Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-08-09 17:43:11

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam...

Rabu 15 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan 5 Ogos 2009...

Wak Kiyai dapat SMS daripada rakan silat minta baca Utusan Malaysia mukasurat 24 , katanya ada cerita pasal silat kita...

KEMPEN SILAT CEKAK HANAFI SEMARAK GAGASAN 1MALAYSIA...

Wak Kiyai pun bacalah...

Yang Wak Kiyai faham.....

Bermula 15 Ogos 2009 Presiden PSSCUHM bersama ahli-ahlinya akan berkempen  menyemarakkan silat dibawah pimpinannya sehinggalah tahun 2015 bagi menyambut seruan Gagasan 1Malaysia.

Dan sebagai acara penutup pada 2015 akan diadakan perhimpunan raksaksa yang dianggarkan seramai 50,000 pesilat dari seluruh negara akan hadir.

Wak Kiyai nak tanya sikit tentang angka 50,000  pesilat tu....apa maknanya....

Hanya ahli PSSCUHM saja ke atau bagaimana.....daripada 50,000 pesilat berapa ramai yang akan buat demo dan macam-macam lagi lah....

Wak Kiyai takut-takut ini hanya kenyataan yang berunsurkan RETORIK sahaja.....bukannya suatu REALITI....

Apabila kenyataan telah dikeluarkan banyak andaian dan telahan akan timbul.....baik yang berunsur positif maupun yang negatif hatta yang berunsur provokasi....

Salam....

Offline

 

#2 2009-08-10 02:12:34

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

Angka 50,000 amat menakutkan bagi Wak Kiyai....bukan apa...dah biasa buat acara yang agak besar juga sebelum ini tapi takla begitu besar. Sepanjang Wak Kiyai mengenali Silat Cekak ni ada beberapa acara besar yang Wak Kiyai lalui antaranya termasuklah Perayaan 21 tahun Silat Cekak dan lain-lain.

Diluar bidang persilatan pula banyak juga acara yang Wak Kiyai telah lalui serta mengendalikannya . Berbagai acara yang kita sertai bermacam rencam dan masaalah yang akan timbul demi untuk menjayakan acara yang akan dilansungkan. Mengenang kembali segala pengalaman yang dilalui pada masa lalu, maka timbullah berbagai persoalan yang bermain difikiran berkaitan Kempen Silat Cekak Hanafi ni.

Sedia maklum ramai orang telahpun membaca tajuk berita akhbar ini. Yang foward lalu blog serta laman-laman web jangan ceritalah lepas ni. Maka berbagai andaian serta telahan dan pendapat akan terpancul memberi komen mereka masing-masing.Ini bergantung dari sudut mana mereka berdiri dan berpihak.Ada yang berpandangan positif,negatif, neutral dan macam-macam lagi.....bercampur baur....eh ye ke...hak yang benar nie...fuu yooh....alah...ini cakap orang politik...nak dapat publisiti murahan lah si Mat nie....dan banyak lagi ...you name it.

Wak Kiyai sebagai pendokong perjuangan ini sudah semestinya menerimanya secara positif. Kita semua mesti menyahut seruan kempen ini dan anggaplah ia sebagai suatu cabaran. Jika Jeneral sudah meniup trompetnya takkan soldadu serta tentera bawahan masih tidur dan terlena diulit mimpi. Ini kes berat.

Namun begitu bagi sesetengah pihak pula, kenyataan En.Mat ni dinilai dengan senyuman sinis.Rakan-rakan pembaca buatlah tafsiran sendiri. Wak Kiyai  dah biasa dengan keadaan sebegini rupa. Dalam hati Wak Kiyai berkata " Aku buat ni bukan pasal engko orang, tapi pasal persatuan.Aku tak mau projek ni gagal. Bila berjaya, persatuan juga dapat nama dan engko orang juga yang tersengeh-sengeh tunjuk muka macho dan claim I belong to this association. Bila gagal, aku kena tiau kow-kow.Jari telunjuk yang berbagai-bagai jenis dihalakan kat aku dan rakan-rakan.Tapi tak pe...Ustaz kata kita kena buat kerja dengan IKHLAS." Itulah petua yang Wak pakai.

Disebabkan telah melalui pengalaman sebeginilah Wak Kiyai berani menyahut cabaran yang lebih besar lagi dimasa-masa selepasnya hinggalah kehari ini.Wak Kiyai nasihatkan rakan-rakan supaya menyahut seruan dan cabaran ini supaya dengannya ia akan memberikan suatu pengalaman yang amat-amat berguna sekiranya dikehendaki pada masa akan datang selepas daripada  Kempen Silat Cekak Hanafi ini.

Sehingga hari ini rasanya tak puas untuk menyertai dan melibatkan secara aktif acara-acara besar seperti ini kerana Wak Kiyai berpandangan ia akan menambahkan kemahiran yang sedia ada serta memantapkan pendirian kita dalam memartabatkan perjuangan yang semestinya tak akan selesai sehinggalah kiamat.(Fikir-fikirkanlah).

Naik semangat Wak Kiyai dan kobar-kobar rasa hati hendak melihat kempen ini berjaya walaupun Wak Kiyai sedar pada masa itu warna putih telah mendominasi kepala Wak Kiyai dan ramai yang memanggil Wak Kiyai  pak cik dan bukannya abang seperti masa-masa dulu.Tak pe lah nak buat camno....dah nasib aku.

Dari segi akademiknya,ia banyak menyentuh tentang topik Pengurusan Strategik serta topik Sosial dan Polisi Kerajaan. Teringat kembali semasa Wak Kiyai melanjutkan pelajaran diawal 90'an....ni lah bendanya yang aku belajar sampai naik kejang mata dan berkerut kening nak fahamkan apa benda yang pensyarah aku ajar ni...naik poning den dibueknyo...sebabnya aplikasi belum dilaksanakan lagi....hanya teori aje...

Well my dear young friends....let us take this opportunity without any fear and favour...think positive .....kerana .....KAU BOLEH MELAKUKANNYA.....!!!!!!!

Bersambung......

Salam.

Offline

 

#3 2009-08-10 17:43:57

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam....

MENGAPAI WAWASAN...

Setiap pemimpin mempunyai cita-cita dan harapan. Seperti juga kita semua. Masa kita sekolah dulu, cikgu tanya nak jadi ape bila dah besar nanti ? Masa Wak Kiyai ditanya soalan tu usia Wak Kiyai baru cecah 7 tahun....darjah satu....so jawapan merapulah ......jadi doktor,engineer(jurutera) dan of courselah askar. Entah ye ke tidak aku pun tak tau....mana datangnya jawapan tu....aaaa....yang ni kita kena teliti.

Jadi doktor...doktor bagus ...boleh ubat atuk bila atuk sakit nanti....pulakkkk....okeylah....jadi doktor.

Jadi engineer...ntah ape benda tu aku pun tak tau...yang diberi tau...boleh buat jalan, jambatan betulkan mesin-mesin....kata bapak aku....yelah...jadi engineer.

Aaaaa....yang ni pasti kehendak aku....jadi askar....pasal aku suka main tembak-tembak...nampak askar macho pulak tu...tambah pulak ada cerita perang lagi....COMBAT....

Jadi 2 ikut orang cakap dan 1 ikut kehendak sendiri....habisnya hampas satu pun tak jadi.

Maknanya cita-cita dan harapan kita pada masa tu tak jelas.

Tetapi apabila menjadi seorang pemimpin...cita-cita dan harapan mestilah jelas. Kalau tak...anak buah lagi kelabu asap...hancus !

Pemimpin silat adalah pemimpin masyarakat  juga. Ia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara. Itu sebabnya apabila Wak Kiyai  belajar Sosial dan Polisi Kerajaan sedikit sebanyak taulah kepentingannya sekarang. Memang sejak dari dulu lagi kerajaan mengambil berat akan hal ini. Kita harus bertanya dimanakah kedudukan persatuan kita dimata kerajaan terutamanya didalam kementerian yang berkaitan iaitu sukan , seni dan kebudayaan ?

Disebabkan banyak sangat persatuan, badan sukan dan seni....Silat Cekak Hanafi bawah pimpinan En. Mad Radzi ni hanya sekelumit sahaja dibenak fikiran mereka-mereka yang berkenaan. Impak kehadiran kita hanya sayup-sayup mata memandang.

Pemimpin yang berwawasan mahu menganjak kedudukan persatuan dibawah pimpinannyanya dengan anjakan pradigma yang lagi tinggi supaya ia lebih dikenali dan mendapat perhatian semua. Suatu anjakan pradigma yang mempunyai wawasan yang tinggi mestilah disokong dengan sepenuhnya oleh pengikut-pengikut bawahan. Bukan mudah beb....50,000 orang.

Teringat masa zaman dulu-dulu pertengahan tahun 80'an...masa kat kampus..Wak Kiyai baru start dating.Masa tu Perdana Menterinya ialah Dr Mahathir...

Dr Mahathir telah melancarkan Wawasan 2020 dengan berbagai slogan seiringan dengan wawasannya itu. Kepimpinan melalui teladan,penerapan nilai-nilai Islam, bersih,cekap,amanah dan ntah apa-apa lagi.....

Dengan Wawasan 2020 dia mengariskan beberapa objektif supaya apabila objektif ini dilaksanakan maka Malaysia akan maju sepenuhnya pada tahun 2020 kelak. Wak Kiyai dah terlupa atau tak ingat atau pun tak angkat pot tentang objektif-objektif tu....maklumlah awal 20'an otak tengah rambu-rambu....kecuali satu....Mensasarkan 70 juta penduduk .....

Wak Kiyai dan girlfriend saling memandang sambil tersenyum dan dalam masa yang sama terdiam seketika.....( ntah apa yang difikirkan dalam benak kepala otak masing-masing)...

Agaknya macam ni kot...

1. Aku dan dia mesti merangka suatu pelan tindakan strategik untuk menyahut seruan Perdana Menteri tu...dari sekarang !!!

2. Apakah taktik dan teknik yang harus aku lakukan bersama demi mencapai objektif itu..

3. Apakah jenis-jenis rangsangan ( sinergi dan motivasi ) yang kami...? perlukan supaya lebih effektif dan effisen dalam mengharungi gelora gelombang ombak cabaran dan dugaan pada masa akan datang  yang harus kami....? lalui bersama...

4. Dan macam-macam lagi.....( lu fikirlah sendiri )

Fuuuuhhhh.....bukan senang ni....70 juta penduduk.....lengit aku dibuatnya...atau kami...? dibuatnya....

Saling memandang, tersenyum .....

Lalu Wak Kiyai pun mencelah...."Macamana...boleh tercapai ke...?" Lalu girlfriend pun menjawab...." Insya allah boleh ??*@#$% "....."Kena kerja kuatlah lah kita...!!!!!!", tambah Wak Kiyai lagi.....lalu dia pun tunduk sambil menjawab "Ye lah....." sambil menyedut straw air teh aisnya. "Mak aku mesti suka ni....maklumlah gadis pilihan dia" kata hati Wak Kiyai....

So....rakan-rakan ...cuba kita lihat.....

70 juta penduduk.....lebih 20 tahun objektif itu disasarkan.....adakah ia akan tercapai...sekarang ni...2009....hanya ada ....27 juta lebih sahaja penduduk dan tinggal lebih kurang 11 tahun lagi Wawasan 2020 akan tamat.....RETORIK atau REALITI...

Apabila Wak Kiyai melanjutkan pelajaran dan sudah agak matang sedikit , kebetulan subjek Sosial dan Polisi Kerajaan ini diajar kami mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah....mengenai topik ini Wawasan 2020 dan meneliti segala objektif yang disasarkan secara serius.....maka hasilnya kami berpendapat  sasaran 70 juta penduduk pada tahun 2020 agak sukar untuk dicapai.

Berbalik kepada persoalan persatuan kita.....sasaran 50,000 pesilat dikumpulkan...!!!!
Macamana nak buat ye....where to start....kita semua masih kurang jelas.....well tak pe lah....selesaikan segala aktiviti yang dirancangkan dan selepas 16 Ogos ni....

Kita fikir sama-sama....

Bersambung...

Salam...

Offline

 

#4 2009-08-11 12:43:38

putih
Member
RankingRanking
Malaysia
From: tanah melayu
Registered: 2008-11-20
Posts: 15
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

wak kiyai membawa kami (anak2) utk berfikir dan merancang..
50 000
satu hasrat yg perlu disahut
satu hasrat yg perlu diusahakan
walau pun samar,tp suatu yg mungkin..smiley-first

Offline

 

#5 2009-08-18 01:27:06

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam....

Retorik tu ape ? Mungkin suatu angan-angan atau cakap kosong aje. Maknanya kalau nak tau tu angan-angan atau cakap kosong kita tunggulah tahun 2015 ye tak ? Jika ia menjadi kenyataan iaitu berjaya mengumpul 50,000 orang maka ia disebut realiti.

Wak Kiyai masih menyimpan artikel lama-lama iaitu way back in 1992 bertajuk Peranan Silat Cekak Didalam Memenuhi Wawasan 2020. Tarikh yang Wak Kiyai catatkan ialah 27.6.92.Tetapi mungkin ia dikeluarkan lebih awal Wak tak perasan.

Al maklum masa tu belum berpecah lagi...tapi bunga-bunga nak berpecah tu dah ada.
Mengikut yang empunya cerita....6.2 Sasaran Keahlian 6.2.1 Penuntut Silat Cekak yang telah tamat didalam 25 tahun yang lalu adalah diparas 22,000 orang. Sekiranya kita mengambil kadar perkembangan 7% yang dibuat sejak kebelakangan ini maka pada tahun 2020 kita akan mencapai angka 167,000 orang.

Tu masa zaman Cekak Malaysia....yang ni pulak masa zaman Cekak Hanafi...tarikh tidak diketahui....

Menjelang tahun 2001 : Jumlah keahlian baru dari tahun 1996 akan meningkat seramai 25,000 orang.

Jom kita buat sedikit analisa.....tahun 1992 lebih kurang 22,000....dari 1992 ke akhir tahun 1995 tiada angka....1996 ke 2001 peningkatan 25,000.

Wak Kiyai pernah mendengar suatu angka bahawa pada suatu masa ahli Silat Cekak Hanafi ialah melebihi 50,000....iaitu selapas ditolak basi perpecahan kali pertama....

Now....selepas ditolak basi perpecahan kali kedua agak-agak berapa pulak angkanya sekarang...?

Salam...

Offline

 

#6 2009-08-20 17:11:10

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam...

WEBSITE CEKAK

Tergerak hati Wak Kiyai nak surf laman web ketiga-tiga Cekak hari ni lebih awal sikit kerana selalunya biasalah..... kita surf waktu malam buta. Tambah pulak nak dekat puasa ini... lagilah Wak Kiyai banyak masa kerana pada bulan puasa ....polisi Wak dan jiran sebelah ialah .... melayan mata yang ingin rehat. Nasib baik kerja sendiri....

Wak Kiyai dah cerita dulu....bahawa wawasan yang Wak tetapkan semasa usia 7 tahun semuanya hancus....doktor,engineer,askar....kantoi....

Tapi angan-angan nak jadi askar masih terselit sampai sekarang....bukan apa.....banyak teori-teori pengurusan daripada buku yang Wak Kiyai beli dan baca adalah condong dan berkait dengan teori peperangan. Terutamanya buku pemasaran.

Marketing Is War. War against your competitors. Gitulah gamaknya kata-kata pengarang tu....

Kita pun layan juga Astro dan You Tube malam-malam buta...tak lain tak bukan cerita pasal peranglah....nak pahamkan apa yang dibaca sebab kat buku cuma ada gambar yang statik dan lakaran....lambat sikit nak paham.....

Lepas tu kita campur adukkan apa yang kita lihat dan apa yang kita baca lalu kita buatlah rumusan sendiri....ntah betulke tidak....layan ajelah apa yang Wak nak tulis....kau buatlah apa saja Labu....asalkan kau bahagia....

Didalam menjalankan  kajian pemasaran berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan .....terdapat 3 pandangan yang perlu kita ambilkira....

1. Orang yang memasarkan produk itu....Produk Tempe A
2. Persaingan daripada produk yang sama...Produk Tempe B dan C
3. Penganalisa pasaran yang khusus tentang produk itu....Produk Tempe A, B dan C

Akhirnya orangramai akan membuat pilihan....yang mana satu pilihan kalbu....Tempe yang aku suka ialah......

Dalam dunia siber nie....berbagai maklumat dan informasi mudah diperolehi dengan melayari internet....ia suatu iklan yang murah dan jika kita pandai mengendalikannya dari sudut bisnes....ia amatlah menguntungkan.....begitu juga Silat Cekak nie....

Wak Kiyai dah biasa memasarkan produk perkhidmatan nie....Silat Cekak....dan dah juga merasai persaingan tentang produk yang sama nie....Silat Cekak....dan sekarang nie....Wak Kiyai akan buat penganalisaan tentang produk-produk nie....Silat Cekak....

Wak Kiyai tak risau dengan silat-silat lain....sorry to say....bukan nak mencaci....they are not up to our level and standard of achievement in all aspects....no further details....you think, I think....you know, I know...everybody know-know la....

Mari kita sama-sama surf ke tiga-tiga laman web Silat Cekak dan buat penilaian tentangnya....

Semasa melayarinya .....hadirkan fikiran anda sebagai orang luar.....andaikan yang anda tahu Silat Cekak nie....dan nak belajar....tapi anda kena buat pilihan....

Zaaap.....

Love at first sight.....Cinta Pandang Pertama....

Your opinion....apa pandangan anda......

Salam.....

Offline

 

#7 2009-08-24 01:56:07

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

WEBSITE CEKAK ...

Memahami sedikit teori PENGIKLANAN.....

Sebenarnya adalah juga teori KOMUNIKASI.....iaitu pihak menjual produk berkomunikasi dengan kita untuk memperkenalkan produknya.....dalam bentuk komunikasi 1 hala....jika di TV....kita hanya lihat dan dengar sahaja....dan kita tidak boleh berkomunikasi dengan mereka balik.....

Segala apa yang kita lihat dan dengar ......kita telan sahajalah....no komen....nak komen, kat kedai kopi....jika ia terlalu mendatangkan impak negatif maka terpancullah komen diakhbar.....dan mungkin juga email datang ke syarikat iklan itu....ini pernah terjadi apabila syarikat iklan pernah diugut akan disaman jika ia tidak menarik iklan yang ditayangkan itu serta meminta maaf  kerana ia menyalahi prinsip kemanusiaan.....iaitu iklan itik berjoget....kerana teknik membuatkan itik itu berjoget sebenarnya menyiksa itik itu dengan meletakkannya ditempat yang panas lalu itik itupun menari kepanasan.....suatu kerja yang kreatif tetapi menyiksa makhluk....

Ada iklan pula telah disalah tafsirkan oleh penonton...pada akhir tahun 1980'an... iklan  itu ditafsirkan oleh penonton sebagai iklan untuk gadis lesbian....ini disahkan oleh eksekutif jualan syarikat itu daripada maklumbalas yang diterima dan lama-kelamaan ia ditarik balik setelah mengetahuinya.....

Ada pula iklan selain untuk mengiklankan produknya dalam masa yang sama juga produk itu terpaksa bersaing sengit dengan satu lagi produk ..... pecah kepala pengarah kreatif masing-masing nak cari idea untuk berlawan .....

Terkini....nama Yasmin Ahmad....amatlah popular....kerana menghasilkan iklan serta filem yang kreatif...tambahan pula dicampur unsur provokasi dengan cuba menonjolkan perkara-perkara yang bersifat melawan arus di Malaysia halyang berkaitan dengan adap dan adat kesopanan serta penerimaan agama di negara ini.... apapun tak perlulah diungkit lagi kerana dia telah tiada....

Mungkin saya tidak mengenalinya dengan rapat....tetapi ayahnya saya kenal....kerana saya selalu kena marah pasal malas baca not dan tak bawak alat muzik yang dia ajar....selalunya Cikgu Ahmad ni akan beritahu bapa Wak Kiyai....kena hamputlah aku kat rumah....

So ok...balik pasal cerita iklan ni.....biasanya agensi pengiklan akan kemukakan idea mereka kat storyboard untuk dibincangkan dengan lebih lanjut dan mendapatkan komen-komen .....serta maklumbalas .....setelah diteliti....barulah ke langkah yang seterusnya....

Pengarah kreatif dan kumpulannya mestilah visualise dan berimaginasi bagaimana nak mempromosi sesuatu produk itu dalam masa yang terhad yang diberi....kerana caj pengiklanan dikira dengan saat...( air time fees ) setiap kali iklan...dan mengikut masa tayangan iklan itu...jika ia prime time...iaitu pukul 8 dan 9 malam...tambah pula  rating sesuatu tayangan gambar itu .....jika ratingnya tinggi...maka cajnya amatlah tinggi....

Jadinya iklan itu mestilah amat berkesan kerana pihak syarikat membayar harga yang tinggi terhadap iklan dan masa tayangannya....

Senang cerita .....iklan itu mestilah " TOUCHING "...ambil contoh iklan PETRONAS....

Daripada permulaan iklan sehinggalah 30 saat atau  1 minit....( bergantung )

Kita mestilah MELIHAT jalan cerita iklan itu.....suasana yang digambarkan....

MENAFSIRKANNYA....dengan mudah dan tak keliru.....serta faham jalan ceritanya...

Akhirnya iklan itu MENYENTUH PERASAAN DAN HATI kita....lalu kita puas melihatnya dan ...

FAHAM apa mesej yang hendak disampaikan....akhirnya...

Kita INGAT akan iklan itu dengan mesejnya....LEBIH daripada iklan-iklan yang lain.....

Maka iklan ini akan berulang-ulang....setiap kali ia diulang....dan kita gemar melihatnya .....maka iklan serta mesej yang hendak disampaikan itu telah berjaya kepada sasaran penonton....

Begitulah juga iklan Silat Cekak ini....

Bersambung....

Salam...

Offline

 

#8 2009-08-26 02:28:38

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

" INGAT JALAN MESTI KE DEPAN, BUKAN KE BELAKANG " Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.......


LAHIRNYA CEKAK KERANA KESEDARAN
BUKAN BERMUSUH SEBAGAI TUJUAN
UNTUK MENDAULATKAN SENI KEBANGSAAN
MENYESUAIKAN DENGAN MAKNA KEMERDEKAAN

Sempena hari merdeka ni....Wak Kiyai nak tanya sikit ......Apa itu KEMERDEKAAN HAKIKI SEORANG HAMBA....untuk menyesuaikan dengan rangkap pantun Silat Cekak di atas ....

Kot-kot sapa boleh jawab......upah 10 sen je.....!!!!!

Salam...

Offline

 

#9 2009-09-01 02:42:27

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam....

KAD UCAPAN SELAMAT BERPUASA

11 Ramadhan 1430 , 1 September 2009 ( Selasa )

Hari ini ntah apa gerak hati terfikir pula nak belek-belek khazanah lama Silat Cekak yang Wak Kiyai simpan dalam kotak fail yang bertajuk Kenang-Kenangan......tujuan sebenar ialah nak cari bahan kajian untuk diceritakan kat ruangan ini sempena Kempen Silat Cekak Hanafi 2015....

Macam-macam benda ada dalam....lihat gambar-gambar lama...termasuklah gambar beramai-ramai bersama Ustaz masa ijazah tamat  .....masa latihan sijil rendah....dan macam-macam lagilah.....maklumlah kenangan silam.....

Dalam banyak-banyak benda terjumpalah kad ucapan Selamat Berpuasa yang dikirimkan kepada Wak Kiyai oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia....

Wak Kiyai pun aturlah dah berapa banyak kad yang Wak dah terima serta bila tahun hijrahnya...

Ada satu kad ni .....Kot-kot mata Wak Kiyai dah rabun ke ataupun tulisan tarikh yang dicetak terlalu kecil Wak kurang pasti.... lalu Wak Kiyai pun bacalah isi kandungannya...

Isinya adalah seperti berikut......

Semoga Ibadat Puasa Kita Diberkati Allah Seterusnya Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Batin



JAWATANKUASA AHLI SEUMUR HIDUP CEKAK HANAFI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN ANDA SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP CEKAK HANAFI


Ada pulak kata-kata nasihat.....

[align=center]" Ramai manusia boleh sabar dimasa kesusahan ( atau penderitaan ) tetapi ramai yang tidak bersyukur dimasa kesenangan. "

" Buat amal dengan sebenar ibadat jangan pula menjadi adat." ( Hukama )
[/align]

Ok lah itu semua Wak Kiyai boleh baca....tapi tarikh hijrahnya bila.....belek punya belek .....dibahagian dalam kad....adalah tanda bulat punyalah kecil kat tengah-tengah sebelah kanan .....tahunnya.....1416 Hijrah....1996....

So....apa pulak kena-mengena dengan tajuk kita ni......

Muka Depan Kad

Dipaparkan gambar beramai-ramai ahli Silat Cekak Hanafi beserta Guru Utama dan menteri.....selepas Demonstrasi Wajadiri Silat Cekak Hanafi di Stadium Jalan Raja Uda pada 10hb September 1995.

Demonstrasi ni sempena sambutan 30 Tahun Silat Cekak Hanafi.

So....apa yang menariknya.......

Dibahagian .....atas kad dan ditengah-tengahnya terdapat... Lambang Persatuan... serta kata-kata ...Silat Cekak Hanafi Kearah 2001..... dikelilingi gambar beramai-ramai ahli silat mengangkat tangan.....tanda menyokong kempen ini...

Apa yang dapat kita simpulkan.....

"Setiap kempen yang memakan masa yang panjang mestilah kita ingatkan (highlight) kepada semua ahli sebanyak mana dan sekerap mungkin disegenap ruang dan masa supaya kempen itu sentiasa berada diingatan kita semua."

Maknanya.....Laman Web Persatuan mestilah pandai memainkan peranan macamana hendak mengiklankan Kempen Silat Cekak Hanafi 2015 ni dengan betul-betul berkesan.....

Sekian.....


Salam...

Offline

 

#10 2009-09-09 00:32:04

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

Wak Kiyai baru berjumpa dengan seorang anak buah Wak bekas penuntut IPT...

Biasalah...kalau dah sembang dengan anak buah tu....tak ingat masa....leret sampai ke subuh....dari dulu sampailah sekarang.....

Pukul 8.30 nak pergi kerja...."lelap mata setengah jam jadilah bang...." kata dia....

Hai...engko ni nak jadi macam aku pulak....aku lainlah....petik anggur....bila suka nak tidur aku tidur....freelance lah katakan....tapi bila ada kerja....3 hari bersengkang mata.....tambah pulak projek orang beso-beso ni...senak nak disiapkan....

Wak Kiyai teringat satu projek yang Wak kena siapkan pada awal tahun 2008....projek Cermelang, Gemilang dan Terbilang....live telecast kat TV ....projek Pak Lah le siapa lagi....

Wak Kiyai terpaksa berurusan dengan pegawai kerajaan negeri, konsultan luar negara, kontraktor utama dan sub dan macam-macam lagi lah....

Notis yang diberi untuk siapkan projek tu terlalu pendek....adui....rasa macam tak nak ambil je job tu...tapi tak boleh juga pasal....tak de orang lain yang boleh buat kecuali Wak Kiyai dan geng....

Wak Kiyai cuba nak gambarkan keadaan pada masa perasmian projek dan keadaan sebelumnya....

Masa pergi lawatan tapak...beberapa bulan terdahulu....team Wak Kiyai pun tinjau-tinjau kawasan...tengok pelan bangunan...dan infra yang sepatutnya siap....

Jika infra ini tak siap....kerja Wak Kiyai tak akan jalan....

Terdapat 6 bangunan yang perlu kami lengkapkan....raon punya raon ( kata orang Sarawak ) aleh-aleh cuma ada 4 bangunan aje yang nampak macam nak siap  dan yang 2 lagi tak tau nak kata....

Wak Kiyai pun tanya pandangan team engineering Wak....apa macam....dia orang ni boleh siap ke projek....Mereka jawab....Gerenti....tak siap....!!!

Laa....kata suruh siapkan semua....kalau bangunan pun tak siap....galeri dan studio aku macamana....barang-barang aku nak letak mana....sejuta harga beb....masak kalau hilang....barang ni bukan ada kat Malaysia...itulah aje 6 kat dunia ni...dah la tu....satu dunia tak buat...kita aje yang gatal-gatal nak juga benda tu jadi....Malaysia Boleh....

Yang konsultan mat saleh ni pun huru-hara...

Pikir punya pikir....target 2 bangunan jadilah...yang lain lantak kau ....nak marah.....marahlah....

2 minggu sebelum perasmian....laa...apa benda pun tak siap....terpaksalah buat apa yang patut....

Buat punya buat...dapat pelan baru....kantoi....screen rapat dengan air con...apa lagi...pegi sumbu technican la....muka sedih aje bila kita sumbu dia...sebab dia sendiri pun tak tau ape-ape....orang atas buat decision sendiri-sendiri....

Tangguh kerja....tunggu conformation daripada mat saleh huru hara tu....

4 hari lagi nak perasmian....konsultan pun kata....engko hentam saje lah labu...logik boleh pakai...agak-agak ok....belasah. Pulak....???

Keadaan tapak projek tak tau nak kata....kira-kira macam Airport Sepanglah punya sibuk masa zaman pembinaannya....

Kabel meletup pulak dah....ada satu team tu...2 orang budak dia kena letrik...naik biru badan..esok tak datang dah....

Artis-artis dan pengacara TV sibuk melawat tapak tempat Wak Kiyai kerja...ntah apa dia orang nak kelentong pada hari perasmian tak taulah.....

Waktu malam....Wak Kiyai pun raon-raon tapak bangunan lain....ada masjid...bangunan konvensyen ...hancus...85% siap...tak sepenuhnya...nak cover bagi nampak elok...letakan bunga-bunga kat sekeliling tiang...

Artis dan pengacara sibuk rehearsal....dan dalam sejarah...mungkin inilah laser light digunakan paling banyak....tak silap Wak 22 biji...

Pada hari perasmian....fuu yooh !!!!! tengok kat TV macam real....punyalah meriah dan cantik...lampu warna-warni tambah pulak laser sana-sini.....siapa yang tengok TV mesti terpegun.....happening !!!!

Apabila Perdana Menteri tiba kat galeri kita...kita pun suruh dia picit touch screen ....dah keluar aje gambar....agak-agak 10 saat dia tengok....alihkan dia tempat lain...kang nanti dia gatal tangan picit situ dan sini ...mati aku....

Sebab...pat yang dia picit itu aje yang siap....yang lain....mana ada lagi.....!!!!

Dia belah aje....lega....

So siapa orang luar yang tengok TV dan baca surat khabar esoknya selepas malam perasmian itu....memang terpegun.....

Tapi hakikatnya.....

Berita Perasmian hanyalah RETORIK kerana hakikatnya projek yang bernilai lebih RM 250 juta itu belum siap sepenuhnya....sehinggalah satu tahun kemudian.....barulah ia menjadi REALITI....

So moral of the story......

CAKAP MESTI SERUPA BIKIN....

P/s : Oooo......cerita dengan anak buah Wak....next time.

Salam...

Offline

 

#11 2009-09-09 22:26:58

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

wak kiyai wrote:

Salam.....


Tapi hakikatnya.....

Berita Perasmian hanyalah RETORIK kerana hakikatnya projek yang bernilai lebih RM 250 juta itu belum siap sepenuhnya....sehinggalah satu tahun kemudian.....barulah ia menjadi REALITI....

So moral of the story......

CAKAP MESTI SERUPA BIKIN....

P/s : Oooo......cerita dengan anak buah Wak....next time.

Salam...

bang, pas ni kalau ada nak pakai part timer bagitaulah..
ewah...

Offline

 

#12 2009-09-11 06:11:49

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

Sekarang ni Wak Kiyai buat kerja khidmat masyarakat....sementara tunggu next assignment....early year 2010....

Wak kerja jenis tak masuk akal....tak kira masa.....tak kira tempat.....

Macam missionaries....asal diarahkan pergi...kena pergi...tu yang susah nak cerita....cukup masa hantar lapuran....trouble shooterslah katakan....

Ada kerja sambilan...jadi budy guard nak tak....kan awak semua terer....

Acah aje....


Salam....

Offline

 

#13 2009-09-24 02:28:41

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

Selamat Hari Raya .....hari ini hari yang ke 5....Wak Kiyai dah balik rumah hari ke 3 lagi....

Bagi semua rakan-rakan Wak mintak maaf banyak-banyak....adatlah kan....

Terkenang masa dulu-dulu....masa kat rumah persatuan....kena-mengena member tu dah macam asam garam harian...ada juga yang telinga nipis.....ada jenis macam Wak ni muka tembok cina....ada yang merajuk....dan macam-macam lagi.....so bila tiba hari yang mulia ini.....kenalah ucapkan ......

Sekali lagi SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN.....

Sambil balik kampung  ....sempat juga jumpa anak buah semasa mengajar di kampus dahulu....biasalah....asal jumpa aje....9 malam sampai 5 pagi....itu pun pasal hujan....kalau tak.... sampai subuh tak habis berborak....

Anak buah Wak Kiyai sekarang ni kerja kuat mengajar silat dikampung....standard 2 tempat satu minggu....kadang-kadang lebih.....tak sangka dulu jenis lokos ( poyo ) aje....la ni dah jadi penolong penyelia....dan ramai lagi anak buah Wak yang jadi Penyelia di tempat-tempat lain....

Cerita pasal silat 90%...10% hal-hal lain.....

Nampaknya perkembangan semasa pergerakan silat boleh dikatakan memberangsangkan....Wak Kiyai suka mengutip pengalaman yang ditempuh oleh rakan-rakan kita serata tempat untuk dijadikan panduan pada masa akan datang....

Seronok mendengar cerita anak buah.....macam-macam hal.....

Sambil tu tanyalah Wak Kiyai akan dia tentang Kempen Silat Cekak 2015....apa pendapat dan pandangan.....dan apa masaalah yang dihadapi sekarang supaya dapat kita tingkatkan kualiti serta prestasi pada masa akan datang...

Rata-rata menyatakan ada 3 perkara yang mesti difokuskan iaitu...

1. Laman web persatuan....
2. Pentadbiran
3. Hal-hal persilatan

Wak Kiyai berpendapat 3 perkara di atas ini mesti diselesaikan sehingga akhir tahun ....maklumlah penstrukturan semula organisasi bukannya mudah.....tetapi apa boleh buat....mau tak mau....hendak tak hendak....kena buat juga.....jika tidak....akan datang  jadi kalam kabut dan kelibut....

Maklumlah kerja sukarela ni bukan semua orang hendak buat...duit habis ....masa habis....tetapi tak nampak hasilnya dari segi materialistik....

Banyak pandangan serta idea yang terkumpul untuk diutarakan hasil daripada perjumpaan Wak Kiyai dengan anak buah diserata tempat....dan kita akan kongsikan bersama pada masa akan datang.....

Buat masa ini....Wak Kiyai nak raya dulu....

Sekian....Salam....

Offline

 

#14 2009-10-08 00:00:42

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam......

Wak Kiyai nak gatal tangan sikit aje pada kali ini......

Dalam ruangan yang lepas ada disebutkan tentang penambahbaikan yang harus kita ambil perhatian dalam persatuan kita  iaitu Laman Web ......

Wak Kiyai perhatikan aje hari-hari ......Wak Kiyai ulang sekali lagi..........Wak Kiyai perhatikan aje hari-hari....dan inilah juga yang menjadi keluhan rakan-rakan .....info kantoi....

Pengendali Web Persatuan ni paisir ke....bukan nak kata la...Canang dah lama heboh-hebohkan pasal rumah terbuka YM Tuan Guru Utama.....

Wak Kiyai dah pun terima SMS daripada rakan pasal benda yang sama....

Web Persatuan habok pun tarak.....kita lihat pada ruangan aktiviti akan datang.....yeelek phucik....

Kalau nak guna SMS aje....dan harap SMS aje....this is not the way you deal or manage info....

Maknanya ruang Web Persatuan dah jadi surat khabar lama.....benda dah terjadi....baru nak cerita.....

Surat khabar pun elok sikit....(sebelum jadi surat khabar lama )....kurang-kurang dalam ruangan aktiviti akan datang ada disebutkan apa yang akan dilangsungkan .....untuk pemberitahuan....

Inikan pula laman Web ....lagi canggih.....come on....wake up guys....you are far away behind and still dreaming.....

Zaman sorok-menyorok sudah berlalu....kalau dulu....masa tengah dalam krisis....buat aktiviti dan SMS sorok-sorok ni okey lah juga.....

La ni dah agak tenang ......takkan aktiviti rumah terbuka pun nak guna SMS aje....Web Persatuan apa guna....?

Teringat akan kata-kata seseorang.....infrastruktur kelas 1 (pertama )......tapi pemikiran serta mentaliti kelas ke 3 ( ketiga ).....

Nampaknya jika ginilah gayanya.....RETORIK lebih condong kehadapan berbanding REALITI.....

Without fear or favour.....

Salam.....

Offline

 

#15 2009-10-20 01:08:06

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam......

2 hari lepas Wak Kiyai mengikuti tazkirah lepas sembahyang Maghrib disebuah masjid....( sebenarnya nak cerita Wak Kiyai ni dah jadi orang baik....kira-kira unsur riak dan ujub  ada sikit la....kat sini .....takbur tak tau la pulak). Tapi bukan begitu sebenarnya......cuma nak sampai messej tentang apa yang Wak Kiyai perolehi pada majlis tersebut.....

Mesej itu ialah pemahaman dan juga tindakan.....yang diutarakan oleh Ustaz pada hari itu....dipetik dari sebuah kitab agama dari ulama yang masyhur .....Wak tak berapa dengar dengan jelas siapakah pengarangnya....maklumlah majlis ilmu macam ini.....angguk lebih banyak daripada dengar.....dari segi mantiknya dipanggil minda separuh sedar.....atau lebih tepat lagi .....ngantuk.....

Ustaz Hanafi memperkenalkan konsep kenal, tau, kasih , sayang dan cinta......pakar-pakar ilmu menamakan berbagai jenama dalam pendekatan ilmuan masing-masing.....ada nama komunikasi....ada nama pemasaran ....dan macam-macam lagi.....yang mana konteks yang hendak disampaikan ialah penyebaran maklumat.

Sebelum maklumat disampaikan pula ada macam-macam ilmu lagi yang diajarkan kat kita.....kalau dalam pengajian maklumat ni....yang Wak Kiyai belajar dulu....nama kajian maklumat pun tak ada....yang ada Kajian Sains Komputer dan juga Kajian Kejuruteraan Komputer.....Wak Kiyai belajarlah....Database Management System ( DBMS ) System Analysis And Design ( SAD ) , management information system ( MIS )  dan macam-macam benda mengarutlah.....

Lepas tu barulah timbul benda-benda baru.....nama kursus pun dah berbagai....kajian pengurusan maklumat....multimedia dan interaktif....dan jika yang nak temiong lagi....pengkhususan Knowledge Management...dan bla...bla...bla....

Semakin hari semakin canggih.....lantas Wak Kiyai dah kena sindrom hanyut dimakan arus perubahan.....tetapi yang Wak Kiyai tak akan lupa ialah pengetahuan yang amat asas.....maklumat mesti diproses dan  disampaikan.....dengan efektif dan efisen.....

Apa jenis sintaks dan semantik, flowchart dan pseuducode serta bahasa dan apa-apa juga pakej program yang ko orang nak guna dalam penyebaran maklumat tu....ko orang punya pasal.....

Wak Kiyai boleh cerita semua tu....cerita aje lah.....sebab Wak Kiyai pernah bekerja kat kompeni yang memasarkan jenama-jenama serta program yang terkenal didunia pada masa kini....

Cuma yang Wak Kiyai nak kaitkan ialah isi tazkirah itu ( pemahaman dan tindakan ) serta sebaran maklumat ......pada laman Web PSSCUH......

Maknanya kita jika betul-betul faham tentang konsep penyebaran maklumat......maka ia juga perlu disusul dengan cara kita bertindak akan maklumat itu.......

Web PSSCUH ketinggalan jauh......sila sampaikan messej ini kepada yang berkenaan.....

Banyak perkara yang boleh dikaitkan jika dilanjutkan perbincangan ini......Web PSSCUH pada hari dan ketika ini udah jadi SURAT KHABAR LAPUK bukan surat khabar lama lagi.....

Without fear or favour.....

Salam.....

Offline

 

#16 2010-02-15 04:13:04

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam.....

Sekarang ni sudah pun masuk pertengahan bulan Februari 2010. Tinggal berapa bulan dan hari lagi untuk tiba saat 10.10.2010. Apa cerita kita ? Takkan  senyap aje kot....

Wak Kiyai adalah dengar cerita sikit ......disana dan disini. Biasalah.....yang sibuk pada bulan Januari dan Fenruari nie fasal pengambilan ahli baru biasanya di sekolah-sekolah dan juga UiTM. Yang lain-lain tempat tu ada le...tapi bukanlah suatu routine atau kebiasaan. Mungkin juga sebahagian kolej serta IPTS kerana pengambilan mereka bukannya setahun sekali.

Wak Kiyai baru-baru ini ada menghubungi member dipihak pengurusan bertanyakan khabar serta perjalanan aktiviti pergerakan silat kita. Seimbas lalu, jangkaan statistik  Wak Kiyai tidak pernah tersasar . Agak mengembirakan juga bila mendapat tahu pengambilan ahli baru cukup memerangsangkan diseluruh tempat.Diharap mereka-mereka yang berkenaan dengan kelas masing-masing dapat meningkatkan prestasi dalam semua aspek demi menjaga kualiti serta nama baik persilatan.

Walaupun begitu , terdapat juga beberapa gangguan serta halangan yang cuba dilakukan oleh 'segolongan nakal' sepertimana rakan-rakan semua maklum. Oleh itu Wak Kiyai nasihatkan agar rakan-rakan yang berada dikelas masing-masing supaya penuhkan 'peluru dan peralatan senjata' untuk menangkis serangan 'golongan nakal' ini. Jika tidak, anda akan mengundang masaalah kelak.

Golongan gestapo ini akan mencuba dengan bermacam-macam cara demi mendapatkan apa yang dicita-citakan. Mereka akan mencari peluang menceroboh dimana saja terdapat ruang pertahanan yang agak lemah dan jika kita leka maka amatlah susah untuk diperbaiki kemusnahan yang dialami.

Strategi bertahan amat sukar berbanding strategi menyerang. Tambahan pula penyerang itu agak veteran berbanding tembok pertahanan mereka-mereka yang dikira pangkat anak atas alasan jurang umur dan pengalaman. Penyerang menggunakan strategi 'psikologi perang saraf' dengan menggunakan segala saluran serta kontek yang ada untuk menggangu kegiatan persilatan kita.

Oleh itu hanya daya juang yang kental serta semangat yang tinggi wajiblah ada pada pemimpin setempat yang menjadi 'anchor' atau sauh ditempat masing-masing. Maklumat serta segala dokumen bukti yang lengkap WAJIBlah dibekalkan kepada mereka-mereka yang berkenaan sebagai persiapan.

Didalam pemerhatian Wak Kiyai pada masa lalu iaitu semasa krisis tengah hangat, terdapat sejemput Penyelia yang kurang menunjukkan moral daya juang mereka terhadap kegiatan silat ini. Apabila pemimpin sendiri menunjukkan minat yang kurang maka kesannya akan dapat dilihat. Perkara ini khas Wak Kiyai tujukan kepada Penyelia kerana mereka inilah orang kanan Guru Utama.

Wak Kiyai bukan mereka-reka cerita tetapi adalah kenyataan. Apabila dah nampak agak goyang, sibuklah tercari-cari siapalah 'sifu' yang boleh memberi motivasi pada anak didik mereka. Sedangkan diri sendiri tak mahu melihat dicermin, 'apakah sebenarnya aku ini dikacamata anak buah aku.'

Bukan mudah hendak membina moral dan semangat . Tetapi apabila pemimpin sendiri tidak mempunyai inisiatif diri macamana hendak memimpin ? Wak Kiyai tak mahu nak masuk campur dalam hal ini bukan kerana tak sudi tetapi takut nanti orang kata kita penyibuk.

Wak Kiyai sendiri pernah mengalami hakikat ini dan merasa amat peritnya keadaan. Dengan segala kekurangan yang ada pada masa itu Wak Kiyai mencuba seberapa jauh kudrat yang ada dan fikiran yang termampu. Ditambah lagi keadaan-keadaan sekeliling yang amat merumitkan hasil polisi yang tak menentu pihak atasan IPT.

Akhirnya ramai yang menjadi 'korban' hasil kerja tangan luaran dan dalaman. Nak buat macamana, mengambil peninggalan warisan Penyelia terdahulu. Telan sahajalah. Mulut tempayan mudah ditutup, mulut manusia berbagai idea, teori yang mudah dibicara tetapi belum tentu dipraktikkan.

Kadang-kadang, jurang lamanya kita menjadi tenaga pengajar belum tentu menjadi kayu pengukur yang baik kepada anak buah kita. Begitu juga kelulusan tinggi yang diperolehi di universiti. Belum tentu dapat menyelesaikan masaalah. Yang pelik lagi, masaalah yang timbul pula datangnya daripada 'orang lama' yang dianggap 'sifu'.

Wak Kiyai terpaksa berterus terang dalam hal ini kerana tidak mahu arah tuju sasaran sebenar akan tersimpang jauh dek kerana perangai yang tak senonoh serta gaya kepimpinan sesetengah ahli yang kurang kualitinya. Ini bukan retorik kosong tetapi ia adalah realiti.

Jalan paling mudah, cermin diri dan berundurlah jika agak-agak tak boleh memimpin. Jangan sampai kelas yang dipimpin banyak pokok dari penuntut yang mendengarnya. Agak sedih juga apabila melihat ramai 'anak buah' yang 'syahid' sebelum waktunya. Tetapi itulah resam perjuangan. Bukan semua boleh tiba 'ke sana'.

Oleh itu, Wak Kiyai haraplah pada 'pegawai-pegawai muda' serta 'pegawai veteran' yang sedang memimpin sekarang, jadikan hala tuju persatuan kita suatu yang realiti bukannya retorik.

Sekian.....

Offline

 

#17 2011-05-03 02:34:56

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Usai sudah Kempen Silat Cekak Hanafi pada 10.10.2010.....

Sudah lebih 6 bulan berlalu.... banyak pertanyaan yang tersimpul dikepala serta benak Wak Kiyai sekarang ni....

Pertama.... secara keseluruhannya.... target 10,000 pesilat berhimpun pada hari itu tak tercapai....

Sememangnya perkiraan Wak Kiyai tak lari ..... tapi biarlah dipendan dalam benak fikiran sehinggalah harinya ......

Walaupun begitu.... tahniah bagi negeri-negeri yang telah mensasari kouta yang ditetapkan....memang telah dijangka....

Dan memang telah dijangka juga... ada tempat-tempat tidak akan melengkapkan kouta yang diberi....

Adakah ini silap perkiraan pihak pusat ataupun sebaliknya....

Kedua.... Wak Kiyai ingin juga tau...apakah kesan daripada kempen yang kita jalankan itu....

Ketiga.... apakah langkah-langkah proaktif yang diambil untuk merealisasikan kempen yang akan datang....

Wak Kiyai terdengar masih ada lagi perkara-perkara yang tidak selesai sampai kehari ini......

Di sini Wak Kiyai terpaksa terus terang menyatakan kebimbangan Wak Kiyai akan perkara-perkara yang ditimbulkan....ditakuti ia akan menjadi kanser ..... hari demi hari akan menjadi parah....

Line of command serta communication break down adalah dikenal pasti teras kepada permasaalahan yang diutarakan...sedangkan pada pandangan Wak Kiyai perkara itu boleh diselesaikan at a finger tips.... no big deal....

Pesan GU mudah sahaja.... selesaikan secepat mungkin.... tak kan tak paham lagi kot....

Win-win situation.... bertolak ansur lah.... kerana kita semua memainkan peranan serta memberi pengorbanan ..... kita bergerak dalam satu kumpulan.... dan kita ada peranan kita masing-masing...

Jangan pandang disebelah pihak kita sahaja... tetapi perihatinlah kepada masaalah yang akan dihadapi oleh pihak yang lain akan kesan daripada tindakan kita itu....

So.... suatu retorik atau realiti.... sebenarnya ada pada tangan kita....

Salam....

Offline

 

#18 2011-05-09 23:19:33

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Pagi tadi Wak Kiyai berjumpa dengan seorang Managing Director dan juga Director....perbincangan macam biasa la.... business...

Syarikat dia ada meletakkan visi, misi dan juga motto untuk direnungi...dan dicapai....

Bila Wak Kiyai baca.... puhhhh... memang bercita-cita tinggi MD nie...

Dia seorang berbangsa asing tetapi Muslim... menjalankan perniagaan keluarga yang telah bertapak lebih 50 tahun... dan mempunyai banyak cawangan serta mengekspot barangan ke serata dunia....


Lama juga kami membebel... lebih kurang 2 jam....

Wak Kiyai dengan selamba jea tanya.... macamana strategi dia nak merealisasikan segala visi, misi dan juga motto syarikat dia tu...

Dia tak dapat jawap.... alamak... apahal....

Akhirnya dia mengaku.... dia tidak dapat orang yang diharapkan untuk melaksanakan apa yang dicita-citakan.... dan dia serta director tu tak boleh buat hanya sekadar mereka berdua aje...

Begitu juga halnya dengan kempen kita nie... untuk tahun 2015.... nampak macam jauh lagi.... tapi jika tak dijalankan dari sekarang...

Tak akan tercapai realiti tu.... mungkin hanya fantasi atau retorik aje...

Offline

 

#19 2011-05-17 02:10:52

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam...

20-22 Mei 2011 ini akan diadakan kursus Prakarsa Penyelia....

Diharapkan semua penyelia dan sesiapa yang terlibat dapatlah menyertainya .

Masa dulu..Wak Kiyai ada berselisih pendapat dengan rakan Silat Cekak .... tentang siapakah yang paling layak mentadbir dan menyelia kelas....sebabnya kat Universiti cara pentadbirannya lain sikit...

Mentadbir dan menyelia ..... senang cerita ......keseluruhan aktiviti silat di Universiti la....

Wak Kiyai berpendapat... Penyelia adalah nahoda atau kapten kepada semua perkara.... walaupun terdapat berbagai-bagai frasa dan segmen dalam mengendalikan kelas silat di Universiti...

Ada Presiden Persatuan dan barisan pentadbirannya, ada pulak jurulatih ko-kurikulum di bawah Universiti dan berbagai.....

Lain padang... lain belalang..... lain tempat...lain caranya...

Tapi apa-apa hal pun.... sebenarnya Penyelia lah big bos kat situ.... sebab namapun silat.... maka yang menjadi penerajunya ialah Penyelia kerana dia adalah orang kepercayaan dan juga orang kanan Guru Utama......

Segala perencanaan silat  ( peringkat nasional ) akan digerakkan melalui kelas silat dahulu.... selepas itu barulah disusuli dengan aktiviti lainnya...

Wak Kiyai tak mau lah bercerita panjang.... tetapi .... telah terbukti apa pandangan yang Wak Kiyai ajukan telah dilaksanakan dengan jayanya pada suatu ketika dahulu....

Hasilnya... ahli yang mengambil SRP berganda-ganda berbanding yang terdahulu.... bukan 1 kali ganda..tetapi 4 kali ganda atau lebih....

Masa itu... Silat Cekak Hanafi.... mendahului jauh berbanding ilmu bela diri yang lain dalam semua segi....

Pentadbir di pusat pulak.... harus meletakkan kouta pengambilan ahli yang relevan kepada semua Penyelia ...... supaya dengan kouta yang ditetapkan.... rangka kerja akan dibuat oleh mereka-mereka yang berkenaan...... selaras dengan kempen 2015...

Wak Kiyai perhatikan... ada setengah tempat memang agresif dalam semua hal.... tetapi ada juga yang macam angan-angan mak jenin....ntah apa yang dibuat pun tak tau...

Harapkan pangkat sahaja yang lebih....baik dalam persatuan dan juga persilatan.... tetapi hasilnya menyedihkan.....

Harap-harap kursus yang akan datang nie akan dapat membantu semua.... dalam menjayakan kempen silat cekak pada masa yang akan datang...


Perancangan strategik adalah perlu dalam semua hal.... dan sebenarnya Penyelia adalah pengerak yang paling utama ......

Salam....

Offline

 

#20 2011-05-27 05:14:51

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: Kempen Silat Cekak Hanafi - Suatu Retorik atau Realiti

Salam

Kursus Prakasa telahpun berakhir.... nampaknya penyertaan boleh kata memberangsangkan... dengan penyertaan 100 lebih Penyelia... ini secara kasarnya menandakan terdapat lebih 100 kelas silat di seluruh Malaysia...

Sebenarnya bukan mudah nak mengumpulkan Penyelia seluruh Malaysia... dengan berbagai aktiviti dan acara yang diatur... sepanjang 1 tahun.... Wak Kiyai mengucapkan syabas kepada semua ahli-ahli silat yang terbabit....

Pada pandangan Wak Kiyai.... pentadbiran pusat telah penuh dengan segala aktiviti untuk sepanjang tahun.... kadang-kadang kecian juga... asyik muka-muka itu juga yang sibuk membuat segala perancangan dan aktiviti.... Wak Kiyai harap lebih ramai lagi ahli-ahli  dapat meluangkan masa untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam menyuburkan lagi aktiviti silat kita ini....

Secara jujur.... tak kira mana kem kita berada... atas nama Silat Cekak.... aktiviti-aktiviti yang dijalankan memang banyak dan agak terancang.... itulah hasil didikan dan asuhan Ustaz Hanafi kepada anak-anak muridnya.....berkat Guru...

Dengan 3 kelompok yang bergiat aktif sekarang .... Silat Cekak.... memang sudah jauh terkehadapan berbanding ilmu-ilmu beladiri tempatan yang lain.... sukar untuk mereka mengejar dan mencapai tahap yang sedia ada .... berbanding organisasi kelompok 3 Silat Cekak ini....ianya  bukan cakap besar atau sombong... ia adalah realiti....

3 organisasi Silat Cekak ini ada naik dan turunnya... bagi Wak Kiyai... ia adalah lumrah dalam perjuangan.... yang mana hak dan yang mana batil.... itu soal kedua.... nak diperbahaskan pun sampai kiamat tidak akan habis.... semua mengaku dia yang terbaik.... dan dia lah yang betul.... biarlah ini menjadi ukiran sejarah...

Marilah kita bersaing secara sihat.... semua kem ada cara dan strategi masing-masing untuk maju dan berkembang.... masaalah dalaman dalam organisasi sedikit sebanyak akan menjejaskan pergerakan serta perjalanan silat....ianya akan mengambil masa untuk dipulihkan.... masa yang akan menentukan...

Bagi Silat Cekak dibawah teraju En. Mat .... Wak Kiyai nampak ada mempunyai potensi yang lebih untuk berkembang dalam konteks ramainya penyertaan ahli dari semasa kesemasa....serta pembukaan kelas diserata Malaysia...berbanding Guru Utama yang lain.....

Jika diikutkan hati Wak Kiyai.... Wak Kiyai nak lawan ilmu beladiri luar negeri dalam penguasaan jumlah keahlian serta kelas latihan.... tetapi kita kena akur... Silat Cekak ini ada keterbatasannya....

Dalam coretan pagi ini... Wak Kiyai hanya nak kita semua berfikir.... bilakah kita akan mencapai angka 250-300 kelas latihan.... dan adakah kemasukan keahlian 30 orang setiap kali kelas baru itu sudah cukup untuk mensasarkan apa yang telah kita rancangkan.....

Sebabnya...kita mahukan ia suatu yang REALITI bukannya Fantasi atau Retorik.....

Keyakinan Wak Kiyai kepada En. Mat ada sandaran yang kukuh.... tetapi yang paling penting..... ahli-ahli silat mestilah berusha dengan gigih lagi....  janganlah harapkan orang yang sama sahaja menjalankan kerja....

Kita harus tingkatkan sehingga 3 atau 4 kali ganda dalam semua bidang dan ruang pentadbiran serta perjalanan kelas.... bergantung kepada kesesuaian dan kepakaran masing-masing...

Barulah matlamat kita akan tercapai.....

Salam....

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads