Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-01-08 18:45:36

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Salam.....

1 Muharam 1430H....suasana disekelilingku amat nyaman sekali. Pagi yang hening itu melenakan perasaan dan fikiran sehingga aku lemas dibawa lamunan mimpi.

Hijrah....Hijrah....Hijrah......Sahutan alam memanggil semua mahkluk yang dipanggil manusia. Hijrah.....Hijrah....Hijrah........sayup kedengaran ditelingaku melayan remang alunan pagi yang mengasyikkan......

Dititik persilangan ini.....disaat batasan ini......antara sedar dan mimpi.....bibit-bibit lesu, lena dan enak linangan air liur basi sedikit demi sedikit dimamah azam untuk bangkit dari lamunan dan harus bertatih meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.....aku harus Hijrah.....aku mesti Hijrah....aku wajib Hijrah.....

Itulah azam Wak Kiyai.....macam yeak...yeak....no aje....eeiik...

Eko masih bolum torlambek jang....banyak maso layei ( kata hati kecil ini ).....lupa-lupanya aku dah ter.......lambat.......ke Auditorium DBKL.....

Apa taknya.....pagi tu udan....sampai terlajak bangkit tidur.....nasib baik laungan dan desakan Hijrah lebih hebat mengatasi nafsu amarah ini....

Akhirnnya sampai juga Wak Kiyai ke auditorium DBKL.....

Waduh-waduh.....kok penuh tempat parking ....kan hari cuti ni....apasal banyak kereto......

Wak Kiyai......kau buto hati ko....kan hari ni perjumpaan budak-budak Cekak .....( kata hati )...

Tak sangka ye....macamni ramai......bila saja melangkah kedalam dewan tu...

Wak Kiyai seperti biasalah....teraba-raba macam ayam kena tungo....nak cari tempat....semuanya penuh......"aaahhhh.....aku nyelit aje...nasibla....yang punya tempat tu pasal datang lambat....padan muka....sorry bro....gua memang tetamu yang tak diundang.... gua tak angkat pot.....gua tetap muka sadin....memang nama gua tak ada dalam list....itu korang punya hal......gua duli ape....."( hati kecil yang berkata ).....tapi pura-pura buat tak tau...."Sini ada orang ke..? " Wak Kiyai tanya.....

Budak yang Wak Kiyai tanya tu serba salah nak jawab....lalu Wak Kiyai terus duduk buat tak paham aje.....biasalah....tokan besar siapa berani tegur....

Wak Kiyai pujilah korang....kerana memberikan sambutan yang meriah pada hari itu....terutamanya budak-budak baru....syabas,syabas dan syabas....

Buat diri Wak Kiyai ni dah lali....baik saat gembira maupun duka.....dah jadi asam garam hidup....itulah yang dinamakan PERJUANGAN....

Tidak timbul soal kecewa....dah biasa dengan dugaan dan rintangan.....terima kasih BOS ( Tuan Guru )....kerana menyokong Ana....(saat ini linangan air mata terpancar diguli mata....) terima kasih Bos....sekali lagi.....

Disaat keadaan yang hangat dan kritikal.....Ana tau Ana dalam ketidaktentuan.....Ana tau Ana dalam bahaya.....dan Ana tau risikonya......Disaat itulah Dia muncul tanpa disangka-sangka memberikan sokongan moral....TERIMA KASIH BOS....

Saat manis berjumpa Guru dalam keadaan seperti ini menjadi tangkal dan azimat.....bahawa PERJUANGAN bukan satu perkara yang mudah......bukan hanya mainan dibibir saja......hati kena cekal....pengorbanan ditagih.....kesabaran dituntut...cemuhan dan fitnah ditelan.....walaupun pahit.....


Maaf.....adik-adik dan rakan-rakan.....memang banyak kali Wak Kiyai berjumpa Guru dalam keadaan Wak Kiyai tidak menduga.....tapi Dia muncul.....SUATU SURATAN ATAU SUATU KEBETULAN.....tapi itulah SAAT MANIS BERJUMPA GURU.....ketika saat genting....Dia tampil memberi sokongan....tempat....bila ....dan dimana....biarlah Wak Kiyai simpan didalam hati dan ingatan saja.......

Jadikanlah 1 Hijrah 1430 yang lalu....satu era baru dalam lipatan sejarah  mengharungi PERJUANGAN ini....KENAL,TAU,KASIH,SAYANG,CINTA.....jadikan ia sebati didalam diri spritual, rohani dan jasmani  .....anak murid MOHD RADZI BIN HANAFI.....

Tahniah....SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI.....


Salam......

Offline

 

#2 2009-01-08 20:29:27

panji ireng
Member
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-11-09
Posts: 148
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

selamat berjaya.........insya Allah


Jadilah Benih Yang Bernas
Seribu Tahun Dijemur Panas
Digetus Digetas Binatang Buas
Tetap Tumbuh Mencetus Tunas

Offline

 

#3 2009-01-08 20:51:17

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

selamat berjaya juga dan insyaALLAH..terima kasih wak kiyai,segala kata dan bakti akan terpatri buat semangat untuk kami...terima kasih sekali lagi...lama wak kiyai menyepi..rindu rasa dihati...


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#4 2009-01-08 23:27:10

shah7221
Member
RankingRankingRanking
Registered: 2008-12-02
Posts: 64
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Terima kasih wak kiyai......coretan anda sungguh bermakna buat saya...moga wak kiyai terus bertinta untuk memberi dorongan dan sokongan kepada kami untuk terus sama2 kita berjuang memartabatkan  seni pusaka bangsa ini di bawah pimpinan yang hak...YM Tuan Guru Md.Radzi Hj.Hanafi..........


Inilah penangan orang yang lama menyepi..sekali muncul,terus menusuk kalbu......terima kasih sekali lagi..................

Offline

 

#5 2009-01-09 11:30:46

mazliza
Moderator
RankingRanking
Malaysia
From: Kuala Lumpur
Registered: 2008-07-29
Posts: 38
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Seronok bila tengok ramai ahli turun semasa Hari Tenaga Pengajar tersebut. Kehadiran saya rasa diluar jangkaan. Tapi dengan pelancaran baru persatuan dan amanat Tuan Guru yang dikasihi, terasa amat bersemangat. smiley-smile

Offline

 

#6 2009-01-09 18:04:54

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

shah7221 wrote:

Terima kasih wak kiyai......coretan anda sungguh bermakna buat saya...moga wak kiyai terus bertinta untuk memberi dorongan dan sokongan kepada kami untuk terus sama2 kita berjuang memartabatkan  seni pusaka bangsa ini di bawah pimpinan yang hak...YM Tuan Guru Md.Radzi Hj.Hanafi..........


Inilah penangan orang yang lama menyepi..sekali muncul,terus menusuk kalbu......terima kasih sekali lagi..................

hihi...sib bik penangan yg menusuk kolbu kalo penangan yg berdesing kat telingo kang lain plak jadinya....hihihihi....maaf sdr shah7221 gurau jer....


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#7 2009-01-09 18:05:34

radenmerah
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-10-26
Posts: 273
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

mazliza wrote:

Seronok bila tengok ramai ahli turun semasa Hari Tenaga Pengajar tersebut. Kehadiran saya rasa diluar jangkaan. Tapi dengan pelancaran baru persatuan dan amanat Tuan Guru yang dikasihi, terasa amat bersemangat. smiley-smile

alhamdulillah....tumpang seronok juge smiley-clapping


أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ .padi muda jangan dilurut,kerna nanti pecah batang;
                          hati muda jangan diturut,takut nanti padah yang datang.                                           
http://img386.imageshack.us/img386/5836/watix6.jpg
"tidak semua yang buruk itu jahat dan tak semua yang cantik itu mulia"

Offline

 

#8 2009-01-09 23:03:12

shah7221
Member
RankingRankingRanking
Registered: 2008-12-02
Posts: 64
Reputation :  [+ 0/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

xpe2no problem.....hihihihihi.apapun,tahniah untuk semua.....

Offline

 

#9 2009-01-26 15:39:26

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Salam......

Rakan-rakan sekelian.......sudah hampir sebulan Maalhijrah 1430 berlalu....

So apa yang hampa buat dalam masa terdekat ni untuk memantapkan persatuan ?

Saya ada menceritakan serba sedikit tentang Character Building didalam tajuk Ahli Silat Bersedia ke Gaza.....dan ingin melanjutkan lagi cerita ni di sini.

Mengingat kembali pesanan Tuan Guru pada perjumpaan yang lepas yang mana ia ada mengatakan bahawa Persatuan kita mestilah menuju untuk mencapai ISO 9000....iaitu mencapai kualiti yang diiktiraf oleh semua pihak.....setidak-tidaknya di Malaysia ini.

Maka ahli-ahli yang perihatin sewajibnya lah ( bukan harus lagi ) memulakan langkah dari sekarang berusha bersungguh-sungguh dalam erti kata lain berjihad sepenuhnya kearah pencapaian matlamat itu.

Rakan-rakan jangan terkejut bila Wak Kiyai sebut 'berjihad'. Jihad disini bukan bermaksud berperang.....tetapi bermaksud menumpukan kosentrasi yang serius dalam mengembangkan silat ini. Walaupun begitu ini tidaklah bermakna muka kita asyik serius 24 jam konon-konon nak tunjuk kita serius.....dah jadi macam muka cuka pulak.....

Serius didalam mengatur gerak langkah perjalanan persatuan......dalam semua aspek dan jangan lupa 'quality control' supaya ia dilihat 'macho' oleh orang luar.

Maka lama-kelamaan Character Building yang berterusan ini akhirnya diterima ramai lalu ia bertapak dengan mempunyai IMEJ yang baik.

Cuba rakan-rakan lihat......pakaian korporat baru,logo baru, motto persatuan pun baru.....itu tandanya persatuan pada peringkat awalan cuba mencorakkan IMEJ yang boleh diterima oleh semua orang dengan penonjolan yang menarik.

Tetapi penonjolan awal IMEJ yang baik ini tidak bermakna ia berterusan baik.....jika tidak dijayakan oleh setiap ahli yang perihatin....maka penonjolan IMEJ akan bertentangan dengan amalan harian atau perlakuan sebenar....dan jika ini terjadi......anda mengundang bahaya.

So, Character Building setiap daripada kita adalah mustahak......praktikkan setiap masa....untuk mencapai kualiti yang tinggi  ( ISO 9000 ?).....dalaman dan juga luaran......akhirnya menaikkan IMEJ Persatuan .


Rakan-rakan......pergerakan kita diperhatikan oleh banyak pihak.....samada kita sedar atau tidak. Anda boleh membuat 1001 macam andaian.....dan lagi banyak andaian yang berlegar-legar difikiran...lagi bagus. Sebabnya anda akan berhati-hati apabila melangkah....

Tetapi jangan pula dengan 1001 andaian akan membuatkan anda takut untuk melangkah....itu BACHOL namanya.....

Sebagaimana anda tahu....ilmu silat ialah juga ilmu peperangan....tetapi didalam skala yang rendah...tambahan pula CEKAK.....99% menunggu serangan....

Jadi apa hubungkait dengan IMEJ serta kualiti yang dibincangkan tadi......memang ada....!!!!

Dengan kualiti dan imej yang tinggi pada persatuan ....itulah juga pengukuran daya tahan dan daya saing setiap ahli yang bernaung dibawahnya. Al Anfal 60 itulah ....yang tercatit di Sijil Persilatan anda.....ini bukan main-main.

Apabila ada rakan menyoal....sudahkah kita bersedia untuk ke Gaza.....saya dengan lemah lembutnya ingin  bertanya......' Adakah anda sudah amalkan Al Anfal 60 tu pada diri anda ? ' Tepuk dada tanya selera.......lu fikirlah sendiri......

Untuk makluman ......setiap organisasi dan individu yang ada hubungkait dengan agama Islam akan berterusan diperhatikan....

Apabila saya katakan ada Tangan Ghaib dalam pergolakan silat kita.....ada rakan pula ingin mengingatkan dengan Iluminati....iaitu Tangan Ghaib yang besar....

So, kita tak lepas atau bebas daripada segala isu ......selagi mana kiamat tak tiba.

Rakan-rakan semua dan Wak Kiyai sendiri......samada anda dah terjebak secara kebetulan atau suratan......dalam silat ini......

Kemaskan Langkah.....anda diperhatikan......Al Anfal 60.......


Sekian......

Offline

 

#10 2009-01-26 18:39:32

panji ireng
Member
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Johor
Registered: 2008-11-09
Posts: 148
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

kelu lidah berkata2
tapi menusuk tajam terasa...
silat lahirkan rasa cinta
pada agama , nusa dan bangsa......

InsyaAllah


Jadilah Benih Yang Bernas
Seribu Tahun Dijemur Panas
Digetus Digetas Binatang Buas
Tetap Tumbuh Mencetus Tunas

Offline

 

#11 2009-10-22 01:39:02

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Salam.....

Hampir setahun sejak tajuk ini ditulis, tidak lama lagi akan datang tahun baru hijrah 1431 dan seperti biasa kita semua akan menyambutnya .....berhimpun beramai-ramai dan mendengar ucapan GU serta rakan-rakan yang berada ditampuk pentadbiran....

Dimana pula akan diadakan perjumpaan pada kali ini....jika keadaan mengizinkan kita buat aje kat PWTC ataupun yang sewaktu dengannya.....baru grand sikit.....

Tetapi sebelum tahun 1430H ditutup tirainya....patutlah juga kita membuat sedikit analisa tentang perkara-perkara yang dibicarakan pada awal tahun itu supaya kita dapat mengukur sejauh mana pencapaian yang dibuat berbanding apa yang kita sasarkan....

Jika kita bekerja dengan syarikat ataupun apa-apa badan kerajaan sekalipun, inilah masanya semua yang terlibat menghantar lapuran dan yang paling utama sekali bajet ataupun jangkaan belanjawan pada tahun hadapan......

Dan pada masa inilah akan diadakan shopping spree bagi jabatan yang bajetnya tak habis digunakan....beli apa yang patut....serta bawa staf-staf buat training atau seminar....

Tapi tak taulah pula perkara seperti ini diteruskan lagi disebabkan keadaan ekonomi yang belum memberangsangkan....buat setakat ini. Malahan bajet Malaysia pun dah berada dalam keadaan defisit sejak beberapa tahun kebelakangan ini....

Itu Wak Kiyai tak angkat port sangat......yang pentingnya kegiatan kita ni macamana...???

Apakah kelemahan-kelemahan sudah dikenalpasti dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengkoreksi perkara tersebut....???

Hari tu nampak lepas seorang-seorang ambil banting Jom Silat Cabaran 1 dalam 10,000.....kot-kot lepas ni benda tu buat selimut ke atau macamana.....?

Ha....sebelum Wak Kiyai lupa.....pada tahun ni dengar cerita....kita akan dapat ole-ole yang best daripada persatuan.....tapi pasal bajet pun ciput.....kita akan dapat....pengorek telinga.....ok tak.....

Tentang benda ni....yang biasa Wak Kiyai dapat.....ntah mana peginya semua benda tu.....cuma satu aje yang masih dalam simpanan Wak Kiyai.....satu beg kecik yang boleh simpan macam kain sembahyang....itu pun pada zaman PSSCM.....terlupa pulak tahun bila dapatnya....itulah rasanya benda paling berharga kerana Wak Kiyai simpan kain putih silat dan hurung kemana-mana asal berjalan jauh....

Wak Kiyai perhatilah....tahun hijrah yang akan datang ni ada cabaran baru akan kita harungi.....mungkin diluar jangkaan kita.....so kita kena bersedia dari sekarang supaya perkara ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.....yang di Sabah dan Sarawak jangan risau sangat....yang ni di Semenanjung saja.....

Keadaan cuaca telahpun meramalkan bahawa AIR PASANG KELING....akan menenggelamkan sebahagian tempat  di Semenanjung nie....oleh itu pelampung keselamatan dan sampan serta bot kecil perlulah disediakan seawal yang mungkin....

Nak jadi cerita Kapten kapal TITANIC sudah perasan yang dia terlanggar ketulan ais....konon-konon dulu mengikut perancangannya....pelan pembinaan kapal tu  dijamin tahan dan utuh.....tapi tak taulah mana silapnya....besi yang tebal kalah juga dengan ketulan ais.....

Air telah pun masuk di tempat yang ada kebocoran....tapi masa tu Kapten kapal tengah tidur....yang sedar adalah sebahagian kelasi lama dan baru....

Dia orang pun cepat-cepat membuat SOS.....kepada mana-mana kapal yang terdekat supaya dapat menolong mereka yang sedang karam ni.....terlupa nak bagitau Kapten kapal ataupun sengaja buat-buat.....

Nak jadi cerita....SOS itu diterima oleh seorang Kapten kapal .....so dia pun bagitau sebahagian daripada kelasi kapalnya supaya siap sedia yang seadanya untuk menyelamatkan kelasi-kelasi kapal yang sedang karam .....yang mana sempat ditolong la.....

Kapten kapal yang karam ni pulak bangun tidur aje...siap-siap mandi dan pakai baju....lalu terus sarapan.....

Laaaa.....apahal sarapan tak ada.....tukang masak pun ghaib....apa ke hea nya.....

Terus dia pegi kat tempat stering kapal.....tanya orang nombor 2 dan pegawai-pegawai yang lain.....apa yang sedang terjadi......

Dia orang pun minta maaf banyak-banyak....pasal terlupa nak bagi tau....ye lah dah kalang kelibut....

Bos....Kapten.....Bos....Kapten.....aaaa kapal kita sedang karam ....Bos....Kapten.....apa kita nak buat sekarang ni......

Maka Kapten ni pun naik angin macam tak percaya....lalu berteriak....." Hoi .....ni TITANIC lah...mana boleh karam....!!!!! "

Lalu kelasi-kelasi yang setia tu pun menjawab ..." Betul la Kapten.....Bos....itu yang kita claim....tapi ni dah betul-betul karam ni.....Kita orang baru aje tadi sedar....lepas tu tengok dek ni tadi ....kosong tak de orang....."

Kapten tu pun merungut dalam bahasa yang tak difahami oleh semua orang.......

Yang dia orang faham.....Ayo yo.....ammak.....

Itulah saja yang dapat dilapurkan....kita tunggu lapuran seterusnya sebentar lagi....balik ke bilik berita....


Salam....Salue....tghree ben mehsi.....

Offline

 

#12 2009-10-29 23:59:36

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Salam.....

KEPALA KERETAPI

Lapuran tentang karamnya kapal TITANIC tempohari hendak diperbetulkan sedikit kerana wartawan berita menerima lapuran yang kurang tepat. Walaupun begitu ia bukan tidak disengajakan tetapi memang disengajakan.

Bagi orang-orang yang telah biasa dengan "dunia" ini, istilah Kapten Kapal agak gonjeng untuk diterima. Jadi sedikit pembetulan berita harus dilakukan kerana untuk menyesuaikan dengan kebiasaan panggilan "dunia orang-orang khas ini."

Ceritanya begini....

Biasanya apabila dilaut berlaku keadaan yang agak mencemaskan maka krew-krew kapal akan membuat panggilan SOS meminta pertolongan daripada sesiapa sahaja yang mendapat messej  kecemasan itu. Maka yang menerima messej akan berikhtiar untuk menyelamatkan krew-krew kapal yang karam itu. Misi menyelamat  ini semestinya akan lebih pantas sekiranya SOS yang diterima itu jaraknya adalah berdekatan dengan kapal yang karam. Maka Kapten Kapal yang terdekat tak kiralah kapal jenis apa pun akan membuat langkah-langkah "search and rescue" mana yang terdaya.

Lapuran yang disengajakan kurang tepat ini terpaksa diperbetulkan. Yang menerima messej SOS itu bukanlah Kapten kapal tetapi seseorang yang diberi gelaran dan panggilan " Kepala Keretapi ".

Macam ada masaalah  panggilan istilah  disini . "Misconception" ini dipihak mana agaknya, samada istilah Kapten ataupun Kepala Keretapi yang patut diterima ?

Maka penyiar serta wartawan berita pulak yang terkeliru. Walaupun begitu ISI messej SOS tetap sahih kerana yang mengesahkan ialah daripada sumber-sumber yang Mutawattir malah lebih daripada itu. ( Maknanya perawi yang menceritakan ini adalah mustahil untuk ditolak ceritanya )

Wak Kiyai sebagai penyiar berita bertenaga "laser" terpaksa mencari istilah yang sesuai untuk dikhabarkan dalam "Berita Laser" ini. Terpaksalah belek-belek nota pengajian yang dah lama disimpan rapi itu.

Oh ini rupanya ! ( Terpaksa diambil sedikit sana dan sini supaya tak banyak makan ruang ).

Petikan ini diambil....

" Akhirnya, sejarah juga tidak lupa memberitahu kita pada setiap zaman tajdid berlaku apabila ujudnya tokoh-tokoh yang mengepalai usaha tajdid yang telah dijanjikan dalam hadis Abu Hurayrah pada awal kertas ini. Pemimpin seperti kata al-Mawdudi sebagai KEPALA KERETAPI yang bagaimanapun panjangnya gerabak tidak akan bergerak ke hadapan tanpa ditarik oleh injin yang berkuasa tinggi ".

" Suatu team kepimpinan yang tangkas, berwawasan, serius dan beriltizam perlu merancang secara rapi dan tersusun serta mampu melaksanakan secara berterusan "

Nota : Tajdid secara dasarnya bermakna pembahruan, pembaikan dan perawatan. 

Wak Kiyai puas membelek-belek nota nak cari istilah Kapten Kapal. Tak de pulak.
Biarlah kita semua buat sedikit ulasan.

Istilah Kapten Kapal jarang digunakan oleh tokoh-tokoh terkenal ilmuan Islam sebaliknya istilah Kepala Keretapi dipilih.

Wak Kiyai sebagai pembaca berita " laser " ini terpaksa akur akan kesesuaian istilah yang biasa digunakan " dunia orang-orang khas " iaitu Kepala Keretapi. Jadi, dalam benak " dunia orang-orang khas" ini tentunya berfikir kenapa pulak kebiasaan panggilan ini ditukar kepada Kapten Kapal. Orang ini mereng sikit kot, yang dipandunya keretapi tapi fikiran dan fahaman dia keretapi itu adalah kapal ataupun dia dah bosan naik keretapi lalu dia nak bawa " dunia orang-orang khas " ini naik kapal pula.

Wak Kiyai ingin membuat pembetulan bukan dari segi ISI messej SOS itu, isinya memang sahih cuma istilah Kapten Kapal.

Tetapi dari sumber yang diterima memang kapal yang dibawanya dan ia adalah kapal laut sebab terdapat perkataan berlabuh bukan mendarat. Cerita hebat dalam sejarah pelayaran tidak lain tidak bukan kapal Titanic. Itulah sebabnya pembaca berita "laser" menggunakan panggilan Kapten Kapal Titanic.

Walau apapun, kekhilafan atau kekeliruan ini dapatlah kita rungkaikan dengan mudah sikit supaya orang-orang marhain/biasa seperti kita boleh faham.

" ANAK AYAM DAH KEHILANGAN IBU "

Maka nak carilah " IBU PENGGANTI " supaya dapat menyorok dibawah kepak takut kalau-kalau kena kacau dengan binatang lain ataupun terasa hangat apabila kesejukan kerana ingin lena dan selesa berada dibawah NAUNGAN IBU .


Salam...

Offline

 

#13 2009-12-23 08:42:24

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: TAHNIAH - SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Salam....

Rakan-rakan sekelian....

Wak Kiyai menghadiri majlis perjumpaan tenaga pengajar tempohari. Senak juga nak pergi tempat tu pasal tak pernah pergi sebelumnya.

Itu  DBKL punya dewan kalu, ada seenang seeekeet....abangggg....( Alamak apasal lidah aku dah berbelit nie )....itu pasal kaluuu... abang jaaangan marah .... itu dalam hati maana MUNGKIN ada serupa....pasal kita punya lidah kalu serupa juga itu tulis.....ada pusing pusing.....itu IJAZAH punya hal......oookeyy.....Ketua itu macam......anak mureed.....mesti serupa ketua juga la baangg.....) Macam pernah ku dengar suara seperti ini tapi di mana yaaaa......

Well nak cerita sikit takut terlupa.....biasalah jika dah jumpa ramai-ramai ni banyak benda nak dicerita.....sampai tak cukup masa nak sembang.....maklumlah sesekali jumpa kawan serta sahabat lama....yang lebih 25 tahun....tidur serta keluar air liur basi bersama-sama....

Satu cerita ni....ngumpat namanya....

Wak Kiyai kata....Ko tengok You Tube tak....pasal dia ngucap syahadah....seorang kata....aku tak  sanggup tengok You Tube tu....kalau tengok pun tak habis.....yang seorang lagi tanya Wak Kiyai....engko tengok ke....of course lah tengok.....macam nak rak kita cerita....last-last member ni tanya ....senang aje.....aku nak tau....betul ke DIA...tu....yang IJAZAH kan ....la engko ni macam nak giler aku cerita ....itu yang engko tanya.....aaaa......itula yang penting.....DIA ke.....????  DIA lah.....Wak Kiyai jawab....

Nampaknya kawan-kawan lama tak ambil pusing pasal si DIA tu jadi KAPTEN KAPAL....semua bantai GELAK....

Seorang lagi sambung.....fuuuh...DIA tu memang pekat....aku pergi masa dia kahwin kat area Bukit Belacan Ampang ...rumah family dia.....memang pekat betul beb....

Nak buek camno......nasi dah jadi bubur.....Wak Kiyai jawab...Itu kepala otak ada betul ke....tak de orang lain ke nak di angkut ( bukan tabal /angkat /lantik dan yang sewaktu dengannya....) BIOL namanya...semuanya NOL...kata Indon....

Pepatah Cina ada kata....KEPALA IKAN BUSUK....tak lama seluruh anggota badan pun cepat busuk....

Itulah sebahgian daripada ngumpat pada hari itu....NGUMPAT campur REALITI....dan mungkin juga KEBENARAN HAKIKI seakan adanya....

Habis Tuan Guru kita pun ada sentuh pasal ni....tambah....yang satu pihak lagi tu....

Alahai CEKAK 3 M....Md Radzi, Marwi, Maideen....tidak akan terlepas dibuat perbandingan antara mereka....baik dikalangan ahli silat CEKAK maupun pihak luar....ini adalah kerana CEKAK itu adalah sinonim dikaitkan dengan arwah Ustaz Hanafi...

Bagi golongan tua bangka....CERDIK membuat pilihan....yang mana satu pilihan KALBU...yang golongan baru hendak belajar pula.....Suatu Kebetulan atau Suatu Suratan.....dan yang lebih penting sekali.....siapa yang ditipu, kena tipu dan menipu....dan siapa pula menjadi agen menipu....

Rakan serta sahabat.....KITA menjadi agen KEBENARAN....menegakkan suatu kebenaran bukan mudah...

Seorang member berkata....jangan susah-susah pikir pasai depa....lantak pi ....kita buat kita punya kerja...nak pening-pening buat apa....

Habis Wak Kiyai menjawab.....yang satu pihak lagi tu tak habis-habis mengacau...ke hulu ke hilir.....akibatnya Laman Web Resmi kita macam kejang, kaku jadi Surat Khabar Lapuk dibuatnya.....itu tak cerita benda lain-lain lagi.....

Biar orang atas yang jawab....dia orang taulah nak buat macammana.....lalu Wak Kiyai dalam hati berkata....alamak ....engko dulu pun pernah kat tempat tu....tak kan lah tak tau....atau pun dia malas nak kacau-kacau beri pandangan ditakuti akan menggangu rancangan dan strategi pihak pengurusan baru.....

Jadinya....yang penting sekali......kita mestilah mendirikan suatu SUASANA HARMONI ....DALAMAN serta LUARAN.....dikalangan ahli-ahli kita...

PROAKTIF....Pihak Pengurusan Persatuan serta Majlis Penyelia Cawangan mestilah memainkan peranan penting....

AKTIVITI.....merangka strategi menambah kelas yang sedia ada, menambahklan jumlah keahlian berbanding yang yang telah lalu, kepelbagaian aktiviti selain silat....

MORAL DAN SINERGI....menaikkan semangat semua ahli (lama dan baru) dalam mencapai WAWASAN.....terutamanya.....Kempen 1 dalam 10000

SUMBER KEWANGAN.....mengukuhkan sumber kerana setiap aktiviti memerlukan DUUUIT....

Sasaran telah ditetapkan....rasional atau tak relevan....maklumbalas kepada pengurusan mesti disampaikan....jangan perap rasa takpuas hati akhirnya matlamat tak tercapai....kerana....sebenarnya PENYELIA ialah sebenarnya pengerak utama disamping jurulatih serta ahli-ahli yang telah tamat.....kerana anda on the field....anda tahu apa yang sedang berlaku ditempat anda....Pengurusan tak tahu jika tak diberitahu....

PENGAWASAN.....(CONTROL) Setiap masa dan ketika....semua peringkat....

Itulah intipati yang dapat Wak Kiyai simpulkan dalam strategi kita MENEGAKKAN KEBENARAN seperti yang diterangkan pada hari itu....

KEBIJAKSANAAN......kita mobilasikan keseluruhan jentera dengan jalan FATANAH (semua peringkat) dengan semangat yang tinggi dan serta penuh kesabaran....

Akhirnya......

SIDDIK.....KEBENARAN....kepada apa yang kita perjuangkan....( sebenarnya kita memperjuangkan kebenaran agama dengan cara dan jalan kita )

AMANAH....memikul tanggungjawab.....yang BENAR itu...

TABLIGH....menyampaikan  pertanggungjawaban KEBENARAN....

FATANAH....dengan cara yang BIJAKSANA....

Bukan susah untuk menjadi KHALIFAH ALLAH s.w.t didunia ini....jika tahu jalan dan caranya....janggut dan serban bukan ukuran....(sorry beb)...

NIAT YANG IKHLAS LETAKNYA DIHATI.....

Buat sahabat, saudara serta rakan taulan.....yang dikasihi semua....

Maaf dipinta.....SALAM HIJRAH.....SALAM BUAT SEMUA.....

Sekian....buat kali ini....

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads