Announcement

www.silatcekakhanafi.org Maklumat Lanjut >>>

Info Terkini:

 


Keep track of this website or your favorite blogs! Download here

#1 2009-04-03 03:43:38

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

SENI BERKEMBANG......SILAT TERPINGGIR

Salam....

Dah lama Wak Kiyai tak membebel ye.....

Tajuk diatas nampak pelik aje....Seni berkembang...silat pulak terpinggir....kan ke silat tu seni.....ape ke bende ni Wak Kiyai.....

Ha...ha....itulah tricknya....

Sebenarnya Wak Kiyai terbaca kat artikel majalah Senibeladiri...bulan Februari 2009.....kalau tak salah artikel Pengarang....yang boleh dikatakan complain pasal silat ni macam tak dapat layanan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu....

Fikir punya fikir....ada betul nya juga.....

Sebabnya SILAT ni diletakkan dibawah Kategori SUKAN..... bukan SENI....betul tak.....

Tu lah sebabnya tak nampak maju dan diberi perhatian....

Dinegara-negara maju....SENI mendapat tempat yang amat tinggi.....dan itulah penandanya bahawa negara itu maju.....

Kalau gitu....Malaysia ni macamana.....? Tak taulah nak cakap.....

Petang tadi tengok TV.....cerita Balai Seni Lukis Negara.....tak ramai yang datang melawat....komen seorang pelukis tu....dia kata kalau kat Eropah.....orang berkerumun macam semut tengok hasil seni ....

Kat Malaysia ada berbagai tempat yang disediakan untuk kegiatan seni.....

Balai Seni Islam pun ada...Panggung Teater Negara pun ada...Dewan Philharmonik pun ada...MATIC....ntah apa-apa lagi...

ASWARA akan dinaik taraf ke Universiti.....tak cerita KRAFTANGAN MALAYSIA......ada kursus sampai Diploma lagi.....ini semua kategori SENI....

Dah tu betul tak Wak Kiyai tulis tajuk diatas....SENI BERKEMBANG....SILAT TERPINGGIR.....

Pengalaman Wak Kiyai belajar kat U pun macam gitu....bila cerita pasal seni aje....SILAT tidak ada dalam silibus....punyalah angin....

Tapi dalam kokurikulum ....ia diletakkan dalam SENI....dan bukan SUKAN....

So....SILAT ni sebenarnya SENI  ataupun SUKAN....? Sekiranya kita slotkan SILAT ni dalam kelompok SENI mungkin ada chance bersama Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA)...dan dijadikan satu bidang pengajian disana......

Sebenarnya ada banyak isu yang perlu diselesaikan.....kalau cerita bab Seni Silat ni lah....

Rakan-rakan cuba fikir.....betul tak....?

Salam......

Offline

 

#2 2009-05-24 23:57:59

wak kiyai
Member
RankingRankingRankingRanking
Registered: 2008-10-31
Posts: 135
Reputation :  [+ 1/ -0 ]
Expertise

Re: SENI BERKEMBANG......SILAT TERPINGGIR

Salam.....

Tajuk terdahulu Wak Kiyai post pada 3.4.2009......hari ni gatalkan tangan surf silatcekakhanafi.org.....

Dapatlah cerita.....ahli kita buat pertunjukan di Istana Budaya pada 16 dan 17 Mei....sempena pementasan teater Merong Mahawangsa....

Ini satu petanda baik....walaupun sebagai selingan atau sampingan.....kita telahpun menjejakkan kaki di sana.....

Ini mesti kerja ibu Fauziah Nawi....kalau betul lah.....thank you Kak Fauziah....

Masih tak lupa Wak Kiyai makan tengahari dengan kekawan dirumahnya 23 tahun lepas....

Sebenarnya sejak daripada post terdahulu itu.....Wak Kiyai memang berangan-angan....bilalah kita akan menjejakkan kaki di Istana Budaya....buat persembahan disana.....

Macam pucuk dicita ulam mendatang.....ada juga rezeki kita ye.....

Arwah Uztaz ada berpesan....dan dia mempunyai cita-cita yang amat tinggi.....

Wak Kiyai masih ingat sampai sekarang.....tak taulah bila agaknya boleh digapai pesanan dan cita-citanya itu.....

Harap rakan-rakan dapat teruskan usha dan perjuangannya ....

Salam....

Offline

 

Information

      SEMBANG ONLINE

Canang - Penghubung Antara Rakan @ canang.com (Versi 2), adalah merupakan saluran alternatif bebas bagi tujuan untuk memudahkan komunikasi sesama ahli yang pernah atau sedang mempelajari Seni Silat Cekak di seluruh Malaysia,  yang kini bernaung dibawah pimpinan YM Tn. Hj. Md. Radzi bin Hj. Hanafi.

Keahlian forum ini adalah dialu-alukan kepada semua yang dimaksudkan seperti di atas.

Segala topik perbincangan serta komen yang dikemukakan di sini adalah merupakan pandangan peribadi/cetusan idea/informasi si pengirim secara individu, dan bukan merupakan pandangan rasmi canang.com . Semua ahli yang telah berdaftar, sila kemas-kinikan maklumat peribadi anda di link MyProfile bagi mengelakkan sebarang kesulitan berforum.

Laman ini juga masih dalam peringkat percubaan dan penilaian. Segala kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sila jaga adab dan tata-susila semasa berforum. Selamat berkomunikasi.

** Minta kerjasama semua untuk menghebahkan laman www.canang.com kepada semua ahli bagi memudah serta mempercepatkan PERKONGSIAN MAKLUMAT dikalangan ahli di seluruh  Malaysia.

Board footer

OPML feedsRSS feeds



Powered by WWWThreads Forum
© Copyright 2006, WWWThreads