Canang - Penghubung Antara Rakan : Umum
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam , Dah agak lama juga Wak Kiyai tak pergi rumah persatuan.... tapi malam semalam menjejakkan  kaki disana.... Menghadiri majlis sempena Guru Utama akan menunaikan fardu haji tak lama lagi.... biasalah.... sempat juga berborak dengan rakan-rakan lama.... bersembang fasal isu-isu semasa....Syukur kerana kita telahpun dapat mengembangkan sayap kesatu tempat yang agak strategik di Lembah Kelang ini.... harap-harap ia akan dapat bertahan lama ..Tempat ini Wak Kiyai anggap sebagai nostalgia kerana disanalah juga pada suatu ketika dahulu iaitu 30 tahun lepas Wak Kiyai melanjutkan pendidikan menengah selama hampir 2 tahun setengah..... Memang sudah lama Wak Kiyai mengimpikan agar tempat ini dapat kita bertapak ..... dan akhirnya ia terlaksana juga.... Bilangan yang diijazahkan pun amat memberangsangkan .... terima kaseh diucapkan kepada senior Wak Kiyai kerana telah berjaya mengushakan sehingga ianya terlaksana.....Kami juga sedang merangcang  untuk membuka lagi kelas latihan.... harap-harap ini juga akan terlaksana dalam masa terdekat.......Nampaknya perkembangan silat kita ini semakin hari semakin rancak.... harap-harap momentum ini dapat diteruskan ke seluruh Malaysia....  harap-harap begitulah.....Ini disebabkan sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh kita bertapak serta mengembangkan sayap diserata Malaysia ini....Bilakah agaknya kita boleh mencecah kemasukan ahli baru sehingga mencecah 10,000 orang setahun.... Harap-harap Guru Utama serta rakan-rakan yang lain akan berdoa di hadapan Kaabah nanti sebagai salah satu usha kita dalam mencapai hasrat perjuangan silat kita ini.....salam....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Wak Kiyai hanya mengenali Silat Cekak pada pertengahan tahun 80'an.... pada masa itu apalah sangat yang Wak kiyai tau pasal pengurusan persatuan ini.... yang Wak Kiyai tau ialah mengikut sahaja apa aktiviti yang dijalankan.Mungkin Wak Kiyai bernasib baik kerana mempelajari Silat Cekak di kawasan Lembah Kelang ini kerana banyak aktiviti yang kami boleh sertai..... keadaan ini mungkin berbeza sekiranya kita berada jauh daripada ibu pejabat persatuan... Sejak dari peringkat asas lagi Wak Kiyai sudah mula aktif.... kerjanya asyik ikut.. ikut..dan ikut... hantam sajalah labu.... suka hatilah .... asal ada aktiviti kami follow..... terlalu banyak yang hendak disebut.....Moralnya... Wak Kiyai dan rakan-rakan lekat dengan Silat Cekak ialah kerana kami sering mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan Maknanya.... pihak pengurusan telahpun ada perancangan yang teratur dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti  samada yang berbentuk persilatan dan juga lainnya.... Inilah yang dikatakan sinergi... mesti terus bergerak... bergerak.... dan aktif sentiasa.... ahli-ahli mesti sentiasa bergerak aktif melakukan aktiviti supaya ia tidak menjadi sejuk, kaku dan tidak bermaya.... dan sekiranya ini terjadi.... memang sukar untuk dijanakan enjin itu.... bateri pun dah kong.... semua benda berkarat dan perlu banyak yang diperbaiki .....Sinergi itu mestilah dipelbagaikan.... tetapi matlamat serta objektif utama tidak akan lari..... kepelbagaian itu maksudnya aktiviti ahli tidak hanya tertumpu kepada aktiviti persilatan sahaja.... sukan dan riadah serta ritual agama juga harus diberi perhatian.... dan tidak ketinggalan bidang ekonomi serta tahap pengetahuan dari aspek pengurusan dan akademik....Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar sinergi sentiasa panas sepanjang masa .... ini amat penting....Apa kaitannya dengan visi, misi, matlamat serta objektif pergerakan Silat Cekak ini.....Senang sahaja.... mugkin perkara-perkara yang dijanjikan dalam mencapai matlamat seperti yang disebutkan nampak agak gah.... tetapi jika tidak sesuai adunannya.... atau tidak menepati citarasa dan mungkin juga telah ketinggalan zaman.... maka semua yang diimpikan tidak akan tercapai.... Disiini uniknya Silat Cekak kerana berjaya meujudkan senergi yang berterusan agar ahli-ahli sentiasa aktif dengan aktiviti yang pelbagai.... secara dasarnya begitulah....Itulah yang terjadi pada zaman Wak Kiyai yang pada masa dahulu bergerak aktif di Lembah Kelang ini.... Sekian dan salam.... bersambung...
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: KATEGORI MANUSIA ..... ADA 4 GOLONGAN1.  Tau dan sedar.... golongan ini patut dicontohi dan diikiti.... dia FAHAM..... :first:2.  Tau tetapi tak sedar yang dia tau.... golongan ini memerlukan seseorang untuk mengejut dan menyedarkannya.... dia TAK FAHAM..... :sleep:3. Tak tau dan menyedarinya yang dia tak tahu.... golongan ini jahil dan  sedar akan kejahilannya....golongan ini harus dipimpin dan dipandu.... bersedia untuk diFAHAMKAN.... :clapping:4. Tak tahu dan tak mengakui akan kejahilannya.... golongan yang jahil .... dia tak tahu dan tidak mengetahui kejahilannya... maka golongan ini hendaklah ditinggalkan dan tidak patut digauli kerana ia akan membazirkan masa dan tenaga.... golongan HAMPEH.... haaa..... :ban:
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam semua,Dalam alam persilatan Melayu di Malaysia sekarang ini ada berapa banyak perguruan yang ujud.....  beratus-ratus agaknya... Jika dicampur dengan seni beladiri dari luar negeri pula.... maka pasaran ini lagi bertambah banyak .... you just name it.... Dari aspek pemasaran.... produk atau perkhidmatan yang hendak diketengahkan kepada masyarakat umum dalam kategori ilmu mempertahankan diri yang juga tergolong dalam sub kategori  sukan / olahraga ini memanglah banyak.....Setiap persatuan itu mesti mempunyai visi, misi, objektif serta matlamat yang hendak dicapai... sesuai dengan produk atau perhidmatan yang ditawarkan.... perkara ini mestilah jelas supaya organisasi itu tidak hilang hala tuju yang menjadi objektif utama ia ditubuhkan....Para pengerak yang berada diperingkat atasan akan mengubal perlembagaan persatuan ini sesuai dengan kehendak yang diingini.... Strategi memasarkan produk mestilah juga bersesuain, jika tidak ia tidak akan dikenali dan kurang mendapat sambutan.....Maknanya strategi pengurusan serta pemasaran mestilah mantap dan boleh diguna pakai untuk jangka masa pendek , sederhana dan juga panjang.... Sudah berapa lama Silat Cekak berkembang, bagaimanakah sejarah permulaannya , dimanakah ia mula-mula bertapak dan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.... untuk menjadi seorang pengerak yang berkualiti... semua ini perlu kita ketahui....Tambah pulak sekarang ini produk Silat Cekak yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi telah ada 3 jenama yang berbeza.... Secara perbandingan..... antara produk Silat Cekak berbanding silat-silat tempatan yang lain.... dari segi strategi pengurusan serta pemasaran ..... memang menampakkan perbezaan.....Ini disebabkan kerana boleh dikatakan majoriti yang berada diperingkat atasan didalam persatuan Silat Cekak masing-masing adalah didalam satu cetak dan acuan yang sama pada masa dahulu.... Maka tidak hairanlah jika kita lihat sebahagian perlembagaan, undang-undang  serta tatacara perjalanan persatuan Silat Cekak ada banyak persamaannya... walaupun begitu... ia tetap juga ada perbezaan.... sesuai dengan kehendak serta keperluan masing-masing...Berbanding sistem pengurusan serta pemasaran silat-silat yang lain.... ada seorang komentar silat mengatakan bahawa Silat Cekak secara umumnya amat jauh meninggalkan silat-silat ini.... Jika dahulu terdapat beberapa jenis silat yang dianggap gah pada mata umum... tetapi sekarang ini adakah silat-silat itu masih berada di status quo sepertimana dahulu ataupun ia telah menurun dan hanya bergantung harap kepada sejarah yang silam.... Semua ini adalah hasil daripada kelemahan strategi jangka panjang pengerak-pengerak  didalam organisasi persilatan itu....Adakah Silat Cekak secara umumnya ingin megalami nasib yang sama.... atau adakah Sikat Cekak jenama ini dan itu ingin mengalami zaman kemurungan.... semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pengerak-pengerak yang menaunginya.... Jangan dibangga sangat sekiranya  jenama Silat Cekak ini mendahului pesaing dari jenama Silat Cekak yang lain pada masa sekarang...... kerana kelemahan mengatur strategi serta kealpaan pengerak akan menghakis serta mengikis JENAMA SILAT CEKAK ini pada masa-masa yang akan datang.... Sekian dan salam....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam semua......Menyatakan kebenaran kadang-kadang orang lain menyangka kita bongkak dan takabur..... itulah juga sangkaan Wak Kiyai masa mula-mula belajar dahulu.....Silat Cekak nie eksyen tul.... tetapi setelah diteliti dan mengikutinya selama lebih 27 tahun.... ternyata apa yang diperkatakan itu adalah kebenaran.... Silat Cekak secara umumnya memang bertapak kukuh berbanding silat-silat yang lain..... kita patut menganalisa secara terperinci dan memberi hujjah supaya masyarakat umum boleh menerima kenyataan itu.... Didalam agama perkataan hijrah memang sinonim.... Nabi Muhammad s.a.w bertapak lebih kurang 10 tahun diMekah sebelum berhijrah ke Madinah.... hijrah tempat juga ada kaitannya dengan strategi.... ia saling kait mengait.... walaupun hijrah itu sendiri boleh diertikan dengan berbagai maksud.... dan tidak semestinya berpindah tempat.... Wak Kiyai cuba mengaitkan hijrah ini dengan pergerakan Silat Cekak yang dipimpin oleh arwah Ustaz Hanafi.....Tetapi sebelum itu kita haruslah mengenalpasti apakah wawasan atau visi yang hendak dibawa olehnya supaya kita tidak hilang arah dan berpaksi kepada landasan yang betul dalam menjayakan wawasan itu.....Bercerita tentang itu.... latarbelakang , pengalaman serta pemikiran ustaz perlulah diambil kira kerana semuanya ini akan dihimpunkan untuk menjadi suatu bentuk falsafah pemikiran serta pergerakan yang penuh bermakna bagi sesuatu organisasi yang dipimpin itu.... ia bukannya suatu sifat retorik semata-mata.... Wak Kiyai berpandangan bahawa ustaz memang berfikiran strategik dan mempunyai wawasan yang jauh.... disamping silat yang dibawanya itu suatu produk yang baik dan dalam maksud yang tersendiri produk itu mempunyai nilai estetika serta etika yang mempunyai maksud falsafah yang mendalam jika dikaitkan dengan agama dengan banyak mengaplikasikan unsur yang tersirat daripada yang tersurat.Tetapi sebaliknya pada pandangan umum dan juga pada majoriti ahli-ahli Silat Cekak , unsur yang tersurat lebih menonjol berbanding yang tersirat. Perkara ini memang dikira biasa dan banyak aspek boleh kita kaitkan kepadanya.Ustaz jika diteliti dari latarbelakangnya banyak membuat perkara-perkara yang agak unik . Antara perkara-perkara  yang agak unik pada ustaz ialah ustaz suka melawan arus pada satu dua perkara yang dibuatnya. Dengan keyakinannya yang tinggi itu dan sudah semestinya keyakinan itu dibawa dengan kebenaran maka akhirnya arus yang kecil itu berjaya menjadi semakin besar sehingga mengalahkan arus besar yang dianggap benar dimata umum. Walaupun begitu, Wak Kiyai tak berhajat nak memperincikan perkara ini.Biarlah Wak Kiyai menceritakan yang tersurat sahaja kerana kita maseh menghormati hak Guru Utama didalam persilatan ini dan juga pegangan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.bersambung.... Salam.
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam ,Istiadat konvokesyen SILAT CEKAK USTAZ HANAFI 2011 telah berlangsung dengan jayanya tempohari.Ramai juga yang menerima pingat , sijil menengah dan juga rendah.... Saya berasa terharu apabila mengetahui saudara Mohd Yusof dianugerahkan pingat tertinggi Silat Cekak Hanafi..... Saya pernah berada dibawahnya dan sama-sama bergerak diakhir tahun 80'an.... Memang hebat dan meriah majlis ini..... Dari jumlah mereka-mereka yang mengambil sijil pada hari itu iaitu seramai hampir 1,500 maka memang ia tidak lari dari jangkaan perkiraan Wak Kiyai.....Silat Cekak pimpinan 1 Mohd Radzi menguasai 60-65 % 2 Maideen Kadir Shah      27-30 %3 Marwi                          10-12 %Ini berdasarkan mereka-mereka yang berjaya mengambil Sijil Rendah Persilatan.Walaupun begitu jika diukur dari pemgambilan ahli dan juga kelas latihan , peratusannya lebih kurang statistik di atas juga.Bukan Wak Kiyai nak menyebelahi mana-mana pihak tentang statistik yang diberi tetapi ini adalah kebenaran . Wak Kiyai sudah mula membuat kajian ini sejak tahun 2009 dan maseh mengikuti perkembangannya sehingga sekarang.Didalam bab pengurusan  banyak perkara harus diambil kira. Pada tulisan akan datang Wak Kiyai akan mengadunkan 3 pendekatan pengurusan yang Wak Kiyai rasa relevan untuk dipraktikkan. Wak Kiyai tak perlulah menulis secara formal tetapi akan cuba membawa pendekatan secara bersahaja  yang mana ia adalah termasuk unsur-unsur pengurusan strategik, pemasaaran dan juga pendekatan ketenteraan.Unsur motivasi juga akan diselitkan seperti mana tulisan yang lalu.Konvokesyen seperti ini sebenarnya adalah salah satu kayu pengukur yang agak sesuai disamping aspek-aspek yang lain yang perlu diambil perhatian agar  sesuatu organisasi itu akan bertambah jitu dari semasa kesemasa.Angka 60-65 % belum tentu mengambarkan kekuatan itu akan berterusan kerana jika aspek pengurusan jangka panjang diabaikan maka suatu hari nanti ia akan berubah dengan ketara dan pada saat itu..... walaupun ia asli.... tetapi tidak begitu nyata..... sekian dan salam.....
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Tidak lama akan berlangsung majlis penganugerahan pingat dan sijil kepada ahli-ahli Silat Cekak..... Wah... nampaknya semakin hari semakin bertambah maju silat ini... apa taknya.... seisi dijangka bermula dari pagi hingga ke petang.... Ini menunjukkan semakin ramai ahli-ahli yang akan menerima sijil baik menengah maupun rendah..... syabas Wak Kiyai ucapkan kepada semua......:clapping:Bagi penganugerahan pingat pula.... syabas dan tahniah :clapping: :clapping: :clapping: ..... semestinya mereka-mereka ini telah mencurahkan banyak jasa kepada alam persilatan kita selama ini......Wak Kiyai harap kepada semua pemegang sijil-sijil ini agar mereka dapat terus aktif didalam Silat Cekak selama mana yang mungkin . Dengan itu silat ini dapat dikembangkan dengan lebih luas lagi pada masa-masa akan datang.Memang ada perbezaan jika dibandingkan semasa zaman Wak Kiyai menerima SMP pada tahun 1995 dahulu. Masa tu kita orang nie sempoi aje.... pakai baju biru persatuan , sampin suka hatilah apa nak pakai janji nampak biru gelap dan songkok..... Tapi sekarang nie.... penerima SMP kena pakai tanjak.... wow.... macho you.... macam panglima lagaknya.... ada gaya.... ditambah sampin dan bengkung persatuan lagi.... :clapping:Wak Kiyai harap... perjalanan majlis akan berjalan lancar dalam semua aspek aturcara.... maklumlah.... upacara ini dibuat dengan meriah dan 'grand' ..... maka semuanya kenalah tip top...... PENERAJU dan PEWARIS Silat Cekak mestilah mempunyai kualiti didalam semua hal dan keadaan..... ini adalah kemestian dan jangan dipandang sambil lewa sahaja.....Banyak lagi aspek pengurusan yang perlu diambil perhatian dan penambahbaikan selain daripada menguruskan majlis seperti ini. Diharap ianya tidak dilewat-lewatkan atau mengambil masa yang panjang kerana sasaran 2015 bukanlah suatu masa yang lama atau panjang..... pejam celik.... pejam celik.... dah tiba masanya..... lebih kurang 4 tahun saja lagi.....Sekarang ini.... petugas-petugas majlis sedang sibuk membuat persiapan..... Wak Kiyai ucapkan selamat bertugas dan mencurah bakti..... :)IKHLAS dalam PERJUANGAN.....Ma..assallamah.... ya ahi...... salam......
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam sahabat-sahabat semua,Sudah berpuluh tahun Silat Cekak bertapak bermula dari tahun 1965 secara resminya sehinggalah sekarang. Puluhan ribu anak-anak murid yang telah tamat. Peratusan mereka-mereka yang tamat pula kebanyakannya mereka-mereka yang pernah menjejaki menara gading didalam dan juga luar negeri.Bidang ilmu pula secara keseluruhannya semakin berkembang dengan pesat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh ilmu didalam bidang komputer. Tak taulah Wak Kiyai nak kata macamana pesatnya perkembangan ilmu itu jika dibandingkan semasa Wak Kiyai mempelajarinya lebih 20 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Disini Wak Kiyai cuba nak kaitkan pertalian bidang ilmu persilatan kita dengan perkembangan semasa. Begitu juga Wak Kiyai ingin mengimbas kembali diantara salah satu hasrat Ustaz yang ingin memartabatkan Silat Cekak ini ketahap yang setinggi-tingginya sehingga dinobatkan sebagai Silat Nasional yang terunggul.Kita perhatikan perkembangan Ilmu Sains Sukan sekarang ini sudahpun berkembang dengan pesat sekali. Jika dahulu iaitu pada pertengahan tahun 1980'an tidak banyak Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus ini. Yang agak terkenal sikit ialah UPM dimana bidang pendidikan jasmani diperkenalkan kepada cikgu-cikgu dan juga athlet-athlet yang ingin menceburkan diri didalam bidang kejurulatihan. Tetapi sekarang ini kursus Sains Sukan sudah berkembang dengan pesat dan banyak universiti telahpun  menawarkannya . Tidak ketinggalan juga ada ramai pengamal Silat Cekak yang menjadi graduan daripada kursus tersebut.Sebagaimana maklum secara amnya silat dikategorikan sebagai sukan atau olahraga. Maka Silat Cekak juga tidak terkecuali didalam hal ini.Didalam skop yang lebih luas mengikut peredaran semasa semestinya silat ini dipertingkatkan kualiti pembelajarannya dengan menerapkan pembelajaran sains sukan yang dianggap perlu didalam ilmu persilatan kita. Wak Kiyai telah membuat sedikit kajian mengenai ilmu persilatan terutama Silat Cekak serta cuba untuk memberi sedikit idea bagaimana kita boleh meningkatkan kualiti pembelajaran silat ini hingga mencapai tahap yang boleh diiktiraf professional sesuai dengan keadaan semasa. Silibus-silibus yang akan dipelajari  adalah mengikut modul-modul dan tahap tertentu didalam persilatan. Anugerah akan diberi berdasarkan modul-modul yang dipelajari , tahap kecekapan serta tanggungjawab seseorang individu itu didalam persilatan ini.Jangan terkejut sekiranya Silat Cekak berupaya menganugerahkan Doktor Persuratan Persilatan dan juga Diploma Profesional Persilatan suatu hari nanti.Sijil Rendah serta Menengah Persilatan tidak akan dimansuhkan tetapi ia adalah termasuk didalam modul silibus-silibus bidang persilatan ini.Modul silibus ini juga akan diselaras dengan kelayakan individu yang sedia ada sesuai dengan kehendak MQA dalam memperolehi diploma serta ijazah yang lebih tinggi dan diiktiraf kerajaan.Cuma satu persoalan sahaja, bersediakah  PENGURUSAN ATASAN memikul tanggungjawab atau cabaran seperti ini ?Mengenangkan kata-kata arwah Ustaz Hanafi..... perkara ini bukanlah mustahil.... Untuk diiktiraf sebagai Silat Nasional Yang Terunggul kita mestilah sentiasa dihadapan berbanding yang lain. Janganlah kita mencemuh Akademi Persilatan itu dan memandang rendah  sebaliknya kita harus mempertingkatkan Silat Cekak pimpinan Mohd Radzi dengan sebaik mungkin.  Maju dan terus maju.Sekian dan salam.
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: Salam,Orang yang dah tua bangka macam Wak Kiyai nie semestinya sudah masak dengan falsafah , misi, visi matlamat serta objektif Silat Cekak yang diidamkan oleh arwah Ustaz Hanafi.Sekarang ini kebanyakan situa bangka inilah yang kebanyakannya menerajui kepimpinan Silat Cekak dalam ke tiga-tiga kumpulan yang bergerak aktif. Peratusan mereka-mereka yang berumur dibawah 40 tahun agak kurang . Silat Cekak kepimpinan Maideen serta Marwi memang dah sedia maklum ramai betul yang yang dah pencen jika mengikut usia 55 sebagai kayu pengukurnya. Di pihak Mohd Radzi pula tak berapa ramai walaupon ada. Nasib baik Wak Kiyai nie masih jauh lagi nak tiba usia pencen itu.Kategori Pengurusan Atasan dan juga Pengurusan Pertengahan kebanyakannya didominasi oleh mereka-mereka yang berumur 40'an ke atas dan bagi peringkat pengurusan hadapan pula usia belia adalah secocok bagi mereka. Wak Kiyai tak berapa kisah sangat tentang kategori pengurusan ini . Yang penting pada setiap individu kemahiran pentadbiran , pengurusan serta persilatan haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Tanggung jawab yang dipikul wajib dilaksanakan dengan sepenuh hati bagi setiap ahli tak kira diperingkat mana kita berada.Wak Kiyai menjadikan asas pengalaman Wak Kiyai dalam bidang persilatan ini sejak mula belajar dikampus hinggalah sekarang sebagai kayu pengukurnya. Walaupun sekarang tidak lagi aktif secara langsung disebabkan oleh  faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan tetapi semangat ingin melihat Silat Cekak berkembang masih tidak lekang malah semakin membuak-buak dari sehari ke sehari. Wak Kiyai merasa bangga kerana ramai rakan junior serta anak didik Wak Kiyai sekarang ini memegang jawatan yang tinggi baik diperingkat pusat dan juga diperingkat negeri serta menjadi Penyelia Kelas dimerata-rata tempat. Mereka -mereka ini semua sedia maklum akan perangai Wak Kiyai . Memang teruk mereka kena hentam atau dikerjakan oleh situa bangka Wak Kiyai ini selama berkawan rapat sebelum berpisah ketempat masing-masing. Tetapi mereka faham akan maksud dan tujuan yang Wak kiyai nak sampaikan, semuanya itu bukanlah bermaksud untuk kepentingan peribadi atau ingin mendapat 'pride' or 'honour' tetapi sebaliknya 100 % untuk perjuangan Silat Cekak ini.Sesekali apabila ada masa berjumpa kita akan berborak dan Wak Kiyai sangat suka akan cerita perkembangan silat ini ditempat-tempat mereka aktif bergerak. Lain tempat lain cabarannya dan Wak Kiyai akan memberi kata-kata nasihat yang sesuai untuk dipraktikkan ditempat masing-masing.Tidak dinafikan ada sesetengah junior-junior yang agak degil tetapi Wak Kiyai tidak ambil hati sangat kerana mereka ini jarang berkomunikasi terus dengan Wak Kiyai. Itu terpulanglah kepada Penyelia yang mengambil alih tugas selepas Wak Kiyai untuk melentur mereka. Hanya yang betul-betul rapat sahaja mengetahui isi hati dan perjuangan yang Wak Kiyai bawa selama ini . Cuma, sesekali Wak Kiyai akan tunjukkan kepada mereka siapa Wak Kiyai didalam persilatan ini semasa majlis-majlis tertentu dimana orang-orang lama akan mudah berborak dan berbincang dengan kita seolah-olah sudah sebati seperti isi dengan kuku. Maka disitulah baru mereka timbul rasa hormat sedikit demi sedikit.Kadang-kadang rasa kelakar semasa berborak dengan sahabat-sahabat lama ini. Mereka kata nasib baik enko tak pegang jawatan di pusat, kalau tidak panas kita orang dibuatnya, memang  tak senang duduk. Itulah yang mereka luahkan dihadapan Wak Kiyai sebab pengalaman mereka terdahulu menceritakan segala-galanya.   Semangat Wak kiyai tak pernah luntur, pengalaman yang ada kita sebarkan kepada sesiapa yang ingin mengambilnya kerana yang penting Silat Cekak wajib disebarkan seluas-luasnya dibawah teraju En. Mohd Radzi buat masa ini.Sekian dan Salam.
Kenangan Si Sameon in Umum : Sembang Malaysia
Message: terima kasih untuk berkongsi!
Kemas-kini Blog Sepak Minang in Umum : Sembang Malaysia
Message: Dalam tulisan seterusnya saya ingin berkongsi bersama dengan para pembaca tentang beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh penuntut silat generasi baru di tempat saya. Saya tetap berpendapat bahawa pada dasarnya, misi utama bagi setiap murid adalah menguasai pembelajaran fizikal dan kefahaman SC secara bersepadu. Namun begitu, soal kefahaman kenalah ikut kefahaman saya sepanjang mempelajari SC di tempat saya. Berdasarkan sejarah lalu, mereka yang tidak dapat ikut landasan fahaman yang saya bawa maka terpaksalah mereka menjauhkan diri daripada cawangan. Saya tidak berminat untuk bertengkar atau menegakkan kebenaran pendapat yang boleh dilihat dalam pelbagai segi. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan membuang masa dan tumpuan semasa pembelajaran SC. Lebih banyak bercakap daripada bertindak adalah merupakan manusia yang sentiasa rugi dalam konteks SC.
Message: ini bunyi membimbangkan!anyway, terima kasih bagi jawatan itu!
KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK in Umum : Senarai Blog & Website (Rasmi / Bebas)
Message: MENETAPKAN SASARANSalam rakan-rakan......Untuk menjadi PENERAJU kepada sesuatu persaingan didalam apa juga lapangan, setiap organisasi itu mestilah menetapkan sasaran supaya dengannya tujuan dan matlamat dapat dicapai.Jikalau kita baca tulisan dan rencana dari seorang rakan kita yang dianggap berpengalaman dalam ruangan Lading Emas, dia telah menulis tajuk Peranan Pengurusan Tiga Aras.Sila rujuk coretan rakan kita itu. Terpulanglah samada rakan-rakan nak memikirkannya secara serius atau sekadar membaca secara santai. Wak Kiyai pulak mempunyai pendekatan dan cara penulisan yang agak relaks supaya mudah kita memahami dan mudah kita praktikkan ditempat masing-masing.Didalam tulisan rakan kita itu peringkat pengurusan dikelaskan dalam 3 peringkat.1. Pengurusan Atasan.Selalunya tak banyak perkara yang akan dilakukan diperingkat ini kerana ia banyak kepada perkara-perkara yang menyentuh polisi dasar sesuatu organisasi. Tetapi walaupun begitu apabila ada perubahan dari peringkat ini, sebenarnya ia akan mencorakkan sebahagian besar tentang segala kegiatan yang akan dilakukan.Antara polisi yang Wak Kiyai nampak ialah tentang pengambilan ahli baru sebagai contoh. Jika masa dahulu hanya penuntut yang telah berusia 18 tahun sahaja dibenarkan belajar silat ini tetapi sekarang usia itu telah dikurangkan.Hasilnya sekarang ini, penuntut yang belajar di sekolah menengah boleh belajar silat.2. Pengurusan Pertengahan     3. Pengurusan Hadapan.2 peringkat inilah yang kebanyakan daripada kita terbabit secara terus didalam persatuan ini.Strategi dan pelaksanaan memainkan peranan yang amat penting. Dalam perbahasan serta komentar Wak Kiyai , inilah peringkat-peringkatnya  yang Wak Kiyai akan sentuh secara mendalam. Segala tulisan adalah berdasarkan pengalaman yang Wak Kiyai perolehi sejak mula menceburi Silat Cekak ini puluhan tahun dahulu. Mungkin ia boleh diaplikasikan ditempat masing-masing. Lain padang lain belalang, lain tempat lain pula cara pendekatannya. Rasionaliti, realistik serta logik mestilah diambil kira didalam menguruskan sesuatu perkara itu.Rasional tu kira-kiranya ..... sesuatu tindakan itu boleh diterima oleh semua orang .Realistik tu kira-kiranya..... perkara yang kita hendak tu boleh tercapai.Logik pulak..... maknanya.... boleh diterima  akal apa yang kita buat tu......Haaa... kira macam gitulah cerita bahasa pasarnya.....So.....untuk menjadi PENERAJU dalam bidang persilatan ini secara umumnya serta juga menjadi PENERAJU  diantara Silat Cekak yang ada sekarang ini, kita mestilah agresif dan serius dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.Didalam pasaran Silat Cekak sekarang ini. kita mestilah berada ditahap gred A didalam semua perkara. Maknanya 2 peringkat pengurusan iaitu Pengurusan Pertengahan dan Pengurusan Hadapan adalah orang-orangnya yang memainkan peranan yang sangat penting didalam persaingan yang sengit ini.SILAT CEKAK manakah yang akan terserlah pada masa akan datang.... ? Mari kita menetapkan sasaran .Sekian.
PSSCM Menerima Guru Utama Baru - Datuk Maideen Namanya in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam.....Wak Kiyai selalu menjengok blog CEKAK PENDUSTA kelolaan Pak Lang..... Visit Counter sehingga ke saat ini ialah sebanyak 424,564 iaitu sejak ia mula lancarkan..... kira ok lah juga blog ini walaupun tak banyak cerita sejak kebelakangan .....Wak Kiyai sifatkan Pak Lang serta rakan-rakan blog yang berseiringan nie sebagai kumpulan serpihan PSSCM.....Harap Pak Lang janganlah marah yea..... kerana Wak Kiyai pangil kumpulan Pak Lang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya sebagai SERPIHAN..... Tetapi walaupun dinamakan kumpulan serpihan PSSCM.... Wak Kiyai agak-agak ramai juga pengikutnya..... Kumpulan serpihan PSSCM nie juga banyak puak masing-masing.... ntah berapa puak Wak kiyai kurang pasti..... yang pasti.... semua nie tak menyokong Datuk Maideen sebagai Guru Utama....Mereka masih menyokong Pak Ak .... selagi hayat dikandung badan agaknya.....Jika kita baca blog-blog yang berkaitan.... rasa lucu dibuatnya.... tak tergamak Wak Kiyai nak tuliskan tajuk serta isi kandungannya  itu.....Cukup lah sekadar.... aku paham dan enkau pun paham juga..... :clapping:Salam.....
Mari Bercerita Tentang - Duniaku dan Duniamu in Umum : Salam Perkenalan
Message: Salam rakan-rakan semua.....Sejak 10-10-2010 iaitu Kempen Jom Silat sehinggalah hari ini, Wak Kiyai nak tanya sikit.Apakah kesan atau 'impact' dari keseluruhan kempen itu ? Sebab rentetan daripada tarikh itu persatuan juga telah mengumumkan akan ada kempen Jom Silat 2015.Wak Kiyai bertanya sebegini adalah disebabkan kempen yang berlalu itu akan mencecah 1 tahun tak lama lagi. Sekarang ini adalah masa yang agak sesuai untuk Wak Kiyai bertanya kerana boleh dikatakan lebih 80% pengambilan ahli baru telahpun dijalankan.Berapa ramaikah ahli-ahli baru telah masuk belajar dan berapa % kah yang akan tamat ? Bolehkah mereka-mereka ini akan tetap bersama serta berada dengan alam persilatan kita sehingga kempen Jom Silat 2015 dijayakan.....Wak Kiyai dalam satu keadaan merasa agak 'ngeri' dengan kempen Jom Silat 2015 ini. Banyak faktor-faktor kelemahan yang perlu kita ambil kira dan mengambil tindakan sewajarnya demi untuk menjayakan kempen yang akan datang ini.Itu sebabnya pada awal-awal lagi Wak kiyai bertanyakan tentang kesan atau 'impact' daripada kempen yang kita buat tempohari serta kesinambungannya untuk kempen yang akan datang.Kenapa Wak Kiyai ' ngeri' ?Sebabnya mudah ..... kempen yang lalu mensasarkan 10,000 peserta..... tetapi kita hanya mencapai sasaran 7,000 lebih sahaja....Jadinya  pada kempen yang akan datang... kita kena cari 42,000 orang peserta untuk mencapai matlamat 50,000 orang.....Boleh tercapai ke angka sasaran tu..... Banyak persoalan yang timbul didalam benak fikiran Wak Kiyai ini..... antaranya ialah persoalan angka 50,000 itu sebenarnya menguji LOGIK serta REALISTIK minda Wak Kiyai......Jika Wak Kiyai nak bincangkan perkara ini secara teliti dengan fakta-fakta yang ada..... rasanya ramai yang akan anti Wak Kiyai..... jika Wak kiyai duduk kat kerusi pihak atasan sekarang nie.... ramai yang akan berlaga angin dengan Wak Kiyai.....Sesiapa yang mengenali Wak Kiyai... depa akan tahu perangai Wak Kiyai..... sejak mula jadi AJK di kampus, jurulatih dan juga penyelia.... Wak Kiyai nie 'no nonsense' orangnya.... cakap mestilah berdasarkan logik dan realiti semasa.....Banyak strategi yang Wak Kiyai laksanakan pada masa dahulu membuahkan hasil..... tanyalah anak-anak buah Wak Kiyai..... Tetapi untuk mendapatkan suatu pencapaian yang ' quantum leap'  50,000 ahli penyertaan ...... ia memerlukan kuasa jet turbo kapal terbang penumpang Airbus 380 dengan kepantasan jet pejuang pemintas tentera untuk mencapai matlamat itu....Maknanya..... penumpang yang ramai dengan kepantasan maksima.....Terlalu banyak konsekuensi yang perlu diambil kira sebelum membuat ketetapan..... seharusnya biarlah ia logik dan realistik dalam menentukannya..... jangan buat semberono sahaja....Maka itulah sebabnya Wak Kiyai bertanyakan akan kesan atau 'impact' yang dibawa oleh kita hasil daripada kempen Jom Silat Cekak 2010 tempohari...untuk dijanakan kepada kempen yang akan datang.....Dalamasa yang sama..... dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.... Wak Kiyai suka mengingatkan pihak atasan yang bertanggungjawab..... berhati-hatilah membuat ketetapan dan juga kenyataan....Wak Kiyai takut dan berasa'ngeri'..... kerana nanti akan ditertawakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.... Jangan pula kita dikatakan 'MIMPI DISIANG HARI'Sekian......