Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2010-01-28 04:29:48

shaznor
New member
Ranking
Malaysia
From: Kuala Lumpur
Registered: 2008-07-29
Posts: 4
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

GURU DAN MURID

Apakah perbezaannya. Yang nyatanya murid tetap memerlukan Guru. Sebagai pengamal Silat Cekak Hanafi apakah konsep/pegangan/makna GURU yang kita pegang atau amalkan? Guru yang hanya berdasarkan Persatuan? Silat? Peribadi? terpulang kepada diri kita sendiri untuk mentafsirkannya.

Kalau kita melihat kehebatan guru, maka kehebatanlah yang akan kita nampak. Kalau kita melihat ilmu guru, maka sedikit sebanyak kita akan sentiasa ingin menyukat ilmu guru @ menilai ilmu guru itu dan kalau kita melihat kepada peribadi guru maka itulah yang akan kita ikut.

Offline

 

#2 2010-01-29 19:04:43

shaznor
New member
Ranking
Malaysia
From: Kuala Lumpur
Registered: 2008-07-29
Posts: 4
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: GURU DAN MURID

Apa pula sebenarnya peranan Guru dan apa sebenarnya peranan Murid?

Offline

 

#3 2010-02-05 14:44:52

kkamira
New member
Ranking
Malaysia
From: Kuala Lumpur
Registered: 2008-07-29
Posts: 4
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: GURU DAN MURID

Pada pandangan saya yg jahil , topik ini agak berat dan sukar untuk dibahaskan.Ia terpulang kepada setiap individu untuk mentafsirkannya. Sebagai pengamal Silat Cekak Hanafi,  saya melihat seorang guru dan seorang murid memang sungguh jauh berbeza seperti langit dan bumi.Seperti bulan dan matahari....Seperti siang dan juga malam..amat ketara perbezaannya!!

Guru perlu dihormati dengan selayaknya kerana beliau memainkan peranan mendidik kita secara rohani dan jasmani guna sebagai panduan untuk kita jalani hidup di dunia fana ini menuju ke alam yang kekal abadi.Guru bukan tahap kawan-kawan kita yang boleh diperlekehkan sesuka hati dan sesedap rasa. Waima, kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja tidak boleh diperlakukan sedemikian rupa!

Guru yang sebenar akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak muridnya. Begitu juga seorang murid akan selalu mendoakan kesejahteraan guru serta ahli keturunannya dunia dan akhirat. Kita perlu ingat sebagai seorang Islam, hidup bukan di sini ,  ia hanyalah persinggahan yg sementara sahaja. Pejam celik, pejam celik kita akan sampai ke destinasi seterusnya...

Oleh itu mainkanlah peranan anda sebagai seorang murid dengan sebaik-baiknya agar tidak tersilap langkah. Sesal dahulu pendapatan .Sesal kemudian..tiada gunanya. Pilihan terletak di tangan kita. Baik? Buruk? tanggunglah sendiri. You are free to do whatever you want..Balasan pasti tetap menanti.

Lu pikirlah sendiri.Hehehhehehee..YoYo oh je ..saya menulis.

Last edited by kkamira (2010-02-05 16:04:59)

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads