Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2010-01-01 20:40:51

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

INDOKTRINASI PEMIKIRAN ADALAH PERMULAAN KEPADA PEMBINAAN SEMANGAT

Salam.....

Rakan-rakan sekelian. Tak perlu susah-susah memikirkan betapa rumitnya Wak Kiyai membina tajuk diatas, yang pentingnya cuba bayangkan yang dingin dan selesa....

Disuatu tempat, disuatu keadaan, disuatu suasana....yang hening, aman dan tenteram.....

Mungkin selepas solat, mungkin semasa 'termenung', mungkin semasa tak de benda nak buat.....ikut sedap hati dan perasaan, melayan emosi......sesedap rasa...

SEDETIK dan SEJENAK.....hati kecil itu memberi isyarat dan makna bahawa.....

                            " AKU ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK "

Ada MATA boleh MELIHAT.....
Ada TELINGA boleh MENDENGAR...
Ada AKAL boleh BERFIKIR...
Ada DERIA boleh MERASA....
Ada JIWA boleh BEREMOSI...

Layari YOU TUBE ....cari, cari......dan cari......?

Lagu ......" PENERAJU WARISAN MUTLAK "......

Dengarkan......dengarkan......dengarkan.......!!!!!

Berulangkali......fahami maksud dan maknanya.......hafal senikatanya......!!!!!

LAYAN.....ikut sesedap rasa....emosi dan perasaan.......sampai anda merasai 'feeling' itu......

Bayangkan ........disuatu pagi yang hening dan tenang....

Kita bersama-sama berpuluh ribu rakan-rakan kita yang lain ......telah bersedia di atas sebuah bukit yang tinggi.....dengan lengkap berpakaian Panglima.....bersedia.....

Apabila arahan telah diberi.......MULA !!!....maka lagu " PENERAJU WARISAN MUTLAK " pun dinyanyikan dengan melodi dan iringan muzik yang mendayu......berpuluh ribu bersama-sama menyanyikan lagu itu......dengan senikata, rentak serta alunan yang seiring dan sekata.....penuh semangat dan jiwa yang berkobar-kobar..........

BERGEMA dan BERGEGAR .....mencecah keheningan sunyi pagi.....

Apakah perasaan anda pada ketika itu.....

Rakan-rakan....dihati kecil tersemat perasaan bangga......diuruti dengan rendah hati...menyatakan.....bahawa.....

........." KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK " !!!!!!!!!

Setiap senyuman yang terukir kemudiannya membawa seribu satu makna dan erti....hanya sahabat dan temanku yang SA UDARA sahaja betul-betul mengerti....sematkan .....MAKNA YANG IKHLAS DAN SUCI......

Abadikannya.....didalam FIKIRAN  dan HATI......

[ Suka memainkan lagu-lagu berbentuk patriotik seperti lagu Warisan nyanyian Sudirman....dan lain-lain..... melayan fitrah yang dianugerah Illahi kepada kita.....fitrah semulajadi yang condong kepada seni.....nyanyian dan alunan muzik yang indah-indah membawa maksud yang bermakna....sebagai suatu rangsangan......memberi sedikit erti kepada kehidupan ini ]

Sekian dan salam.....

Offline

 

#2 2010-01-04 17:57:16

yus_matjisin
New member
Ranking
Malaysia
From: UPSI
Registered: 2010-01-02
Posts: 8
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam..
InsyaAllah saya akan turut serta 10.10.10 ni..
saya dah cakap kat abg saya juga supaya ikut serta kontijen Sabah atau Sarawak untuk menyertainya.. Kita semua adalah peneraju warisan mutlak.

Offline

 

#3 2010-01-05 17:27:55

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

MOTIVASI DAN KEPIMPINAN


Kejayaan sesuatu organisasi atau persatuan pada dasarnya bergantung kepada kepimpinan dan motivasi setiap individu. Begitu juga perguruan Silat Cekak Hanafi ini. Kita mestilah berusha dan melengkapkan diri supaya pembinaan karektor dan imej dapat cerminkan dengan baik dan dengan itu keadaan dan suasana sekeliling dikalangan 'peer group' atau kelompok pengamal persilatan ini dapat membina suatu gambaran ' PERSEPSI' yang boleh diterima masyarakat.

Ini adalah sebagai suatu daya penarik kerana orang akan menilai kita berdasarkan faktor-faktor yang telah disebutkan tadi.

PERSONALITI : Pembinaan Identiti kita...

Imej .....gambaran yang baik dalaman dan luaran....

Karektor.....bermotivasi dan berjiwa kepimpinan......

Cetusan rasa anda bagaimana........?   Fikir dan layan.......

Offline

 

#4 2010-01-13 11:15:15

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

SILAT CEKAK HANAFI - WAWASAN 2015


Membentuk Semangat Jatidiri Melayu-Islam


Prakata

Kesedaran Itu Cahaya Kehidupan.....

Mengimbas kembali kepada perjalanan Silat Cekak ini sepanjang bernaung dibawah perguruannya membawa banyak erti dan makna yang amat mendalam bagi saya. Silat Cekak bukanlah suatu perguruan yang gah menjadi sebutan ramai sedikit masa dahulu.

Semasa kecil benak fikiran ini selalu mengandaikan suatu fantasi ataupun disebut angan-angan dalam semua hal. Tak kiralah apa saja , sejauh mana otak ( akal ) boleh berfikir dan merayau-rayau, disitulah juga dunia khayalan dan imaginasi. Itu dan ini menjadi idaman suatu hari nanti. Suatu hari dan masa yang kononnya akan merealisasikan semua idaman itu.

Melayan kehendak alam fantasi, khayalan serta idaman sememangnya mencuri masa kita sehingga lamunan itu seolah-olah ianya sejenis ubat yang tidak diketahui asal-usulnya serta rupa bentuknya tetapi ia memberi ' ketenangan ' buat seketika waktu yang ada. Hebat sungguh kurniaNya.

Ilmu pertarungan dan peperangan menjadi suatu segmen yang wajib dalam alam fantasi saya. Mungkin ini adalah pengaruh yang diperolehi sepanjang dianugerahi pancaindera yang ada. Datang dari mana pengaruh itu sehingga menimbulkan gerak hati menanam cita-cita ingin berada disuasana yang digambarkan seolah-olah jiwa ini mengaku ' aku adalah pelakon kepada kejadian itu '.

Dunia kepayahan, penderitaan dan kesusahan dilakonkan dengan penuh bergaya kerana percaya dan yakin suatu kebenaran akan menjelma dan penegak kepada kebenaran itu merasa bengga kerana ia akan dipanggil wira atau ' hero ' kepada khayalan ciptaan imaginasi akal yang belum baligh itu.

Ketika meningkat remaja, ilmu pertarungan dicari-cari. Pada usia yang masih kecil sebelumnya bukan saya tidak berusha mencari tetapi tidak berpeluang. Walaupun ada jelas dihadapan mata tetapi bukan semudah itu menerimanya kerana hati tidak berkenan. ' Aku percaya ada ilmu yang lebih baik daripada itu dan ilmu itu semestinya hak rumpun bangsaku '.

Usia mencecah remaja, 18 tahun umurnya. Terdengar antara nyata atau kabur, Silat Papan Sekeping atau Silat Cekak namanya. Itulah yang saya dengar daripada perbualan senior-senior semasa menuntut disebuah Universiti Teknikal pada masa itu. Perbualan santai didalam bilik saya sementara menunggu kuliah harian. Dalam hati berkata ' Silat ini tak famous pun'. Ya lah.....tak cuba masakan tau. Tak kenal maka tak cinta.

Bersambung......

Offline

 

#5 2010-01-13 11:41:37

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

MOTIVASI


Our dreams of today to become the realities of tomorrow......Cita-cita kita pada hari ini adalah untuk menjadi kenyataan pada masa akan datang.

SILAT CEKAK HANAFI : WAWASAN 2015

Offline

 

#6 2010-01-19 09:03:45

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

assalamualaikum wak kiyai..cayalah wak,meremang bulu romania den nih...haha..pepehal pon teruskan...teruskan....dan teruskan....


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#7 2010-01-19 18:25:40

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

SILAT CEKAK HANAFI - WAWASAN 2015



Membentuk Semangat Jatidiri Melayu-Islam



Prakata

Kesedaran Itu Cahaya Kehidupan....bersambung

Tahun berikutnya bermulalah episod ingin mengenali. Suatu Suratan atau Suatu Kebetulan, entah dimana bermulanya tidak pula saya ketahui. Ninda berpesan supaya belajar ilmu pertarungan. Ilmu yang boleh dibuat mempertahankan diri serta keluarga. Tanpa soalan saya akur akan nasihatnya. Dan tanpa diketahui, rupa-rupa nindaku adalah seorang pejuang.

Menurut cerita bapa saudara, keris kepunyaan ninda yang tergantung diatas dinding , sunyi dan diam seribu bahasa buat sekian lama itu ada ceritanya. Katanya, keris itu pernah makan darah orang pada suatu ketika dahulu. Saya sekian lama ada mendengar, tetapi tidak jelas. Diceritakan oleh ibu saudara serta keluarga secara lepas dan bersahaja antara mereka tanpa pengetahuan anak-anak serta generasi seterusnya. Macam ada suatu rahsia yang hendak disembunyikan ataupun mungkin saya belum mengetahui erti yang mereka katakan itu. Mungkin sebagai cucu yang sulong walaupun masih kecil tetapi dapat juga mengerti sebahagiannya sehinggalah usia sudah meningkat dewasa dan bergelar bapa barulah cerita ninda  diberitakan dengan jelas oleh bapa saudara.

Tidak sangka, ninda yang pendiam itu ada cerita yang boleh dibanggakan oleh anak cucu dan keturunan. Cerita yang menuntut suatu semangat yang kental serta ruh dan jasad  menjadi pertaruhan. Cerita yang dipendam tanpa pengetahuan cucunya yang sulong ini. Hanya nasihat sahaja diberi agar belajar ilmu mempertahankan diri. Ceritanya pada suatu ketika dahulu hanya dipendam membawa arus lipatan sejarah  hingga kemati. Hanya anak-anaknya sahaja yang mengetahui dan hanya cucu sulongnya inilah sahaja yang tahu lebaran sejarah itu. Agak terkilan juga kenapa ninda diam seribu bahasa tidak pernah mengkhabarkan zaman perjuangannya sehinggalah keakhir hayat. Jika tidak kerana bapa saudara , mungkin sejarah itu akan lenyap begitu sahaja. Buat ninda, cucumu ini telahpun menunaikan pesanan dan nasihat mu itu. Walaupun pada asalnya kabur dan sesat dalam pencarian erti perjuangan  , ceritaan bapa saudara memberi makna yang mendalam akhirnya. Dengan perasaan bangga yang terselit didalam hati , saya berkata ' Akulah Pejuang  Warisan...'

Bersambung......

Offline

 

#8 2010-01-24 18:51:58

yus_matjisin
New member
Ranking
Malaysia
From: UPSI
Registered: 2010-01-02
Posts: 8
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

salam.....tengah tunggu cerita bersambung wak kiyai....

Offline

 

#9 2010-01-27 01:49:20

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam....

Sedikit sketsa awal pengajian Wak Kiyai di Universiti dulu....dalam bidang Usuluddin...tajuknya......

SENI ISLAM....


Pengajian Usuluddin , buat masa kini sedang dalam proses membuat kajian secara mendalam terhadap bidang-bidang Seni Islam. Kesempatan ini diambil untuk merealisasikan sebahagian daripada segmen-segmen yang terdapat didalam bidang-bidang Seni Islam tersebut.

Bidang-bidang kajian yang saya jalankan ialah Seni Beladiri, Seni Suara dan Muzik.Bidang-bidang ini amat menarik perhatian saya memandangkan ia penuh dengan kontrovesi terutamanya yang membabitkan soal akhlak dan akidah.

Memandangkan saya sendiri adalah pengiat seni, maka adalah wajar dan semestinya saya mengambil peluang membuat kajian ini. Antara faktor utama yang mendorong saya membuat kajian ini ialah 'kontrovesi' itu sendiri.

Kontrovesi timbul hasil reaksi individu atau pun kumpulan yang sensitif dan peka terhadap perkara-perkara yang menarik perhatian mereka. Yang lebih menarik lagi ialah perkara-perkara sensitif yang disentuh itu apabila diutarakan oleh media-media, ia akan menjadi suatu isu yang bertambah-tambah sensitif sehingga ia menjadi 'isu sensitif masyarakat keseluruhannya'.

Takrifan 'seni' itu sendiri menjadi suatu perkara yang subjektif dimana ia perlu diperhalusi lagi walaupun 'halus' itu sendiri terdapat didalam takrifan seni.

Kekaburan yang ketara sehingga menimbulkan kontrovesi mungkin disebabkan oleh jurang perbezaan pendapat yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang dikira ekstrem kepada pandangan masing-masing. Tidak dinafikan ada juga pendapat yang agak sederhana diutarakan, tertapi jika dikaji dari aspek latarbelakang individu yang mengutarakan pendapat itu, ia seakan-akan tidak bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat kerana ia bukanlah ahli kepada kedua-dua pihak yang mempertikaikan isu kontrovesi ini.

Sepanjang pengalaman saya belajar dan mengajar seni, isu-isu kontrovesi ini masih menjadi topik yang belum ada titik pertemuan yang dianggap memuaskan kedua-dua belah pihak. Kesukaran saya menjawab soalan-soalan penuntut yang bertanya memaksa dan mengheret saya membuat kajian ini.

Justeru itu, saya terpaksa menjadi ahli kepada kedua-dua belah pihak dalam langkah saya menyelami hati naluri yang tersemat dilubuk hati pihak-pihak yang bertentangan. Dalam masa yang sama, saya terpaksa mengharungi jalan kehidupan sebagai tenaga pengajar secara berhati-hati dan bersabar, memandangkan pelajar-pelajar saya secara tidak disedari mempraktikkan bidang-bidang seni yang diperbincangkan.


Seperti biasa .....bersambung....Salam.....

Ps : 1. Nielah  nikmatnya jika kita serius dan menyelami Silat Cekak secara mendalam ....acuan Ustaz Hanafi....

2. Anak buah sekarang pintar-pintar....nak jadi cerita, Wak Kiyai baru dilantik jadi Penyelia...pening dibuatnya layan anak buah....!!!!! Sampai masuk U balik laa....dibuatnya....bahana nak menjawab soalan lazer dia orang...

Offline

 

#10 2010-02-10 17:00:57

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

SILAT CEKAK HANAFI - WAWASAN 2015



Membentuk Semangat Jatidiri Melayu - Islam


Prakata

Kesedaran Itu Cahaya Kehidupan....bersambung

Ustaz Hanafi bukanlah insan pertama saya gelar Guru. Sebelumnya telahpun ada Guru yang membawa perjuangan ilmu membela diri dan saya adalah salah seorang yang berada dibawah naungannya. Dalam usia belasan tahun apalah sangat yang hendak difikir. Peluang belajar yang ada tidak boleh dilepaskan apatah lagi ia adalah pusaka bangsa Melayu. Hakikatnya apa yang diajar saya patuh sahaja.

Masa itu tidak ada penilaian khusus tentang silat. Sebelum belajar ada berjumpa Guru. Orangnya telahpun berumur. Kedatangan Guru diiringi oleh beberapa orang jurulatih. Guru memberi penerangan serba sedikit tentang ilmu persilatannya. Hanya menunggu serangan dan berdiri lurus juga. Tapak 2. Kaedah mengambil serangan seakan-akan buah jatuh. Pantas tetapi halus dan berhemah. Tidak kasar malahan hanya menunggu serangan dengan sabar.

Saya tak kesah asalkan dapat belajar. Itu yang penting dan tak fikir banyak lagi. Tertapi almaklumlah, namapun ilmu membela diri. Seorang sahabat saya ingin mencuba. Seorang jurulatih muda ilmu persilatan Melayu yang terkenal suatu masa dahulu. Maka Guru pun mengarahkan seorang jurulatihnya pergi kehadapan menyahut cabaran.

Berdiri lurus dan menunggu serangan. Segala langkah dan bunga persilatan sahabat saya diperhatikan sahaja. Apabila serangan dibuat, diaturnya tangkisan secara halus tetapi pantas. Yang saya ingat, sahabat saya itu kecundang. Sahabat saya terus mencuba dan mengatur langkah lagi lalu membuat serangan yang kedua. Turut juga kecundang . Akhirnya dia akur.

Itulah kali pertama saya melihat ilmu mempertahankan diri Melayu yang berdiri lurus dan tidak berkuda-kuda. Selama ini semuanya memasang langkah mengukuhkan diri.

Tetapi sayang seribu kali sayang, saya dan rakan-rakan tidak dapat meneruskan mempelajari ilmu ini sehingga tamat. Pentadbiran sekolah akur menurut perintah atasan. Terpaksa mengorbankan ilmu silat pusaka bangsa gara-gara hak luar negeri yang dibangga-bangga. Hati hancur tidak terkira mengapakah begini jadi nasibnya. Saya meninggalkan zaman persekolahan membawa hasrat memendam rasa. Didalam hati berkata, ' Suatu hari nanti akan ku temui juga  ilmu hak peninggalan bangsa dan akan ku pelajari sehingga tamat.' Bagi Guru pertama dan jurulatih, saya ucapkan terima kaseh tidak terhingga . Walaupun berkenalan hanya seketika , ilmu yang diberi tetap saya hargai.

Mengenali Silat Cekak saya anggap suatu permata yang tidak ternilai. Mungkin ini Suatu Suratan kerana 'keadaan dan suasana' pada masa akan datang adalah hak ketentuanNya dan tidak pula kita ketahui. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri tidak dapat dipenuhi. Arahan keluarga kena dipatuhi, melanjutkan pelajaran cukup hanya di dalam negeri. Akhirnya kepatuhan itu membawa banyak erti. Sebagai hamba kita tidak mengerti, rupa-rupanya kehendakNya itulah yang hakiki.

Peluang berjumpa dan mengenali Ustaz walaupun hanya seketika merupakan suatu peristiwa yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Meneliti falsafah disebalik perjuangannya selama lebih 25 tahun cukup-cukup membewa erti lantas saya masih mendekati perjuangan silat ini sehingga kini. Silat Cekak yang sebenar dihayati serta dihalusi falsafah perjuangannya membawa saya mengenali makna dan erti yang hakiki.

Suatu Suratan atau Suatu Kebetulan, kalianlah yang tentukan. Saya mungkin reda dan mungkin juga keliru, kerana hakikat kejadian ini adalah hak dan ketentuanNya secara mutlak. Saya sentiasa berusha mengikuti apa yang dipelajari dan terus mengamalkan apa yang dikatakan  ikhlas baik secara tersurat maupun tersirat. Hari demi hari, penghayatan yang dikumpul buat sekian lama memberi ruang yang halus membuka tirai nur cahaya didalam hati. Indahnya perjuangan ini, suatu perjuangan yang hakiki. Halusnya maksud , erti serta makna falsafah yang hendak diberi jika dinilai dengan penuh teliti. Suatu perjuangan yang perlu dituntut serta dihayati mengikat waktu dan masa hari demi hari. Bersabarlah. Hayatilah dengan ikhlas. Sehingga suatu hari nanti kan ketemui juga penunjuk cahaya kesedaran itu.

Dan semestinya ......kesedaran itulah sebenarnya Cahaya Kehidupan. Terima kaseh Ustaz.....

Offline

 

#11 2011-07-07 04:43:14

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam semua....

Ujian persilatan sijil rendah dan menengah telah dan akan dijalankan dengan rancaknya pada tahun ini.... iaitu tahun 2011....

Selepas tamat episod mahkamah .... diharap perjalanan silat kita akan bergerak dengan lebih lancar lagi berbanding masa-masa yang lalu....

Sebagai Peneraju Warisan Mutlak.... penuntut-penuntut yang selesai mengambil ujian ini,  harap-harapnya janganlah sampai ditahap itu saja anda aktif dalam persatuan dan juga persilatan.....


Kami maseh memerlukan anda untuk sama-sama menabur bakti didalam mengembangkan lagi ilmu persilatan ini....

Berapa ramai agaknya yang akan memenuhi ruang dewan untuk mengambil Sijil Rendah dan juga Menengah.....

Boleh mencecah angka 1000 ke atas.... harap-harap begitulah....

Sebagai PENERAJU kepada semua  persilatan di Malaysia ini.... ahli-ahli mestilah aktif supaya PSSCPUH nampak terserlah ..... jauh meninggalkan silat-silat yang lain.... termasuklah persatuan-persatuan  yang memakai nama silat yang sama.... iaitu Silat Cekak...

Sebenarnya kita boleh mencapai wawasan PENERAJU kepada semua persilatan di Malaysia ini.... sekiranya aktiviti JOM SILAT 2015 dapat digerakkan dengan jayanya.....

Semuga Silat Cekak pimpinan PEWARIS MUTLAK akan lebih bertambah kukuh dalam semua aspek yang dikehendaki.... baik aktiviti persilatan maupun pentadbiran persatuan......KUALITI dan juga KUANTITI....

Dihadapan ada SINAR.... marilah bergerak bersama.... satu haluan.... SINAR itu semakin cerah dan gemilang .....

Salam....

Offline

 

#12 2011-07-19 02:10:09

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam semua.....

Di sini Wak Kiyai nak mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah lulus dengan jayanya dalam Ujian Sijil Menengah Persilatan yang di jalankan tempohari....

Nampaknya bilangan peserta ujian semakin bertambah dari semasa ke semasa....

Wak Kiyai ambil ujian nie lebih kurang 16 tahun lepas.... iaitu kumpulan yang pertama masa En Mohd Radzi menjadi GU....

Ramai juga yang gagal ujian teori dan praktikal....  nasib baik Wak Kiyai lulus dengan sekali ambil sahaja...

Kadang-kadang Wak Kiyai pun tak faham..... ada sebahagian senior yang telah menjadi jurulatih Wak Kiyai buat sekian lama.... menolak mengambil ujian Sijil Menengah nie..... dengan alasan tak konfiden.....

Wah gawat nie.... dah bagi peluang pun tak nak terima.... apa boleh buat.... itu hak tuan punya diri..... tapi sebenarnya itu suatu kerugian.... tambah pulak mereka lagi senior.... lebih 10 tahun mengajar berbanding Wak Kiyai....

Wak Kiyai pulak gasak aje.... rasa gemuruh memang lah ada.... ya lah... ikat tangan katakan..... gabrah juga.....

Tentang buah jatuh kiri tu, Wak kiyai tak lah gawat sangat.... bukan cakap besar.... tapi memang kami rakan-rakan dah praktikkan semasa hendak ambil ujian Sijil Rendah lagi..... l

Selepas ujian Sijil Rendah... kami buat latihan kemahiran.... so... buah jatuh kiri nie memang tak jadi hal.....

Kami juga menerapkan kepada anak-anak buah kami sama seperti yang kami jalani dahulu.... jadi mereka dah bersedia dan mahir dengan buah jatuh kiri nie...

Yang kelakar masa ujian teori.... sebab soalan itu agak tricky.... memang tricky habis..... so tak hairan lah ramai yang gagal.....

Wak Kiyai tau cerita nie sebab salah seorang yang menyediakan soalan ialah kawan baik Wak Kiyai.... perkara ini diketahui selepas itu... iaitu semasa sembang-sembang kat pejabat Wak Kiyai.....

Ujian praktikal pulak.... ramai juga yang gagal buat kali pertama... tetapi akhirnya mereka lulus....

Masa latihan...Wak Kiyai cuba agak-agak macamana caranya gunakan kaki nie.... masa tu latihan ditempat Wak Kiyai ... bukan masa hari ujian .....

Cuba-cuba try..... kira-kira separuh menjadi...... jurulatih yang tengok buat tak paham aje.....

Ya lah... petua ni hanya Guru Utama sahaja yang akan menurunkannya kepada kita pada hari ujian tersebut....


Masa hari ujian.... setelah dapat petua dari GU.... Wak Kiyai buat latihan seperti biasa.... perasaan berdebar tu memang lah ada.... tapi kita mestilah yakin.....

Sebenarnya ada rahsia disebalik Ujian Menengah ini.... rakan-rakan kaji lah sendiri.....

Hebat bukan dari segi ujian praktikal itu.... tapi dari segi yang lain..... maknanya yang tersirat.....

Wak Kiyai tak sangka.... ujian ini lagi mudah berbanding Sijil Rendah.....

Alahai... senangnya..... macam tak percaya pulak...

Disini Wak Kiyai ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada GU iaitu En. Mat kerana telah memberi peluang kepada Wak Kiyai menjalani ujian menengah pada tahun 1995 dahulu.....

Wak Kiyai mengucapkan syabas kepada rakan-rakan yang telah berjaya menjalani ujian menengah ini tempohari......

Diharap rakan-rakan dapat manfaatkan ilmu persilatan ini dengan mengembangkannya kepada generasi-generasi yang akan datang....

Syabas Wak Kiyai ucapkan.... dan terima kaseh GU.....

Sekian... salam.....

Offline

 

#13 2011-08-05 23:00:47

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam kepada rakan-rakan semua.......

Semenjak Silat Cekak ini ada 3 persatuan, setiap pendukung mempunyai Ketua masing-masing..... iaitu tak lain tak bukan ialah Guru Utama. Ini mengikut pemahaman Wak Kiyai lah. Kot-kot ada  ketua lain disebalik Guru Utama , Wak Kiyai kurang arif.

Masing-masing mengaku dialah yang paling asli dan tulen. Sejauh mana keaslian dan ketulenan itu hendak disampaikan kepada masyarakat umum, kepada ahli dan bakal ahli adalah terletak kepada kepandaian masing-masing.

Setaip perencanaan strategik mestilah didukungi oleh ahli-ahli dengan sebaik mungkin supaya perlaksanaannya dapat dicapai dengan sukses.

Mungkin dari segi tujuan dan matlamat setiap pendukung ahli Silat Cekak tak kira dari pihak mana anda berada adalah seakan-akan sama. Begitu juga falsafah yang diterapkan kepada setiap ahli yang ingin menjadikan silat ini sebagai darah daging dan juga wadah perjuangan.

Tetapi kita perlu ingat, ada  satu aspek yang penting dalam mengerakkan aktiviti perjuangan persilatan kita ini. Ia tak lain tak bukan iaitu niat. Segala tujuan, matlamat dan juga falsafah mesti didahulukan dengan niat yang baik dan benar.

Yang menjadi persoalan kita sekarang ini ialah sekiranya kita betul-betul berniat baik dan benar, kenapa pula Silat Cekak ada 3 persatuan dan 4 Guru Utama.....sedangkan dari dahulu hanya diterajui oleh seorang saja Guru Utama iaitu Ustaz Hanafi.

Mengikut logik, jika kita berniat baik dan benar, sudah semestinya Silat Cekak ini dipimpin oleh seorang Guru Utama dan bukannya ramai seperti sekarang ini yang mana setiap golongan tertentu bergerak melalui jalan persatuan masing-masing.

Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam, falsafah dan niat akan bergerak seiringan seterusnya bergerak menuju kearah matlamat yang diimpikan.

Tetapi sekiranya niat tidak seiringan dengan falsafah yang mahu diterapkan lebih-lebih lagi perkara yang penting itu didahului oleh Tok Ketua iaitu Guru Utama, maka tujuan serta matlamat akan menjadi tersasar jauh kemudian hari.

Masa yang akan menentukan samada Cinta Kebenaran Yang Hakiki ( Falsafah ) dan Niat yang betul akan membawa erti kepada pendokong-pendokong Silat Cekak sebagaimana yang diimpikan oleh arwah Ustaz Hanafi.

Dengan 3 persatuan Silat Cekak yang ada sekarang, setiap pendokong mestilah mempunyai Penjenamaan ( Branding ) yang sesuai dalam menjaja perjuangan mereka.

Kita membuat penjenamaan yang hebat iaitu PEWARIS SILAT CEKAK yang dimiliki oleh Guru Utama kita.

Seharusnya dengan penjenamaan yang hebat itu disusuli dengan gerak langkah aktiviti serta perencanaan yang strategik dan tersusun agar ia sesuai dengan Falsafah dan Niat yang ditanam oleh Pemimpin Agung kita iaitu Ustaz Hanafi.


Kita mesti berbangga.......

Kita adalah PENERAJU serta PEWARIS ..... kepada Silat Cekak ini.

Kita akan buktikan dan kita akan kotakan..... masa akan menentukan haknya.

Sekian.... salam.

Offline

 

#14 2011-08-07 05:41:07

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

MENETAPKAN SASARAN


Salam rakan-rakan......

Untuk menjadi PENERAJU kepada sesuatu persaingan didalam apa juga lapangan, setiap organisasi itu mestilah menetapkan sasaran supaya dengannya tujuan dan matlamat dapat dicapai.

Jikalau kita baca tulisan dan rencana dari seorang rakan kita yang dianggap berpengalaman dalam ruangan Lading Emas, dia telah menulis tajuk Peranan Pengurusan Tiga Aras.

Sila rujuk coretan rakan kita itu. Terpulanglah samada rakan-rakan nak memikirkannya secara serius atau sekadar membaca secara santai.

Wak Kiyai pulak mempunyai pendekatan dan cara penulisan yang agak relaks supaya mudah kita memahami dan mudah kita praktikkan ditempat masing-masing.

Didalam tulisan rakan kita itu peringkat pengurusan dikelaskan dalam 3 peringkat.

1. Pengurusan Atasan.

Selalunya tak banyak perkara yang akan dilakukan diperingkat ini kerana ia banyak kepada perkara-perkara yang menyentuh polisi dasar sesuatu organisasi.

Tetapi walaupun begitu apabila ada perubahan dari peringkat ini, sebenarnya ia akan mencorakkan sebahagian besar tentang segala kegiatan yang akan dilakukan.

Antara polisi yang Wak Kiyai nampak ialah tentang pengambilan ahli baru sebagai contoh. Jika masa dahulu hanya penuntut yang telah berusia 18 tahun sahaja dibenarkan belajar silat ini tetapi sekarang usia itu telah dikurangkan.

Hasilnya sekarang ini, penuntut yang belajar di sekolah menengah boleh belajar silat.


2. Pengurusan Pertengahan     3. Pengurusan Hadapan.


2 peringkat inilah yang kebanyakan daripada kita terbabit secara terus didalam persatuan ini.

Strategi dan pelaksanaan memainkan peranan yang amat penting. Dalam perbahasan serta komentar Wak Kiyai , inilah peringkat-peringkatnya  yang Wak Kiyai akan sentuh secara mendalam.

Segala tulisan adalah berdasarkan pengalaman yang Wak Kiyai perolehi sejak mula menceburi Silat Cekak ini puluhan tahun dahulu. Mungkin ia boleh diaplikasikan ditempat masing-masing.

Lain padang lain belalang, lain tempat lain pula cara pendekatannya.

Rasionaliti, realistik serta logik mestilah diambil kira didalam menguruskan sesuatu perkara itu.

Rasional tu kira-kiranya ..... sesuatu tindakan itu boleh diterima oleh semua orang .

Realistik tu kira-kiranya..... perkara yang kita hendak tu boleh tercapai.

Logik pulak..... maknanya.... boleh diterima  akal apa yang kita buat tu......

Haaa... kira macam gitulah cerita bahasa pasarnya.....

So.....untuk menjadi PENERAJU dalam bidang persilatan ini secara umumnya serta juga menjadi PENERAJU  diantara Silat Cekak yang ada sekarang ini, kita mestilah agresif dan serius dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Didalam pasaran Silat Cekak sekarang ini. kita mestilah berada ditahap gred A didalam semua perkara.

Maknanya 2 peringkat pengurusan iaitu Pengurusan Pertengahan dan Pengurusan Hadapan adalah orang-orangnya yang memainkan peranan yang sangat penting didalam persaingan yang sengit ini.

SILAT CEKAK manakah yang akan terserlah pada masa akan datang.... ?

Mari kita menetapkan sasaran .


Sekian.

Offline

 

#15 2011-10-01 22:46:38

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam,

Orang yang dah tua bangka macam Wak Kiyai nie semestinya sudah masak dengan falsafah , misi, visi matlamat serta objektif Silat Cekak yang diidamkan oleh arwah Ustaz Hanafi.

Sekarang ini kebanyakan situa bangka inilah yang kebanyakannya menerajui kepimpinan Silat Cekak dalam ke tiga-tiga kumpulan yang bergerak aktif. Peratusan mereka-mereka yang berumur dibawah 40 tahun agak kurang .

Silat Cekak kepimpinan Maideen serta Marwi memang dah sedia maklum ramai betul yang yang dah pencen jika mengikut usia 55 sebagai kayu pengukurnya. Di pihak Mohd Radzi pula tak berapa ramai walaupon ada. Nasib baik Wak Kiyai nie masih jauh lagi nak tiba usia pencen itu.


Kategori Pengurusan Atasan dan juga Pengurusan Pertengahan kebanyakannya didominasi oleh mereka-mereka yang berumur 40'an ke atas dan bagi peringkat pengurusan hadapan pula usia belia adalah secocok bagi mereka.


Wak Kiyai tak berapa kisah sangat tentang kategori pengurusan ini . Yang penting pada setiap individu kemahiran pentadbiran , pengurusan serta persilatan haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Tanggung jawab yang dipikul wajib dilaksanakan dengan sepenuh hati bagi setiap ahli tak kira diperingkat mana kita berada.

Wak Kiyai menjadikan asas pengalaman Wak Kiyai dalam bidang persilatan ini sejak mula belajar dikampus hinggalah sekarang sebagai kayu pengukurnya. Walaupun sekarang tidak lagi aktif secara langsung disebabkan oleh  faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan tetapi semangat ingin melihat Silat Cekak berkembang masih tidak lekang malah semakin membuak-buak dari sehari ke sehari.

Wak Kiyai merasa bangga kerana ramai rakan junior serta anak didik Wak Kiyai sekarang ini memegang jawatan yang tinggi baik diperingkat pusat dan juga diperingkat negeri serta menjadi Penyelia Kelas dimerata-rata tempat. Mereka -mereka ini semua sedia maklum akan perangai Wak Kiyai . Memang teruk mereka kena hentam atau dikerjakan oleh situa bangka Wak Kiyai ini selama berkawan rapat sebelum berpisah ketempat masing-masing.

Tetapi mereka faham akan maksud dan tujuan yang Wak kiyai nak sampaikan, semuanya itu bukanlah bermaksud untuk kepentingan peribadi atau ingin mendapat 'pride' or 'honour' tetapi sebaliknya 100 % untuk perjuangan Silat Cekak ini.

Sesekali apabila ada masa berjumpa kita akan berborak dan Wak Kiyai sangat suka akan cerita perkembangan silat ini ditempat-tempat mereka aktif bergerak. Lain tempat lain cabarannya dan Wak Kiyai akan memberi kata-kata nasihat yang sesuai untuk dipraktikkan ditempat masing-masing.


Tidak dinafikan ada sesetengah junior-junior yang agak degil tetapi Wak Kiyai tidak ambil hati sangat kerana mereka ini jarang berkomunikasi terus dengan Wak Kiyai. Itu terpulanglah kepada Penyelia yang mengambil alih tugas selepas Wak Kiyai untuk melentur mereka. Hanya yang betul-betul rapat sahaja mengetahui isi hati dan perjuangan yang Wak Kiyai bawa selama ini . Cuma, sesekali Wak Kiyai akan tunjukkan kepada mereka siapa Wak Kiyai didalam persilatan ini semasa majlis-majlis tertentu dimana orang-orang lama akan mudah berborak dan berbincang dengan kita seolah-olah sudah sebati seperti isi dengan kuku. Maka disitulah baru mereka timbul rasa hormat sedikit demi sedikit.


Kadang-kadang rasa kelakar semasa berborak dengan sahabat-sahabat lama ini. Mereka kata nasib baik enko tak pegang jawatan di pusat, kalau tidak panas kita orang dibuatnya, memang  tak senang duduk. Itulah yang mereka luahkan dihadapan Wak Kiyai sebab pengalaman mereka terdahulu menceritakan segala-galanya.

 
Semangat Wak kiyai tak pernah luntur, pengalaman yang ada kita sebarkan kepada sesiapa yang ingin mengambilnya kerana yang penting Silat Cekak wajib disebarkan seluas-luasnya dibawah teraju En. Mohd Radzi buat masa ini.


Sekian dan Salam.

Offline

 

#16 2011-10-11 04:01:39

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam,

Tidak lama akan berlangsung majlis penganugerahan pingat dan sijil kepada ahli-ahli Silat Cekak.....

Wah... nampaknya semakin hari semakin bertambah maju silat ini... apa taknya.... seisi dijangka bermula dari pagi hingga ke petang....

Ini menunjukkan semakin ramai ahli-ahli yang akan menerima sijil baik menengah maupun rendah..... syabas Wak Kiyai ucapkan kepada semua......smiley-clapping

Bagi penganugerahan pingat pula.... syabas dan tahniah smiley-clapping smiley-clapping smiley-clapping ..... semestinya mereka-mereka ini telah mencurahkan banyak jasa kepada alam persilatan kita selama ini......

Wak Kiyai harap kepada semua pemegang sijil-sijil ini agar mereka dapat terus aktif didalam Silat Cekak selama mana yang mungkin . Dengan itu silat ini dapat dikembangkan dengan lebih luas lagi pada masa-masa akan datang.

Memang ada perbezaan jika dibandingkan semasa zaman Wak Kiyai menerima SMP pada tahun 1995 dahulu. Masa tu kita orang nie sempoi aje.... pakai baju biru persatuan , sampin suka hatilah apa nak pakai janji nampak biru gelap dan songkok.....

Tapi sekarang nie.... penerima SMP kena pakai tanjak.... wow.... macho you.... macam panglima lagaknya.... ada gaya.... ditambah sampin dan bengkung persatuan lagi.... smiley-clapping

Wak Kiyai harap... perjalanan majlis akan berjalan lancar dalam semua aspek aturcara.... maklumlah.... upacara ini dibuat dengan meriah dan 'grand' ..... maka semuanya kenalah tip top......


PENERAJU dan PEWARIS Silat Cekak mestilah mempunyai kualiti didalam semua hal dan keadaan..... ini adalah kemestian dan jangan dipandang sambil lewa sahaja.....

Banyak lagi aspek pengurusan yang perlu diambil perhatian dan penambahbaikan selain daripada menguruskan majlis seperti ini. Diharap ianya tidak dilewat-lewatkan atau mengambil masa yang panjang kerana sasaran 2015 bukanlah suatu masa yang lama atau panjang..... pejam celik.... pejam celik.... dah tiba masanya..... lebih kurang 4 tahun saja lagi.....

Sekarang ini.... petugas-petugas majlis sedang sibuk membuat persiapan..... Wak Kiyai ucapkan selamat bertugas dan mencurah bakti..... smiley-smile

IKHLAS dalam PERJUANGAN.....

Ma..assallamah.... ya ahi...... salam......

Last edited by wak kiyai (2011-10-11 04:02:25)

Offline

 

#17 2011-10-18 12:41:00

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam ,

Istiadat konvokesyen SILAT CEKAK USTAZ HANAFI 2011 telah berlangsung dengan jayanya tempohari.

Ramai juga yang menerima pingat , sijil menengah dan juga rendah.... Saya berasa terharu apabila mengetahui saudara Mohd Yusof dianugerahkan pingat tertinggi Silat Cekak Hanafi.....

Saya pernah berada dibawahnya dan sama-sama bergerak diakhir tahun 80'an....

Memang hebat dan meriah majlis ini.....

Dari jumlah mereka-mereka yang mengambil sijil pada hari itu iaitu seramai hampir 1,500 maka memang ia tidak lari dari jangkaan perkiraan Wak Kiyai.....

Silat Cekak pimpinan

1 Mohd Radzi menguasai 60-65 %
2 Maideen Kadir Shah      27-30 %
3 Marwi                          10-12 %

Ini berdasarkan mereka-mereka yang berjaya mengambil Sijil Rendah Persilatan.

Walaupun begitu jika diukur dari pemgambilan ahli dan juga kelas latihan , peratusannya lebih kurang statistik di atas juga.

Bukan Wak Kiyai nak menyebelahi mana-mana pihak tentang statistik yang diberi tetapi ini adalah kebenaran . Wak Kiyai sudah mula membuat kajian ini sejak tahun 2009 dan maseh mengikuti perkembangannya sehingga sekarang.

Didalam bab pengurusan  banyak perkara harus diambil kira. Pada tulisan akan datang Wak Kiyai akan mengadunkan 3 pendekatan pengurusan yang Wak Kiyai rasa relevan untuk dipraktikkan.

Wak Kiyai tak perlulah menulis secara formal tetapi akan cuba membawa pendekatan secara bersahaja  yang mana ia adalah termasuk unsur-unsur pengurusan strategik, pemasaaran dan juga pendekatan ketenteraan.

Unsur motivasi juga akan diselitkan seperti mana tulisan yang lalu.

Konvokesyen seperti ini sebenarnya adalah salah satu kayu pengukur yang agak sesuai disamping aspek-aspek yang lain yang perlu diambil perhatian agar  sesuatu organisasi itu akan bertambah jitu dari semasa kesemasa.

Angka 60-65 % belum tentu mengambarkan kekuatan itu akan berterusan kerana jika aspek pengurusan jangka panjang diabaikan maka suatu hari nanti ia akan berubah dengan ketara dan pada saat itu..... walaupun ia asli.... tetapi tidak begitu nyata.....

sekian dan salam.....

Offline

 

#18 2011-10-19 20:14:10

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam semua......

Menyatakan kebenaran kadang-kadang orang lain menyangka kita bongkak dan takabur..... itulah juga sangkaan Wak Kiyai masa mula-mula belajar dahulu.....

Silat Cekak nie eksyen tul.... tetapi setelah diteliti dan mengikutinya selama lebih 27 tahun.... ternyata apa yang diperkatakan itu adalah kebenaran....

Silat Cekak secara umumnya memang bertapak kukuh berbanding silat-silat yang lain..... kita patut menganalisa secara terperinci dan memberi hujjah supaya masyarakat umum boleh menerima kenyataan itu....

Didalam agama perkataan hijrah memang sinonim.... Nabi Muhammad s.a.w bertapak lebih kurang 10 tahun diMekah sebelum berhijrah ke Madinah.... hijrah tempat juga ada kaitannya dengan strategi.... ia saling kait mengait.... walaupun hijrah itu sendiri boleh diertikan dengan berbagai maksud.... dan tidak semestinya berpindah tempat....

Wak Kiyai cuba mengaitkan hijrah ini dengan pergerakan Silat Cekak yang dipimpin oleh arwah Ustaz Hanafi.....

Tetapi sebelum itu kita haruslah mengenalpasti apakah wawasan atau visi yang hendak dibawa olehnya supaya kita tidak hilang arah dan berpaksi kepada landasan yang betul dalam menjayakan wawasan itu.....

Bercerita tentang itu.... latarbelakang , pengalaman serta pemikiran ustaz perlulah diambil kira kerana semuanya ini akan dihimpunkan untuk menjadi suatu bentuk falsafah pemikiran serta pergerakan yang penuh bermakna bagi sesuatu organisasi yang dipimpin itu.... ia bukannya suatu sifat retorik semata-mata....

Wak Kiyai berpandangan bahawa ustaz memang berfikiran strategik dan mempunyai wawasan yang jauh.... disamping silat yang dibawanya itu suatu produk yang baik dan dalam maksud yang tersendiri produk itu mempunyai nilai estetika serta etika yang mempunyai maksud falsafah yang mendalam jika dikaitkan dengan agama dengan banyak mengaplikasikan unsur yang tersirat daripada yang tersurat.

Tetapi sebaliknya pada pandangan umum dan juga pada majoriti ahli-ahli Silat Cekak , unsur yang tersurat lebih menonjol berbanding yang tersirat. Perkara ini memang dikira biasa dan banyak aspek boleh kita kaitkan kepadanya.

Ustaz jika diteliti dari latarbelakangnya banyak membuat perkara-perkara yang agak unik . Antara perkara-perkara  yang agak unik pada ustaz ialah ustaz suka melawan arus pada satu dua perkara yang dibuatnya. Dengan keyakinannya yang tinggi itu dan sudah semestinya keyakinan itu dibawa dengan kebenaran maka akhirnya arus yang kecil itu berjaya menjadi semakin besar sehingga mengalahkan arus besar yang dianggap benar dimata umum. Walaupun begitu, Wak Kiyai tak berhajat nak memperincikan perkara ini.

Biarlah Wak Kiyai menceritakan yang tersurat sahaja kerana kita maseh menghormati hak Guru Utama didalam persilatan ini dan juga pegangan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

bersambung....

Salam.

Offline

 

#19 2011-10-23 22:45:17

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam semua,

Dalam alam persilatan Melayu di Malaysia sekarang ini ada berapa banyak perguruan yang ujud.....  beratus-ratus agaknya...

Jika dicampur dengan seni beladiri dari luar negeri pula.... maka pasaran ini lagi bertambah banyak .... you just name it....

Dari aspek pemasaran.... produk atau perkhidmatan yang hendak diketengahkan kepada masyarakat umum dalam kategori ilmu mempertahankan diri yang juga tergolong dalam sub kategori  sukan / olahraga ini memanglah banyak.....

Setiap persatuan itu mesti mempunyai visi, misi, objektif serta matlamat yang hendak dicapai... sesuai dengan produk atau perhidmatan yang ditawarkan.... perkara ini mestilah jelas supaya organisasi itu tidak hilang hala tuju yang menjadi objektif utama ia ditubuhkan....

Para pengerak yang berada diperingkat atasan akan mengubal perlembagaan persatuan ini sesuai dengan kehendak yang diingini....

Strategi memasarkan produk mestilah juga bersesuain, jika tidak ia tidak akan dikenali dan kurang mendapat sambutan.....

Maknanya strategi pengurusan serta pemasaran mestilah mantap dan boleh diguna pakai untuk jangka masa pendek , sederhana dan juga panjang....

Sudah berapa lama Silat Cekak berkembang, bagaimanakah sejarah permulaannya , dimanakah ia mula-mula bertapak dan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.... untuk menjadi seorang pengerak yang berkualiti... semua ini perlu kita ketahui....

Tambah pulak sekarang ini produk Silat Cekak yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi telah ada 3 jenama yang berbeza....

Secara perbandingan..... antara produk Silat Cekak berbanding silat-silat tempatan yang lain.... dari segi strategi pengurusan serta pemasaran ..... memang menampakkan perbezaan.....

Ini disebabkan kerana boleh dikatakan majoriti yang berada diperingkat atasan didalam persatuan Silat Cekak masing-masing adalah didalam satu cetak dan acuan yang sama pada masa dahulu....

Maka tidak hairanlah jika kita lihat sebahagian perlembagaan, undang-undang  serta tatacara perjalanan persatuan Silat Cekak ada banyak persamaannya... walaupun begitu... ia tetap juga ada perbezaan.... sesuai dengan kehendak serta keperluan masing-masing...

Berbanding sistem pengurusan serta pemasaran silat-silat yang lain.... ada seorang komentar silat mengatakan bahawa Silat Cekak secara umumnya amat jauh meninggalkan silat-silat ini....

Jika dahulu terdapat beberapa jenis silat yang dianggap gah pada mata umum... tetapi sekarang ini adakah silat-silat itu masih berada di status quo sepertimana dahulu ataupun ia telah menurun dan hanya bergantung harap kepada sejarah yang silam....

Semua ini adalah hasil daripada kelemahan strategi jangka panjang pengerak-pengerak  didalam organisasi persilatan itu....

Adakah Silat Cekak secara umumnya ingin megalami nasib yang sama.... atau adakah Sikat Cekak jenama ini dan itu ingin mengalami zaman kemurungan.... semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pengerak-pengerak yang menaunginya....

Jangan dibangga sangat sekiranya  jenama Silat Cekak ini mendahului pesaing dari jenama Silat Cekak yang lain pada masa sekarang...... kerana kelemahan mengatur strategi serta kealpaan pengerak akan menghakis serta mengikis JENAMA SILAT CEKAK ini pada masa-masa yang akan datang....


Sekian dan salam....

Offline

 

#20 2011-10-25 16:37:51

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: KITA SEMUA ADALAH PENERAJU WARISAN MUTLAK

Salam,

Wak Kiyai hanya mengenali Silat Cekak pada pertengahan tahun 80'an.... pada masa itu apalah sangat yang Wak kiyai tau pasal pengurusan persatuan ini.... yang Wak Kiyai tau ialah mengikut sahaja apa aktiviti yang dijalankan.

Mungkin Wak Kiyai bernasib baik kerana mempelajari Silat Cekak di kawasan Lembah Kelang ini kerana banyak aktiviti yang kami boleh sertai..... keadaan ini mungkin berbeza sekiranya kita berada jauh daripada ibu pejabat persatuan...

Sejak dari peringkat asas lagi Wak Kiyai sudah mula aktif.... kerjanya asyik ikut.. ikut..dan ikut... hantam sajalah labu.... suka hatilah .... asal ada aktiviti kami follow..... terlalu banyak yang hendak disebut.....

Moralnya... Wak Kiyai dan rakan-rakan lekat dengan Silat Cekak ialah kerana kami sering mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh persatuan

Maknanya.... pihak pengurusan telahpun ada perancangan yang teratur dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti  samada yang berbentuk persilatan dan juga lainnya....

Inilah yang dikatakan sinergi... mesti terus bergerak... bergerak.... dan aktif sentiasa.... ahli-ahli mesti sentiasa bergerak aktif melakukan aktiviti supaya ia tidak menjadi sejuk, kaku dan tidak bermaya.... dan sekiranya ini terjadi.... memang sukar untuk dijanakan enjin itu.... bateri pun dah kong.... semua benda berkarat dan perlu banyak yang diperbaiki .....


Sinergi itu mestilah dipelbagaikan.... tetapi matlamat serta objektif utama tidak akan lari..... kepelbagaian itu maksudnya aktiviti ahli tidak hanya tertumpu kepada aktiviti persilatan sahaja.... sukan dan riadah serta ritual agama juga harus diberi perhatian.... dan tidak ketinggalan bidang ekonomi serta tahap pengetahuan dari aspek pengurusan dan akademik....

Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar sinergi sentiasa panas sepanjang masa .... ini amat penting....

Apa kaitannya dengan visi, misi, matlamat serta objektif pergerakan Silat Cekak ini.....

Senang sahaja.... mugkin perkara-perkara yang dijanjikan dalam mencapai matlamat seperti yang disebutkan nampak agak gah.... tetapi jika tidak sesuai adunannya.... atau tidak menepati citarasa dan mungkin juga telah ketinggalan zaman.... maka semua yang diimpikan tidak akan tercapai....

Disiini uniknya Silat Cekak kerana berjaya meujudkan senergi yang berterusan agar ahli-ahli sentiasa aktif dengan aktiviti yang pelbagai.... secara dasarnya begitulah....

Itulah yang terjadi pada zaman Wak Kiyai yang pada masa dahulu bergerak aktif di Lembah Kelang ini....

Sekian dan salam.... bersambung...

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads