahagian perlembagaan, undang-undang  serta tatacara perjalanan persatuan Silat Cekak ada banyak persamaannya... walaupun begitu... ia tetap juga ada perbezaan.... sesuai dengan kehendak serta keperluan masing-masing...Berbanding sistem pengurusan serta pemasaran silat-silat yang lain.... ada seorang komentar silat mengatakan bahawa Silat Cekak secara umumnya amat jauh meninggalkan silat-silat ini.... Jika dahulu terdapat beberapa jenis silat yang dianggap gah pada mata umum... tetapi sekarang ini adakah silat-silat itu masih berada di status quo sepertimana dahulu ataupun ia telah menurun dan hanya bergantung harap kepada sejarah yang silam.... Semua ini adalah hasil daripada kelemahan strategi jangka panjang pengerak-pengerak  didalam organisasi persilatan itu....Adakah Silat Cekak secara umumnya ingin megalami nasib yang sama.... atau adakah Sikat Cekak jenama ini dan itu ingin mengalami zaman kemurungan.... semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pengerak-pengerak yang menaunginya.... Jangan dibangga sangat sekiranya  jenama Silat Cekak ini mendahului pesaing dari jenama Silat Cekak yang lain pada masa sekarang...... kerana kelemahan mengatur strategi serta kealpaan pengerak akan menghakis serta mengikis JENAMA SILAT CEKAK ini pada masa-masa yang akan datang.... Sekian dan salam....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam semua......Menyatakan kebenaran kadang-kadang orang lain menyangka kita bongkak dan takabur..... itulah juga sangkaan Wak Kiyai masa mula-mula belajar dahulu.....Silat Cekak nie eksyen tul.... tetapi setelah diteliti dan mengikutinya selama lebih 27 tahun.... ternyata apa yang diperkatakan itu adalah kebenaran.... Silat Cekak secara umumnya memang bertapak kukuh berbanding silat-silat yang lain..... kita patut menganalisa secara terperinci dan memberi hujjah supaya masyarakat umum boleh menerima kenyataan itu.... Didalam agama perkataan hijrah memang sinonim.... Nabi Muhammad s.a.w bertapak lebih kurang 10 tahun diMekah sebelum berhijrah ke Madinah.... hijrah tempat juga ada kaitannya dengan strategi.... ia saling kait mengait.... walaupun hijrah itu sendiri boleh diertikan dengan berbagai maksud.... dan tidak semestinya berpindah tempat.... Wak Kiyai cuba mengaitkan hijrah ini dengan pergerakan Silat Cekak yang dipimpin oleh arwah Ustaz Hanafi.....Tetapi sebelum itu kita haruslah mengenalpasti apakah wawasan atau visi yang hendak dibawa olehnya supaya kita tidak hilang arah dan berpaksi kepada landasan yang betul dalam menjayakan wawasan itu.....Bercerita tentang itu.... latarbelakang , pengalaman serta pemikiran ustaz perlulah diambil kira kerana semuanya ini akan dihimpunkan untuk menjadi suatu bentuk falsafah pemikiran serta pergerakan yang penuh bermakna bagi sesuatu organisasi yang dipimpin itu.... ia bukannya suatu sifat retorik semata-mata.... Wak Kiyai berpandangan bahawa ustaz memang berfikiran strategik dan mempunyai wawasan yang jauh.... disamping silat yang dibawanya itu suatu produk yang baik dan dalam maksud yang tersendiri produk itu mempunyai nilai estetika serta etika yang mempunyai maksud falsafah yang mendalam jika dikaitkan dengan agama dengan banyak mengaplikasikan unsur yang tersirat daripada yang tersurat.Tetapi sebaliknya pada pandangan umum dan juga pada majoriti ahli-ahli Silat Cekak , unsur yang tersurat lebih menonjol berbanding yang tersirat. Perkara ini memang dikira biasa dan banyak aspek boleh kita kaitkan kepadanya.Ustaz jika diteliti dari latarbelakangnya banyak membuat perkara-perkara yang agak unik . Antara perkara-perkara  yang agak unik pada ustaz ialah ustaz suka melawan arus pada satu dua perkara yang dibuatnya. Dengan keyakinannya yang tinggi itu dan sudah semestinya keyakinan itu dibawa dengan kebenaran maka akhirnya arus yang kecil itu berjaya menjadi semakin besar sehingga mengalahkan arus besar yang dianggap benar dimata umum. Walaupun begitu, Wak Kiyai tak berhajat nak memperincikan perkara ini.Biarlah Wak Kiyai menceritakan yang tersurat sahaja kerana kita maseh menghormati hak Guru Utama didalam persilatan ini dan juga pegangan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.bersambung.... Salam.
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam ,Istiadat konvokesyen SILAT CEKAK USTAZ HANAFI 2011 telah berlangsung dengan jayanya tempohari.Ramai juga yang menerima pingat , sijil menengah dan juga rendah.... Saya berasa terharu apabila mengetahui saudara Mohd Yusof dianugerahkan pingat tertinggi Silat Cekak Hanafi..... Saya pernah berada dibawahnya dan sama-sama bergerak diakhir tahun 80'an.... Memang hebat dan meriah majlis ini..... Dari jumlah mereka-mereka yang mengambil sijil pada hari itu iaitu seramai hampir 1,500 maka memang ia tidak lari dari jangkaan perkiraan Wak Kiyai.....Silat Cekak pimpinan 1 Mohd Radzi menguasai 60-65 % 2 Maideen Kadir Shah      27-30 %3 Marwi                          10-12 %Ini berdasarkan mereka-mereka yang berjaya mengambil Sijil Rendah Persilatan.Walaupun begitu jika diukur dari pemgambilan ahli dan juga kelas latihan , peratusannya lebih kurang statistik di atas juga.Bukan Wak Kiyai nak menyebelahi mana-mana pihak tentang statistik yang diberi tetapi ini adalah kebenaran . Wak Kiyai sudah mula membuat kajian ini sejak tahun 2009 dan maseh mengikuti perkembangannya sehingga sekarang.Didalam bab pengurusan  banyak perkara harus diambil kira. Pada tulisan akan datang Wak Kiyai akan mengadunkan 3 pendekatan pengurusan yang Wak Kiyai rasa relevan untuk dipraktikkan. Wak Kiyai tak perlulah menulis secara formal tetapi akan cuba membawa pendekatan secara bersahaja  yang mana ia adalah termasuk unsur-unsur pengurusan strategik, pemasaaran dan juga pendekatan ketenteraan.Unsur motivasi juga akan diselitkan seperti mana tulisan yang lalu.Konvokesyen seperti ini sebenarnya adalah salah satu kayu pengukur yang agak sesuai disamping aspek-aspek yang lain yang perlu diambil perhatian agar  sesuatu organisasi itu akan bertambah jitu dari semasa kesemasa.Angka 60-65 % belum tentu mengambarkan kekuatan itu akan berterusan kerana jika aspek pengurusan jangka panjang diabaikan maka suatu hari nanti ia akan berubah dengan ketara dan pada saat itu..... walaupun ia asli.... tetapi tidak begitu nyata..... sekian dan salam.....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Tidak lama akan berlangsung majlis penganugerahan pingat dan sijil kepada ahli-ahli Silat Cekak..... Wah... nampaknya semakin hari semakin bertambah maju silat ini... apa taknya.... seisi dijangka bermula dari pagi hingga ke petang.... Ini menunjukkan semakin ramai ahli-ahli yang akan menerima sijil baik menengah maupun rendah..... syabas Wak Kiyai ucapkan kepada semua......:clapping:Bagi penganugerahan pingat pula.... syabas dan tahniah :clapping: :clapping: :clapping: ..... semestinya mereka-mereka ini telah mencurahkan banyak jasa kepada alam persilatan kita selama ini......Wak Kiyai harap kepada semua pemegang sijil-sijil ini agar mereka dapat terus aktif didalam Silat Cekak selama mana yang mungkin . Dengan itu silat ini dapat dikembangkan dengan lebih luas lagi pada masa-masa akan datang.Memang ada perbezaan jika dibandingkan semasa zaman Wak Kiyai menerima SMP pada tahun 1995 dahulu. Masa tu kita orang nie sempoi aje.... pakai baju biru persatuan , sampin suka hatilah apa nak pakai janji nampak biru gelap dan songkok..... Tapi sekarang nie.... penerima SMP kena pakai tanjak.... wow.... macho you.... macam panglima lagaknya.... ada gaya.... ditambah sampin dan bengkung persatuan lagi.... :clapping:Wak Kiyai harap... perjalanan majlis akan berjalan lancar dalam semua aspek aturcara.... maklumlah.... upacara ini dibuat dengan meriah dan 'grand' ..... maka semuanya kenalah tip top...... PENERAJU dan PEWARIS Silat Cekak mestilah mempunyai kualiti didalam semua hal dan keadaan..... ini adalah kemestian dan jangan dipandang sambil lewa sahaja.....Banyak lagi aspek pengurusan yang perlu diambil perhatian dan penambahbaikan selain daripada menguruskan majlis seperti ini. Diharap ianya tidak dilewat-lewatkan atau mengambil masa yang panjang kerana sasaran 2015 bukanlah suatu masa yang lama atau panjang..... pejam celik.... pejam celik.... dah tiba masanya..... lebih kurang 4 tahun saja lagi.....Sekarang ini.... petugas-petugas majlis sedang sibuk membuat persiapan..... Wak Kiyai ucapkan selamat bertugas dan mencurah bakti..... :)IKHLAS dalam PERJUANGAN.....Ma..assallamah.... ya ahi...... salam......
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam sahabat-sahabat semua,Sudah berpuluh tahun Silat Cekak bertapak bermula dari tahun 1965 secara resminya sehinggalah sekarang. Puluhan ribu anak-anak murid yang telah tamat. Peratusan mereka-mereka yang tamat pula kebanyakannya mereka-mereka yang pernah menjejaki menara gading didalam dan juga luar negeri.Bidang ilmu pula secara keseluruhannya semakin berkembang dengan pesat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh ilmu didalam bidang komputer. Tak taulah Wak Kiyai nak kata macamana pesatnya perkembangan ilmu itu jika dibandingkan semasa Wak Kiyai mempelajarinya lebih 20 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Disini Wak Kiyai cuba nak kaitkan pertalian bidang ilmu persilatan kita dengan perkembangan semasa. Begitu juga Wak Kiyai ingin mengimbas kembali diantara salah satu hasrat Ustaz yang ingin memartabatkan Silat Cekak ini ketahap yang setinggi-tingginya sehingga dinobatkan sebagai Silat Nasional yang terunggul.Kita perhatikan perkembangan Ilmu Sains Sukan sekarang ini sudahpun berkembang dengan pesat sekali. Jika dahulu iaitu pada pertengahan tahun 1980'an tidak banyak Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus ini. Yang agak terkenal sikit ialah UPM dimana bidang pendidikan jasmani diperkenalkan kepada cikgu-cikgu dan juga athlet-athlet yang ingin menceburkan diri didalam bidang kejurulatihan. Tetapi sekarang ini kursus Sains Sukan sudah berkembang dengan pesat dan banyak universiti telahpun  menawarkannya . Tidak ketinggalan juga ada ramai pengamal Silat Cekak yang menjadi graduan daripada kursus tersebut.Sebagaimana maklum secara amnya silat dikategorikan sebagai sukan atau olahraga. Maka Silat Cekak juga tidak terkecuali didalam hal ini.Didalam skop yang lebih luas mengikut peredaran semasa semestinya silat ini dipertingkatkan kualiti pembelajarannya dengan menerapkan pembelajaran sains sukan yang dianggap perlu didalam ilmu persilatan kita. Wak Kiyai telah membuat sedikit kajian mengenai ilmu persilatan terutama Silat Cekak serta cuba untuk memberi sedikit idea bagaimana kita boleh meningkatkan kualiti pembelajaran silat ini hingga mencapai tahap yang boleh diiktiraf professional sesuai dengan keadaan semasa. Silibus-silibus yang akan dipelajari  adalah mengikut modul-modul dan tahap tertentu didalam persilatan. Anugerah akan diberi berdasarkan modul-modul yang dipelajari , tahap kecekapan serta tanggungjawab seseorang individu itu didalam persilatan ini.Jangan terkejut sekiranya Silat Cekak berupaya menganugerahkan Doktor Persuratan Persilatan dan juga Diploma Profesional Persilatan suatu hari nanti.Sijil Rendah serta Menengah Persilatan tidak akan dimansuhkan tetapi ia adalah termasuk didalam modul silibus-silibus bidang persilatan ini.Modul silibus ini juga akan diselaras dengan kelayakan individu yang sedia ada sesuai dengan kehendak MQA dalam memperolehi diploma serta ijazah yang lebih tinggi dan diiktiraf kerajaan.Cuma satu persoalan sahaja, bersediakah  PENGURUSAN ATASAN memikul tanggungjawab atau cabaran seperti ini ?Mengenangkan kata-kata arwah Ustaz Hanafi..... perkara ini bukanlah mustahil.... Untuk diiktiraf sebagai Silat Nasional Yang Terunggul kita mestilah sentiasa dihadapan berbanding yang lain. Janganlah kita mencemuh Akademi Persilatan itu dan memandang rendah  sebaliknya kita harus mempertingkatkan Silat Cekak pimpinan Mohd Radzi dengan sebaik mungkin.  Maju dan terus maju.Sekian dan salam.
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Orang yang dah tua bangka macam Wak Kiyai nie semestinya sudah masak dengan falsafah , misi, visi matlamat serta objektif Silat Cekak yang diidamkan oleh arwah Ustaz Hanafi.Sekarang ini kebanyakan situa bangka inilah yang kebanyakannya menerajui kepimpinan Silat Cekak dalam ke tiga-tiga kumpulan yang bergerak aktif. Peratusan mereka-mereka yang berumur dibawah 40 tahun agak kurang . Silat Cekak kepimpinan Maideen serta Marwi memang dah sedia maklum ramai betul yang yang dah pencen jika mengikut usia 55 sebagai kayu pengukurnya. Di pihak Mohd Radzi pula tak berapa ramai walaupon ada. Nasib baik Wak Kiyai nie masih jauh lagi nak tiba usia pencen itu.Kategori Pengurusan Atasan dan juga Pengurusan Pertengahan kebanyakannya didominasi oleh mereka-mereka yang berumur 40'an ke atas dan bagi peringkat pengurusan hadapan pula usia belia adalah secocok bagi mereka. Wak Kiyai tak berapa kisah sangat tentang kategori pengurusan ini . Yang penting pada setiap individu kemahiran pentadbiran , pengurusan serta persilatan haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Tanggung jawab yang dipikul wajib dilaksanakan dengan sepenuh hati bagi setiap ahli tak kira diperingkat mana kita berada.Wak Kiyai menjadikan asas pengalaman Wak Kiyai dalam bidang persilatan ini sejak mula belajar dikampus hinggalah sekarang sebagai kayu pengukurnya. Walaupun sekarang tidak lagi aktif secara langsung disebabkan oleh  faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan tetapi semangat ingin melihat Silat Cekak berkembang masih tidak lekang malah semakin membuak-buak dari sehari ke sehari. Wak Kiyai merasa bangga kerana ramai rakan junior serta anak didik Wak Kiyai sekarang ini memegang jawatan yang tinggi baik diperingkat pusat dan juga diperingkat negeri serta menjadi Penyelia Kelas dimerata-rata tempat. Mereka -mereka ini semua sedia maklum akan perangai Wak Kiyai . Memang teruk mereka kena hentam atau dikerjakan oleh situa bangka Wak Kiyai ini selama berkawan rapat sebelum berpisah ketempat masing-masing. Tetapi mereka faham akan maksud dan tujuan yang Wak kiyai nak sampaikan, semuanya itu bukanlah bermaksud untuk kepentingan peribadi atau ingin mendapat 'pride' or 'honour' tetapi sebaliknya 100 % untuk perjuangan Silat Cekak ini.Sesekali apabila ada masa berjumpa kita akan berborak dan Wak Kiyai sangat suka akan cerita perkembangan silat ini ditempat-tempat mereka aktif bergerak. Lain tempat lain cabarannya dan Wak Kiyai akan memberi kata-kata nasihat yang sesuai untuk dipraktikkan ditempat masing-masing.Tidak dinafikan ada sesetengah junior-junior yang agak degil tetapi Wak Kiyai tidak ambil hati sangat kerana mereka ini jarang berkomunikasi terus dengan Wak Kiyai. Itu terpulanglah kepada Penyelia yang mengambil alih tugas selepas Wak Kiyai untuk melentur mereka. Hanya yang betul-betul rapat sahaja mengetahui isi hati dan perjuangan yang Wak Kiyai bawa selama ini . Cuma, sesekali Wak Kiyai akan tunjukkan kepada mereka siapa Wak Kiyai didalam persilatan ini semasa majlis-majlis tertentu dimana orang-orang lama akan mudah berborak dan berbincang dengan kita seolah-olah sudah sebati seperti isi dengan kuku. Maka disitulah baru mereka timbul rasa hormat sedikit demi sedikit.Kadang-kadang rasa kelakar semasa berborak dengan sahabat-sahabat lama ini. Mereka kata nasib baik enko tak pegang jawatan di pusat, kalau tidak panas kita orang dibuatnya, memang  tak senang duduk. Itulah yang mereka luahkan dihadapan Wak Kiyai sebab pengalaman mereka terdahulu menceritakan segala-galanya.   Semangat Wak kiyai tak pernah luntur, pengalaman yang ada kita sebarkan kepada sesiapa yang ingin mengambilnya kerana yang penting Silat Cekak wajib disebarkan seluas-luasnya dibawah teraju En. Mohd Radzi buat masa ini.Sekian dan Salam.
Kenangan Si Sameon in Umum : Sembang Malaysia
Message: terima kasih untuk berkongsi!
Kemas-kini Blog Sepak Minang in Umum : Sembang Malaysia
Message: Dalam tulisan seterusnya saya ingin berkongsi bersama dengan para pembaca tentang beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh penuntut silat generasi baru di tempat saya. Saya tetap berpendapat bahawa pada dasarnya, misi utama bagi setiap murid adalah menguasai pembelajaran fizikal dan kefahaman SC secara bersepadu. Namun begitu, soal kefahaman kenalah ikut kefahaman saya sepanjang mempelajari SC di tempat saya. Berdasarkan sejarah lalu, mereka yang tidak dapat ikut landasan fahaman yang saya bawa maka terpaksalah mereka menjauhkan diri daripada cawangan. Saya tidak berminat untuk bertengkar atau menegakkan kebenaran pendapat yang boleh dilihat dalam pelbagai segi. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan membuang masa dan tumpuan semasa pembelajaran SC. Lebih banyak bercakap daripada bertindak adalah merupakan manusia yang sentiasa rugi dalam konteks SC.
Message: ini bunyi membimbangkan!anyway, terima kasih bagi jawatan itu!
Tahniah in Cawangan Selangor : Sembang Selangor
Message: ini adalah sangat intersting!terima kasih untuk jawatan itu.
Sebenar musuh ada bahaya in Cawangan Kedah : Sembang Kedah
Message: Martial Arts - Muay Thai in DepthNavy SEALs, Thai military, and even the CIA takes full advantage of the devastating and bone crushing techniques this martial art offers.Are you looking for the information on the following:    * street fighting techniques    * close quarters combat    * self defense ebookAlso known to many around the world as Thai BoxingMuay Thai Basics: Introductory Thai Boxing Techniques, Muay ThaiMuay Thai Kickboxing: The Ultimate Guide To Conditioning, Training, And Fighting is an ancient art of self defense that was created and tested in battle by the fearless warriors of ancient Thailand.  Today, Muay Thai is used all around the world.  The United States Navy SEALs, Thai military, and even the CIA takes full advantage of the devastating and bone crushing techniques this martial art offers.Unlike other martial arts, students of Thai don’t earn belts for their skills and their progression.  Instead, their skills are actually tested in the ring.  Since Thai fighting first began, the only things that the fighters themselves are interested in are the championship belts which showcase their dominance in Muay Thai fighting.The close quarters combat skills that are taught with Muay Thai are far more dominant to other striking based martial arts.  Muay Thai uses very little grappling, but focuses more on crushing kicks, punches, and bone shattering elbows.  Students of Thai fighting can often take an opponent down with just one shot, often times breaking bones and sometimes even killing them with just one lethal kick or elbow.The reason why Muay Thai didn’t make use of ground grappling or submission holds is because it was developed for close quarters combat in ancient battlegrounds where there were always multiple attackers.  These attackers were knowledgeable in sword fighting skills, which made the need for a dependable martial art more or less a necessity.Muay Thai used swords, spears, sticks, and hard strikes.  In this type of environment, you didn’t want the fight to go to the ground.  The strikes and weapon movements needed be fast, hard, and very precise in a combat environment.  With these types of conditions and the type of environment, Muay Thai needed be a very fast responsive martial art with an excellent weapons system.Even though grappling and submissions were planned for Muay Thai, the martial art became more of a ring sport before grappling could be implemented.  With Thai originally being a martial art for striking purposes, a lot of martial artists have started using the techniques that have been proven time and time again with time boxing.Although there are other martial arts that put a lot of emphasis on striking, Muay Thai is quite different.  The first area in which Muay Thai differs is the effective use of both elbows and knees.  The elbows and knees that are used with most Thai techniques are feared all around the world by boxers and other stylists.Kicking and kneeing is the main objects in Muay Thai.  In order to become efficient with kicking, the shins need to be conditioned - which can be quite painful.  Once the Thai stylist has conditioned the nerves in his shins for impact, the shins can be used just like a club or a baseball bat.  This is something you should really see for yourself in action - as the sound of the impact alone can send chills down your back.Through years of training and conditioning, Muay Thai fighters can become lethal and deadly weapons.  A properly trained fighter can make deadly impact, meaning that his knees, shins, and elbows are quite possibly deadlier than a gun or other type of weapon.  For this very reason - Muay Thai is one of the deadliest and most feared martial arts in the world.All in all, Muay Thai is a great martial art for both defense and competition.  Thai is one of the best martial arts in the world, proving it time and time again - in both ancient times and anytime it is used today.