Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-11-10 16:45:11

mded
Moderator
RankingRankingRankingRanking
Malaysia
From: Serdang
Registered: 2008-07-25
Posts: 158
Reputation :  [+ 2/ -0 ]
Expertise

Julab oleh Profesor Julab

Ana sudah lama berhenti jual Julab. Dulunya, pernah Ana jual julab, tersangatlah laku mujrab dan masyhur untuk sakit sembelit dan penyakit angin. Sekarang Ana terpaksa jual julab kembali kerana ramai sangat orang sakit, bukan sakit perut tetapi sakit hati memulas pedih terhadap Silat Cekak yang berdaulat sebagai Pusaka Bangsa.

Yang sangat sakit hati terhadap Silat Cekak bukan orang lain iaitu dari bekas penuntut Silat Cekak juga yang telah derhaka dan kena pecat dari Persatuan. Bila saja kena pecat, mereka ribut terus tubuh persatuan baru namanya Persatuan Kalimah menganjurkan Silat Kalimah, dan menuduh pula bahawa Silat Cekak mencedok dari Kalimah.

Tuduhan pertama kalinya di dalam Persidangan Konvensyen Silat Melayu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, sehingga menjadi ribut untuk menggagalkan perjuangan Silat Cekak. Tuduhan yang kedua secara bertulis didalam Majallah Dewa Masyarakat. Tuduhan yang ketiga dari Pak Gurunya sendiri di Persidangan Silat ASEAN, di Kampung Baru, Kuala Lumpur anjuran Silat Lincah.

Segala-gala tuduhan itu Silat Cekak menjawab semuanya itu dengan terang mempunyai bukti yang lengkap cara bertulis. Sayangnya tidak mendapat tempat di dalam akhbar-akhbar hanya di dalam Majallah Dewan Masyarakat sahaja, terima kasih. Tuduhan Kalimah terhadap Cekak mendapat tempat di dalam akhbar panjang-panjang beritanya. Ini jika dikira betul-betul tak adil sangat berat sebelah.

Ana kira mereka berani betul membohongi kenyataan di hadapan umum. Yang anehnya, Pak Gurunya tampil kehadapan pula menuduh cara lamanya Cekak menciduk dari Kalimah. Mungkin sangka Pak Gurunya dia dapat pukul Cekak selepas Azmi dan Redzuan gagal.

Apa dah jadi pukulan Pak Gurunya didalam Persidangan Silat ASEAN itu? Cekak jawab sebiji dah kelamkabut sehingga majlis ditangguhkan. Kalau banyak biji nanti ada orang Kalimah muntah dan jatuh pengsan. Akhirnya siapa yang berasa malu membuka pekung sendiri di hadapan ramai? Siapa korek lubang, dia yang jatuh.

Ana cakap terang Ana berani berdepan siapa sahaja. Ana tubuh dan anjur Silat bukan kerana ikut-ikut dan tiru-tiru. Ana di dalam Alam Silat dari umur 18 tahun lagi banyak pengalaman dari lahirnya sehingga cara Hakikinya.

Ana fikir mereka tidak kenal kawan dan lawan. Macamana nak bersilat jika kawan dan lawan tidak dikenali. Matanya dah kelabu kena penyakit jiwa. Jika sudah kelabu mata, bagaimana pula muridnya? Jika hendak menjadi Guru, biarlah matanya terang dari lahirnya sehingga mata yang di dalam, barulah murid menjadi terang dan menjadi baik.

Ana tahu dan kenal mereka dari luar dan dalam. Pak Gurunya pernah bercampur dengan Ana dari tahun 1950 lagi. Semasa bersama dengan Ana di dalam Badan Seri Kedah tahun 1965 dan 1966 bernama Silat Cekak. Bersama Azmi Long bekas penuntut Silat Cekak yang kena pecat itu tahun 1971 bernama Silat Kalimah. Mungkin 1980 bernama pula Silat Rasul. Ini tandanya tak tetap pendirian dan mengabui masyarakat.

Ana beritahu sama Inta semuanya berkenaan Ilmu Seni Silat, mesti cakap benar dan tak mungkir janji. Jika berbohong dan mungkir alamat tidak ada Jiwa (Roh) Silat, hanya ada Tubuh Silat sahaja. Apa gunanya ada tubuh jika tidak berjiwa? Tiap-tiap ada kulit mesti ada isinya barulah BENAR. Jika berkulit tidak berisi ialah KOSONG. Ana percaya dan yakin yang ada pada Kalimah hanya Tubuh Silat sahaja tidak berjiwa lagi. Mungkin satu hari nanti tubuhnya pun akan hilang yang tinggal namanya sahaja. Jika sekadar modal Silat saja, tak akan berjaya jika tidak mempunyai jiwa Silat yang sejati. Ana tahu sebenar Hakiki Silat yang sejati, sebab itu Ana tak hairan dan gentar dengan mereka. Jangan mengusik dan menempuh Cekak, tentu Cekak menjawab dan menepis serangan mereka.

Lihat sekarang, segala cawangan mereka khabarnya habis kucar kacir, ramai yang tidak tamat. Pentadbiran tidak teratur, sistem mengajar tidak tersusun kerana masing-masing berebut pangkat mahu menjadi Guru. Jangan kerja mencaci orang sahaja, tidak lihat lemah diri sendiri. Ana banyak-banyak terima kasih sama Kalimah pasal banyak caci sama Cekak. Akhirnya, orang ramai ingin mengetahui sebenarnya Silat Cekak. Cekak subur kerana caci dari Kalimah sebagai menaruh baja. Sikap Cekak jika musuh kuat menyerang, musuh kuat jatuh. Jika musuh hendak memalukan dan merosak Cekak, dia yang akan menerima balasan dari perbuatannya sendiri, bukan Cekak yang mendapat.

Ana harap hendaklah mereka kenal diri mereka. RATA-RATA barulah kenal Tuhan yang nyata. Sesudah kenal ALLAH yang nyata, barulah mengikut pertunjuknya tidak mengikut hawa nafsu yang lauwamah (Nafsu Haiwan), tidak boleh melihat orang berjaya, hatinya bertambah sakit. Jangan membuat Silat main ikut-ikut. Orang Persatuan kita pun buat Persatuan. Orang bersilat kita pun nak bersilat, modal hanya main caci sahaja dan membuat fitnah yang tidak munasabah.

Ana hairan kepada Pak Gurunya masa muda dahulu kenapa tidak ingin menjadi guru Silat dan pemimpin silat. Menurut keterangannya cara lisan selama 40 tahun Silat ini tidak ada seorang yang tamat boleh menjadi Guru dan tidak mempunyai nama. Dengan hasil usaha Ana melalui Badan Seri Kedah tahun 1965 barulah ada murid yang tamat boleh menjadi Guru dan terbitlah nama yang ada sekarang iaitu Silat Cekak.

Ana tahu Pak Guru itu pandai Silat cara lahirnya (fizikal), pandai untuk dirinya saja tidak dapat menyampaikan kepada orang lain, kerana tiada sifat perguruan yang cukup.

Ana sedar tindak tanduk mereka, hanya mengambil kesempatan dari hasil usaha Cekak supaya Kalimah boleh berjaya mengatasi Cekak. Mana boleh! Siapa berusaha dialah yang mendapat hasil. Usaha baik mendapat balasan baik. Jika usaha yang jahat, dia yang mendapat balasan yang jahat hasil dari usahanya. Kalimah mencaci Cekak dia yang mendapat balasan dari usahanya sendiri.

Cekak tegas pendirian tidak ragu-ragu kerana Cekak percaya yang benar. 'Berani kerana benar, takut kerana salah.'

Sumber: http://www.silatcekak.org.my/arkib/artikel/julab.html

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads